8.Pertemuan

Crime Series 1643

***,,,, bunyi pagar kedengaran menutup kelab malam itu tepat 3 pagi..
Rata-rata pengunjung balik ke kediaman masing2 dengan pasangan mereka..

" Azam, alang, korang rehat dulu dihotel, esok jangan lupa datang kilang, tengok stok" pesan carlos pada kami berdua..

"Baik bos, tq na bos, ni nak balik hotel dulu, ada kerja extra perlu dibuat, heheheh” jawab azam sambil memandang teman menarinya tadi dengan penuh hawa nafsu..

“Abang, mira nak juga ya barang tu, da sedap baru kita next step hehe" kata mira sambil memeluk erat azam dari tepi.

“Ha lang, jum naik hotel, kita pekena sebalut dua, lepas tu kita aummm” hahahahah, kata azam sambil memukul perlahan lenganku..

“ Aaaaaa, macam ni zam, kau dengan mira naiklah dulu hotel, aku ingat nak melepak tepi pantai sat tengok laut" jawabku dengan nada berbisik pada telinga azam..

“Okay2, tapi jangan marah ha kalau kau dapat sisa je nanti, huhu” balas azam dengan nada mengejek lalu dia dan mira berlalu pergi naik ke hotel..

Sepermegian azam dan mira, maka aku berjalan perlahan menuju ke pantai di depan. Pantai tu memang strategik, dekat dengan hotel, dengan kelab malam, kadang fikir, takda rush ke kat sini, ke polis2 dekat sini dibayar, hehehe( fikir ku sendirian)

********duduk di atas pasir, melihat laut terbentang luas, hatiku terketuk(ada terasa sedikit penyesalan atas semua yang berlaku, terfikir dengan dosa2 yang aku buat selama ini)

******sedang sedap ku mengelamun sambil menghisap balut yang aku buat tadi***

“Assalamualaikum nak, buat apa seorang diri disini?

“Waalaikumsalam, aku toleh ke belakang, didepan ku tersegam seorang pkcik tua memakai jubah putih.. “aaaa takda pape pakcik, saja lepak2 sini, rasa tenang” jawab ku, namun didalam hati ku fikir(mana datang pakcik ni, dengan jubah putihnya, takkan hantu kot)

“Pakcik rasa anak ni bukan orang sini ni kan, datang melancong"? tanya pakcik tu padaku sambil tersenyum.

“Aah pakcik, saya dari kl, datang sini atas urusan kerja, saya duduk di hotel sebelah tu” jawabku sambil jari ku menuding kan arah tempat tinggal kami..

“Tinggi kan hotel tu nak? Anak rasa kalau dosa kita setinggi tu, agak-agak tuhan nak ampunkan dosa kita ni? "tanya pakcik tu kepadaku sambil menepuk belakang ku dengan lembut..

Aku terdiam, pertanyaan tu sukar dijawab, aku ni bukanlah jenis orang yang kuat agama.. namun aku cuba jawab pertanyaan pakcik tu dengan penilaian aku sendiri.

“Kalau dosa tinggi macam tu, saya rasa sampai bila-bila dosan takkan terampun pakcik" jawabku dengan perlahan..

**Pakcik tu tersenyum memandangku, mata nya bersinar..
“Anak muda, kamu jangan risau nak, kalau dosa setinggi bangunan hotel ni, keampunan tuhan semua lautan ini nak, ingatlah nak, tuhan sentiasa memberikan kita jalan untuk kembali kepadanya, walaupun dia tahu kita memilih jalan yang salah, namun dia tetap memberikan kita jalan.. kerana dia tetap melihat kita walaupun kita tak pernah ingatkan nya..” jawab pakcik tu dengan tenang dan dia pun bangun..

“Anak, pakcik balik dulu lah ya, pesan pakcik 1 je, kalau kamu jumpa jalan yang salah, baliklah dan carilah simpang yang betul, pakcik yakin kamu akan jumpa apa yang kamu cari, Assalamualaikum” kata pakcik tu sambil berlalu pergi, pergi dan hilang didalam kegelapan malam.

***Kali ni hati ku betul2 terusik dengan kata-kata pakcik berjubah putih tu, aku terbaring disitu, tanpa ku sedari air mata mula turun membasahi pipiku... **Masihkah ada ruang untuk hambamu yang hina ini kembali kepadamu ya allah.. ***Tanpa ku sedar mata ku mengecil sendiri dan tertidur disitu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience