Bab 31

Drama Completed 5973

Setelah hampir satu jam berada di dalam perut kereta, akhirnya mereka sudah tiba di hadapan rumah Mak Minah dan Pak Mail. Mak Minah memimpin tangan Saraa untuk masuk ke dalam rumah selepas dia keluar dari perut kereta tersebut. Adam pula membawa beg pakaian Saraa masuk ke dalam.

Mak Minah membawa Saraa duduk di sofa ruang tamu untuk melepaskan penat. Pak Mail dan Adam juga turut melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan mereka.

"Saraa okey ke?" soal Pak Mail memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka semua.

"Saraa okey. Ala pak cik tak payah risaulah, benda kecik aje," ujar Saraa sambil mengukir senyuman buat lelaki tua tersebut.

"Be..benda kecik?!" nada suara Adam sedikit meninggi kerana terkejut mendengar ujaran Saraa itu. Benda kecik apanya? Kau hampir diperkosa kut!

Saraa mengeluh lemah sebelum menguntum senyuman manis buat Adam.

"Benda dah jadi, kan. Kita dah tak boleh nak undurkan masa. Mulai sekarang, aku janji kat kau yang aku akan jaga diri aku baik-baik, okey?" dia mengenyitkan matanya untuk memujuk hati Adam yang masih panas.

"Betul tu, Adam. Benda dah jadi, Adam nak mengamuk sekalipun dah tak ade guna," Mak Minah menyokong kata-kata Saraa. Dia faham bahawa Saraa tidak mahu Adam risau akan keselamatan dirinya.

Mendengar sokongan daripada Mak Minah, Saraa terus memeluk lengan wanita tua tersebut. Dia memandang wajah Mak Minah lalu senyuman manis diberikan sebagai tanda terima kasih kerana memahaminya.

"Suka hati kaulah...," Adam akhirnya mengalah.

Ring! Ring!

"Jap ye," Saraa melepaskan pelukan di lengan Mak Minah lalu menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon bimbit yang berdering.

"Hello, assalamualaikum. Ya, saya Saraa Airisha, kenapa ya? Oh betul ke ni? Alhamdulillah, terima kasih ya encik," Saraa memutuskan panggilan dengan senyuman yang amat lebar sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih.

"Uish ni gembira sangat dah ni sampai gigi pun nampak," sakat Pak Mail.

"Memang Saraa gembira pun. Gembira sangat sangat sangat," sahut Saraa riang.

"Sebab?" Adam mengangkat keningnya ala-ala Detective Conan.

"Nak tahu tak, pemilik tempat yang aku nak sewa untuk bukak butik aku tu, dia dah bagi kelulusan untuk sewa tempat dia. Wah tak percaya nya aku!" ujarnya dengan nada teruja seperti kanak-kanak yang baru dihadiahkan dengan sekotak coklat. Dia menampar-nampar pipinya untuk memastikan bahawa semua ini bukanlah mimpi semata.

"Laaa betul ke ni Saraa? Alhamdulillah, mak cik tumpang gembira," Mak Minah mengusap-usap bahu Saraa. Pak Mail mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mak Minah.

"Adam, nanti kau teman aku kemas-kemas tempat tu ya," ajak Saraa.

"Hmm ye lah. Tunggu aku cuti minggu depan, kita kemas sama-sama ya," Adam tersenyum melihat gelagat Saraa.

"Yeay!!!"

Melihat keakraban mereka, Mak Minah terus teringat sesuatu. Perkara yang dinyatakan oleh mereka berdua di hospital tadi.

"Ha, dah alang-alang ni, mak cik nak tanya sesuatu," semua mata kini menumpu ke arah Mak Minah.

"Betul ke kamu berdua ni suka antara satu sama lain? Kalau Adam ni, mak cik tahulah memang dah lama dia simpan perasaan kat kamu Saraa. Tapi betul ke kamu pun ada perasaan kat dia? Ataupun kamu berdua memang dah bercinta tanpa pengetahuan kami?" Mak Minah melontarkan soalan.

Snyuman Saraa yang tadinya lebar kini berubah sedikit hambar. Dia menundukkan kepala lalu menggigit bibirnya sendiri. Wajahnya merah menahan malu. Adam pula terbatuk kecil mendengar soalan ibunya.

'Aku nak jawab apa ni?! Aduh malulah aku macam ni' rungut Saraa dalam hati.

Pak Mail yang sepertinya faham akan isi hati Saraa terus menegur perbuatan isterinya yang bertanya soalan seperti itu.

"Ish kamu ni Minah. Tak payahlah nak tanya soalan macam ni. Tengok tu, merah dah muka dia sebab malu. Soal hati dan perasaan diorang ni biar diorang sendiri lah yang uruskan,"

"Hmm saya ni nak tahu je bang. Manalah tahu Saraa ni nanti betul-betul jadi menantu kita," Mak Minah memuncungkan mulutnya.

Kini giliran Adam pula yang tertunduk malu.

"Abang tahulah kamu nak sangat bermenantukan si Saraa ni. Tapi biarlah mereka sendiri yang uruskan soal hati dan perasaan masing-masing. Dah Saraa, pergi masuk bilik, berehat. Kamu tidur kat bilik Adam, biar Adam tidur kat ruang tamu," arah Pak Mail.

Saraa mengangguk terus membuka langkah untuk ke bilik Adam.

...

Syaza tiba di rumah bersama Haris. Maklang bagai tidak percaya melihat Haris kembali ke rumah tersebut setelah apa yang dia cuba lakukan pada Saraa.

"Kenapa kau balik sini lagi?! Kau nak rosakkan siapa pulak kali ni?!" serangnya apabila Haris tiba di depan muka pintu.

"Mak! Tunggulah sampai kami masuk dulu!" Syaza menahan ibunya daripada menerkam Haris.

Haris menjeling ibu mertuanya itu lalu mengatur langkah untuk masuk ke bilik.

"Siapa suruh abang masuk bilik? Syaz bawak abang kat sini bukan nak layan abang macam raja seperti dulu!" Syaza meninggikan suaranya. Langkah Haris terus serta merta terhenti.

"Mak tolong panggil Maksu dan Paksu. Ada benda yang kami nak bagitahu. Abang, duduk sini dengan Syaz," arah Syaz tegas lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kayu panjang di ruang tamu mereka.

Maklang segera keluar dari rumah untuk menaiki tangga untuk memanggil Maksu dan Paksu di rumah atas. Dia tidak sabar untuk mendengar perkara yang bakal diperkatakan oleh anaknya. Haris pula terus melangkah mendekati Syaza dengan wajah yang masam dan mengambil tempat di sisinya.

Setelah Maksu dan Paksu tiba Syaza terus mengarahkan mereka untuk duduk bertentangan dengan dia dan Haris.

"Betul kata Saraa, laki Syaz ni teruk. Syaz dah tersalah pilih suami untuk jadi peneman hidup Syaz," Syaza memulakan kata-katanya.

"Syaz bodoh. Sebab cinta, Syaz sanggup memalukan diri dan...... keluarga Syaz. Syaz sanggup berzina sampai kena tangkap khalwat sebab Syaz tak nak cinta Syaz pandang perempuan lain," sambungnya sayu.

Maklang, Maksu dan Paksu setia mendengar pengakuan Syaza tanpa menyampuk apa-apa. Haris pula menelan liur mendengar kata-kata yang diluahkan oleh wanita bergelar isteri di sebelahnya. Timbul rasa kesal di hatinya kerana dia hanya mempergunakan Syaza untuk kepentingan dirinya sedangkan wanita tersebut benar-benar mencintainya sepenuh hati.

"Syaz patut berterima kasih dengan Saraa sebab dah sedarkan Syaz. Syaz dah banyak buat salah kat Saraa dan Syaz menyesal sangat-sangat. Kalau bukan sebab dia, sampai Syaz mati pun Syaz takkan tahu yang cinta hati Syaz ni rupanya tak cintakan Syaz langsung," air mata mula mengalir di pipinya. Dia menghela nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.

"Setelah anak Syaz ni dilahirkan kelak, Syaz dan Haris akan berpisah. Tapi untuk sementara waktu ni, dia tetap akan tinggal dengan kita sebab dia masih bergelar suami Syaz dan dia tetap ayah kepada anak Syaz," Syaza mula mengusap perutnya. Dia cuba untuk mengukir senyuman namun gagal apabila tangisannya semakin kuat.

Haris memegang tangan isterinya itu untuk menenangkannya. Rasa kasihan timbul di sanubari. Tipulah kalau dia tak ada rasa sayang langsung pada wanita yang sedang mengandungkan anaknya itu.

"Sayang, abang mintak maaf. Abang janji abang akan cintakan sa...," Syaz meletakkan jari telunjuknnya di bibir Haris.

"Jangan panggil Syaz sayang lagi. Dah terlambat untuk abang cintakan Syaz sebab cinta Syaz sekarang ni dah layu untuk abang. Syaz benarkan abang tinggal kat sini sebab Syaz cuma nak anak dalam kandungan Syaz dapat rasa kasih sayang kedua ibu bapa dia sebelum kita berpisah masa dia lahir nanti," Syaza memandang wajah Haris sayu.

Maklang sebak melihat tangisan anaknya yang tak henti-henti itu. Dia bangun dari tempat duduknya lalu memeluk Syaza untuk menyumbang kekuatan. Maksu juga menangis melihat adegan tersebut. Paksu? Paksu yang hati batu itu juga tidak sangka bahawa perkara tersebit akan membuat matanya berair. Dia menyeka air matanya dengan menggunakan kolar baju sebelum air matanya itu terus mengalir di pipi.

...

Usai makan malam dengan Adam, Mak Minah dan Pak Mail, Saraa meminta diri untuk berehat di dalam bilik. Belum sempat dia memejamkan mata untuk tidur, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

'Aku dah jumpa dia' - private number

'Bagus. Kau bagi alamat dia kat aku. Aku tak sabar nak jumpa dia'

Saraa menyimpan telefonnya di bawah bantal dengan senyuman sinis.

"Sabar ya, Saraa. Tak lama lagi dendam kau akan terbalas,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience