Empat Puluh Empat

Other Completed 44787

Hari berganti, Bulan. Cinta yang mula terfikir akan kandungannya akan bahaya jika dia membawa Motor, Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak membelinya dulu.

"Baby Mama dan Papa Baby lagi penting dalam hidup Mama sekarang." Kata Cinta mengusap perutnya.

Cinta yang mula bekerja semula hanya dibenarkan bekerja didalam ofis. Dia juga telah menerima notis dari Ghaffar bahawa namanya digugurkan dari semua misi yang berbahaya.

Terkilan kerana namanya yang digugurkan dari semua Misi. Namun apa uang dia mampu hanya mengikuti kemahuan pihak atasan.

"Love. Kenapa ni?" Tanya Thariq.

"Nama Cinta digugurkan Dari Misi. Itu bermakna, Nama Cinta juga Akan digugurkan Dalam Unit Risikan." Kata Cinta lemah yang memandang komputer didepannya.

"Hmm ok lah tu." Kata Thariq.

"Malaslah nak cakap dengan abang ni." Kata Cinta akhirnya.

"Sapa ambik Kerja nanti?" Tanya Thariq.

"Entah. Abang Luth kot." Jawabnya.

"Haihhh susah kalau namanya berdepan dengan emosi ibu mengandung ni. Dulu Kak Dinda. Lepas dari Kak Dinda, Love pula yang abang mesti Hadap sekarang." Kata Thariq.

"Hari ni je. Esok Cinta nak ambik Cuti." Kata Cinta.

"La kenapa?" Tanya Thariq.

"Cinta nak rehat je kat rumah. Mata ni nak tidur je." Kata Cinta.

"Bawaan budak kot." Kata Thariq.

"Mungkin juga." Kata Cinta.

"Akak Dinda macam tulah. Cuma Asyiqah ni teruk sikit." Kata Thariq.

"Kenapa?" Tanya Cinta.

"Moody 24 hours satu hal. Alahan sampai bersalin taknak tengok muka Abang." Kata Thariq.

"Amboiii makan dalam nampaknya Abang." Kata Cinta ketawa.

"Haihhh tulah kalau namanya nak tambah lagi abang fikir dulu. Jangan kan nak tengok, Asal Abang balik mesti akak kau naik bilik lepas tu dia suruhnya abang tidur dengan Syifa kat bilik Love." Kata Thariq panjang lebar.

"Geli hati Cinta. Kesian Abang kan." Kata Cinta.

"Oh lupa abang nak bagitahu minggu depan abang nak buat kenduri sikit majlis cukur jambul untuk Syiqa." Kata Thariq.

"Kenapa tak minggu ni?" Soal Cinta.

"Abang nak tunggu Hilal. Hilal balik minggu ni." Kata Thariq.

"Cinta tak janji tau." Kata Cinta akhirnya.

Tepat jam 2 petang, Luthfi menghubunginya menyatakan dia dah sampai. Harini dia ada checkup kandungan dan minum air gula.

Cinta melihat suaminya yang berdiri dipintu bangunan menapak menuju kearahnya.

"Assalammualaikum." Kata Cinta.

"Waalaikumsalam Cinta hati Abang." Kata Luthfi.

Dia membawa handbag Isterinya lalu menggandeng tangan Cinta erat menuju kekereta.

"Amboi mengalahkan pengantin baru korang ek." Sapa Al.

"Eh Al. Nak kemana?" Tanya Cinta.

"Urusan nak kahwin. Belum selesai lagi." Kata Al.

"Jangan gelojoh sangat tak lari kemana Umai tu." Kata Cinta.

Ap meminta diri pada Cinta dan Luthfi. Luthfi membukakan pintu penumpang kepada Cinta.

"Thanks Abang." Kata Cinta. Luthfi menutup pintu keretanya dan masuk kepintu pemandu.

Mereka keluar dari Pangkalan tentera dan menuju keklinik swasta hari tu.

"Perkembangan Janin ok. Baby sihat membesar cukup. Semua normal." Kata Doktor itu.

"Ibu oun stabil, Darah, tekanan gula semua stabil." Katanya lagi.

Selesai menemui doktor,Mereka menuju ke Firma Luthfi kerana Luthfi tertinggal walletnya.

Mereka meneruskan perjalanan pejabat Layla untuk mengambil Sarah dan Rissa. Layla akan berangkat ke Brunei bersama Fakhrul atas urusan Bisnes.

"Mana Cinta?" Tanya Layla.

"Ada kat dalam kereta. Mengantuk dia cakap." Kata Luthfi.

"Biasalah Mak Buyung. Takkan lari dari namanya nak tidur memanjang." Kata Layla.

"Sarah jaga adik tau. Jangan penatkan Mama Cinta. Kesian Baby Mama Cinta dan Papa Luth." Kata Layla mengingatkan Sarah.

"Ok Mommy." Kata Sarah lalu pergi meninggalkan Layla dibelakang.

"Mama Cinta." Panggil Sarah apabila masuk kedalam kereta.

"Hyeee Sayang Mama." Sapa Cinta.

"Mama Sihat?" Tanya Sarah.

"Alhamdulillah." Kata Cinta.

Luthfi meletakkan Rissa dalam kerusi baby sebelah Sarah.

Luthfiemandu semula menuju pulang ke Villanya.

"Abang singgah supermarket kejap." Kata Cinta.

"Okey." Balas Luthfi.

Kereta yang dipandu Luthfi masuk kedalam parking Supermarket. Mereka keluar bersama dan masuk kedalam supermarket.

Luthfi membawa troli dan mendudukkan Rissa didalam tempat khas baby.

"Sarah nak apa?" Tanya Cinta.

Cinta mengambil beberapa ekor ikan, Daging, Ayam, Udang dan kerang. Mana barang dapur yang habis, Dia beli terus. Beberapa jenis Jajan dan Coklat dibeli Cinta.

Selesai melakukan pembayaran, mereka keluar darisupermarkwt dan balik ke parking kereta.

Mereka akhirnya pulang ke Villa selepas membeli barang dapur sedikit.

"Sarah tolong Papa Luth kemas kejap." Kata Luthfi.

"Beres." Kata Sarah.

Luthfi melihat Isterinya yang duduk termenung depan tv ruang tamu.

"Heyy kenapa ni?" Tanya Luthfi mengelus lembut pipi isterinya.

"Abang ni. tarkejut Cinta." Kata Cinta.

Luthfi ketawa kecil melihat isterinya terkejut dek sentuhannya.

"Kenapa Sayang Abang ni?" Tanya Luthfi.

"Cinta terfikir pasal Abang Thariq." Katanya.

"Kenapa?" Soal Luthfi.

"Masa Akak Dinda mengandung Syiqa teruk juga alahan akak sampai taknak tengok wajah Abang."' Kata Cinta.

"Bawaan budak tu." Kata Luthfi.

"Cinta terfikir apa akan jadi kalau Cinta terkena macam tu. Taknak tengok wajah Abang?" Soal Cinta.

"Jangan nak ngada eh." Balas Luthfi.

"Bukan Cinta ngada. Tu lah Cinta duk fikir dari tadi." Kata Cinta.

"Percayalah, Abang yakin Sayang takkan kena alahan macam tu." Kata Luthfi akhirnya.

Dia melihat Rissa yang kini mula pandai berjalan sedikit tersenyum. Allah hantar dan berikan dia Zuriat didalam rahimnya, memberikan dia merasa indahnya mengandung.

Mama akan pastikan Sayang Mama ni lahir kedunia dengan selamat. Bisik hatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience