4

Romance Completed 132660

Beberapa orang staf sudah berpusu-pusu ke bilik mesyuarat utama. Nampaknya ada meeting tergempar lagi pagi itu. Nasib baik tidak melibatkan Hana, lega.

Gerangan yang melalui hadapan mejanya ditilik satu-persatu. Belum bertemu dengan lelaki pujaan.

'Mana dia ni, takkan tak ada?' jam di tangan dikerling sekejap.

Hazim memang biasanya agak lewat kalau masuk meeting. Bukannya ada siapa-siapa yang berani marah dia.

Terdengar suara dua orang lelaki sedang berbicara. Satu suara milik chairman, Dato Hussein. Satu lagi suara milik Hazim Ikmal.

Hana lantas mencari gerangan empunya suara. Bertembung sahaja dengan wajah Hazim, lelaki itu mengenyitkan sebelah mata. Tersipu Hana di meja sambil menghadiahkan senyum kecil.

Bayangan Hazim yang kian menjauh diperhatikan. Tidak lama kemudian kedengaran suara perempuan berdehem.

Qistina pula lalu di hadapan Hana sambil melemparkan pandangan tajam. Sudah. Pasti Qistina perasan dia bermain mata dengan Hazim tadi. Hana membetulkan duduk. 'Kantoi lagi!'

-

Hana membaca kiriman Whatsapp dari Hazim. Kecewa Hazim tidak dapat menemani dia untuk lunch hari itu. Walaupun ada bertembung, tidak sempat langsung dia bercakap dengan Hazim di pejabat.

Hampir tiga tahun mereka merahsiakan hubungan. Tiada seorang pun dari pejabat yang tahu kecuali Qistina. Itu pun kerana terkantoi. Selama ini orang lain mengira bahawa Hazim bercinta dengan Mona Ellisa.

Mona. Ah! hatinya dijentik cemburu lagi apabila mengenangkan freelance model itu yang tidak putus-putus mengejar Hazim. Harus diakui Mona jauh lebih menawan rupanya, tidak hairan kalau dia jadi kegilaan ramai.

"Kawan baik kau keluar lunch dengan Mona Ellisa. Tak payah nak monyok sangat." sindir Qistina yang kebetulan lewat mejanya. 'Nak keluar lunch dengan dato' la tu!'

Hana buat tak tahu. Dalam fikirannya sudah terbayang aksi-aksi gedik Mona seperti selalu. Walaupun Hazim tak pernah melayan, dia tetap cemburu. Mahu sahaja dia jerit depan muka Mona mengatakan Hazim dia yang punya.

-

Hazim mengelap mulut dengan tisu. Mati pula selera apabila Mona membangkitkan isu tidak sepatutnya. Kerana perempuan inilah dia tidak dapat bersama dengan Hana hari ini.

"Dah kenyang ke? Sikitnya makan?" tegur Mona setelah melihat Hazim berhenti menjamah isi pinggan.

"Entah. Takde selera pulak rasanya." perli Hazim.

"Hai. Baru cakap pasal kahwin dah takde selera. Jangan cuba nak mengelak ye, Hazim."

"Apa benda kau mengarut ni? sapa yang nak kahwin dengan kau?" balas Hazim. Menyampah dengan orang di hadapannya ini. 'Tak tahu malu!'

"You la, siapa lagi. I dah bagitahu aunty Noor. And my mom pun dah setuju." Mona menunding jari ke arah Hazim.

"Mimpi jelah Mona. Kahwin la kau sorang-sorang. Takda masa aku nak layan angan-angan kau."

Kata-kata Hazim membuatkan Mona berhenti makan. Panas benar hatinya mendengar penolakan Hazim.

"I don't care Hazim. I tetap akan buat you kahwin dengan i one day. I tak main-main, i akan pastikan benda tu berlaku."

"Are you out of your mind?" Hazim menggeleng kepala.

"No, Hazim. Ini Mona lah, i will get what i want. Takde sapa pun akan rampas you dari i."

Hazim melepaskan tawa kecil. Tak tercapai dek akalnya akan kemahuan Mona itu. Ketika itu juga dia terpandang akan susuk tubuh yang dikenali di situ.

Hana sedang berjalan bersama dengan Azleen. Mungkin hendak makan di situ juga. Hana hanya menunduk setelah mereka berpandangan sesama sendiri. Hazim mengeluh dalam diam.

Mahu sahaja Hazim lari atau menyembunyikan muka dari Hana. Harus memujuk Hana selepas ini. Pasti gadis itu kecewa.

-

Hana merenung skrin telefon bimbit. Pesanan Hazim sengaja dibiarkan tidak berbalas. Biar Hazim tahu dia sedang merajuk. Biasanya lelaki itu pasti akan ke mari juga nanti.

Makin lama makin tidak dapat disembunyikan rasa tidak puas hatinya terhadap Mona. Namun demi Hazim, Hana tetap bersabar.

Bunyi pintu rumah dibuka mengejutkan Hana. Hazim muncul di balik pintu. Hana mengeraskan diri di atas sofa. Menunggu sahaja Hazim datang di dekatnya.

"Baby..." Hazim mengambil tempat di sebelah Hana.

Mahu ketawa melihat muncung mulut Hana. Geram!
Hana buat-buat pandang televisyen. Padahal bunyi dari tv tidak kedengaran langsung. Apa daa..

"Memang biasa ke tengok tv takda suara?" usik Hazim. Wajah masam Hana ditenung sahaja, harap berjaya strateginya.

"You!!" Hana menyeringai sambil memukul lengan Hazim. Gelak tawa Hazim semakin menambah sebal di hati.

"Sayang tak mau lah masam macam ni. Sorry okay pasal siang tadi?" pipi Hana ditarik supaya memandangnya.

"I tak ada cakap apa-apa pun." sengaja Hana menduganya.

"Dah tu call tak angkat, text tak reply. You ingat i tak kenal ke muka jealous you ni wahai Atilia Hana?" Hazim memaut dagu Hana pula. Hanya beberapa inci dari mukanya.

"Mana ada i jealous." gumam Hana. Kedatangan Hazim ke sini sudah cukup untuk memujuk hatinya kembali.

"Tipu lah. Sorry okay. Dia paksa i tadi. Kan i dah plan nak lunch dengan you. Forgive me, okay sweetheart?"

"Okay.. i maafkan." lembut sahaja Hana akur. Mudahnya cair dengan kata-kata Hazim.

"Good girl. Come here." tubuh Hana ditarik untuk duduk di atas riba Hazim. Kecil molek saja, senang Hazim nak peluk.

"Kita pegi vacay jom. I dah ada ticket ." Hazim mencuri perhatian Hana.

Bersinar-sinar mata Hana mendengar pelawaan Hazim. Sudah lama dia dan Hazim tidak bercuti bersama.

"Really? Pergi mana?"

"Yup. Itu rahsia. You ikut je."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience