bab 5

Other Completed 2434

tawa abang tan perlahan2 terhenti sebaik menyedari kedatangan alden ke kumpulan lepaknya..masing2 yang perasan perubahan tu ikut menoleh.

" wuuuu.. ni ' awek' mana plak kau rembat? jambu doh !" sakat hariz diikuti tawa rakan2 yang lain. abang tan jeling tajam.

alden berhenti tepat dihadapan abang tan yang sedang duduk diatas motorsikalnya.lama mereka saling merenung diiringi siulan2 nakal teman2 abang tan.

" we need to talk.." kata alden akhirnya.

" takde apa aku nak cakap ngan kau."

" pergilah..awek panggil kau tu." sakat adib pula.

" awek atuk kau! baik kau diam sebelum pecah muka kau aku kerjakan.." abang tan berkata penuh 'kelakian'.siap tunjuk penumbuk lagi kearah adib... adib cuma ketawa tanpa ada rasa takut.

" just a second..please.." pujuk alden.

" second ke third ke,aku taknak.." abang tan berkeras.

" sekejap je..please.."

" taknak! tak faham bahase ke??"

hariz berdiri lalu memaut bahu abang tan membuatkan darah alden menyirap.buku limanya digenggamnya kemas. abang tan yang tak menduga tindakan hariz, ikut menyirap tapi tak pula dia menegah.

" bro,dah dia kata taknak kan, kau blah jelah..takyah tunjuk kau desperate sangat.banyak lagi jantan lain yang kau boleh usha selain dia.." kata hariz sambil mata tajam merenung alden dari atas ke bawah.dia pantang betul bila teman2nya dipaksa sesuatu yang mereka tak suka..

" take off your hand from her !" alden berkata dengan gigi terketap.

adib dan yang lain2 dah bantai gelak.ntah apa yang lucu.

" kenapa? kau cemburu??" tanya hariz dengan senyum senget penuh kesinisan.

" i said take off your hand from HER !" alden hampir terjerit dek terlalu geram.

" kalau aku taknak??"

alden mara setapak ke hadapan sebelum abang tan mencelah dan menahannya.

" kau apehal haa?? " soal abang tan dengan riak serius.

" kau yang apehal?? dah takde orang lain ke yang kau nak buat kawan selain jantan2 nih??" alden menentang tajam renungan abang tan.wajahnya yang cerah sudah mula kemerahan.

" ape salahnya?? yang kau nak sibuk hal aku kenapa? yang kau susah sangat aku nak kawan ngan siapa ,kenapa??" tanya abang tan bertalu2..

" aku susah dan sibuk sebab aku sukakan kau! aku taknak kau berkawan ngan jantan lain!" balas alden deras tanpa teragak2.

abang tan terkedu.mulutnya sedikit ternganga dek terkejut.

adib berpandangan dengan teman2nya.. bagaikan tak percaya dengan apa yang diluahkan oleh alden.

" kau gila ke bro? kau gay ea??" tanya adib.

" aku tak gila dan aku tak gay! kau tanya sendiri kawan kau ni,siapa dia.." dia menekankan perkataan kawan dengan mata tak lepas merenung abang tan.dia yakin mereka tak tau apa2 tentang abang tan..

adib mengalih pandangan pada abang tan.begitu juga dengan yang lain.

" jangan percaya cakap dia..aku tak tau apa yang dah rasuk dia ni sampai tiba2 jadi camni.." ujar abang tan masih lagi nak berselindung.

" really?? atau kau nak aku buktikan??" alden tak mahu mengalah.

" what are you trying to do??" tanya abang tan berbisik..dia mula geram.

" you heard what i said before..and i serious..i want you.."

" are you crazy??"

" yes! im crazy because of you!"

abang tan berdecit. kepala tergeleng2 cuba menafikan apa yang dia sedang dengar.

" jap.aku still tak faham..apa semua ni,bro??" hariz tepuk bahu abang tan meminta penjelasan.

" takde apa yang kau perlu faham..dia ni saja buat kecoh..aku tak kenal dia pun.." putus abang tan.

hariz mengecilkan kelopak mata.alden dan abang tan dipandang silih berganti.dia benar2 tidak mengerti dengan situasi sekarang.

" dahlah..aku cabut dulu..semak arr.." abang tan tarik zip jaket yang dipakai ke atas sebelum mencapai topi keledar dan disarungkan ke kepalanya.

" aku tak main2 dan aku akan kejar kau,tan..kau akan jadi milik aku.." sempat alden berkata sebelum abang tan menghidupkan enjin motorsikalnya. abang tan membulatkan biji mata memberi amaran. alden angkat bahu dan senyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience