Bab 1

Horror & Thriller Completed 3437

Kelihatan sebuah kereta Myvi terlanggar sebatang pokok.Depan kereta itu remuk akibat melanggar sesuatu yang keras.

"Tolong.."kedengaran sayup sayup suara seorang perempuan meminta tolong.Keadaannya amat teruk.Kepalanya berdarah kerana terhantuk pada stereng kereta dan bibirnya terkoyak.Cukup mengerikan.Malam yang sunyi ditemani dengan bunyi cengkerik menyebabkan keadaan menjadi seram.

Dari jauh,kelihatan sebuah kelibat memandang pemandu kereta yang nyawa nyawa ikan itu dengan mata yang merah menyala.Bibirnya menguntum senyuman sinis.

Kelibat itu hilang di bawa angin yang sepoi sepoi bahasa bersama suara hilai tawa.Tinggallah mangsa itu sendirian di situ tanpa kereta lalu lalang.

Enam bulan kemudian.....

Elysa termenung di suatu sudut kafeteria di universitinya.Sekali sekala kedengaran bunyi nafasnya dihela.

"Woi!"sergah Aliya.Elysa terkejut bukan main kepalang lagi.

'Masuk juga kasut Nike aku di mulutnya ni nanti.' bisik Elysa dalam hati.

"Kau tak pandai bagi salam ke?Nak aku ajar?" marah Elysa.

"Sorrylah.Janganlah mekong wei."kata Aliya.

Elysa tidak mempedulikan kawannya itu.

"Kau teringatkan kakak kembar kau kan."teka Aliya.

"Mmm."balas Elysa.

"Aku pun rindu dengan Alysa.Tapi,apa boleh buat. Yang pergi tetap akan pergi.Yang kita ni kena teruskan hidup."pesan Aliya.

"Yang kau berceramah macam aku ni nak bunuh diri ni kenapa?"tanya Elysa.

"Hehe..saja nak test bakat aku jadi ustazah." Aliya tersengih sengih.

"Ustazah pun main bakat bakat juga ke?"Elysa mengerutkan dahinya.

"Entahlah."balas Aliya.

"Okeylah.Aku nak masuk dorm dulu."kata Elysa lalu melangkah keluar dari kafeteria.

Aliya memandang Elysa penuh simpati.Dia memandang air Elysa dengan pandangan kosong.Seraut wajah berlegar legar dalam ingatannya.Wajah yang amat sama dengan Elysa dan mati dalam keadaan yang tragis.

"Huh!"keluhan yang tiada gunanya lagi.

Elysa sedang menaip sesuatu di komputernya.

"Bagus juga hotel kat pantai Port Dickson ni." gumam Elysa sendirian.Dia menempah sebuah bilik di Port Dickson.

Matanya tertancap pada sebingkai gambar di sebelah komputernya.Senyuman itulah yang di rinduinya selepas 6 bulan berlalu.

Sepasang mata memandang Elysa dari suatu sudut yang terlindung.Matanya merah menyala bagai menyimpan rasa dendam dalam hati. Kelibat itu menyeringai menampakkan barisan giginya yang tajam bagai diasah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience