Setelah beberapa jam, Shayla pun sedar dari pengsannya. Kelopak mata dibuka perlahan-lagan kerana suatu cahaya menyilaui matanya. Kepalanya berasa amat berat seperti ada batu di atas kepala. Kepala di gelengnya beberapa kali dan pipinya ditampat perlahan. Tidak cukup dengan itu, dia mencubit lagi lengannya sendiri.
"Aku kat mana ni ?" soalnya pada diri sendiri. Matanya digosok berkali-kali setelah melihat tempat keberadaannya itu.
Hiasan dan barang yang terdapat dalam bilik tersebut sangat mewah. Semuanya berjenama.
Dia bangkit dari baringnya lalu duduk bersila di atas katil bersaiz king itu. Tak henti-henti matanya melihat sekeliling bilik itu.
Tombol pintu bilik itu dipulas dari luar. Automatik perbuatan Shayla terhenti. Kelihatan seorang wanita mula memasuki bilik tersebut. Wanita yang membawa dulang yang berisi bubur dan air itu mengukirkan senyuman pada Shayla.
"Cik dah sedar rupanya. Kejap ya, saya panggil Puan Sri kat bawah" tutur wanita itu.
Dulang diletakkan di atas meja sebelum wanita itu keluar dari bilik.
Riak wajah Shayla terus berubah apabila wanita itu berkata dia akan memanggil Puan Sri.
"Puan Sri ...." belum sempat percakapannya habis, pintu bilik dikuakkan sedikit.
Figura seorang wanita separuh usia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Senyuman dilemparkan.
"Sayang kamu dah okay ?" soal wanita yang baru sahaja memasuki bilik itu sambil menyentuh bahu Shayla.
Shayla mengangguk perlahan.
"Puan Sri boleh tak hantar saya balik ?" soal Shayla pada wanita itu.
"Eh tak perlulah panggil Puan Sri, panggil mummy je" tutur wanita itu dengan lembut.
"Kamu nak balik mana ? Semalam mummy jumpa kamu kat perhentian bas. Kamu bawa dengan beg sekali. Tu hah beg kamu" kata wanita itu sambil menunjuk ke arah beg bagadu milik Shayla.
Shayla memandang beg bagasinya itu dengan sayu. Perlahan-lahan air matanya menitis. Satu per satu perkara pahit nuncul difikirannya.
Wanita separuh usia yang perasan akan perubahan wajah Shayla itu terus memeluknya. Belakang Shayla diusapnya perlahan.
"Sayang jangan menangis. Cerita kat mummy. Kenapa ni ?" pinta Wanita separuh usia itu ketika Shayla berada dalam dakapannya.
Pelukan dileraikan. Air mata Shayla dilap olehnya.
Terhinjut-hinjut bahu Shayla.
"Dah sayang. Jangan sedih-sedih"
"Kak Jirah tolong panggilkan Tan Sri ya" arah Wanita tersebut kepada pembantu rumahnya. Dia mengangguk.
?
?
?
?
?
Beberapa minit selapas itu, seorang lelaki separuh usia mula melangkah masuk.
Kerusi yang berada di meja belajar itu ditariknya.
"Sebelum tu biar mummy perkenalkan diri dulu. Nama mummy, Puan Sri Shania. This is my husband, he name is Tan Sri Hazrieq. Call he daddy" wanita itu memperkenalkan dirinya serta suaminya pada Shayla.
"Nama kamu apa ? And umur berapa ?" tanya Tan Sri Hazrieq.
Shayla teragak-agak ingin menjawab. Dia berasa segan akan mereka berdua.
Tangan Shayla digenggam secara tiba-tiba oleh Puan Sri Shania. Seperti kekuatan dihulurkan padanya.
"Jangan takut. Mummy dan daddy takkan apa-apakan kamu" Puan Sri Shania dan Tan Sri Hazrieq mengukirkan senyuman.
Shayla memandang mereka berdua bersilih ganti sebelum menjawab pertanyaan mereka tadi.
"Saya... nama saya Shayla Qhalesya and 18 year old" jawab Shayla tersekat-sekat.
Mereka berdua mengangguk faham.
"Kami panggil Ayla boleh ?" tanya Puan Sri Shania. Shayla menghadiahkan senyuman tanda boleh.
"Ayla cerita lah kat mummy dan daddy kenapa pipi Ayla bengkak dan Ayla bawa beg bagasi waktu tengah hujan lebat semalam ?"
Shayla membetulkan duduknya sebelum memulakan cerita.
"Sebenarnya.. Ay..la bukan sahaja-sahaja keluar waktu hujan lebat dengan beg bagasi tu. Ayla kena halau dengan mama Ayla. Mama halau sebab ada orang fitnah Ayla lakukan benda-benda tak elok. Pipi ni bengkak pun sebab mama tampar. Hiksshikss.. Mama halau Ayla tanpa endahkan rayuan Ayla mummy hiksshikss.." luah Shayla dengan tangisan. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi perkara seperti ini jika berlaku buat kedua kali. Dia berharap agar tidak lagi berlaku.
Puan Sri Shania yang mendengar cerita dari Shayla itu terus memeluk Shayla. Sedih dia melihat keadaan Shayla. Sakit hatinya apabila Shayla diperlakukan seperti itu. Dia cuba menenangkan Shayla daripada terus membazirkan air matanya.
Tan Sri Hazrieq yang melihat insan yang disayang memeluk Shayla seperti anak sendiri itu turut tersentuh. Dia juga memeluk isterinya dan Shayla yang sedang menangis itu.
"Uishh... jangan sedih. Daddy tak kuat tau tengok Ayla dan mummy sedih macam ni. Sekarang ni Ayla tak kena fitnah dah. Daddy dan mummy sentiasa ada untuk Ayla termasuk kak Shazine" Tan Sri Hazrieq memujuk Shayla dan isteri.
Tangisan Shayla mula reda. Air mata dikesatnya setelah pelukan dileraikan.
Puan Sri Shania juga mengesat air matanya.
"Kak Shazine ? Siapa tu ?" soal Shayla.
Tan Sri Hazrieq tertawa kecil. Dia lupa bahawa Shayla tidak mengenali insan yang bernama Shazine.
"Itu anak mummy dan daddy. Kami cuma ada seorang anak je. Tapi disebabkan oleh Ayla, sekarang kami dah ada dua puteri yang sentiasa menerangi hari kami walaupun dalam gelap" kata Tan Sri Hazrieq dengan syadunya. Puan Sri Shania mengiyakan kata-kata suaminya itu.
Gugur lagi cecair jernih itu dari mata Shayla.
"Thank you mummy, daddy.. i love a both of you a lot" ucap Shayla dan terus memeluk kedua-dua insan tersebut.
Sungguh dia tidak sangka ada juga insan yang menganggapnya seperti anak sendiri. Dia tidak mampu berkata apabila lagi selain memohon doa pada Allah atas kebaikan insan yang berada dalam pelukannya itu.
"Sama-sama sayang" balas Puan Sri Shania yang masih dalam pelukan Shayla.
Selang beberapa saat, Shayla meleraikan pelukan.
"Nama panjang kak Shazine apa my ?" tanya Shayla.
"Shazine Haizah. Nama kamu berdua hampir sama lah. Dua-dua Sha" kata Puan Sri Shania sambil ketawa kecil.
Shayla meng'oh'kan dengan mulut sahaja.
Tan Sri Hazrieq bangun dari duduknya. Dia berjalan menuju ke almari pakaian.
"Esok Ayla minta tolong Makcik Jirah kemaskan pakaian Ayla kat almari yaa" arah Tan Sri Hazrieq setelah membuka almari pakaian tersebut.
"Okay. By the way, mana kak Shazine ?" tanya Shayla. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin bertanyakan tentang keberadaan kakak angkatnya itu.
"Dia kat Sabah sekarang ni. Maybe lusa baru balik sini" Puan Sri Shania menjawab soalan Shayla.
"Ouh"
Puan Sri Shania juga bangkit dari duduknya.
"Ayla tidurlah ya. Tengah malam dah ni. Esok kita sambung borak lagi" kata Puan Sri Shania pada Shayla.
Shayla mengangguk.
"Good night mummy , daddy" ucap Shayla sambil menyalam tangan kedua-dua insan yang tergolong dalam hidupnya.
"Night" kepala Shayla diusap dan rambutnya dikusutlkan oleh Tan Sri Hazrieq dan Puan Sri Shania pula mengucup dahi Shayla sebelum mereka meninggalkan bilik tersebut.
Lampu bilik di matikan. Shayla tersenyum
bahagia dalam gelap.
Share this novel