BAB 22

Horror & Thriller Completed 790

Jamilah pergi ke kampung sebelah untuk berjumpa seorang bomoh yang dikatakan handal di kampung itu. Menjengah ke dalam rumah itu.

“Masuk… Aku tahu apa yang kau hajati…”, kata bomoh itu.

“Tok, aku cuma mahu yang ringan-ringan saja. Jangan yang terlalu berat. Tidak nikmat pemandangannya.”, kata Jamilah. Tok bomoh itu pun mengangguk tanda faham.

“Bagaimana dengan bayarannya, tok?”

“Akan aku jelasin kemudian. Kau pulang dulu.”

Dirumah, Mawar kelihatan amat gelisah. Munir bertanya, “Apa kau terasa sakit? Mahu aku panggilkan ibu?”

“Ya, sakit sedikit. Tidak mengapalah. Mungkin ini sakit biasa saja.”

“Baiklah kalau begitu. Aku bawa kau ke bilik, ya.”

**********

Munir memandang mereka berempat. Mereka menundukkan pandangan.

“Apa yang sebenarnya terjadi?”, soal Munir.

“Kami cuma mengikut, tuk. Saya pun tak tau akan jadi macam ni.”, jelas Raihana dalam keadaan teresak-esak.

“Kalau tidak tahu akibatnya, mengapa turuti? Anak muda tika ini.”, kata Munir.

“Kami selalu dengar suara yang suruh kami ke sini.”, Rizal membuka mulut.

“Siapa kami?”

“Saya dan Rania. Baru-baru ni pun saya dengan mereka berdua ni pun dengar lagi suara tu.”, Rizal menunjukkan kearah Faroq dan Danial.

“Kalau dia suruh kauorang terjun gaung, kau ikut? Barangkali suara itu bisikan syaitan. “, marah Munir.

Beberapa saat kemudian, terdengar suara Rania.

“Atuk!!! Jangan tinggalkan Nia!!! Atuk!!! Tunggu!!!”

“Rania! Bangun!”, kejut Rizal.

Keesokan paginya, selepas mereka sarapan, Munir menyuruh mereka berkumpul di ruang tamu rumah. Munir memandang muka setiap seorang, atas kebawah.

“Siapa yang nak cerita dulu?”, soal Munir.

Mereka membisu.

“Baik kalau begitu. Kita mulakan dengan yang paling kanan. Perkenalkan diri dan beritahu mengapa kamu disini.”

“Saya Danial. Saya disini kerana dipaksa, seterusnya ingin membantu rakan-rakan yang lain.”, jelas jejaka itu.

“Siapa yang paksa kamu?”

“Rania.” Munir memandang Rania. Rania tersengih.

“Next!”

“Nama saya Raihana. Saya disini sebab saya nak temankan Rania. Saya tak nak biar Rania pergi seorang-seorang walaupun ada abang dia sekali.”

“Kamu tak percayakan abang dia ke?”

“Sebab dia bukan abang kandung Rania?” Munir memandang Rizal atas bawah. Rizal menundukkan pandangan.

“Saya Faroq. Saya dan Rania dah kawan dari kecil dengan Raihana. Saya ikut sebab saya teruja dengan misi Jejak Rania ni. Lagipun saya memang minat paranormal lagi-lagi yang tak normal.”

“Kamu ingat perkara macam ni boleh buat main-main ke?”, soal Munir. Mereka terdiam.

“Saya Rania. Saya disini untuk membongkar rahsia lampau. Lagipun saya yang ajak paksa mereka ni ikut saya.”, jelasnya.

“Kamu ingat begitu mudah rahsia lampau ingin dibongkar setelah ia disimpan amat rapi?”, soal Munir.

“Aaa, saya Rizal. Abang Angkat Rania.” Rizal memandang Raihana. “Saya disini dengan tujuan yang sama. Ingin membantu, memastikan keselamatan adik saya, dan mencari siapa dia yang sebenar.”

“Kau orang ingat mudah ke? Arwah nenek dan ibu bapanya menjauhkan dia dari sini. Tetapi kauorang membantu dia mendekatkan diri ke sini. Apa gunanya pengorbanan itu?”, soal Munir dalam nada sedikit meninggi.

“Sudahlah. Mahu dihalang sudah terlambat. Kauorang berehatlah dulu hari ini. Esok akan aku dapatkan segala yang kauorang mahu.” Munir keluar lalu menunggang motor kapcai nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience