Bab 1

Romance Completed 94920

Hari sudah petang dua orang lelaki sedang berjalan ingin pulang ke rumah. Seorang agak dewasa sedikit,seorang lagi masih muda remaja. Itulah gambaran orang luar bila melihat mereka berdua. Sebenarnya lelaki yang agak dewasa sedikit tersebut adalah seorang perempuan. Dan lelaki yang masih muda remaja tersebut adiknya. Mereka baru saja pergi ke kedai sekarang mereka ingin pulang selepas membeli barang yang telah di pesan oleh ibu mereka.

Mereka tinggal bertiga bersama ibu mereka. Ayah mereka berdua sudah lama pergi di jemput ilahi. Rumah mereka agak jauh dari rumah orang lain. Agak sunyi sepanjang perjalanan mereka berdua pulang dari kedai. Sebelum sampai di rumah ada kebun sawit yang agak luas.Sampai di kebun sawit tersebut tiba- tiba keluar tiga orang lelaki. Dan mereka menahan dua beradik yang sedang berjalan kaki ingin pulang ke rumah.

"Heh! Berhenti bagi kami duit atau barang beharga yang kamu berdua ada." kata salah seorang dari tiga orang pemuda tersebut.

"Aku mana ada duit! Kamu semua ni dah kenapa?"kata lelaki yang agak dewasa sedikit sambil tangannya memengang tangan adiknya yang ada masalah lembam.

"Oo, pandai melawan ya. Wei, mari kita kerjakan dua beradik ni." kata salah seorang lelaki yang meminta wang tadi.

Tanpa berlegah dua beradik tersebut cuba ingin melarikan dirinya. Tapi belum sempat mereka melarikan diri tiga lelaki tersebut sudah terlebih dahulu mengepung mereka dua beradik. Dan mereka bertiga telah melakukan tindakkan kasar dengan memukul dan mengambil baki wang yang ada pada dua beradik tersebut. Si adik bernama Harris, si kakak yang perwatakan seperti lelaki tersebut bernama Halimah.Tanpa sengaja salah seorang lelaki tersebut telah menyetuh bahagian sensitif Halimah.

"Wei!dia ni perempuan lah" kata lelaki tersebut sambil matanya memadang 2 rakannya yang lain.

"Hahaha, nampaknya dapat habuanlah kita kali ni. Pakaian dan perwatakan macam lelaki tapi rupanya perempuan."

Bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki tersebut Halimah dapat mengagak. Tiga orang lelaki tersebut bukan orang kampungnya, kemungkinan mereka bertiga orang luar. Kerana di kampung ni semua orang tahu dia sebenarnya perempuan. Hanya orang luar saja yang akan anggap ia lelaki.

" Kali ini biar aku yang merasa pula. Kamu berdua jaga-jaga jangan sampai ada orang lalu. Aku nak tarik perempuan ni masuk hutan sawit"kata salah seorang lelaki tersebut. Sambil tangannya mula menarik Halimah yang lemah akibat di belasah oleh mereka bertiga tadi.

Harris pun teruk di belasah bila cuba untuk membantu Halimah. Harris hanya mampu terbaring dan melihat kakaknya di perkosa di depan matanya. Halimah cuba meronta-ronta supaya lelaki tersebut tidak memperkosanya. Tapi sia-sia saja kerana badannya terlalu lemah untuk melawan lelaki tersebut.

Selesai menodai Halimah tiga lelaki tersebut meninggalkan mereka 2 beradik di hutan sawit tersebut. Dengan keadaan Halimah separuh bogel. Harris cuba juga untuk bangun dan menghampiri kakaknya. Harris mengambil pakaian kakaknya lalu memakaikan perlahan-lahan pada kakaknya.

Di rumah ibu mereka agak risau bila melihat hari sudah semakin gelap. Tapi dua orang anaknya itu masih belum sampai di rumah. Kerana risaukan kedua anaknya itu. Ibu Halimah dan Harris pun berjalan keluar mencari dua orang anaknya itu. Sampai di kebun sawit yang tak jauh dari rumahnya. Ibu dua beradik tersebut terdengar bunyi tangisan di dalam kebun sawit tersebut. Ia pun langsung mencari suara tangisan tersebut di dalam kebun sawit.

Alangkah terkejutnya ibu dua beradik itu bila melihat keadaan anaknya. Apa lagi melihat Halimah yang terbaring lemah dengan baju yang sudah koyak. Dan ada luka-luka lebam di tubuhnya. Harris juga mengalami luka-luka lebam akibat di belasah tadi. Tapi luka Harris tidak seteruk luka Halimah. Kerana itu Harris masih mampu berjalan walau pun sakit.

Harris dan ibunya memapah badan Halimah untuk membantu Halimah berjalan ke rumah mereka. Sampai di rumah ibu Halimah dan Harris yang bernama Saodah pun membersihkan tubuh anaknya itu. Air mata Saodah tak berhenti mengalir mengenangkan nasib anaknya itu. Anaknya itu di lahirkan perempuan tapi perwatakannya seperti lelaki.

Halimah berpewatakkan seperti lelaki bila ayahnya meninggal dunia. Halimah terpaksa melakukan kerja-kerja kasar seperti lelaki. Bila melihat dia perempuan mereka tidak mahu mengambil ia bekerja. Dengan alasan pekerjaan tersebut tidak sesuai untuk perempuan. Bila ia mula mengubah perwatakannya seperti lelaki barulah mereka mahu mengambilnya kerja. Halimah hanya bekerja mengambil ubah sebagai buruh binaan. Dan kekadang mengambil upah melakukan kerja-kerja kasar lain.

13 tahun kemudian.

Ada seorang budak perempuan yang berumur 12 tahun baru pulang ke rumah dari sekolah. Di sekolah ia berpakaian seperti budak-budak perempuan lain. Sampai saja di rumah ia terpaksa menukar pakaian seperti budak-budak lelaki. Budak perempuan tersebut bernama Khairul Akma.

Khairul Akma di besarkan dan di didik dari kecil seperti lelaki. Halimah ibu Khairul Akma mengalami ganguan mental selepas kejadian yang menimpanya 13 tahun lalu. Soadah neneknya pula sudah tidak sihat dan kakinya mengalami lumpuh.

Ahli keluarga Khairul Akma memangilnya dengan pangilan Khai bila di rumah. Kawan-kawan sebayanya juga memangilnya Khai atau Khairul mereka jarang memanggil Akma padanya. Khairul juga suka berkelakuan seperti lelaki.

6 tahun kemudian...

Tahun ini Khairul Akma akan berusia 18 tahun. Tapi ia sudah tidak bersekolah selepas kematian neneknya 4 tahun yang lalu. Sekarang ia tinggal dengan ibu dan ayah saudaranya. Untuk menampung kehidupan ia mengambil upah melakukan kerja kasar. Seperti bekerja di tapak pembinaan dengan upah gaji hari. Kekadang ia juga mengambil upah meracun rumput atau mesin rumput di kawasan rumah orang dan di kebun orang kampung.

Kebanyakan orang luar akan melihat Khairul adalah lelaki. Hanya orang kampung yang tahu Khairul adalah perempuan. Khai mempunyai tubuh yang agak tinggi dan kurus. Payudaranya juga agak kecil jadi tidak kelihatan seperti perempuan langsung. Hari ini Khairul pergi kerja seperti biasa. Hari ini ia akan bekerja di tapak pembinaan. Kebanyakan rakan sekerjanya di tapak pembinaan tidak tahu ia sebenarnya perempuan. Kerana ia bekerja di tapak pembinaan tidak perlu mengunakan Mykad. Dan ramai juga pendatang tanpa izin warga asing yang bekerja di situ.

Sebelum pulang Khairul akan pergi berjumpa ketua yang mengawasi mereka semua melakukan kerja-kerja di tapak pembinaan tersebut. Untuk meminta wang gajinya untuk hari ini. Walau pun boleh ambil selang-selang duit gaji tu tapi Khairul tidak mahu. Habis kerja ia akan berjumpa dengan ketua atau bahasa pasar kepala yang mengantur kerja-kerja di tapak pembinaan tersebut. Kerana Khairul pernah di tipu tidak di bayar gaji. Jadi sekarang sebelum pulang ia akan meminta wang gajinya.

Bila mendapat gajinya barulah Khairul akan pulang. Tapi ia akan singgah membeli barang-barang keperluan di kedai terlebih dahulu. Khairul pergi kerja dan pulang hanya menaikki motor terpakai yang ia beli dengan orang kampung. Ayah saudaranya juga mendapat bantuan kebajikan masyarakat setiap bulan.

Khairul agak kurang bergaul dengan gadis-gadis perempuan di kampungnya. Kerana mereka mengangap ia pelik. Apa lagi mempunyai ibu yang ada masalah mental dan bapa saudaranya pula Orang Kurang Upaya lembam. Khairul tak ambil kisah sangat pandangan orang terhadapnya. Yang penting mereka tak kacau kehidupannya pun sudah cukup.

Ibunya yang mengalami masalah mental itu pula jenis suka berjalan tak tentu arah. Tapi ibunya bernama Halimah itu tidaklah akan berjalan jauh hanya di kawasan kampung saja. Lagi pula Harris akan mengikut kemana saja Halimah pergi. Jadi Khairul tidaklah terlalu risau. Walau ayah saudaranya OKU lembam tapi ia sangat menyayangi Halimah kakaknya.

Khai tahu ibunya itu akan selamat bila bersama Harris. Hari ini Khai sampai di rumah dalam jam 6.00 petang. Khai juga ada membeli nasi bungkus untuk Halimah dan Harris. Sampai di rumah Khai pun mematikan enjin motor krisnya itu. Lalu ia pun menuju ke arah pintu rumahnya. Masuk ke dalam rumah ia melihat ibu dan ayah saudaranya tidak ada di rumah. Khai dapat mengagak ibu dan ayah saudaranya itu pergi berjalan kaki pusing kampung. Itulah kerja mereka berdua bila petang-petang.

Hampir pukul 7.00 petang barulah ibu dan bapa saudaranya itu sampai. Khai melihat mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Paksu pergi mandi dulu,nanti lepas mandi kita makan. Khai ada beli nasi bungkus" kata Khai sambil ia mula duduk di samping ibunya.

"Acu nak andi lu la...jaga mak tau" kata Harris agak pelat sikit bunyinya.

"Jangan risau pandailah Khai jaga mak. Lepas paksu mandi barulah mak mandi nanti" kata Khai sambil matanya melihat paksunya itu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Selepas ibunya selesai mandi mereka bertiga makan bersama-sama. Rumah tempat mereka tinggal tidaklah besar seperti rumah orang lain. Rumah ini hanya mempunyai satu bilik tidur saja. Ruangtamu pun agak kecil hanya cukup untuk mereka bertiga baring. Dapur pun agak sempit sedikit. Bilik air di dalam rumah tapi tandas di luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience