“Is it enough or you want some more?” Hana Aishah bertanya kepada Hana Labeeqa berserta dengan bahasa isyarat tangan.
Pagi tenang diselangi dengan keletah anaknya Adam dan anak saudaranya Hana Labeeqa yang sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan Hana Aishah. Wajah Hana Labeeqa bersinar gembira saat dia mencuba mengikut gerak tangan yang Hana Aishah ajar semenjak sebulan ini.
“You want more egg” Hana Aishah membalas. Anggukan laju Hana Labeeqa melebarkan senyuman Hana Aishah.
“You are a very special girl do you know that?” Hana Aishah menggabungkan kata – kata dan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Hana Labeeqa.
Anak saudarnya yang hanya mampu mendengar menggunakan telinga kiri sahaja itu sangat cepat menangkap setiap tunjuk ajarnya. Tidak sampai sebulan Hana Labeeqa sudah mampu menyusun ayat menggunakan bahasa isyarat.
“Am too” Adam menjerit mahukan perhatian melihat Hana Aishah yang khusyuk berborak dengan Hana Labeeqa.
“If you want to join us , you need to use sign language too” Hana Aishah memperlahan suaranya supaya Adam dapat fokus pada isyarat tangan yang dia sedang berikan.
Tawa Hana Labeeqa bergema di taman bunga milik Kapten Azam pagi itu melihat Adam memusing – musingkan tangannya cuba meniru Hana Aishah dan Hana Labeeqa. Tidak sampai sesaat terus adik saudaranya mencebikkan bibir mahu menangis kerana ditertawakan.
“Kakak is sorry. I was mean. You want kakak to teach you?” Hana Labeeqa yang sebelum ini susah mahu menyusun kata semakin petah semenjak dia menggunakan bahasa isyarat dengan ibu saudaranya.
“Yes. Am go school” mata Adam bersinar saat membayangkan dia akan ke sekolah.
“Stop wearing diaper and stop drink umi chuchu. Only then you can follow your kakak and abang” Hana Aishah memesan sebelum menyuap telur goreng hancur.
“Am big. Am go school with kakak and … and abang … aiey …ith” Hana Aishah tersenyum mengejek.
“Abang Aiey , Warieth and Kakak Yaya didn’t drink chuchu. Am drink chuchu so Am still a baby and baby cannot go to school” wajah Adam bertukar marah. Kening itu menjadi lurus selurus bibir anaknya. Jelingan anak mata hitam yang menusuk ke dalam matanya.
Terus hilang gembira Hana Aishah. Pemilik asal wajah itu sudah empat hari tidak bercakap dengannya. Tidak bercakap itu dia sudah pernah rasai tetapi sudah empat hari bermakna tiga malam Fakhrul tidak sebumbung dengannya. Tiga malam katil kembali menjadi milik Hana Aishah yang Adam yang amat susah untuk tidur semenjak ketiadaan Fakhrul.
Malam semalam merupakan malam ketiga ketiadaan Fakhrul dan Adam membuat keputusan untuk membuat circus di dalam bilik mereka. Habis segala baju dirombak daripada almari , lampin pakai buang anaknya dicampar merata. Jam 4 pagi barulah Adam manakala Hana Aishah mengemas biliknya.
Fakhrul hanya akan menjenguk pada jam 6 petang dan selepas isyak lelaki itu akan pergi. Tiada interaksi antara Hana Aishah dan Fakhrul. Lelaki itu hanya datang untuk bermain dengan Adam sebelum meninggalkan mereka setelah Adam terlelap. Tidur ayam Adam yang akan kembali celik tengah malam mencari Fakhrul untuk bermain.
Sekembali mereka ke rumah Kapten Azam , Fakhrul menguruskan Adam dan mengemas pakaian mereka anak beranak sebelum keluar meninggalkan Hana Aishah. Sangka Hana Aishah lelaki itu akan kembali pagi esok tetapi sehingga ke petang barulah Fakhrul muncul dalam pakaian pejabat.
“Beeqa what are doing? What did mommy tell you!” suara nyaring Hana Aqilah bergema mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya dan menghentikan Hana Labeeqa yang sedang cuba menceriakan Adam.
“Achik ni kenapa. Bagilah salam dulu. Terpekik pagi – pagi buta macam ni!” Hana Aishah mengetap giginya kegeraman.
“Kak Dik ajar Beeqa apa. Bukan – bukan dia belajar sekarang” Hana Aqilah membentak kasar.
“Watch your tounge Hana Aqilah. Apa yang Kak Dik ajar bukan – bukan nya!” Hana Aishah meletakkan pinggan yang hanya tinggal sedikit berbaki. Matanya menjeling Hana Aqilah tajam.
“Achik dah cakap jangan ajar Beeqa sign language kan!” Hana Aqilah meluru kea rah mereka laju mahu menarik Hana Labeeqa masuk tetapi Hana Aishah terlebih dahulu menghalang.
“Beeqa sayang , can you help Aunty Dik” Hana Aishah menggunakan bahasa isyarat meminta. Wajah Hana Labeeqa yang berkerut kerisauan it uterus bertukar senyuman.
“Yes Aunty Dik” Hana Labeeqa berdiri teruja menunggu arahan daripada mak ciknya.
“Can you go inside and help nenek with her medicine please” Hana Aishah meminta. Wajah teruja Hana Labeeqa semakin jelas. Anak saudaranya menganggukkan kepalanya laju sampai bergoyang tocang yang diikat Hana Aqilah itu.
“Am go too. Am goo” suara Adam yang merayu menyebabkan langkah Hana Labeeqa terhenti. Hana Aishah tersenyum bangga melihat kebaikan dan kecerdikan Hana Labeeqa.
Dia geram saat membayangkan Hana Aqilah yang tidak habis – habis melihat ketidakbolehan Hana Labeeqa mendengar sebagai satu kekurangan sehinggakan anak kecil itu tidak dapat menikmati zaman kanak – kanaknya.
“Its ok Adam. Kakak will bring you to nenek ok” Adam yang sedang duduk di kerusi kecil yang didiami Adam semenjak tadi diangkat Hana Labeeqa dengan berhati – hati sebelum di letakkan di basikal mainan. Kemudian Hana Labeeqa menolak Adam ke dalam meninggalkan Hana Aishah tersenyum bangga.
“You sit your ass down now” wajah Hana Aishah bertukar serius selepas anak – anak kecilnya hilang dari pandangan. Jelingannya tajam menusuk ke dalam mata Hana Aqilah.
“What the hell is wrong with you Achik” Hana Aishah meluahkan kegeramannya. Perut adiknya sudah semakin jelas kelihatan. Kandungan yang sudah memasuki lima bulan itu kelihatan besar daripada kandungan Hana Aishah sewaktu dia mengandungkan Adam.
“Achik dah cakap jangan ajar benda tu dekat Beeqa. Beeqa tu bukan bisu tau” Hana Aqilah membalas kasar. Hana Aishah menarik nafas dalam melegakan amarahnya. Saat itu kemarahannya tidak akan memasukkan apa – apa fakta ke dalam minda Hana Aqilah.
“Achik , why are denying Beeqa of her right? Are you aware of what you are trying to do?” Hana Aishah melembutkan bicaranya. Perkara yang sama terjadi dua minggu lepas saat dia melihat Hana Aqilah mencubit Hana Labeeqa kerana menggunakan bahasa isyarat.
“Tak cukup pekak nak jadi bisu pulak sekarang. Akak tahu apa. Itu bukan anak akak pun” Hana Aqilah membalas tajam tetapi Hana Aishah tidak terasa pun kerana dia pernah berada di dalam situasi Hana Aqilah.
“She`s my baby too although she was born from your tummy. The same blood is flowing in her body as mine” Hana Aishah memaut tangan Hana Aqilah yang sedang dipicit kegeraman itu.
“I`ve been in your shoes. For a very long time I try to deny Adam has delay” Hana Aishah tersenyum pahit menceritakan semula kenangan lalunya.
“Just when he turns two baru akak agree untuk bawak Adam jumpa paeds. Akak tak nak accept yang Adam might not be normal” kebodohan yang Hana Aishah sesali sehingga hari itu.
“Normal untuk society tak semestinya kena normal untuk kita. We determine our normalcy” hakikat yang dia mahu Hana Aqilah faham.
“Achik pandang Kak Dik” Hana Aqilah menggelengkan kepalanya menolak.
“Pandang muka Kak Dik Hana Aqilah” suara Hana Aishah sudah naik satu oktaf. Kalau lembut tidak jalan , jalan keras Hana Aishah sanggup lalui supaya adiknya sedar akan kesilapan yang sedang adiknya lakukan.
“Haa tu kan cantik. Tak susah pun nak ikut cakap. Nak kena marah baru jalan” Hana Aqilah yang sudah dibanjiri air mata itu mencebik.
“Achik takut Kak Dik. Siapa nak kawan dengan Beeqa Kak Dik. Achik tak nak masukkan Beeqa sekolah orang cacat” Hana Aishah menarik Hana Aqilah ke dalam pelukannya.
“Achik. Setiap manusia itu Allah dah cipta sempurna Cuma kita je takt ahu bersyukur. Instead of counting the beautiful thing in life , Achik tengah expect benda buruk akan jadi dekat Beeqa” Hana Aishah melembutkan suara sambil mengusap belakang badan adiknya yang sudah menangis teresak – esak di dalam pelukannya.
“Kenapa Achik sendiri potong sayap Beeqa. She`s such a beautiful , intelligent and full of compassion. MasyaAllah Achik , anak Achik cantik luar dan dalam. Do you know how lucky you and Lat is” Hana Aishah memuji ikhlas.
“You need to stop preventing her from living. Of course there will be hurdle , she will get hurt physically and emotionally. That’s part and parcel of life sayang” Hana Aishah menyambung penuh sabar. Hana Aqilah paling lembik antara mereka bertiga dari segi personaliti.
Pelukannya direnggangkan. Wajah Hana Aqilah yang sudah sembap menangis itu dibersihkan. Anak rambut degil yang bersepah di dahi adiknya disisirkan ke tepi. Hana Aishah dapat melihat ketakutan Hana Aqilah. Ketakutan yang dia pernah ada kerana Adam tidak berkembang seperti kanak – kanak lain yang sebaya.
“Beeqa need us to be strong for her. She is strong now but as life goes on and not just for her actually, for everyone life will get difficult. Beeqa need you to see her as this beautiful fearless girl that can overcome anything that comes her way. Beeqa need you to see her as a flawless girl because she is without flaw” Hana Aishah memastikan renungan matanya bertaut dengan Hana Aqilah dalam setiap bait yang dia ungkapkan.
“She have learn sign language with so much ease within a month I taught her and her vocabs masyaAllah has increases so much” Hana Aqilah menggelengkan kepalanya laju.
“People will talk. They will mock her. They will call her bisu pekak. No one is going to be friend with her. Will she ever get married” Hana Aishah tersenyum penuh keyakinan saat Hana Aqilah memotong kata – katanya dengan persoalan yang dia tahu setiap hari bermain di minda adiknya.
“Kita tak boleh tutup mulut orang Achik. Orang yang duduk mengata tu bukan dia yang tolong sponsor hidup kita ni. Diorang tak penting pun Achik. At the end of the day we know we have our family with us that loves us no matter what our flaws is” Hana Aishah tersenyum manis. Kedukaannya ditolak ke tepi untuk seketika.
“Achik mintak maaf Kak Dik. I tried to hurt you so many times yet you are still here guiding me from being stupid yet again” Hana Aishah menarik Hana Aqilah ke dalam pelukannya semula.
“You are my family. Do your worst I`ll still be here catching when you fall” suara Hana Aishah bertukar sebak saat itu. 10 juta kali pun mereka melukakan hatinya , dia tetap tidak mampu mendoakan keburukan untuk mereka.
“I miss you so much. I didn’t know where to go when Beeqa got sick. Between her heart problem and her hearing everything was detected late. I thought she was my perfect little girl” Hana Aishah menepuk belakang badan adiknya kuat saat mendengar keluhan Hana Aqilah.
“She still is. Apalah cakap macam tu? You should see how she manages Adam. I mean we`re talking about my Adam ok” Hana Aishah menjulingkan matanya ke atas memikirkan kecerewetan bujangnya.
“Adam behaves je kalau babah dia ada. By the way kenapa abang Fakhrul tak tidur sini dah. Kak Dik gaduh dengan Abang Fakhrul ke?” Hana Aqilah bertanya curiga.
“I mean everyone kinda hinting about it but semua takut dengan Kak Dik” Hana Aishah mengeluh berat mendengar persoalan adiknya.
“Abis tu Achik tak takut lah” Hana Aishah terus mengelak daripada menjawab.
“Tak takut sebab Kak Dik hit like a girl” Hana Aqilah menjelirkan lidahnya dan tidak sampai sesaat pipinya sudah dicubit.
“Awww. Sakitlah Kak Dik” Hana Aqilah merengus geram. Pipinya yang sudah merah itu digosok.
“Padan muka. Kan baby. Your mom is such a baby” Hana Aishah berbisik ke perut adiknya yang semakin memboyot itu. Membuat geng baru untuk mengusik Hana Aqilah lagi.
“I know you`re avoiding my question. Hari tu kat kampung macam dah ok lepas on the way back mesti something happen kan. Kesian betul muka Abang Fakhrul. Macam time kena tinggal dengan akak dulu” Hana Aishah melarikan wajahnya ke kolam ikan milik Kapten Azam.
“Time akak tak ada kan almost every week abang Fakhrul balik sini. He will come on Friday evening lepas tu Isnin baru pergi kerja dari our house. Dia lah duduk uruskan mak abah time akak tak ada. You know how stubborn mak kan” Hana Aqilah menyambung tanpa menyedari hati Hana Aishah yang semakin dibelenggu rasa bersalah itu.
“Mak refuses to go out of the house. TCA semua mana mak pergi dah. So abang Fakhrul lah manage mak and abah punya health. Ambik darah , check bp , monitor ubat… argh senang cakap semua dia uruslah. Kalau tak kesian jugak Kak Wa tu , ye lah Kak Dik pergi tiba – tiba tak Passover dekat Kak Wa properly kitorang terkongtang kanting jugak lah” Hana Aqilah menyambung lagi sambil menghabiskan sakit baki sarapan anaknya dan Adam. Hana Aishah pula semakin rawan mendengar cerita Hana Aqilah.
“Abang Fakhrul lah teman abah ke hulu ke hilir. Baby merajuk so baby terus kerja dekat Ipoh. Nak balik sebulan sekali pun susah. Kalau balik pun ended up duduk terperuk dalam bilik. Kesian mak masak lauk sedap – sedap” dengan mulut penuh makanan itu Hana Aqilah menceritakan bagaimana Fakhrul menguruskan keluarga yang Hana Aishah tinggalkan kerana lebih mementingkan perasaan sendiri.
“I don’t know but in a way he changed a lot you know after you went. I feel like he was more aloof when you were around but he was so involved when you went away. So, in a way its good that Kak Dik go” Hana Aqilah yang khusyuk dalam ceritanya lansung tidak menyedari kesakitan dan penyesalan yang sedang membelenggu Hana Aishah.
“At least Kak Dik dapat tenangkan fikiran Kak Dik lepastu kitorang pun realise salah kitorang. By the way Omg Kak Dik tahu tak siapa dalang di sebalik gambar dengan video tak senonoh Kak Dik dengan what was that guy name again… Omg Kak Dik…” Hana Aqilah yang baru menyedari kesilapannya saat melihat kakaknya yang sudah dibanjiri air mat aitu terus terhenti bicara.
“Kak Dik , Achik sorry. Sorry please. Achik ni tak tahu jaga mulut lansung” giliran Hana Aqilah menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Esakan Hana Aishah semakin kuat.
Wajah Hana Aqilah bertukar pucat lagilah apabila Kapten Azam dan Alif Haziq yang baru balik daripada gotong royong masjid itu memunculkan dirinya di pintu kaca menuju ke laman santai itu.
“What did you do now Kak Chik?” Alif Haziq sudah merengus kasar sebelum kakinya melangkah mendekati kedua – dua kakaknya.
“Kak Dik. Achik mintak maaf. Achik tak sengaja” Hana Aqilah sebak merayu apabila esakan Hana Aishah semakin kuat.
“Kak Chik ni memang. Suka buat Kak Dik menangis. Menyampah betul” mendengar kata – kata Alif Haziq , Hana Aqilah pula meraung.
“Alif memang dari dulu tak suka Kak Chik. Kalau tak suka baik Kak Chik mati je. Hidup pun menyusahkan orang” Hana Aqilah meraung kuat.
“Nak sangat mati. Banyak sangat pahala tu. Elok sangatlah Kak Chik doa macam tu waktu tengah mengandung” Alif Haziq membentak kuat untuk menutup rasa bersalahnya.
“I hate you” Hana Aqilah membalas penuh bisa dengan air mata yang berjujuran.
“Well guess what I cant hate you , you annoying sister of mine” Alif Haziq semakin meninggikan suaranya tetapi tidak berjaya menyembunyikan kesedihannya apabila Hana Aqilah terang terangan menunjukkan kebenciannya kepada Hana Aishah.
“I don’t care. Alif memang dari dulu benci Kak Chik kan. Akak tahu la akak selalu pinjam duit Alif tak pulang tapi tak yah tunjuk benci tu obvious sangat. Kak Chik pun ada perasaan tahu tak” Hana Aqilah meraung kuat meluahkan perasaannya.
“When Kak Dik went away you just left me and Kak Wa. Tak ada pulak time tu akak kata macam – macam dekat Alif. Tapi Alif senang je kan nak sakitkan hati Kak Chik” Hana Aqilah mencebikkan bibirnya. Dia benar – benar terluka dengan kata – kata Alif Haziq.
“Kak Chik tahu lah Kak Chik tak baik macam Kak Wa dengan Kak Dik but tak payah lah tunjuk sangat benci tu” tersedu – sedu Hana Aqilah meluahkan kekecewaannya pagi itu.
“Kak Chik apa hal touching lebih hari ni. Selalu Alif ejek tak de pun cengeng. Ni mesti baby dalam perut punya pasal” Alif Haziq mengesat air matanya yang sudah mengalir sebelum menuduh anak saudaranya yang masih dalam kandungan.
“Pergilah. Kak Chik tak nak tengok muka Alif dah” Hana Aqilah memeluk Hana Aishah erat sambil memalingkan mukanya daripada memandang kea rah wajah Alif Haziq.
“Kak Chik jangan lebih. Sorry lah , baby tak sengaja. Baby tak suka tengok Kak Dik nangis. Baby ingat Kak Chik sakitkan hati Kak Dik dengan mulut laser akak tu” Alif Haziq memeluk tubuh Hana Aqilah daripada belakang. Wajah yang sedang menangis itu disembunyikan daripada ahli keluarganya.
“Eeee , tak payah lah peluk. Dah lah busuk bau peluh” Hana Aqilah merengus kuat sebelum cuba meloloskan dirinya daripada pelukan Alif Haziq.
“Sorry lah Kak Chik. Baby tak sengaja. I didn’t want Kak Dik to get hurt anymore. She`s been through enough” Hana Aqilah mengeluh berat mendengar suara sebak Alif Haziq.
“I don’t want to hurt her also” Alif Haziq memanjangkan tangannya memeluk Hana Aishah sekali saat mendengar kata – kata Hana Aqilah.
“Astaghfirullahal azim . Ni kenapa tiga – tiga meraung” suara nyaring Teacher Basirah menegur.
“Entahlah Basirah anak – anak awak ni. Waktu saya sampai dua orang je nangis , tup tup terus tiga – tiga menangis” Kapten Azam mengulas menahan tawanya.
“Abah lah ni. What did you do?” Teacher Basirah menjeling suaminya bertanya curiga.
“Ehh saya pulak. Diorang sendiri gaduh lepas tu diorang sendiri menangis” Kapten Azam mempertahankan dirinya. Wajah yang dari tadi merenung adegan Hindustan di hadapannya itu dikalihkan melihat isterinya yang berdiri di pintu kaca itu.
“Ya Allah Basirah” terlopong mulut Kapten Azam melihat isterinya. Perhimpunan hiba mereka adik beradik terhenti mendengar suara bapanya yang terkejut.
“Mak. Ya Allah kenapa mak angkat Adam. Astaghfirullahal Azim” Hana Aishah terus bangun berdiri mahu mengambil Adam yang sedang tersenyum lebar di dalam dukungan Teacher Basirah.
“No. You`re not taking him. Mak baru dapat dukung Adam” Teacher Basirah melarikan Adam menjauhi Hana Aishah. Tawa Adam bergema kerana perutnya terasa geli saat dipusingkan begitu.
“Seriously mak. Your op is not even 2 month” Hana Aishah mengetap bibirnya. Wajahnya yang basah dengan air mata tidak diendahkan.
“Mak dah ok lah. Korang je over. See mak dah exercise dah today. Kan Adam. Nenek exercise already right my angel” Teacher Basirah mengagah cucunya. Lagilah kuat tawa Adam.
“Jangan tukar topic. Ni kenapa semua menangis?” Teacher Basirah menajamkan renungannya menyelidik.
“Mana ada apa” Hana Aishah mengelak laju sebelum mengambil Adam daripada pelukan ibunya dan terus melangkah naik sepantas kilat sehinggakan ibunya tidak sempat membalas.
Kakinya melangkah laju menuju ke dalam biliknya di tingkat atas. Laju melangkah tidak mahu mendengar pertanyaan ahli keluarganya. Persoalan yang dia sendiri tidak mampu menjawab. Saat pintu biliknya ditutup rapat Hana Aishah terus mendudukkan dirinya di belakang pintu bilik sambil memeluk Adam erat.
Malam yang sebelum ini lena semakin tidak lena beberapa hari ini. Antara melayan Adam yang tidak mahu tidur dan menolak perasaan bersalah yang mengasak dirinya. Otaknya penat kerana tidak cukup rehat tetapi matanya tidak mahu tutup.
Adam diam tidak berkutik membaringkan kepalanya di dada Hana Aishah. Entah berapa lama Hana Aishah tidak tahu tetapi dia duduk bersandar di belakang pintu memeluk Adam erat. Mencari kekuatan seperti mana hari – harinya berlalu di London.
“Mimi. Am miss babah” air mata yang ditahan Hana Aishah kembali keluar seperti air terjun saat mendengar bisikan perlahan anaknya.
Anak kecil yang tidak tahu apa – apa tetapi menjadi mangsa kerana masalah mereka suami isteri. Terkadang Hana Aishah terfikir kenapa perlu lahirnya zuriat daripada perempuan seperti dia. Tidak cukupkah anak sulungnya sebagai bukti.
**********************************************************
“You seems gloomy. Something is up?” Hana Aishah menegur Emir yang yang sedang menyuap Adam makan.
Pagi tadi Hana Aishah menyuruh Alif Haziq menghantar dia ke kondominium Emir yang terletak di ibu kota. Dia perlu keluar daripada rumah keluarganya. Rumah itu terlalu sesak semenjak dua hari ini. Renungan mereka membuatkan rasa bersalah semakin menyesakkan.
“Nothing” Hana Aishah mengherotkan bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Emir.
“Did you tell Mika what happen?” Hana Aishah bertanya panik.
“I did but I didn’t” Hana Aishah menepuk bahu Emir laju. Geram pula dia dengan jawapan tarik tali Emir. Adegan itu membuatkan Adam tertawa girang.
“Owww” Emir mengaduh kesakitan. Hana Aishah punya pukulan boleh tahan kuat.
“Seriously Em. Did you tell Mika” Hana Aishah bertanya gusar. Membayangkan Mikhail dia boleh agak reaksi lelaki itu.
“If I told him he would be here on the first flight he could catch” Emir membalas selamba.
“So you didn’t” Hana Aishah mengigit kukunya kegusaran.
“No. I mean I send him the text and then I deleted it” Emir meneruskan suapannya kepada Adam. Berselera sungguh Adam makan makaroni yang dimasaknya tadi.
Suasan kembali sunyi. Yang kedengaran adalah bunyi kartun yang sedang ditonton Adam di TV besar di ruang tamu. Sambil Adam menjamu selera sambil itu mata anaknya khusyuk menonton kartun kegemarannya.
Hana Aishah yang tadi duduk di meja makan beralih tempat berbaring di sofa kain di ruang tamu itu. Kepenatan yang dirasainya perlahan – lahan mula menguasai dirinya. Fikirannya memikirkan hanya satu insan. Fakhrul. Kenapa susah sangat mahu membuang Fakhrul daripada mindanya.
“You know you are not ok right Hana” suara lembut tetapi tegas Emir mengejutkan Hana Aishah yang hampir terlelap itu.
“How long are you going to torture yourself like this?” Hana Aishah masih mendiamkan diri mendengar bicara Emir.
“Lets go back to London. Your mom is more stable. You are not” Emir cuba untuk tidak mendesak tetapi dia sudah tidak sanggup melihat Hana Aishah menyakitkan dirinya sendiri.
“I wish its that simple” Hana Aishah berbisik perlahan. Tubuhnya diiringkan menghadap TV besar itu. Matanya berkedip – kedip memandang kartun yang menghiburkan tetapi hakikatnya mindanya memikir perkara lain.
Pertengkaran yang dia timbulkan sewaktu perjalanan pulang daripada rumah neneknya itu membuatkan rasa bersalah menghantui Hana Aishah. Tiga hari mereka di kampung hubungan mereka seperti tiada masalah tetapi malam itu , malam yang Hana Aishah mahu membenci tetapi tidak mampu.
Mata Hana Aishah dipejam rapat. Bayangan malam itu kembali. Terlalu banyak kesakitan yang Fakhrul berikan sampaikan dia hanya mampu bayangkan kesakitan sahaja. Tetapi malam itu , Fakhrul mengingatkan dia kembali kepada hari – hari yang dia lalui setelah kepulangan suaminya yang melarikan diri ke Vienna kerana merajuk dengannya.
Dua bulan sebelum segalanya diragut pergi. Dua bulan di mana Fakhrul melayannya seperti seorang isteri yang selayaknya. Bukan tempat meluahkan amarah mahupun nafsu. Hana Aishah sudah lupa bagaimana indahnya cinta kerana bulan – bulan yang dia lalui setelah itu hanyalah menjadikan tubuhnya tempat Fakhrul meluahkan marahnya.
Benci dengan ketenangan yang hadir saat berada di dalam rangkulan Fakhrul kerana punca tidurnya tidak lena adalah lelaki itu. Bagaimana tubuh yang sama mengingatkan dia kesunyian yang dia lalui dua tahun hidup bersama Fakhrul , adalah tubuh yang sama membuatkan tidur malamnya lena semula.
“Hana” entah bila Emir muncul tetapi Hana Aishah dapat merasakan usapan lembut Emir di rambutnya.
“You are in so much pain. Its like we`re back to the first year of Adam`s birth” kegerunan jelas di sebalik suara Emir. Hana Aishah membuka kelopak matanya. Wajah Emir yang kerisauan itu membuatkan rasa bersalahnya berkali ganda.
“Hana ok. Em jangan risaukan Hana ok. I promise I`ll be ok” Hana Aishah membalas dengan sepenuh keyakinan yang mampu dia zahirkan saat itu. Kenapalah dia suka menyusahkan orang sekelilingnya. Kenapalah dia tidak tetap pendirian.
“Hana….” Hana Aishah memotong laju saat dia dapat mengagak bantahan Emir.
“Em yang tak ok. What happen?” Hana Aishah melembutkan suaranya bertanya. Renungan yang kerisauan tadi terus bertukar. Anak mata coklat Emir merenung dengan satu renungan yang Hana Aishah tidak pernah lihat.
“I propose Dee” Hana Aishah terus duduk keterujaan. Hilang terus segala permasalahannya saat mendengar berita gembira itu.
“Omg. Seriously Em. Yeay” nyaring suara Hana Aishah meluahkan kegembiraannya sampaikan Adam yang sedang khusyuk menonton kartun merengus tanda tidak berpuas hati kerana gangguan itu.
“No need to get so excited. She said no” terlopong mulut Hana Aishah mendengar bicara Emir. Wajah lelaki itu kelihatan sangat kecewa.
“Wha… I mean. Ermmmm… Did you ask why?” Hana Aishah seperti kehilangan kata saat itu.
“She said its too complicated and will get messy so she don’t want me to get hurt. I mean what the hell does that mean. If she wasn’t interested she shouldn’t be throwing herself at me like that” tangan Hana Aishah terus melayang ke leher Emir.
“Awww. What the hell woman” Emir menjeling Hana Aishah geram. Tangannya naik menggosok lehernya.
“Throwing herself. Seriously Em , I cannot believe you said that” Hana Aishah menjeling Emir geram. Dia tahulah Emir kecewa tetapi dia tidak sangka sampai sebegitu sekali Emir berkata.
“She hurt me. So bad. I mean , I know we got something strong going on and she just so ready to give up before it even start” Emir merengus kegeraman meluahkan rasa.
Hana Aishah mengeluh berat sebelum menurunkan dirinya ke sebelah Emir. Mereka sama – sama bersandar di sofa sambil merenung kea rah Adam yang sedang khusyuk menonton kartun itu. Hana Aishah menyandarkan kepalanya ke bahu Emir.
Dia tidak tahu untuk mengatakan apa untuk memujuk Emir. Mindanya cuba memikirkan mengapa Dhyia menolak lamaran Emir. Dhyia mungkin boleh menipu dengan kata – katanya tetapi sepasang mata berwarna hazel itu tidak mampu menyembunyikan perasaan sebenar Wanita itu.
Hana Aishah bingung mahu berbuat apa saat itu. Sepanjang 3 tahun dia mengenali Emir , Hana Aishah tidak pernah melihat Emir menunjukkan minat terhadap mana – mana Wanita. Scoot dengan kaki perempuan , hampir setiap minggu bertukar pasangan. Mikhail dan Emir lebih kurang serupa. Kalau tidak berkerja , masa mereka akan dihabiskan dengan dia dan Adam.
“We`ll get through this” Hana Aishah berbisik perlahan. Beberapa saat kemudian, tangan kanannya sudah berada di dalam genggaman Emir. Hana Aishah mengeluh berat. Kasihan Emir.
*******************************************************************
Hana Aishah berdiri lama di hadapan rumahnya. Langit gelap dipenuhi bintang bergemerlapan malam itu. Adam sudah terlentok di bahunya. Kereta yang menghantarnya pulang sudah beredar. Misinya untuk hari itu sudah berjaya. Hana Aishah yakin masalah yang satu itu sudah dapat dirungkaikan. Sekarang di hanya mampu berdoa.
Hatinya dia berbolak bahagi mahu masuk. Tadi sewaktu dia turun daripada kereta jam sudah hampir memasuki pukul 9. Hana Aishah tidak merancang untuk pulang lambat kerana dia tahu sekitar jam 5 Fakhrul akan muncul di kediaman keluarganya tetapi hari ini ada perkara yang perlu dia uruskan. Bukan selalu dia dapat keluar bebas sebegitu.
Tadi pun sewaktu dia membawa Adam keluar , Alif Haziq tolong mencipta alasan supaya soalan Teacher Basirah tidak berlarutan. Saat ini dengan dia yang pulang lewat malam , bebelan panjang ibunya memang tidak dapat Hana Aishah elakkan.
“Ya Allah biarlah mak abah dah tidur” Hana Aishah berdoa sebelum kakinya mula melangkah.
Kereta Fakhrul yang diparking di hujung jalan sempat dia lihat sewaktu diturunkan di situ. Hana Aishah tidak mahu dihantar sehingga ke hadapan rumah. Tidak mahu banyak persoalan tentang gerangan insan yang menghantarnya.
Nafas panjang dihela sebelum Hana Aishah membuka pintu utama. Suasana di dalam rumah yang tenang menaikkan sedikit harapannya untuk tidak dibebel tetapi mati sesaat kemudian apabila pandangannya jatuh pada Kapten Azam yang sedang duduk mengaji di sofa di ruang tamu.
“Assalamualaikum” Hana Aishah mengucap perlahan sebelum menutup kembali pintu kayu jati itu sambil sebelah tangannya mendukung Adam yang semakin hari semakin berat.
“Waalaikumussalam” ketenangan suara Kapten Azam sentiasa bertentangan dengan apa yang sebenarnnya bapanya rasai saat itu. Hana Aishah sudah arif. Hana Aishah menenangkan dirinya supaya tidak sama naik.
“Adik naik dulu. Adam dah tidur” Hana Aishah memberitahu sebelum kakinya mula melangkah dan dia berdoa Kapten Azam akan terus berdiam diri seperti. Pandangannya cepat -cepat dilarikan.
“Pergi mana sampai balik lambat macam ni Hana Aishah?” terhenti langkah Hana Aishah apabila namanya disebut penuh.
“Keluar dengan Alif Haziq , balik dengan siapa tadi?” persoalan kedua keluar. Hana Aishah masih diam membisu. Kakinya melekat di tempat dia berdiri.
“I`m asking you a question Hana Aishah” suara Kapten Azam sedikit meninggi. Hana Aishah mengigit bibirnya daripada menjawab kerana dia pasti jawapannya akan kedengaran kurang ajar.
“Jumpa kawan” pendek dan ringkas yang sememangnya tidak cukup tetapi itulah jawapan paling sopan dia mampu beri.
“Kawan lelaki ke perempuan?” Kapten Azam bertanya lagi dan kesabaran Hana Aishah semakin menipis.
“Both and it doesn’t matter abah. I`m 30 already and a mother. I`m sorry if I sound rude but I don’t think I need anyone`s permission to lead my life. I`ve been managing fine for the past 3 years” bergetar suara Hana Aishah menahan geram membalas.
“Abah kena tegur sebab dah 30 tahun pun adik tak faham lagi. Adik keluar ada mintak izin Fakhrul? Adik jumpa kawan lelaki ada mintak Alif or Fakhrul to accompany you?” bertubi – tubi soalan ditanya bapanya.
“I dont find the need to ask him” Hana Aishah membalas geram. Kesabarannya sudah hampir gugur saat itu.
“Jangan sebab layan amarah awak sampai dah tak tahu dosa pahala Hana Aishah. Allah tak redha kalau tak ada redha suami” nada suara kecewa bapanya jelas kedengaran.
“Can I be excuse?” Hana Aishah meminta selepas beberapa ketika. Dia tidak mahu bergaduh dengan Kapten Azam tetapi selagi isu dia dengan Fakhrul tidak selesai selagi itu perbalahan ini akan berlarutan.
Kapten Azam tidak membalas tetapi bapanya menutup Quran sebelum meninggalkan Hana Aishah dan Adam di ruang tamu bersendirian. Tubir mata Hana Aishah terasa hangat tetapi air matanya di tahan.
Rumah keluarganya yang sunyi itu membuatkan kesakitan dia berlipat kali ganda. Rumah yang menjadi tempat dia berlari mencari ketenangan sekarang menjadi tempat yang mendatangkan lebih banyak kesakitan. Kereta adik beradiknya tiada bermakna masing – masing keluar bersama keluarga masing – masing. Ibunya yang semenjak keluar daripada wad waktu tidurnya menjadi awal. Kenapalah hidupnya tidak semudah orang lain.
Nafasnya ditarik dalam sebelum kakinya memulakan langkah. Mempersiapkan dirinya untuk lagi satu drama daripada sang suami pula. Mungkin apa yang Emir katakan betul. Malaysia bukan tempat terbaik untuk dia tetapi melihat perkembangan Adam, Hana Aishah tidak mampu untuk mementingkan dirinya sendiri.
Hana Aishah menarik nafasnya dalam saat tiba di hadapan pintu biliknya. Entah berapa lama dia berdiri mengumpul kekuatan dia pun tidak tahu tetapi saat Adam yang seperti dapat merasai kehadiran babanya mulai merengek , Hana Aishah menggerakkan kakinya dalam keterpaksaan.
Suasana bilik masih terang , suasana sunyi di dalam bilik diselangi dengan bunyi papan kekunci ditekan. Fakhrul sedang duduk di meja belajar Hana Aishah sambil menaip. Tubuh lelaki itu membelakangi mereka. Hana Aishah dapat merasakan kerongkongnya yang terasa sempit secara tiba – tiba.
Kedinginan tubuh Fakhrul dapat dirasai walaupun tanpa melihat wajah mahupun mendengar bicara Fakhrul. Dia bukan sengaja mahu keluar lama sebegitu tetapi situasi tadi perlu diselesaikan sebelum masalah berlarutan. Hutang budi yang tidak mampu dibalas sehingga mati tetapi sekurang – kurangnya dapat dibalas sedikit hari ini.
“Babah. Babah” suara Adam memanggil mematikan ketegangan yang semakin meninggi dalam setiap saat kesunyian berlarutan.
Hana Aishah melihat setiap pergerakan Fakhrul dalam kebisuannya. Tidak sampai seminit Adam sudah bertukar tangan. Tugasan yang Fakhrul sedang buat dengan teliti tadi terus ditinggalkan tanpa memikirkan sesaat pun. Hana Aishah yang berdiri tidak dipandang mahupun ditegur seperti semenjak beberapa hari kebelakangan ini.
Rengekan Adam terus terhenti apabila di dalam dodoian Fakhrul. Kejanggalan yang dirasai setiap kali mereka berada di dalam bilik yang sama kembali. Fokus Fakhrul hanya pada Adam. Tetapi itu yang Hana Aishah hendakkan selama ini. Jadi sepatutnya kerjanya akan menjadi lebih mudah dan emosinya akan menjadi lebih stabil kan?
Hana Aishah mengosongkan kembali mindanya daripada terus diasak dengan persoalan yang akan mengkucar kacirkan pendiriannya lagi. Kakinya melangkah meninggalkan Fakhrul dan Adam. Beg Adam dan beg tangannya diletakkan di atas meja sebelum tangannya pantas mencapai tuala melarikan diri daripada situasi yang wujud kerana dia.
Sewaktu melintasi cermin di dalam bilik air itu , Hana Aishah mempercepatkan langkahnya. Bertahun – tahun Hana Aishah mengelak daripada berdiri di hadapan cermin. Terlalu banyak peringatan yang akan hadir sekiranya dia melihat bayangannya. Parut yang sudah hilang daripada pandangan mata tetapi tetap terpahat di mindanya.
Pakaiannya ditanggal dengan tergopoh gapah sebelum air pancuran dibuka pada tahap paling sejuk. Kesejukan yang akan menghadirkan rasa kebas yang menyucuk kulit Hana Aishah dialu – alukan. Hana Aishah mahu melarikan diri daripada rasa sakit yang semakin menjadi – jadi di dadanya.
“Kenapa susah sangat jalan yang Kau bagi Ya Allah? Bukan bahagia yang aku mahukan. Aku nak rasa tenang walau untuk sesaat” air mata yang ditahan mengalir laju dibawah pancuran air. Ketenangan yang susah sangat mahu hadir semenjak hadirnya Fakhrul dalam hidup Hana Aishah.
*******************************************************
Adam sedang menyusu dengan wajah sembap. Kedua – dua belah mata anaknya sudah dilingkari lingkaran gelap kerana menanti Fakhrul yang tidak memunculkan diri semenjak malam semalam.
Hana Aishah tidak tahu jam berapa Fakhrul meninggalkan bilik tidurnya kerana sewaktu dia berbaring di atas katil suara Adam masih kedengaran rancak berbual dengan Fakhrul. Tiga malam tidurnya tidak lena, hanya mampu tidur satu jam sahaja paling lama.
Malam tadi sementara membiarkan Fakhrul melayan Adam, mata Hana Aishah laju sahaja terlelap. Emosi dan fikiran yang berputar di mindanya terus hilang. Tidurnya kembali lena. Tetapi lena itu hanya sementara. Tidak sampai 4 jam dia tidur , matanya kembali tercelik.
Dari jam 3 pagi sehingga sekarang dia tidak mampu tidur. Hana Aishah terjaga dalam kesunyian malam. Haruman yang tinggal hanyalah haruman Adam menandakan ketiadaan Fakhrul.
Tidak sempat dia mahu dibuai perasaan , Adam yang ditidurkan di dalam kot bayi itu terjaga. Antara Adam yang merengek mahukan Hana Aishah semenjak pagi tadi sehingga sekarang serta layanan beku Kapten Azam dan ibunya, Hana Aishah dapat merasakan seperti emosinya berada di hujung tanduk. Bila – bila masa akan Meletus.
“Bukak mulut tu” lamunan Hana Aishah terhenti saat arahan daripada Hana Azuwa itu mengejutkan dia.
Kakaknya sudah duduk bersila di birai katil dengan pinggan yang berisi penuh. Hana Aishah mencebikkan bibirnya memandang kea rah Hana Azuwa. Daripada pagi tadi sehingga sekarang masanya banyak dihabiskan di dalam bilik. Ketiadaan adik beradiknya dan layanan dingin ibu bapanya membuatkan dia berjauh hati. Sampai sebegitu sekali dia dilayan. Siapa anak kandung , siapa menantu sebenarnya.
Usai Hana Aishah menguruskan ubat – ubatan Teacher Basirah , dia terus melarikan diri ke dalam bilik. Sewaktu makan tengah hari sahaja dia turun menyediakan makanan untuk Adam sebelum kembali memeruk di dalam bilik. Sepatah dia tidak berbicara.
“Nak nangis kejap lagi. Makan dulu” tegas Hana Azuwa mengarah tetapi air mata Hana Aishah sudah mengalir seperti air terjun. Air mata yang dia tahan semenjak empat hari ini gugur akhirnya.
“Adik…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sebelum menyembamkan wajah di dada Hana Azuwa.
Hana Azuwa mengurut lembut leher adiknya sambil menanti esakan Hana Aishah untuk reda. Sewaktu dia pulang tadi dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi. Semalam petang melihat ketiadaan Hana Aishah sewaktu Fakhrul tiba , Hana Azuwa dapat mengagak habuan yang akan adiknya terima.
Renungannya jatuh pada Adam yang sudah berhenti menyusu dan sedang merenung ibunya yang sedang menangis itu. Hana Azuwa mengeluh berat. Dia bimbangkan Adam apabila melihat rumah tangga adiknya yang tidak stabil itu. Entah apa yang sedang bermain di minda anak kecil itu.
Adam nampak seperti anak yang manja sekali pandang tetapi dalam saat – saat seperti ini dia dapat melihat kematangan anak kecil itu. Kematangan yang tidak sepatutnya ada kerana Adam perlu menikmati zaman kanak – kanaknya sama seperti anak – anaknya. Mereka tidak perlu dibebani emosi berat.
“Adik baring. Kak Wa pass Adam dekat abang Wazir. They are going to the park” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju mendengar cadangan Hana Azuwa.
Tidak sampai sesaat tangisan Hana Aishah berhenti. Wajah adik yang dipenuhi emosi terus bertukar tenang. Emosi yang jelas kelihatan terus disembunyikan. Hana Aishah tersenyum tawar sebelum mengelap air mata yang masih bersisa.
“Its ok Kak Wa. Adik ok dah. Sorry for crying” Hana Aishah yang terlalu murah dengan permohonan maaf walaupun salah bukan pada adiknya. Satu sikap Hana Aishah yang Hana Azuwa paling tidak suka.
Hana Azuwa mengetap bibir melihat adiknya yang menukar emosi seperti menukar baju. Hana Aishah tersenyum lebar sebelum mengusap ubun – ubun Adam.
“Umi tummy is ouchy that’s why umi cry. Don’t worry yourself my little angel. Umi will always be ok” Hana Azuwa menggelengkan kepalanya melihat sikap Hana Aishah yang tidak pernah berubah daripada dulu.
“Enough is enough adik. You don’t always have to hold yourself together for everyone. You`re your own person before you are Adam`s umi Hana Aishah” Hana Azuwa mengetap bibir kegeraman cuba menahan sabar dalam menasihati Hana Aishah.
“This is not healthy not even one bit. It bit you at the ass back then and it`ll keep biting you until you stop with this ` I`m so perfect` attitude” Hana Aishah tertawa sinis mendengar bebelan Hana Azuwa.
“Fact is I`m not..” Hana Aishah membalas tetapi dipotong Hana Azuwa.
“And no one is. Kalau marah cakap , kalau sedih nangis , kalau happy senyum. Adik bukan robot kena follow everyone`s whims. You always put yourself last. For once adik be selfish…”
“And look where that has gotten me. Mak got heart attack, nenek passed, mama got stroke , Beeqa is deaf … What more proof Kak Wa nak adik tunjuk for you to see how much a failure I was and still am?” Hana Aishah menjerit kuat. Air mata yang ditahan kembali mengalir.
“I left and look at the mess it has gotten everyone in. I left. What was I thinking? I just left mak , abah , mama , papa , nenek. I left everyone. I left them Kak Wa” Hana Aishah mengongoi. Hana Azuwa menarik adiknya ke dalam pelukan.
“Why are you living with this guilt adik? You are not responsible for anyone`s happiness expect for yourself” Hana Azuwa membalas sebak.
“You are not happy because your reason for happiness lies on everyone else except you” Hana Azuwa mengusap belakang adiknya yang sudah bergetar dalam esakan yang semakin kuat.
Hana Azuwa menahan air matanya daripada mengalir saat melihat Adam yang diam merenung Hana Aishah. Adam yang masih berbaring di riba Hana Aishah diam tidak berkutik semenjak tadi. Sepasang anak mata itu merenung Hana Aishah tanpa dialih walau seketika.
“You need rest Adik. Listen to me. Let me takes care of Adam for awhile” Hana Azuwa memujuk. Dia tidak mahu Adam melihat Hana Aishah dalam keadaan sebegitu.
Dalam keterpaksaan Hana Aishah ditinggalkan sendiri di dalam bilik. Kesunyian bilik itu menyesakkan lagi Hana Aishah. Air matanya mengalir tanpa mengetahui punca kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan. Matanya dipejam rapat cuba mematikan jalan fikirannnya.
**********************************************************
“Why are you quiet b?” Wazir menegur Hana Azuwa yang sedang meribakan Adam yang sudah terlelap.
Janjinya pada anak – anaknya perlu ditunaikan. Minggu lepas punya janji yang ditunda ke hari ini. Janji untuk membawa mereka bermain di taman permainan di taman perumahan ini. Nasib baik hari berkerja jadi tidak ramai manusia. Rimas dia sekiranya terlalu ramai orang.
Dia angkut sekali Hana Labeeqa and Adam tetapi di dalam perjalanan mereka ke sini Adam sudah tertidur di dalam dukungan Hana Azuwa. Wajah Adam kelihatan sembap tetapi semenjak dia sampai tadi , Wazir sudah mendengar rengekan Adam.
“Nothing” Hana Azuwa menggelengkan kepalanya sambil menjawab pendek.
“Its not nothing. I ada buat salah ke b. You know me right. I don’t know what wrong I did if you don’t tell me” Wazir menggaru kepalanya apabila soalannya tidak berjawab.
Hana Waleiya dan Hana Labeeqa sedang duduk dibuaian sambil ditolak Wahiey dan Warieth. Senang betul untuk membuat kanak – kanak gembira. Kadang – kadang Wazir menyesal apabila terlalu sibuk dengan kerja dan hobinya sampai tidak dapat meluangkan masa melayan darah dagingnya sendiri.
“Why bad things happen to good people?” mendengar pertanyaan Hana Azuwa terus Wazir dapat mengagak kenapa Hana Azuwa kelihatan suram.
“Sebab Allah nak diorang masuk syurga terus taka da pit stop” Wazir menjawab tenang.
“She was the nicest one , the gentlest one , the kind one , the loving one , the forgiving one… Gosh it was as if its very easy for her to be the perfect one” Hana Azuwa tertawa sendiri mengingati adiknya yang seorang itu.
“I didn’t know how tough it was for her bottling all her desires to make mak abah happy” suara Hana Azuwa kedengaran bergetar.
“I feel so bad. I`m such a bad sister right hun” Hana Azuwa merenung dengan mata yang berkaca kea rah Wazir bertanya.
“Kesian adik dengan Adam” Hana Azuwa mencebikkan bibirnya sebelum air matanya mengalir laju. Sekarang Wazir faham kenapa Adam melekat dengan isterinya. Pasti ada sesuatu berlaku yang membuatkan isterinya membawa Adam bersama. Mengetahui adik iparnya , sangat sukar untuk Hana Aishah meninggalkan Adam bersama ahli keluarganya.
Wazir mengesat air mata isterinya yang mengalir lebat sebelum menarik Hana Azuwa ke dalam pelukannya. Dengan Adam sekali dipeluk Wazir. Sudah terlalu lama dia berada di dalam keluarga Kapten Azam dan dia sudah kenal perangai setiap satu daripada mereka.
“We just need to be there for her instead of pushing her. Biar adik pilih jalan hidup dia sendiri” Wazir menasihati isterinya.
Sejujurnya dia tidak tahu bagaimana Hana Aishah mampu bertahan dengan tahap desakan dan harapan yang diletakkan keluarga mertuanya ke atas anak perempuan kedua mereka. Dia tiada masalah dengan Fakhrul tetapi kalau betul Fakhrul tidak sesuai dengan Hana Aishah , dia tidak mahu adik iparnya terus menderita dalam satu perkahwinan yang menyeksakan.
*******************************************************************
Hana Aishah sedang berdiri di hadapan pagar rumah yang gelap gelita. Malam yang pekat menenggelamkan rumah yang tiada lampu yang menyala. Lampu di tembok pun tidak dibuka seperti selalu. Hana Aishah menelan air liurnya membuangkan rasa gugup.
Adam yang hampir melorot di dalam dukungannya dibetulkan. Beg sandang yang diletakkan di tar diangkat. Hana Aishah menarik nafas dalam melegakan kegugupannya sebelum kakinya melangkah menuju ke pintu kecil di sisi kanan pagar.
Dengkuran Adam kedengaran mengiringi langkah Hana Aishah. Jarinya diletakkan di skan pengimbas sebelum pintu kecil itu terbuka secara automatik. Setiap langkahnya membawa dia semakin dalam ke kenangan silam yang tidak mahu dia ingati.
“You don’t sound good. You`ve been ignoring my call. Its been a week Hana” suara Mikhail yang kerisauan masih terngiang di telinganya.
“What is happening there? Em is not telling me shit neither do you. You are definitely not ok” Hana Aishah menelan air liurnya saat rakaman perbualan dia dengan Mikhail meneruskan permainan di dalam mindanya.
“This stupid course seems to have no end. They kept dragging my presentation to the last. Damn it. Talk Hana. Don’t shut me out like this.” Mikhail mendesak. Satu benda yang Mikhail tidak pernah lakukan kepadanya adalah mendesak tetapi saat itu Hana Aishah dapat melihat sikap dirinya yang bermain tarik tali sedang memberi kesan kepada mereka disekelilingnya.
“Mikha. I need to go. There is something I need to settle” Hana Aishah mematikan telefon tanpa menanti balasan Mikhail. Hana Aishah nekad dengan keputusan yang dia ambil.
Jam 12 malam dia menyelinap keluar daripada rumah keluarganya bersama Adam dan saat ini dia sedang berdiri di rumah yang tanpa Lelah mengingatkan dia tentang segala ranjau duri yang dia lalui daripada hari pertama Hana Aishah menjejakkan kaki ke situ.
“Umi mintak maaf Adam. I`m so sorry for all the pain you have to go through and for making this decision” suara hatinya bergema saat dia berdiri di hadapan pintu kayu banglo dua tingkat itu.
Share this novel
eemmm tulah hana..fasak & lari joo...hehe gi london khwin samo mika..adam masih kocik nti dio oklah ada papa bru..huuu
knape hana nk pening jga ati semua org?dh2 sakit kan diri...keep moving..mntak fasakh..kawin ngan mikha...org x pahm situasi..org lai suka jdi hakim dlm idup dia..ish..x phm kdg pikiran dia ni...p balik london sana la...
dkt sini doc nak tulis Adam tidur ke?