DUA BELAS: SANTAPAN DINGIN

Mature Content Series 572

Strayz menjeling tajam ke arah gadis yang berada di atasnya. Dia masih berusaha untuk menggerakkan tubuhnya. Dia adalah tuhan di sini. Berakhir dalam keadaan ini... dipijak oleh makanannya begini... dia tidak akan menerimanya.
Dia akan pastikan gadis di atasnya ini meratap seumur hidupnya. Dia akan pastikan gadis ini tercemar sehingga rasa ingin mati menghantuinya. Tapi Strayz tak akan membiarkannya mati. Dia akan menghidangkan gadis itu kepada semua — sehingga gadis itu hilang segala rasa.
May berhenti ketawa. Wajah Strayz ditatap dengan senyuman. Dia menunduk sedikit, membiarkan rambutnya jatuh ke wajah Strayz. Pipi lelaki itu dielus perlahan, mengundang kemarahan di matanya.
"Marah?" May menatap penuh ke dalam mata lelaki yang masih cuba mendapatkan kembali kawalan.
"Overpowering someone is really fun. Sekarang aku faham kenapa kau suka semua ni."
Seluruh tubuh Strayz masih lumpuh, tapi degupan jantungnya menghentak laju. Bukan kerana takut — sebaliknya amarahnya tak tertahan.
May ketawa kecil dan memanjat turun dari tubuh lelaki itu, lalu membantu mengiringkan tubuhnya ke kiri.
“Jangan risau. Aku akan selalu layan mainan aku dengan layak.”
Gadis itu bergerak ke arah langsir yang menutupi dinding. Tirai segera terbuka, umpama di pentas persembahan.
“Oh. Hai, Nova!”
May bersuara sebaik saja melihat Nova sedang berdiri di sebalik kaca yang menggantikan dinding bilik sebelah.
"What a pleasant surprise."
Di belakang Nova, ada VIP lain termasuk Vynce dan Veno sedang duduk di sofa, memandang tepat ke arahnya. Tubuh mereka tidak terikat, tapi Strayz yakin mereka juga tidak mampu bergerak sepertinya. Seluruh tubuh mereka kaku dalam kedudukan yang seragam.
Nova memandang May yang berdiri di sebalik kaca di hadapannya. Dia tahu gadis itu gila saat pertama kali bertemu. Dia tahu gadis itu bahaya — namun bukan begini. Nova tidak pernah gentar di hadapan sesiapa, termasuk Strayz biarpun lelaki itu berjaya menguasainya. Tapi gadis di hadapannya ini membuatkan nafasnya menghilang. Auranya terlalu gelap sehingga menyesakkannya.
Veno hanya mampu memandang ke arah Strayz. Dia tidak mampu mengalihkan wajah. Strayz kelihatan menyedihkan — seperti pemangsa yang kini dibuli di sarangnya sendiri. Tak pernah terlintas di fikiran Veno bahawa lelaki itu, yang selama ini gah mendominasi, akan jatuh seteruk ini. Dalam getaran, jujur — Veno sedikit mengagumi gadis itu.
Jika ini situasi biasa, Vynce ingin sekali mengatakan padan muka kerana situasi begini terjadi adalah kerana Strayz merebut hidangannya. Tapi rasa puas itu sedang tenggelam dalam kesakitan yang tidak mampu diterjemah kata-kata.
Seluar VIP yang menjadi penonton semuanya sedang basah — namun bukan dengan cairan ketakutan, sebaliknya dengan pekatnya darah. Mereka tidak pasti sampai bila saja mereka mampu bertahan. Lambang kemegahan mereka telah menghilang dalam sekelip mata.
May berpaling kembali memandang Strayz yang masih kaku di tempatnya, bersama api yang belum terpadam dari matanya.
“Aku sediakan penonton untuk kau. And look… Nova dapat front seat.”
Dada Strayz turun naik. Dia benar-benar ingin bangun dan menghumbankan gadis itu ke tanah dan menamparnya beberapa kali. Dia ingin menunjukkan kepada gadis itu siapa sebenarnya berkuasa di Eden Black. Tapi tubuhnya masih kaku, seberapa kuat pun dia mencuba.
Nova masih lagi berdiri biarpun kakinya sedang menggeletar memandang persembahan di hadapannya. Tidak seperti yang lain, dia mampu berlari — tapi dia masih lagi memandang. Memandang taring serigala itu dipatahkan oleh makhluk yang disangka biri-biri.
Dia tidak pasti May ini makhluk seperti apa. Yang dia tahu, May menganggap mereka semua sebagai mainannya. Dan dia sedang bermain dengan mereka. Dan mungkin juga selepas ini… gilirannya.
“Jangan risau, show kali ni pasti tak membosankan.”
May mengenyitkan sebelah matanya kepada para ‘penonton’ ketika dia membaringkan kembali tubuh Strayz melentang ke katil, sebelum memanjat tubuh anak patung miliknya itu.
Sebelah lagi tangan May yang tidak menyimpan selongsong gas dikoyak sedikit lagi. Pisau yang sudah bermandikan darah ditarik keluar darinya.
“Jijik,” May bersuara sambil mengelap pisau itu ke baju yang dipakai Strayz.
Nafas Strayz bagai ingin terhenti apabila melihat pisau itu. Jika tadi dia melihat May umpama steak daging yang sekadar cuba menunjukkan kuasa, kini May berubah menjadi kerbau di dalam arena — cuba menakluki mangsanya.
Bagaimana mungkin ini terjadi? Dia Strayz.. Segalanya selalu berpihak kepadanya. Dia layak mendapatkan segalanya di dunia ini. Orang lain sepatutnya bersujud menyembahnya. Jadi mengapa sekarang..
May tersenyum, membiarkan mata mereka bertentangan. Melihat api di dalam mata lelaki di bawahnya perlahan terpadam — diganti dengan ketakutan yang mula memutik.
Matanya masih memandang tepat ke dalam cermin jiwa lelaki itu, ketika tangannya memainkan pisau… memotong butang-butang baju lelaki itu satu demi satu.
“Aku dengar kau tak suka disentuh.”
May merapatkan tubuhnya ke tubuh Strayz. Nafasnya menyapa tengkuk lelaki itu.
“May I get the honor to taint you?”
Dari luaran, terlihat seperti sebuah porno sedang ditayangkan. Tapi mereka yang berada di situ tahu cerita sebenarnya. Hanya seorang saja yang menikmati permainan. Dan bukan dengan cara yang mereka selalu lakukan.
May menggigit perlahan leher Strayz, meninggalkan tanda di atasnya — seperti yang dibenci lelaki itu.
Mata Strayz terbeliak. Peluh dingin mulai membasahi dahinya. Nafasnya terasa cetek. Air matanya mulai mengalir. Bukan kerana takut atau malu tapi…
May menjarakkan diri. Memandang kesan yang ditinggalkan di leher Strayz. Wajah lelaki itu kelihatan semakin pucat.
“Oops… sakit ke?” soal May, apabila melihat pisau yang dimainkannya tadi sedang terbenam di perut Strayz.
“Sorry, baby.”
JANGAN! Strayz ingin menjerit, sebelum pisau itu direntap keluar dari perutnya.
Hangat. Basah. Sesuatu melimpah deras di sisi pinggangnya.
Nafasnya terputus-putus. Dada terasa sempit.
Mulutnya terbuka — tak menjerit, tak bersuara. Hanya bunyi gurgel halus, penuh darah dan perit.
Matanya masih terbuka luas. Sedar.
Dia rasa semuanya.
“Selamat malam.”
Strayz mendengar ucapan terakhir dari May sebelum segalanya kabur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience