Rate

BLACK ROSE (broken inside) 32

Drama Completed 921571

Suasana di sekitar Bukit Bintang waktu ini agak lengang. Mungkin kerana hari bekerja. Jadi para pengunjung tidak seramai hari minggu. Aydean berjalan seiring dengan Mawar masuk ke sebuah shopping mall yang berada di situ. Mereka menuju ke sebuah coffee house yang berada di tingkat bawah bangunan.

Aydean masih merenung wajah Mawar yang agak kemerahan-merahan di beberapa tempat. Sekali sekali dia mengerut dahi seakan terasa kesakitan itu.

"Pehal?" soal Mawar apabila melihat kerutan di dahi Aydean saat melihat wajahnya. Aydean menarik nafas dalam. Dia menunjuk isyarat ke arah wajah Mawar.

"Sakit?" soal Aydean. Entah kali ke berapa soalan itu diajukan kepada Mawar. Mawar mula rimas.

"Sikit jee.. Banyak kali tanya kenapa? Saya dah biasalah," balas Mawar dengan suara manja. Aydean terpaku seketika.

DENG!!!

Mawar menelan air liur tatkala tersedar lenggok suaranya sebegitu. Aydean pula terkebil-kebil mata. Nada suara Mawar mengusik hati lelakinya saat ini. Berkali-kali Aydean berdehem cuba membetul detak jantungnya yang mula berdebar. Senyap sunyi seketika suasana tika itu.

"Sooo.. competition apa yang you masuk?" soal Aydean memecah kesunyian yang tiba-tiba menerjah masuk sebentar tadi. Mawar turut membetulkan detak jantungnya. Nafas ditarik dalam.

'Iiisshhh.. Jangan gedik Mawar!!' marah Mawar di dalam hati. Geram dengan lenggok spontan itu tadi.

"Friendship tournament. Zack anjurkan," balas Mawar tenggelam timbul suaranya menahan getar di dada. Matanya mula meliar melihat sekeliling tanpa hala tuju. Cuba cover malu dengan perbuatan sendiri.

Tolonglah Mawar oiii.. Jangan khianat diri sendiri lagi!! Muka Mawar sudah terasa tebal seakan kamus dewan bahasa saat ini.

"Owh.. So, boleh I datang?" soal Aydean sambil mengulum senyum. Wajah Mawar yang mula merona merah itu mencuit hatinya.

Sejak bila pandai blushing-blushing minah ni!

"Terpulang," balas Mawar kembali dingin. Mata di hala kan semula ke arah Aydean. Mata seksi lelaki itu mencairkan hati Mawar.

Kenapalah mata dia ni seksi sangat oiii!!!

"I nak jadi pom pom girl lah," gurau Aydean sambil tersenyum manis. Mawar terpaku seketika. Dada terasa mahu meletup tatkala melihat senyuman manis Aydean. Namun, cepat-cepat dia menyedarkan diri dari terus mengelamun.

"Boleh. Make sure pakai skirt," balas Mawar selamba. Pecah tawa Aydean saat ini. Rahang digosok perlahan.

Mata seksi. Suara seksi. Ketawa seksi. Gila aku tak lama lagi ni!

"If you menang, I pakai skirt satu hari dekat restoran. If not, you kena nyanyi lagu untuk I. Deal??" soal Aydean cuba mencari kata sepakat. Mawar senyum senget.

"Okay deal. Teringin juga tengok awak pakai skirt," balas Mawar sambil mengangkat kening. Kepala di angguk tanda setuju dengan cadangan Aydean itu. Aydean ketawa lagi. Terhibur dengan balasan Mawar. Seakan gadis itu sudah mula selesa dengannya.

"Nah. I beli untuk you," Aydean mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Diletakkan kotak kecil tersebut di hadapan Mawar. Mawar terkedu seketika. Dahinya berkerut.

"Apa ni?" soal Mawar tanpa menyentuh kotak tersebut. Wajah Aydean dipandang. Aydean tersenyum lagi.

"Bukalah you. Kalau you tenung macam tu, mana lah nak tahu apa dalam tu," manja suara Aydean menutur kata. Dia mencapai mug berisi air caramel machiato panas dan di hala ke mulutnya. Di hirup perlahan sambil matanya mencuri pandang ke arah Mawar.

Mawar memandang kotak tersebut. Kotak dicapai. Dibuka penutup kotak. Terkebil-kebil mata Mawar saat melihat benda yang berada di dalam kotak itu. Dia mengukir senyum nipis. Rantai berbuahkan boxing glove membuatkan Mawar tersenyum di dalam hati. Berbunga-bunga hatinya saat ini. Namun, senyuman di tahan dari bibirnya. Dia tidak mahu Aydean salah sangka dengannya.

"Suka?" soal Aydean sambil meletakkan kembali mug ke atas meja. Riak wajah Mawar sukar di ramal saat ini. Wanita itu seakan tidak teruja dengan pemberiannya. Kecewa sedikit hati Aydean. Tetapi, dia seharusnya sudah menjangka respon wanita itu..

"If you tak nak pakai, simpan je lah. Actually, I tak tahu nak beli apa untuk you. Patung kangaroo biasa sangat. Lagipun, tak silap I, you tak suka patung-patung macam tu kan?" kata Aydean cuba mengawal suara yang seakan kecewa itu. Mawar diam. Rantai tersebut dikeluarkan dari kotak.

"Cantik. Thanks," balas Mawar ringkas. Dia menyimpan kembali rantai itu ke dalam kotak. Kemudian, kotak tersebut di simpan ke dalam beg gym yang diusung bersama sejak dari tadi.

"Lepas ni, kita pergi jamming nak?" ajak Aydean. Mawar pamer wajah malas. Dia mencapai air vanila ais di atas meja dan disedut perlahan. Kepala digeleng tanda tidak mahu.

"Jomlah youuuuu..,"Aydean mula merengek dengan wajah yang cemberut. Mawar ketawa dalam hati. Namun, riak wajah di kawal sebaik mungkin. Tidak mahu diketahui Aydean yang hatinya sedang berbunga melihat aksi manja lelaki itu.

Aydean, janganlah manja sangat oii!!

"Awak ni takde shooting ke? Kata artis popular. Free je manjang," sengaja Mawar ubah topik. Malas mahu mengikut kehendak Aydean.

"Kan I baru balik dari shooting. I sampai pagi tadi tau. Terus I cari you dekat kickboxing art. Esok I dah start busy shooting semula. Satu hari je I dapat cuti ni," rengek Aydean makin menjadi apabila Mawar tidak mahu mengikut kehendaknya. Sengaja Mawar pamer wajah dingin. Mata di alih ke arah tingkat atas mall tersebut.

"Youuu.. jom la.. kejap je..," pujuk Aydean lagi. Aydean buat muka kesian. Sengaja meraih simpati Mawar. Mawar mendengus kecil. Wajah Aydean direnung dengan muka masam mencuka.

"Yelah!" balas Mawar dengan nada malas. Aydean senyum lebar saat mendengar balasan Mawar. Wajah ceria terpancar di wajah Aydean.

Hampir setengah jam mereka di situ, kemudian mereka berjalan keluar dari mall. Langkah di hayun ke sebuah studio yang berada berdekatan dengan mall tersebut. Hati Mawar berdebar. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke studio jamming.

Masuk sahaja ke dalam studio tersebut, seorang budak lelaki yang berada dikaunter memandang ke arah Aydean dan Mawar. Aydean tersenyum dan menghampiri budak lelaki itu. Mawar pula hanya menanti di satu sudut sementara Aydean berbicara dengan budak itu. Kelihatan Aydean mengeluarkan dompet dari poket belakang.

Kemudian, Aydean menghampiri Mawar dengan senyuman lebar. Mawar buat muka tenang.

"Jom," ajak Aydean sambil berjalan masuk menuju ke bilik jamming. Mawar hanya membontoti Aydean dari belakang. Dadanya sedikit berdebar-debar saat ini. Sungguh dia rindukan suasana seperti ini. Studio jamming yang dulunya seakan rumah kedua buat dirinya dan kawan-kawan yang lain.

Masuk sahaja ke dalam bilik, segala instrument muzik tersusun elok di tempatnya. Aydean mengambil gitar eletrik sambil memetik tali gitar. Mawar hanya berdiri tercegat di sudut pintu. Aydean memandang Mawar sambil menyerahkan gitar tersebut kepada wanita itu. Mawar geleng kepala tanda tidak mahu.

"I rindu nak tengok you nyanyi sambil main gitar," kata Aydean cuba memujuk Mawar. Mawar cebik bibir.

"Tunggu saya kalah tournament baru saya nyanyi untuk awak. Macam perjanjian kita tadi," sengaja Mawar mengingatkan Aydean tentang perjanjian mereka. Aydean senyum segaris.

"Okayyy," meleret nadanya. Dia terus memetik gitar. Rentak lagu Muse - unintended mula kedengaran. Dan Aydean mula menyanyikan lagu tersebut.

Mawar berjalan menuju ke drum. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Stick drum di ambil dan di ketuk mengikut rentak lagu yang Aydean sedang lagukan. Aydean tersenyum saat melihat Mawar bermain drum. Sekurang-kurangnya wanita itu mahu bermain instrument di situ. Aydean sudah berpuas hati.

Sekali sekala mereka ketawa apabila tempo muzik dan lagu tidak kena. Wajah ceria Mawar membuatkan hati Aydean berbunga.

Sekejap Mawar beralih pada gitar eletrik yang dipegang Aydean. Aydean tersenyum lagi. Tetapi, Mawar hanya memetik gitar tanpa menyanyi.

"Main teka lagu. Kalau awak dapat teka, saya belanja makan dekat The Boys Restoran," kata Mawar sambil ketawa mengusik. Aydean turut ketawa melihat telatah nakal Mawar.

Pandai mengusik dah!

"Tak payah belanja kalau dekat situ. I nak makan hari-hari dekat sana pun boleh," balas Aydean dengan tawa yang masih bersisa. Mawar masih lagi ketawa. Dia terus memetik gitar.

"Cepat teka lagu apa ni," kata Mawar sambil memandang wajah Aydean. Aydean mula serius mendengar rentak petikan gitar itu. Dia cuba fokus dengan lagu yang di mainkan oleh Mawar.

"Eemmm... Muse - hysteria," jawab Aydean agak ragu-ragu. Mawar menggelengkan kepala tanda salah. Dia terus memetik gitar meminta lelaki itu meneka lagi. Aydean kerut dahi. Rahang digosok perlahan.

"Eemmmm.. bagilah clue," rengek Aydean. Mawar senyum melihat gelagat Aydean.

Tak pernah tak manja!

"Youuu.. susahlah kalau takde clue," rengek Aydean masih meleret. Mawar geleng kepala sambil ketawa kecil. Muka Aydean sudah masam mencuka.

"Tak tahu lah!" balas Aydean separa merajuk. Waja cemberutnya mencuit hati Mawar. Berbunga-bunga saat melihat wajah manja Aydean tika ini.

Adakah ini cinta???

Tiba-tiba pintu bilik ditolak. Syakir muncul di muka pintu. Mawar tersentak. Serta merta wajahnya berubah riak. Dia memandang ke arah Aydean. Riak wajah lelaki itu kelihatan sangat tenang.

"Lambatnya kau," ujar Aydean sambil bersalaman dengan Syakir. Syakir ukir senyum nipis. Wajah Mawar direnung.

"Ada event hari ni dekat restoran. So, aku settlekan dulu," tenang suara Syakir waktu ini. Mawar tarik nafas dalam. Gitar tersebut di letak ke tempatnya semula.

'Dean ke ajak Syakir datang sini?? Apa tujuan dia??' detik hati Mawar.

"Sooo... Shark. Aku blah dulu. Mawar, you nyanyikan lagu untuk Shark. He miss your voice so much," Aydean tersenyum pahit memandang ke arah Mawar yang mula serius riak wajahnya. Mata Mawar mencerlung tajam memandang ke arah Aydean. Geram, Sakit hati. Bengang dengan lelaki itu.

"Eh, tak kan nak blah dah. Tadi kau panggil aku datang sini. Kata nak jamming sama-sama," kata Syakir sambil menoleh ke arah Aydean. Aydean ketawa janggal.

"Aku baru turun flight pagi tadi. Letih sangat. Aku nak balik, rehat. Esok aku dah start sibuk shooting. So, enjoy the moment," balas Aydean sambil berjalan keluar menuju ke pintu.

Sebaik sahaja Aydean keluar dari bilik itu, Syakir menoleh ke arah Mawar yang tiba-tiba membisu. Dia menghampiri Mawar sambil mencapai gitar dan diberikan pada Mawar.

"I rindu nak dengar you menyanyi lagu unintended untuk I," ucap Syakir lembut. Mata mereka bertentang. Mawar tarik nafas dalam. Sakit hatinya pada Aydean masih belum hilang. Tetapi, tetap sahaja dia mengambil hitar tersebut dari tangan Syakir. Tanpa dipaksa, terus Mawar menyanyikan lagu untuk Syakir. Syakir tersenyum lebar.

Sungguh, dia rindukan suara nyanyian Mawar. Matanya ditumpu sepenuhnya pada Mawar. Video nyanyian Mawar dirakam menggunakan telefon bimbitnya. Mawar hanya membiarkan sahaja. Hatinya terlalu sakit dengan tindakan Aydean seolah mahu dia dan Syakir bersama kembali. Mawar bengang terlalu bengang dengan Aydean.

Segala kegembiraan tadi hilang serta merta. Terasa mahu sahaja dia menumbuk muka Aydean sepuasnya.

Akhirnya, hari cuti Mawar dihabiskan bersama Syakir sehingga petang. Walaupun hatinya tidak rela, tetapi disebabkan Aydean, Mawar ikut ke mana sahaja Syakir pergi. Dia pasti Syakir akan bercerita pada Aydean selepas ini.

Biar Aydean makan hati! Geram!!!

××××××××××

Sepanjang perjalanan pulang, hati Mawar tidak sudah-sudah menyumpah seranah Aydean. Geram, bengang, sskit hati dengan tindakan lelaki itu yang sengaja membiarkan dia dan Syakir keluar bersama.

Sampai sahaja di rumah, Mawar membuka pintu pagar tanpa turun dari motor. Walaupun agak gigih, dia tidak peduli. Susah payah pagar ditarik dari atas motor. Hampir sahaja dia terjatuh dari motor. Namun, langsung dia tidak peduli dengan semua itu kerana lebih melayan rasa sakit hatinya pada Aydean.

Motor di parking. Mawar turun dari motor. Helmet di buka. Motor dan helmet baru yang dibeli dengan menggunakan duit Qistina direnung. Dia mengeluh.

Belum sempat kaki melangkah ke pintu rumah, bunyi hon dari sebuah kereta mengekutkan Mawar. Lantas Mawar menoleh ke arah kereta tersebut.

Panjang umur si Qistina ni!

Dengan muka malas, Mawar membuka pagar dan Qistina memandu masuk ke parkir rumah. Setelah enjin di matikan, wanita itu keluar dari kereta sambil tersenyum ceria.

"Hai," sapa Qistina. Mawar buat tak tahu. Terus dia membuka pintu rumah, dan masuk ke dalam. Qistina membontoti Mawar.

"Kiera, bila you nak start masuk office?" soal Qistina tanpa menunggu lagi. Dia harus memastikan segala keperluan Mawar untuk mula bekerja di syarikat tersebut lengkap.

"Tak tahu lagi. I have to train someone masak cara I. Then, my boss will let me go," balas Mawar bersahaja. Dia menghenyak punggung ke sofa. Beg gym di letak ke bawah.

Tiba-tiba dia teringat akan pemberian Aydean. Pantas tangannya menyeluk beg tersebut mencari kotak kecil yang berisi rantai pemberian Aydean.

Beberapa minit dia meraba isi beg akhirnya tangan mencapai kotak kecil itu. Di keluarkan dari beg dan di renung lama. Hatinya masih sakit dengan tindakan Aydean. Kotak dibuka. Rantai dikeluarkan.

Qistina yang muncul dari dapur mengambil air terus menghampiri Mawar. Dia melabuhkan punggungnya ke sebelah Mawar. Dia turut melihat rantai yang di pegang Mawar.

"Wow... Cantiknya... Siapa yang bagi tuu?" meleret suara Qistina saat soalan diajukan kepada Mawar. Mawar berdecit apabila Qistina cuba menyentuh rantai tersebut. Matanya mencerlung memandang ke arah Qistina. Qistina mencebik bibir.

"Alaahh.. Nak tengok pun tak boleh. Siapa bagi ni? Boyfriend ke boya friend?" seloroh Qistina sambil ketawa kecil. Sudah lama dia tidak berbual hal peribadinya bersama Mawar.

"Buaya friend!" balas Mawar geram. Marahnya pada Aydean masih belum surut. Dia mendengus perlahan. Qistina sengih lagi.

"Macam kecewa je bunyinya," sengaja Qistina memancing Mawar untuk bercerita. Mawar menoleh ke arah Qistina dengan tenang.

"I tak layak untuk siapa-siapa, Qis. You tahu kan apa jadi pada I sebelum ni? I rasa tak akan ada lelaki yang sesuai dengan I. I don't deserve any of them," balas Mawar perlahan. Mungkin sebab itu Aydean mahu dia kembali pada Syakir. Aydean tidak mahukan dirinya yang penuh noda dan dosa masa lalu.

"No! Don't say that!" pintas Qistina pantas. Qistian tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Mawar tika ini.

"Akan ada lelaki yang mahukan you. Trust my words. Okay," tambah Qistina lagi apabila melihat riak Mawar yang sedikit sedih itu.

"Siapa yang buat my sister sedih ni? Beritahu I. I slap his face!" ucap Qistina sambil buat gaya menampar. Mawar tersenyum hambar. Kelakar tengok Qistina, tapi, takde hati nak ketawa. Semua Aydean punya pasal!

"You nak apa datang sini?" soal Mawar mengubah topik perbualan. Malas mahu bercerita mengenai Aydean. Tak penting!

"I nak you ikut I pergi beli baju. I will style you," balas Qistina bersungguh-sungguh. Mawar kerut dahi. Tak berapa nak faham dengan kata-kata Qistina sebentar tadi.

"For what?" soal Mawar masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Qistina. Qistina geleng kepala.

"You ni slow sangat kenapa. You kan dah nak masuk office. Tak kan you nak pakai hoodie atau baju chef you?" balas Qistina geram. Mawar tarik muka.

"Lambat lagi lah," Mawar bangun dari duduknya. Beg gym di capai dan dia masuk ke dalam bilik. Tubuh direbahkan ke katil. Rantai pemberian Aydean sekali lagi di belek. Entah mengapa hati Mawar terasa sedih. Dengan tindakan lelaki itu yang cuba merapatkan dia dengan Syakir semula. Mata Mawar berkaca. Pertama kali setelah bertahun lamanya, dia mula terasa sakit memendam perasaan.

Lelehan air jernih dari hujung mata dikesat pantas. Nafas di tarik dalam. Dia bingkas bangun duduk di birai katil. Termenung lagi.

Wajah diraup perlahan. Perit dimuka mula terasa. Tetapi, tidak sesakit perit dihatinya tika ini. Sungguh, dia tidak harus membiarkan perasaannya pergi sejauh ini terhadap Aydean. Sukar untuk mengambil kembali perasaan itu. Tetapi, dia akan cuba. Cuba meletak tembok setinggi yang mungkin untuk kedua-dua lelaki itu.

bersambung.....

happy readingggg.... plus patah hati untuk teamdean..selamat memarahi aydean yu all...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience