Bab 2

Romance Completed 78880

Sedang aku ralit sidai kain di ampaian, aku terdengar suara bising dari dalam rumah. Sudah pasti suara pertengkaran antara paklong Asri dan maklong Bibah. Sering kali telinga aku di sajikan pertengkaran mereka berdua. Semuanya tentang duit!

Aku dengan perlahan merapatkan diri ke dinding rumah dan duduk di satu kerusi dekat pintu dapur. Bukan untuk mencuri dengar, tapi pekerjaan aku sudah selesai, nak masuk dalam rumah nanti tak pasal-pasal aku menjadi mangsa mereka. Jadi aku duduk saja di luar sehingga pertengkaran mereka selesai. Tapi telinga aku mendengar dengan jelas setiap patah perkataan pertengkaran mereka itu.
“Aku dah kata aku tak ada duit! Apa lagi yang aku nak bagi pada kau? Aku kerja siang malam, nak sara hidup kita ni, tapi kau dah jadi macam biawak hidup dalam rumah ni! Kerja tak nak! Nak bela anak sedara kau lagi!”

Aku terdengar amukan maklong Bibah. Lantang suara bercakap dengan suami sendiri.

“Kau kerja siang malam tak kan tak ada duit, Bibah? Duit kau pergi mana? Kau bagi jantan lain kan? Kau ingat aku tak tahu ke Bibah? Sekarang kau bagi duit gaji kau yang semalam punya! Kau bagi pada aku, Bibah!”

“Aku tak ada duit! Kau faham tak, Asri!”

Panggg!!!

“Kau memang jantan tak guna, Asri! Kau nak duit sangat, kau minta pada anak sedara kau tu!”

“Dia tu miskin! Aku kalau tahu adik aku tu dah tak ada harta, aku tak ambik bela budak tu! Menyusahkan hidup aku je! Bibah… Tolong aku Bibah! Aku perlukan duit Bibah! Aku kalah teruk malam tadi. Dia orang bagi aku tempoh sampai malam ni je. Malam ni aku kena bayar semua hutang aku tu! Kalau tak, habis la aku malam ni. Dengan kau-kau sekali dia orang cari! Tolong la Bibah!”

Dengar suara paklong Asri merayu pada maklong Bibah. Nampak macam terdesak sangat.

Beginilah hidup dalam rumah yang aku rasakan seperti neraka. Pertengkaran sering saja berkalu apabila suami isteri itu bertentang mata. Pagi-pagi buta bertengkar, tengah malam pun bertengkar. Telinga aku dah lali dengan semua ni. Walaupun aku sering kali dikatakan beban kepada mereka.

Seketika kemudian, aku sudah tidak mendengar suara riuh rendah di dalam rumah lagi. Dah berhenti la agaknya.

Aku berkalih pada suara orang memberi salam dari sisi rumah. Aku panjangkan leher ingin melihat.

“Akak!”

Laung seorang budak lelaki yang aku hanya tahu namanya Ali. Budak tu baru berusia 11 tahun. Dia anak Kak Tipah yang jual nasi lemak dekat depan simpang jalan sana.

“Eh! Ali… Kenapa datang ni?”

“Akak, mak bagi ni. Akak makan la. Ali balik dulu ya.”

Ali menyerahkan satu bungkus nasi lemak dan kalut-kalut mengayuh basikalnya semula sambil mata melilau pandang ke arah rumah.

“Terima kasih!” Aku melaung saja apabila Ali sudah jauh dari aku.

Terukir segaris senyuman aku apabila aku fikirkan kebaikan Kak Tipah. Hanya dia dan Ali yang selalu hulurkan bantuan kepada aku. Dia orang nak tolong lebih-lebih, takut paklong Asri marah. Jadi terpaksa tolong secara sembunyi.

KEDUA suami isteri itu sudah keluar. Rumah sunyi. Motor paklong Asri pun tak ada di hadapan rumah. Aku gelengkan kepala saja dengan sikap mereka berdua. Keluar rumah bukannya pandai tutup pintu, buatnya pencuri masuk… Haish! Tapi pencuri masuk pun, dalam rumah ni bukan ada barang berharga pun. Tv ada pun, sudah rosak kerana pergaduhan kedua suami isteri tu dulu.

Aku letakkan nasi lemak itu di atas meja plastik di tepi dinding. Meja yang sudah senget hanya tunggu masa patah saja. Aku angkat cerek air yang masih lagi panas. Aku bancuhkan satu cawan teh untuk sarapan pagi aku.

Aku buka bugkusan nasi lemak yang Ali bagi pada aku. Baru satu suapan nasi lemak ke mulut aku, aku terpandangkan ada satu kertas kecil di dalam plasti bungkusan nasi lemak tadi. Aku ambil kertas kecil itu. Ada nota di dalamnya.

‘Aira, kalau Aira dah tak tahan tinggal dalam rumah tu… Aira keluar la dari rumah neraka tu. Akak boleh bantu Aira untuk larikan diri dari mereka itu. Kalau Aira dah buat keputusan nanti datang gerai akak ye!’

Terhenti kunyahan mulut aku. Sekali lagi aku ulang baca nota kecil itu.

Kenapa aku langsung tak fikir untuk larikan diri dari sini ya?

Ligat otak aku fikirkan hal ini. Nota kecil itu aku koyak-koyakkan sampai jadi cebisan kecil. Risau kalau paklong Asri terjumpa, pasti kak Tipah akan mendapat masalah.

Selesai saja makan aku kemas rumah yang agak berselerak akibat dari pertengkaran suami isteri itu. Sambil aku menyapu, otak aku masih terfikrikan cadangan kak Tipah itu. Aku perlukan sedikit modal untuk aku terus lari dari sini, tapi sekarang ni aku langsung tak ada duit. Duit syiling dalam dompet aku pun habis maklong Bibah ambil.

Aku duduk termanggu di tangga. Keluhan terbit dari sela bibir aku. Macam mana aku nak lari dari sini?

“Aira!”

Aku angkat wajah aku pandang ke arah jalan tanah merah di depan rumah ini. Nama aku di laung dari arah sana. Nampak kak Tipah sedang berdiri di sisi basikal Ali. Anaknya itu juga ada si sisinya sambil menuntut basikal. Kak Tipah melambai ke arah aku.

Aku betulkan tudung di atas kepala lalu aku turun dengan menyarung selipar. Terus aku berjalan ke arah kak Tipah yang sedang menunggu aku di jalan sana. Aku tahu dia tidak berani menghampiri rumah ni, bimbang akan terserempak dengan paklong Asri.

Kalut aku melangkah.

“Ya kak!” Terus aku bertanya apabila aku sudah berdiri di hadapan kak Tipah.

Kak Tipah pula sekejap-sekejap tertoleh ke arah belakang.

“Haa! Dapat nota akak tu?”

“Dapat! Tapi…”

“Tapi apa lagi, Aira? Akak boleh tolong Aira…”

“Aira langsung tak ada duit akak! Kalau Aira lari, Aira kena ada duit untuk sara diri Aira ni untuk seminggu dua.”

“Hmm… Tak apa… Akak akan bagi sikit duit pada Aira…. Tapi tak banyak la… Aira paham kan, akak Cuma berjualan saja.”

“Aira faham kak…”

“Hmm… Kena tampar lagi kan?” Kak Tipah menyentuh hujung bibir aku.

Aku hanya angguk perlahan.

“Kak… Nanti Aira fikirkan ya. Aira kena kumpul duit dulu…”

“Nak fikir sampai bila Aira?” Kak Tipah menyoal lagi.

Aku diam.

“Dah la… Terpulang pada Aira… Akak harap dengan bantuan akak yang kecil ni dapat ubah nasib Aira nanti. Maaf, akak tak berniat campur urusan keluarga ni pun. Kalau boleh akak tak nak terlibat, tapi bila akak pandang Aira…. Akak teringatkan arwah adik akak….”

Nada kak Tipah sudah berubah sedih. Kak Tipah pernah menceritakan tentang adiknya itu. Kematia adiknya gara-gara paklong Asri juga.

“Terima kasih akak. Kalau macam tu, hari Isnin nanti akak tolong Aira. Sebab hari Isnin paklong dan maklong kerja. Jadi senang sikit Aira nak lari dari sini. Boleh?”

Wajah kak Tipah terukir senyuman.

“Baiklah! Kalau macam tu… Nanti akak bagitahu Aira lain. Akak akan minta tolong kawan akak untuk datang ambil Aira. Tunggu berita dari akak ya!”

Aku dan kak Tipah berkalih apabila terdengar enjin motor. Paklong Asri dah balik. Dia berhentikan motornya di sisi aku yang sedang berdiri.

Telan liur aku di buatnya, apabila matanya tajam merenung ke arah aku dan beralih pula pada kak Tipah.

“Haa… Tipah kau buat apa kat sini? Saja nak jaga tepi kain orang? Nak korek rahsia dari anak buah aku ni?” Suara paklong Asri bertanya agak kasar.

“Aku datang nak bagi nasi lemak yang tak habis ni. Sayang pulak aku nak buat. Baik aku sedekah je pada Aira ni.”

Kak Tipah berkata lalu menghulurkan satu beg plastik yang ada sebungkus nasi lemak. Kak Tipah menjeling pada paklong Asri yang dari tadi memandang ke arahnya aku dan Kak Tipah.

“Nah! Ada nasi lemak lebih. Aira makan ye! Akak balik dulu Aira!”

“Terima kasih kak!”

Kak Tipah terus mengayuh basikalnya dengan Ali yang duduk di belakangnya.

Aku tunggu apa lagi terus jalan nak masuk rumah la, tapi plastik nasi lemak tadi di sambar kasar oleh paklong Asri.

“Kau tak payah makan! Aku tahu kau dah kenyang kan?”

Tanpa perlu menunggu aku memablas, paklong Asri terus melajukan motornya. Bukan balik ke rumah, tapi keluar semula dari kawasan rumah ini.

Huh!

Aku menarik nafas lega.

Hrmmm...agak-agak Aira akan lari tak? Tunggu next chapter ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience