BAB 11

Family Completed 1384

Kepalanya sakit. Berdenyut-denyut sahaja sejak dia tersedar. Dia cuba memerhatikan sekeliling. Sebuah bilik yang dipenuhi dengan orang ramai. Semua orang kelihatan kelam-kabut.

Allyssa diam sebentar. Dia cuba berfikir sebab dia ke tempat ini. Namun otaknya tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. Lebih-lebih lagi sesuatu bunyi telah mengganggunya untuk berfikir.

“Macam pernah dengar. Di manakah aku?” Soal Allyssa kepada dirinya sendiri.

Bunyi itu tetap berulang berkali-kali. Tidak tenang pula hati Allyssa mendengar bunyi itu. Dia focus mencari di mana datangya bunyi yang mengganggu privasinya.

Allyssa ternampak sebuah mesin degupan jantung. Garisan hijau yang turun naik yang sama gerakannya. Kemudian dia terlihat sekantung tiub yang penuh dengan darah. Kelam-kabut Allyssa melihat tubuh badannya.

Allyssa panik. “Rasanya aku tidak derma darah pun. Apakah yang terjadi?”

Dia mula pelik. Tangannya penuh dengan calar-balar malah kaki kanannya dibalut! Bagaimanakah boleh jadi begini? Mengapa otaknya tidak mampu mengingati apa-apa yang terjadi sebelum ini?

Dia berusaha untuk bangun tetapi badannya terasa begitu lemah. Perit! Allyssa menjerit meminta pertolongan. Mana tahu siapa-siapa di situ yang boleh membantunya untuk bangun daripada situ.

“Tolong! Tolong!”

Allyssa sudah cuba untuk menjerit sepuas hati. Namun tiada siapa yang ambil berat tentangnya. Semua orang sibuk dengan hal sendiri. Macam dirinya itu tidak wujud!

Dia cuba menjerit meminta pertolongan sekali lagi. Tiada respons. Maka dia mengalah kerana dia sudah penat menjerit. Lama dia mendiamkan diri. Akhirnya ada seorang wanita yang berpakaian putih lalu di sebelahnya. Dia mengambil kesempatan ini untuk meminta bantuan.

“Tolong…!” Allyssa bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience