Hakimi ….Sehari selepas kita berjanji untuk setia sehidup semati dan melafazkan kalimah cinta kita, Anna Syifa pengsan dan dimasukkan ke hospital. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan barah Anna Syifa sudah berada di tahap empat. Hakimi ingat tak? Setiap kali kita keluar Anna Syifa akan telan ubat tahan sakit kerana Anna Syifa anggap Anna Syifa sakit kepala kerana stress belajar. Hakimi tahukan, mama dan papa Anna Syifa selalu paksa Anna Syifa untuk belajar dan menaruh harapan agar Anna Syifa menjadi seperti along yang bijak dan belajar di luar negara. Semua perkara itu yang membuatkan Anna Syifa salah faham dan menyangka sakit kepala yang Anna Syifa derita itu hanya sakit biasa.
Hakimi …Anna Syifa tak pernah mengkhianati cinta kita seperti yang Hakimi katakan. Anna Syifa tak pernah kahwin Hakimi. Lelaki yang Hakimi jumpa hari tu adalah abang kandung Anna Syifa. Hanya ini saja caranya untuk membuat Hakimi membenci Anna Syifa tanpa Anna Syifa duga Anna Syifa akan teruk terseksa selepas itu.
Hakimi...Sakitnya hati Anna Syifa bila mendengar ungkapan Hakimi hari itu. Hakimi..kata-kata Hakimi itu benar-benar buat jiwa Anna Syifa mati walau jasad Anna Syifa masih bernyawa. Anna Syifa tahu, cara Anna Syifa memperkenalkan along sebagai suami Anna Syifa tu telah menghancurkan hati Hakimi tapi kata-kata Hakimi itu….Ya Allah..hanya Dia yang tahu betapa parahnya luka Anna Syifa ini. Sakitnya melebihi rasa sakit yang Anna Syifa deritai.
Hakimi menghentikan bacaannya. Air mata lelakinya yang sudah mengalir di pipi dilap rakus. Warkah terakhir dari Anna Syifa yang diberi kepadanya oleh Ammar abang sulung Anna Syifa selepas Hakimi berjumpa dengannya seminggu selepas kebenaran terbongkar ditatap dengan wajah sayu dan antara percaya dan tidak.
Hakimi yang menghadapi kejutan akibat mendengar berita kematian Anna Syifa menyoal Indira dan ingin bertemu lelaki yang bergelar suami kepada Anna Syifa namun selepas Indira memberitahu Anna Syifa tidak pernah berkahwin hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hakimi menjadi hIndira n dan mula menyiasat. Indira pula pulang bercerita kepada Ammar dan warkah yang ditinggalkan oleh Anna Syifa akhirnya sampai ke tangan Hakimi.
Maafkan Anna Syifa Hakimi !
Share this novel