40 - Pelaku sebenar!

Romance Completed 45760

Hanis mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg yang tersedia. Setelah beberapa hari berada di hospital, akhirnya, doktor telah membenarkan dirinya untuk pulang ke rumah. Selang beberapa minit, Jason tiba pada masa tersebut. Hanis terus mengukirkan senyuman. Lelaki inilah yang sentiasa yang menghiburkan dirinya sepanjang berada di hospital. Tidak terlupakan juga dengan jasa Rendi dan Mariam, yang sentiasa menemani memberi kata-kata semangat dan juga sokongan.

“Dah siap kemas? Jom,” ajak lelaki itu sebelum mencapai beg berisi barang-barang milik Hanis.

“Tuan sendiri aje? Rendi mana?” tanya Hanis selepas keluar daripada ruangan itu. Lelaki disebelahnya dipandang sekilas sementara menanti jawapan. Sedikit canggung apabila berjalan beriringan dengan lelaki itu.

“Asyik tanya Rendi aje. Dalam fikiran kau nama Rendi je yang tersemat?” balas Jason sedikit sebal.

“Tak, saya tanya je. Biasanya, Rendi ada bersama tuan. Pelik je hari ni tetiba tak ada,” Lelaki berketinggian lebih kurang 175 cm itu di pandang sekali lagi.

Jason mengeluh perlahan. “Dia ada menunggu dalam kereta. Sepanjang aku tak ada, dia buat kerja okay tak? Dia tak pernah marah kau ke atau goda kau?”

“Semua okay, tuan. Rendi pun baik orangnya. Peramah pula tu. Bab marah, langsung tak ada. Sukalah dengan karakter dia,” puji Hanis dengan ikhlas tanpa menyedari orang disebelahnya sedang menahan rasa sakit hati.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya mereka berjaya keluar daripada hospital tersebut. Tidak berapa jauh dari situ, kelihatan Rendi sedang melambai ke arah Hanis dari dalam kereta. Lambaian tangan itu di balas mesra oleh Hanis bersama senyuman yang manis terukir dibibir. Ada yang panas tapi bukan matahari, begitulah kira-kira.

“Melambai-lambai, macamlah tak pernah jumpa sebelum ni,” tidak semena-mena ayat itu keluar daripada mulut Jason. Kemudian, dia berjalan terlebih dahulu menghampiri kenderaan pacuan empat roda itu. Terkebil-kebil Hanis dibuatnya, namun langkah tetap diatur mengekori lelaki tersebut.

“Hi, Princess. Sihat?” tanya Rendi sebaik sahaja Hanis masuk ke dalam kereta.

“Kalau dia tak sihat, doktor tak bagi dia keluar. Apa punya soalan,” balas Jason sedikit kesal. Tali pinggang keledar ditarik sedikit kasar sebelum ia mengemaskan kedudukan pada seat hadapan.

“Aku tanya Hanis, bukan tanya engkau,” balas Rendi. Hanis hanya menjadi pendengar setia mendengar perdebatan yang terjadi dikala itu.

“Oh, sebelum aku terlupa. Aku dah jumpa sesuatu yang ganjil dalam rakaman CCTV tu,” ujar Rendi. Sekelip mata saja riak wajah lelaki itu berubah serius.

“Apa yang ganjil?” soal Jason. Pada masa itu, Hanis sudah pasang telinga untuk mendengar jawapan daripada Rendi.

“Nombor kenderaan motosikal tu tak sama dengan nombor motosikal milik Hanis,”

“Macam mana kau tahu tak sama?”

“Kata sayang Hanis, nombor plat kenderaan dia pun kau tak tahu? Hanis, nombor kenderaan motosikal awak 3532, kan?”

“Iya, betul.” jawab Hanis ringkas.

“Dah agak. Dalam CCTV tu, 9914. Siapa agaknya nak kenakan awak ni, Hanis. Jahat betul,”

“Aku rasa, aku tahu macam mana nak cari owner motor ni. Lepas hantar Hanis, kita pergi sana,” Kata Jason dengan serius. Memang tak lepaslah siapa yang buat semua ni. Sampai lubang cacing sekalipun, dia tetap akan cari siapa pelaku sebenarnya.

“Saya nak ikut, boleh?” tanya Hanis dengan harapan dirinya boleh ikut sekali. Tapi, dia tahu Jason pasti tak akan benarkan.

“Tak boleh. Kau kena rehat, perkara ni biar aku cari tahu dulu,” ujar Jason dengan tegas.

“Betul tu, Hanis. Nanti ada apa-apa, kitaorang bagitahu okay, princess?” sesekali dia memandang pada cermin pandang belakang kereta itu. Hanis sekadar senyuman saja.

“Pandu kereta tu kena fokus, bukan pandang lain...” tegur Jason.

“Elleh, cakap ajelah kalau jeles...” perli Rendi. Jason sekadar memekakkan telinga. Malas mahu bertekak saat itu.

Faresha menuruni tangga perlahan-lahan. Kelihatan Aidil dan Neldia berada di ruang tamu saat ini sedang memandang ke arahnya. Dia mengukirkan senyuman. Hari ni, dia akan ke klinik kesihatan untuk memeriksa keadaan kandungan yang berusia 16 minggu itu, sekaligus ingin membeli barang keperluan dapur yang semakin berkurang.

“Dah siap?” tanya Aidil sebaik sahaja Faresha datang menghampiri. Wanita itu sekadar mengangguk laju bersama senyuman yang tak lari dari bibir merah jambunya.

“Kalau macam tu, kita geraklah. Sayang, kitaorang gerak dulu. Kalau ada apa-apa, call I.” pesan Aidil kepada Neldia yang hanya membisu sejak tadi. Meskipun, hubungan mereka sedikit renggang, panggilan 'sayang' itu tidak pernah pudar daripada mulut Aidil Hakimi. Neldia sekadar mengangguk.

“Kami pergi dulu, kak Neldia. Ada nak pesan apa-apa tak?” tanya Faresha sebelum masuk ke perut kereta.

“Tak ada apa. Hati-hati tau,” pesan Neldia walaupun ringkas. Buat masa ini, dia masih mencuba untuk menerima Faresha dengan ikhlas. Namun, terselit juga rasa cemburu terhadap Faresha. Cemburu kerana tidak dapat merasakan kasih sayang daripada seorang suami ketika mengandung. Dia tidak akan pernah rasa semua itu. Keluhan dilepaskan tatkala mengenangkan nasib sendiri. Dia beralih masuk apabila pacuan empat roda itu sudah sirna dari ruang mata.

“Kau nak ke mana, Neldia?” tanya puan Kartini sebaik sahaja kelibatnya muncul sedang menuruni anak tangga itu. Langkah Neldia dimatikan serta-merta, memberi laluan kepada wanita separuh abad itu.

“Masuk biliklah. Nak ke mana lagi, kan?” balas Neldia sedikit malas. Wajah ibu mentuanya langsung tidak dipandang sama sekali walaupun dia tahu wanita itu sedang memandang tajam ke arahnya. Kini, wanita itu sudah berada tepat di hadapannya.

“Eloklah tu. Aku nak pesan sikit, kalau masih nak stay lama dalam rumah ni, pastikan simpan rahsia tu elok-elok. Kau faham kan maksud aku?” ujar Puan Kartini, keras dirinya memberi amaran kepada menantunya.

“Rahsia apa pula? Neldia tak faham maksud ibu,”

“Jangan buat-buat bodoh depan aku, Neldia! Aku yakin kau tahu siapa pelaku yang hantar sihir tu, kan? Kalau sampai benda ni terbongkar dan sampai ke telinga Aidil, aku pastikan hidup kau merana lepas ni!” memetir ucapan itu menyambar gegendang telinga Neldia.

“Jadi betullah ibu yang buat? Tapi, kenapa Neldia kena tempiasnya?” kemarahan mulai memuncak saat itu. Pandangan Puan Kartini dibalas dengan tajam. Kelihatan wanita separuh umur itu tersenyum sinis.

“Aku tak beri jawapan pun kau tetap tahu sebab dia apa, kan?” sinisnya.

“Supaya kesalahan ibu tertutup, macam tu?” Puan Kartini hanya tersenyum saat itu. Mana taknya, hatinya bertambah panas tatkala melihat senyuman yang dilakarkan.

“Very clever! Ibu buat, saya yang kena tanggung. Dengar baik-baik sini puan Kartini, saya tak suka pikul beban orang lain. Jadi, jangan ingat ibu boleh gunakan saya untuk kepentingan ibu sendiri, faham?!” Jelas Neldia bersama ayat yang telah disusun dengan rapi. Jelas terpancar kemarahan dan kebencian pada wajah Neldia.

Saat Neldia ingin melangkah naik, laju Puan Kartini menarik badan wanita itu sehingga menyebabkan dirinya tersembam di atas lantai. Kemudian, jari jemari Puan Kartini mencapai pasu bunga yang terdekat lalu dihempas kuat di atas kepala Neldia. Menjerit wanita itu menahan kesakitan yang dirasakan. Cecair merah pekat mula mengalir keluar. Puan Kartini hanya memandang tanpa merasa tidak berdosa. Malahan, rambut hitam Neldia ditarik dengan kasar.

“Kan dah cakap, aku tak teragak-agak buat hidup kau merana. Menyusahkan betul!” Dia melepaskan cengkamannya berserta dengan tolakan kasar pada kepala wanita itu. Neldia hanya mampu meraung saat ini. Tergolek-golek dirinya diatas lantai itu sambil memegang kepala yang sakit dan berdenyut-denyut.

“Ibu? Kenapa dengan Neldia?” kedengaran suara Aidil mengasak gegendang telinganya. Segera lelaki itu mendapatkan isterinya. Dia berpatah balik kerana Faresha tertinggal buku pink yang biasanya bakal digunakan semasa pemeriksaan kandungan. Air muka Puan Kartini berubah panik saat ini. Tanpa disangka, anaknya pulang disaat kejadian itu berlaku.

“Kak Neldia, jangan tidur. Abang, cepatlah bawa kak Neldia pergi hospital. Sekarang!” kata Faresha penuh cemas melihat keadaan Neldia separuh sedar dan dipenuhi cecair merah pekat. Tanpa berlengah, Aidil mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta dan bergegas menuju ke rumah sakit. Tinggallah Puan Kartini seorang diri bersama perasaan yang bercampur baur.

“Kenapa bodoh sangat pergi pukul si Neldia tu?! Apa nak jawab dengan Aidil nanti? Fikir Kartini, fikir!” di ketuk-ketuk kepalanya saat itu. Mundar-mandir dirinya mencari alasan yang masuk akal. Rasa gelisah sebati dalam diri. Dia hanya berharap agar Neldia mati dalam perjalanan. Dengan itu, dirinya boleh memberi alasan bahawa ada rompakan yang berlaku di rumah itu. Hanya alasan itu bermain di ruang fikiran. Jika wanita itu tidak mati, maka dirinya akan disumbat ke penjara. Argh!

“Assalamualaikum...” Sedang memikirkan hal itu, tiba-tiba dirinya dikejutkan oleh seseorang yang memberi salam diselangi dengan ketukan pintu beberapa kali. Puan Kartini menarik nafas dan cuba berlagak tenang saat ini. Entah tetamu darimana pula yang datang.

Pintu dibuka, namun tidak luas. “Waalaikumsalam, ya cari siapa?” soalnya apabila melihat lelaki muda berpakaian formal saat itu. Wajah lelaki itu tidak pernah lagi dilihatnya sebelum ini. Kawan Aidil, barangkali?

“Maaf mengganggu, puan. Saya Rendi. Kedatangan saya ni nak mencari Puan Kartini. Dia ada? ada hal sikit nak tanya,”

“Oh, sayalah orangnya. Nak tanya pasal apa ya?” soalnya ingin tahu. Jarang orang datang ke rumah itu mencari dirinya, biasanya akan mencari Aidil dan juga Neldia. Apa hal pula ni?

“Puan ke hantar sihir dekat rumah kembar saya? Kenapa puan buat macam tu? Ada apa-apa yang puan tak puas hati dengan dia?” Dari arah belakang Rendi, muncul kelibat Haiqal Jason dengan wajah yang sukar ditafsir. Kedua belah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Langkahnya dihentikan, lebih kurang satu meter dari tempat Puan Kartini berdiri.

Dunia puan Kartini bergegar buat seketika apabila melihat kelibat pemuda itu. Sangat diluar jangkaan wanita itu, Haiqal Jason mencari dirinya sampai ke sini. Pelik, dari mana lelaki itu tahu bahawa dia pelakunya?

Puan Kartini sedaya upaya menayangkan wajah seolah-olah tidak tahu apa-apa.

“Apa maksud kamu?”

****

Happy reading semua <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience