"Masuklah mak,"
pelawa Fazura, dengan wajah resah dan takut bercampur baur ketika melihat Datin Sri Sahara berjalan di sebelahnya
Datin Sri Sahara menapak masuk ke dalam rumah kemudian memerhati ruang tamu terlihat kemas dan bersih
"Sedapnya bau,"
Ucap Datin Sri Sahara sehingga bertaut keningnya
Fazura terangguk-angguk
"Sebenarnya fazura baru lepas masak tapi tak makan lagi"
Kata Fazura, setiap kali dia memasak dia akan bayangkan Farid Husin ada di rumah, kemudian duduk termenung memikirkan Farid Husin
"Fazura masak apa?,"
"Marilah puan pergi ke dapur,"
"Apa puan-puan lagi nie Fazura,"
Datin Sri Sahara memandang fazura
"Panggil mak tau,"
Fazura terangguk-angguk sambil mengaru-garu rambutnya
"Ya puan.. eh.. eh tak Ya mak,"
Datin Sri Sahara lantas memegang tangan Fazura yang sedang mengaru rambut
"Jangan bertingkah macam nie..., dah macam orang gaji mak tengok, fazurakan menantu mak, tak usahlah takut,"
"Maafkan saya mak,"
Balas fazura lalu tersenyum
"Macam tulah,"
Datin Sri Sahara menatap seketika wajah fazura, kemudian tersengih nipis sambil mengangguk perlahan, dia tidak sangka bila melihat wajah fazura membuatkan dia teringat wajah pelakon lama yang dia minati
Datin Sri Sahara menapak mengekori belakang fazura, semakin dekat dia menapak ke dapur semakin kuat bau yang amat menyelerakan
"Nie mak, cuba tengok,"
Fazura menunjuk lauk pauk yang baru dia masak di atas meja makan
Kedua anak mata Datin Sri Sahara terbeliak bila melihat lauk pauk di atas meja
"Banyak juga Fazura masak,"
Fazura tersenyum malu
"Takdelah banyak mak, cuma bila fazura masak, fazura selalu fikirkan kalau encik farid ada kat rumah,"
"Encik Farid?,"
"Ah.. ah encik Farid,"
"Fazura panggil suami fazura, encik Farid?,"
"Ya mak,"
Datin sri Sahara menarik nafas, tangannya menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya, wajahnya terlihat bingung, tertanya-tanya mengapa isteri anak bongsunya memanggil anak bongsunya dengan panggilan begitu
"Kenapa fazura tak panggil suami dengan panggilan abang, kenapa masih guna nama,"
"Dah terbiasa mak,"
Jawab fazura sambil menyenduk nasi di atas pinggan
Datin Sri Sahara mengeleng pelahan, tidak lagi bertanya kerana dia tahu Fazura sebelum ini hanyalah seorang cleaner di Department anak bongsunya
"Ini ayam masak lemak cili api mak, tapi tak tau sedap ke tak, sebab pakai santan kotak je, yang nie daging masak lemak cili api, saje je fazura masak semua nie, sebab dah lama fazura tak masak,"
Datin Sri Sahara mengangguk kepala sambil mengacau kuah daging masak lemak cili api
"Ini sambal apa Fazura?,"
Tanya Datin Sri Sahara
"Ini sambal ketuk ikan bilis, tapi tak ketuk pun sebab takde lesung batu, fazura kisar je pakai blender, ini kacang panjang masak pedas"
Fazura tersenyum memandang Datin Sri Sahara
"Rasalah mak,"
"Marilah makan sekali dengan mak, tak akan biarkan mak makan sorang-sorang,"
Fazura mengangguk dengan senyuman riang, bila melihat ibu Farid Husin begitu baik bila berbicara dengannya, tidak seperti yang dia bayangkan akan di marahi dan mungkin akan di halau kerana tidak layak berkahwin dengan anak wanita itu
Datin Sri Sahara lantas menikmati hidangan lauk pauk yang di masak fazura,
"Alhamdullilah, sedapnya fazura masak,"
Puji Datin Sri Sahara bila merasai semua lauk pauk di atas meja
"lagi sedap dari masakan mak,"
"Janganlah cakap macam tu mak,"
Balas Fazura tersipu malu bila di puji Datin Sri Sahara
"Betul, mak tipu, sedap sangat, bertuah betul mak datang sini,"
Kata Datin Sri Sahara kemudian tersenyum lebar
Setelah menjamu masakan Fazura, Datin Sri Sahara duduk di ruang tamu, menunggu Fazura mencuci dan mengemas dapur dan di saat itu dia menaip beberapa mesej kemudian menghantar mesej itu kepada anak keempatnya, tidak lama kemudian Fazura menapak ke ruang tamu
"Fazura, jom ikut mak keluar,"
"Pergi mana mana mak?,"
"Adalah, ikut je,"
Fazura mengangguk
"Kalau gitu, fazura naik atas dulu bersiap,"
Datin Sri Sahara mengangguk
"Mak tunggu bawah je ya, tapi Fazura jangan lupa hubungi suami dulu, mintak izin dia sebelum keluar,"
Fazura mengeluh perlahan lalu mengangguk, kedua kakinya menapak lemah naik ke tingkat dua, bila memikirkan Farid Husin yang lansung tidak menghubungi dan menjawab panggilannya
selepas masuk ke dalam bilik, fazura melabuhkan punggungnya di atas katil cuba menghubungi Farid Husin, panggilan pertama tidak jawab, dia cuba menghubungi untuk kali kedua
"Kau nak apa!?,"
terkejut Fazura bila di herdik Farid Husin tiba-tiba di talian
"Maafkan saya encik farid, kalau saya menganggu,"
"Memang kau menganggu pun, kau nak apa?,"
"Janganlah kau, kau dengan saya lagi,"
Kata Fazura sambil menangis teresak-esak bila di marahi Farid Husin
"Kau dengar sini, suka hati akulah nak panggil kau tu apa, kau ingat kau tu siapa, nak arah-arah aku,"
"Yelah, saya sedar siapa saya, saya hubungi enci.."
Wajah Fazura mengerut cuba menahan tangisannya
"Saya hubungi encik farid sebab mak encik farid ajak saya keluar, saya minta izin itu je,"
"Keluar jela, tak balik lansung pun takpe,"
Balas Farid Husin di talian sebelum menamatkan panggilan
Fazura lantas menekup mulut, menangis teresak-esak, barulah dia sedar walaupun farid Husin telah bersumpah, berjanji padanya namun itu semua tidak mampu mengubah sikap lelaki itu kerana lelaki itu berkahwin dengannya bukan kerana inginkan dirinya
"Fazura,"
Fazura bergegas bangun dari katil sambil mengesat-ngesat air matanya lalu menapak masuk ke dalam bilik air, bila mendengar suara Datin Sri Sahara seperti sedang naik ke atas
"Fazura..,"
Panggil Datin sri Sahara lagi sambil menapak melewati pintu bilik yang terkuak
"Fazura dalam bilik air mak, kejap lagi fazura keluar,"
Jawab Fazura di dalam bilik air
Kening Datin Sri Sahara bertaut merasa curiga bila mendengar suara tangisan dari atas namun setelah mendengar suara Fazura di dalam bilik air seperti biasa, barulah dia menarik nafas lega
Beberapa detik kemudian Fazura keluar dari bilik air sambil mengesat wajahnya namun kedua matanya kelihatan merah, membuatkan wajah Datin Sri Sahara sedikit terkejut
"Kenapa mata Fazura tu merah?,"
Tanya Datin Sri Sahara
Fazura tersenyum
"Tadi fazura basuh muka dengan sabun, sebab tu merah,"
Jawab Fazura berpura-pura tenang
"Bukan sebab Fazura menangis,"
Tanya Datin Sri Sahara lagi sambil memeluk tubuh
Fazura tergeleng-geleng
"Eh tak lah mak,"
Datin Sri Sahara menghela nafas tenang, walaupun hatinya mula rasa curiga, dengan keadaan wajah fazura seakan-akan baru lepas menangis
"Cepat siap, mak tunggu bawah,"
*********************
Bangunan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif jakarta Indonesia
Farid Husin berjalan mundar-mandir di luar koridor bangunan sambil mengusap-ngusap dahinya, wajahnya kelihatan berang, bila salah satu pendrive yang mempunyai maklumat periklanan untuk di tunjukan dalam meeting kepada Menteri dan pegawai-pegawai pelancongan Indonesia telah hilang, semua itu membuatkan dirinya malu dan marah bukan sehaja kepada staf-stafnya malah dia melepaskan kemarahannya kepada Fazura
"Farid..,"
Panggil salah seorang dari staf farid Husin, kelihatan sedang berlari ke arah Farid Husin bersama dua orang rakannya
"Macam mana ada jumpa tak?,"
Tanya farid Husin dengan raut wajah mengharap
Puspa mengangguk kepala dengan nafas tercungap-cungap
"Ada, tertinggal di hotel,"
"Look, aku dah cakap banyak kali pada korang, periksa semua barang sebelum turun, cuba tengok sekarang, diaorang yang tunggu kita, tau tak,"
Marah farid Husin pada staf-stafnya
"Sorrylah Farid,"
Farid Husin berdengus kuat
"Sudahlah,"
Farid Husin lantas menapak laju masuk ke dalam bangunan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia di ekori staf-stafnya, namun di sudut hati kecilnya merasa kesal kerana memarahi Fazura di talian tadi
******************
"Kita nak pergi mana nie, mak?,"
Tanya Fazura sambil memerhati di luar jendela kereta yang di pandu Datin Sri Sahara
"Nanti fazura tahulah,"
Selepas Hampir setengah jam, kereta Toyota CH-R di pandu Datin Sri Sahara memarkirkan keretanya di hadapan sebuah butik kecantikkan di area Bangsar,
"Mari keluar Fazura,"
Kata Datin Sri Sahara sambil membuka tali pinggang keledar
Selepas sahaja keluar dari kereta, Fazura segera mengekori Datin Sri Sahara berjalan ke arah sebuah butik kecantikkan namun ketika itu kelihatan seorang wanita muda bertudung shawl catton sedang berdiri di depan pintu butik memerhati ke arah mereka
"Lambat ya mak?,"
Kata Farah sambil memeluk tubuh
"Alaa.. lambat sikit pun merungut kau nie,"
Balas Datin Sri Sahara
Fazura kelihatan terpaku bila melihat wajah wanita di depannya, cantik dan tinggi, sehingga wujud perasaan malu dalam dirinya, bila berdiri di samping Datin Sri Sahara dan Farah
Farah mengeluh perlahan, kedua anak matanya melirik ke arah wanita muda di sebelah ibunya,
"Siap bawak orang gaji lagi mak nie,"
Datin Sri Sahara pantas menepuk mulut anak keempatnya membuatkan Wajah farah terpinga-pinga kerana terkejut
"Mulut kau tu jaga sikit bila bercakap,"
Marah Datin Sri Sahara pada anak keempatnya
"Mak nie dah kenapa, habis tu siapa tu?,"
Tanya farah dengan kerut di keningnya
"Lain kali tanya dulu, jangan nak main sedap mulut kau je, semua orang berpakaian macam nie je kau cakap orang gaji,"
Kata Datin Sri Sahara lagi dengan wajah berang
"Sorrylah..,"
Ucap Farah dengan wajah merajuk bila terus menerus di marahi ibunya
"Minta maaf dengan dia bukan dengan mak,"
"Tapi.. dia nie siapa mak?,"
"Ini fazura, isteri farid,"
"Ha..., isteri farid,"
Wajah farah terlihat terkejut
"Bila masa pulak Farid kahwin mak?,"
"Hiss.. nantilah jelah mak cerita,"
Jawab Datin Sri Sahara
Fazura kelihatan gelisah bila di tatap farah,
Farah lantas merapatkan wajah menatap wajah fazura, di amati betul-betul raut wajah wanita di depannya sehingga berkerut wajahnya
"Boleh tahan juga cantik, cuma..?,"
Farah diam seketika sambil mengalih pandangannya pada ibunya
"Banyak nak kena modified nie mak, kening tebal, bulu hidung pun boleh nampak dari dekat, lepas tu ada bulu misai,"
Farah lantas menarik sedikit hujung kain Fazura untuk melihat betis, membuatkan Fazura terkejut
"Bulu betis pun agak banyak jugak"
"Sebab tu mak bawa dia kat sini,"
Kata Datin Sri Sahara
"Sorry pasal tadi Fazura, i nie kakak ipar you tahu, panggil saja i, kak farah,"
Kata Farah kemudian memeluk tubuh fazura membuatkan Fazura merasa sebak, dengan kebaikan kakak Farid Husin
"Takpe kak Farah,"
"Mari masuk,"
Arah Datin Sri Sahara kemudian menapak bersama Farah yang memeluk bahu fazura masuk ke dalam butik kecantikan
"Eh, Datin,"
Tegur seorang wanita bertudung labuh terlihat wajahnya seusia Datin Sri Sahara
"Tak payahlah kau panggil aku Datin, kalau kau pun datin,"
Balas Datin Sri Sahara
"Ala.. sekali sekala apa salahnya,"
Wanita itu tersengih
"Hey.. bukan ke dua minggu lepas you dengan Fazilah baru buat rawatan,"
"Aku datang bukan nak buat rawatan,"
Jawab Datin Sri Sahara
"Habis tu Farah ke?,"
Farah mengeleng kepala
"Bukan i Aunty, tapi gadis nie"
Wanita bertudung labuh lantas menapak menghampiri Fazura, kemudian menatap wajah fazura agak lama sebelum memerhati tubuh fazura dari atas hingga bawah
"Banyak nak kena buat nie sahara, i rasa you kena ambil full package nie,"
"Aku tak kisah full ke, maximum ke aku ambik je semua, itu khas untuk menantu aku,"
"Menantu you, isteri siapa?,"
"Farid,"
"Farid!,.. sila mulut puaka tu,"
Ucap wanita bertudung labuh dengan wajah terkejut membuatkan Farah dah Fazura tergelak
"Kau nie Dibah, hati-hati sikit mulut tu,"
Balas Datin Sri Sahara dengan wajah berang
Wanita bertudung labuh itu sengaja mengoyang-goyang tubuhnya
"Sorry...,"
"Sanggup pulak kau kahwin dengan si farid tu ya,"
Kata Wanita bertudung labuh itu lagi sambil memandang fazura
"Dibah, kau cakap lagi, aku pergi butik lain,"
Kata Datin Sri Sahara sambil mencekak pinggang
"Alaa.. kau nie sahara, cepat betul sentap,"
Balas Wanita bertudung labuh itu
"Tapi sahara, kalau aku tengok lama-lama wajah menantu kau nie, macam mirip seseoranglah, tapi aku dah lupa,"
Bibir Datin Sri Sahara tersenyum
"Kau pun boleh perasan ya Dibah,"
"Of course lah, tapi i lupalah,"
Datin Sri Sahara lantas mendekat tubuhnya pada wanita bertudung labuh itu kemudian membisikan sesuatu
"Yes.. betul lah sahara, hampir mirip lah"
Ucap Wanita bertudung labuh itu dengan wajah teruja selepas mendengar bisikan dari Datin Sri Sahara
"Mirip siapa?,"
Tanya Farah dengan wajah bingung bila melihat tingkah ibunya dengan pemilik butik
"Farah bukan kenal pun,"
Jawab Datin Sri Sahara
"Okaylah, i bawah dia masuk dulu, tapi lama tau, sebab you ambil full package,"
Kata wanita bertudung labuh itu
"It's okay, aku boleh tunggu, janji kau buat elok-elok,"
jawab Datin Sri Sahara
"Don't worry sahara, i akan pastikan, bila dia keluar je, wajah menantu you akan mirip 100% dengan wajah pelakon tu,"
Kata Wanita bertudung labuh itu lagi dengan nada yakin
*********************
Datin Sri Sahara bersama Farah duduk di ruang menunggu sambil berbual kosong namun perbualan mereka akan terhenti bila mendengar raungan Fazura di dalam bilik rawatan
"Huh.. Mesti Sakit tu mak,"
Kata Farah dengan bibir tersengih
Datin Sri Sahara menekup mulutnya cuba menahan dari tergelak, bila mendengar beberapa kali suara Fazura meraung
"Takpe, sakit untuk cantik apa salahnya,"
Kata Datin Sri Sahara
"Aduhhh!!..."
Datin Sri Sahara dan Farah lantas tergelak bila mendengar raungan yang agak kuat dari Fazura
Selepas hampir satu jam setengah, kelihatan wanita bertudung labuh tadi membawa Fazura yang masih mengenakan pakaian rawatan keluar dari bilik
"Sahara, Farah, cuba you berdua tengok,"
Pinta wanita bertudung labuh tadi
Datin Sri Sahara dan Farah lantas bangun dari duduk terus melihat ke arah Fazura
"Alhamdullilah,"
Ucap Datin Sri Sahara dengan wajah teruja
"Eh dah nampak lainlah,"
Kata Farah pula bila melihat perubahan pada wajah Fazura
"Kan,"
Wanita bertudung labuh tadi memandang wajah fazura
"Kulit menantu you nie asalnya cerah, cuma sebelum nie dia cakap, dia selalu memasak, so muka dia berminyak dan ada tompok hitam, satu lagi, dia tak pernah guna pencuci muka, so aku tembak laser bagi cerahkan balik wajah dia,"
Datin Sri sahara dengan wajah masih terlihat teruja mendekati Fazura, lalu menyentuh wajah Fazura mengunakan jarinya
"belum make up lagi ke?,"
"Tentulah belum, tapi macam dah make up kan,"
"Yelah.. macam dah make up, macam mana pulak kalau rupa Fazura kalau dah make up, mesti lagi cantik,"
Kata Farah pula
"Semua tu ada dalam packagekan,"
Tanya Datin Sri Sahara, memandang wajah wanita bertudung labuh tadi
"Tentulah ada, perkerja i akan ajar dia cara bermake up, cara mengunakan losyen muka, badan, syampu rambut semua tu butik i sediakan okay, So you berdua tunggu sekejap je lagi,"
Datin Sri Sahara mengangguk
"Okay,"
*******************
Selepas hampir satu jam barulah Fazura keluar bersama dengan wanita bertudung labuh tadi, dengan mengenakan pakaiannya, wajah Fazura berubah cerah dengan make up di wajah, bibirnya merah membuatkan wajahnya kelihatan menyerlah dan semakin cantik
Wajah Datin Sri Sahara dan Farah kelihatan terkejut dengan perubahan wajah Fazura tidak lagi sama seperti wajahnya sebelum ini,
"Tengok, mirip tak macam pelakon tu, sahara,"
Kata wanita bertudung labuh itu dengan wajah teruja
Datin Sri Sahara terangguk-angguk
"Kalau aku cakap kat kawan-kawan kita, ini cucu seniwati sarimah, aku yakin mati-mati diaorang akan pecaya,"
wanita bertudung labuh tadi tersengih
"Tinggal satu je lagi, kalau dia bertudung, berpakaian macam farah, lagi akan nampak lebih cantik,"
Farah tersenyum lebar
"Farah yakinlah mak, kalau Farid tu tengok isteri dia sekarang, mesti dia tak kenal,"
Datin sri Sahara mengangguk perlahan sambil bibinya tersenyum lebar, hatinya benar-benar puas tak sabar dia ingin melihat reaksi anak bongsunya bila melihat wajah isterinya nanti
***********************
Teguh holding (Isnin)
Dato sri Hassan kamarudin kelihatan begitu sibuk memeriksa dan membaca fail-fail di atas mejanya, tanpa dia menyedari di luar pejabatnya Staf-staf Teguh holding sedang mengelami kejutan dengan berita hangat tentang Farid Husin,
Dato sri Hassan kamarudin duduk menyandar lalu mengeluh perlahan bila memikirkan anak bongsunya yang lansung tidak pulang ke rumah, hatinya sentiasa bimbang dan menyesal setelah apa yang dia lakukan pada anak bongsunya namun di saat dia asyik memikirkan Farid Husin, kedengaran pintu pejabatnya di ketuk beberapa kali di luar
"Masuk,"
Arah Dato sri Hassan kamarudin
"Dato!,"
Ucap Shida setiausaha Dato sri Hassan kamarudin sambil bergegas menapak ke arah meja bosnya
"Kenapa pulak you nie Shida?,"
Soal Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah hairan dengan tingkah setiausahanya
"Dato, ada berita gempar pasal Farid Husin,"
Jawan Shida ketika berdiri di depan meja Dato sri Hassan kamarudin
"Berita buruk ke?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin lantas duduk menegak dengan wajah bimbang dan cemas
"Tak Dato,"
Shida mengeleng kepala
"Tengok nie,"
Kata shida lagi sambil menghulur sebuah tablet kepada Dato sri Hassan kamarudin
"Kalau bukan berita buruk, tak akan berita baik kot,"
Dato Sri Hassan kamarudin lantas mengambil tablet di tangan setiausahanya lalu melihat satu rakaman dari berita tv
"Syarikat gergasi automotive Tesla telah memberi projek periklanan bernilai 60 juta Dollar untuk tempoh tiga tahun kepada Syarikat Teguh holding bagi memperiklankan produk kenderaan mereka yang akan di pasarkan di malaysia tidak lama lagi,"
Dato sri Hassan kamarudin pantas bangun dari kerusi, dengan wajah terkejut
"Bukan tu saja Dato,"
Kata Shida
"Ada lagi ke?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan mata terbeliak
Shida menganguk
"Farid Husin bukan saja dapat projek tu je Dato, tapi projek dari Genting Group bernilai RM50 juta untuk teman tema dan ada khabar angin yang lebih gempak Dato, ada berita dari seberang mengatakan farid Husin dapat projek dari Indonesia,"
Dato sri Hassan kamarudin termangu seketika bila mendengar kata-kata dari setiausahanya
"Wow!!,"
Jerit Dato sri Hassan kamarudin sambil mengankat kedua tangannya
Share this novel