Luna menggelengkan kepalanya.
" Seumur hidup aku selama 19 tahun ni, tak pernah aku bercinta. Kau tahu tak, kawan pun aku takda apatah lagi boyfriend " .
Jujur di akui setelah Luna menamatkan persekolahan nya, dia sudah tidak mempunyai kawan. Kawan-kawannya yang lain pergi ke luar bandar untuk melanjutkan pelajaran.
" Series lah kawan pun kau takda? " soal Rizqin meminta kepastian.
Luna menggeleng lagi.
" Kalau macam tu, mulai hari ni kau kawan aku " Rizqin menghulurkan tangannya sambil tersenyum.
Luna menyambut tangan Rizqin.
" Kawan " .
" Abang, saya tengokkan Riz dah tak macam dulu. Dia sekarang dah banyak bercakap, dah tak terperap jer dalam bilik " Datin Marziah tersenyum memandang suaminya.
" Alhamdulillah. Abang pun perasan. Harap-harap dia cepatlah pulih. Boleh lah dia ambil alih balik syarikat. Abang ni dah tak larat dah. Lagipun abang tak nak lah dia asyik bersedih jer " .
" Tu lah bang. Saya dah tak sanggup nak tengok keadaan dia. Dia pun sekarang ni selalu keluar, mungkin ada jumpa seseorang. Kalau lah disebabkan orang tu dia berubah, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dengan orang tu bang " .
Datuk Bahrin tersenyum memandang isterinya. Baru hari ini dia melihat wajah tenang isterinya itu. Selama ini, jelas kegusaran di wajah Datin Marziah. Semuanya kerana Rizqin.
Hubungan Luna dan Rizqin semakin hari semakin rapat. Setiap hari mereka akan meluangkan masa di taman dan saling berkongsi cerita. Luna tidak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki, tapi apabila dia bersama Rizqin dia rasa selesa.
Rizqin merenung dirinya di dalam cermin. Hari ini dia membuat perubahan semula pada dirinya. Rambutnya sudah dipotong kemas. Jambang nya juga sudah dicukur.
Dia tersenyum di hadapan cermin. Rizqin yang dulu telah kembali. Dia tekad untuk berubah semula. Semua ini adalah disebabkan Luna. Rizqin sudah tidak sabar ingin menunjukkan perubahannya pada Luna.
Rizqin mengambil minyak wanginya lalu disembur sedikit pada bajunya. Siap!
" Mama " panggil Rizqin.
Datin Marziah terus berpaling. Bagaikan terhenti seketika jantungnya. Anak lelakinya kini telah kembali. Dia mengucapkan syukur dalam hati.
" Riz, Ya Allah. Alhamdulillah " tubuh Rizqin terus dipeluk erat.
Hati ibu mana yang tidak gembira melihat anaknya kembali asal. Setiap hari dia berdoa agar Allah membuka pintu hati anaknya akhirnya doanya dimakbulkan. Selama 2 tahun penantian, akhirnya tercapai.
" Assalamualaikum " .
Puan Suraya keluar menjengah.
" Waalaikumsalam. Ya nak cari siapa? " soalnya.
" Luna ada makcik? " .
" Oh Luna. Sekejap ya makcik panggil " Puan Suraya masuk semula ke dalam rumah.
" Luna, kawan Luna cari. Hensem mak tengok dia " .
Luna memandang pelik. Hensem? Takkan mak cakap Rizqin hensem kot.
Luna segera keluar untuk melihat siapakah yang dimaksudkan oleh Puan Suraya.
" Hai Luna " tegur Rizqin.
Langkah Luna terhenti. Dia tergamam seketika.
" Rizqin? " .
" Yelah aku Rizqin. Takkan pak Mat kot " .
Luna melangkah mendekati Rizqin. Dia memandang Rizqin dari atas ke bawah. Wajah lelaki itu ditenung.
" Hensem kan? " .
" Tak tahu pulak kau hensem macam ni " .
" Aku memang hensem pun Luna. Kau jer yang tak pernah tahu " .
Luna menjadi rimas kerana sejak dari tadi ada sahaja mata gadis yang memandang ke arah dia dan Rizqin di taman itu.
" Not bad lah " .
" Kau jatuh hati tak? " soal Rizqin.
Luna mencebikkan bibirnya.
" Eh memang tak lah. Biasa jer " .
" Luna, kenapa kau pakai macam ni? " .
" Pakai macam mana? " .
" Tshirt, jeans dengan cap kau tu. Macam gaya lelaki tau. Dah lah kau ni kasar " .
" Aku lebih selesa macam ni. Taknak lah aku pakai skirt semua tu. Aku bukan jenis yang ayu-ayu ni " .
" Kau tak nak try? " .
" Eh taknak lah aku. Rimas " .
" Aku ada sesuatu nak bagi kau " Rizqin mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
" Nah " Rizqin menghulurkan sebuah telefon pintar jenama apple.
Luna memandang telefon pintar itu.
" Ambillah " Rizqin masih menghulur.
" Kenapa kau bagi aku. Tak nak lah. Mahal tu " .
" Alaa ambillah. Kau kan takda telefon. Ni kira hadiah dari aku untuk kau " .
" Aku bukan nak telefon sesiapa pun. Taknak lah " Luna menolak lagi.
" Aku nak beritahu kau ni, minggu depan aku dah start kerja. Nak masuk office balik. So lepas ni kita dah jarang dapat lepak. Sebab tu aku hadiahkan kau telefon ni, nanti senang aku nak call kau " .
Luna sedikit kecewa. Selepas ni pasti Rizqin akan jarang meluangkan masa bersamanya.
" Buat apa kau nak call aku ?" .
" Luna, boleh lah aku share cerita dengan kau. Kau tak payah sedih, telefon ni boleh video call jugak. Nanti aku cuti aku bawak kau jalan-jalan okay " .
" Yelah. Terima kasih " Luna mengambil juga telefon bimbit di tangan Rizqin.
" Jom lepak mamak. Kita pekena teh tarik dengan roti " .
Luna tersenyum mendengar. Rizqin meniru ayatnya.
" Jom " .
Rizqin membuka pintu kereta audi nya.
Share this novel