VS17

Drama Completed 85759

Eva menyandar belakang badannya ke kerusi plastik didalam bilik mesyuarat tersebut.
Setelah dua minggu bercuti, Eva kembali meneruskan kerjayanya.
Hari ni dia menghadiri perbincangan pemilihan watak dan pembacaan skrip bagi drama baru yang akan dilakonkanya.

Dari mula dia sampai, tak putus-putus kata tahniah diberikan oleh rakan artis serta kru atas perkahwinan yang berlansung baru-baru ni.

Rata-rata semuanya gembira bila tahu Eva berkahwin, dan serta merta gossip tentang dirinya dihotel tempoh hari bersama Daim tidak lagi diperkatakan.

Lega... namun dalam hal lain, Eva masih berperang dengan perasaanya sendiri.

Selama 2 minggu Eva bercuti, hanya sekali je dia dapat bertemu dengan Daim. Itu pun bergaduh dari meja makan hingga kebilik gara-gara pakej bulan madu yang ditaja oleh papa Eva.

Kerana apa?
Kerana pakej tu menuju ke PULAU!
Ye! Eva allegik dengan perkataan PULAU!

Sampai sekarang dia masih ingat kata-kata Daim.
‘Walau kita terdampar disebuah pulau sekali pun, aku takkan cinta kan kau Eva!’

Aku makan ayat kau tu sehingga sekarang Im!
Aku fikir bila kau setuju untuk kita berkahwin, hati kau akan lembut, rupanya ayat 10 tahun lalu masih tebal dihati kau Daim Akli!

Arrrgghh!
Eva serabutkan rambut blonde perangnya.

“Eva.. are you okay?”

Serta merta tindakan Eva terhenti, kepala menoleh kesisi kanannya. Wajah Zanita, yang juga pelakon sepertinya dipandang, lantas bibir mengukir senyum.
“I’m okay..”

Bibir Zanita turut mengukir senyum.
“Takkan baru lepas honeymoon terus sakit kepala?”

Wooo.. Honeymoon?
Enak betul ayat tu kat bibir kau Zanita?
Aku dan Daim takde istilah nak berbulan madu.
Eva Natasha kini sedang menunggu bulan untuk diceraikan…

Apa yang mampu Eva buat sekarang ni, adalah senyum..
Senyum untuk tutup semua lakonan yang memberansangkan antara dia dan Daim.

“Good morning to all actor and crew.”
Serentak semua yang ada didalam bilik mesyuarat itu memandang Encik Kushairy, penerbit bagi filem yang akan dijalankan ini.
Encik Khushairy mengambil tempat dibahagian hadapan dan menghadap semua kru yang sedang duduk menantinya.
“Firstly, thanks you guys sebab you all sudi terima tawaran untuk produce this movie walaupun filem ni agak berat and more action scene.”

Masing-masing hanya tersenyum dengan kenyataan Encik Khushairy, kerana sebelum permilihan artis dan kru, mereka semua sudah diberitahu tentang semua ni.

“This scene, we don’t have single male or female lead, because this movie just story about group of five yang akan dibintangi oleh kelima-lima artis kat depan ni.”
Encik Khushairy menunjukan tangannya pada Eva serta empat orang lagi artis yang terdiri dari tiga lelaki dan seorang lagi perempuan termasuk dirinya.

“Maybe we akan use more prop and overall shooting area at jungle and little bit dekat kawasan kampong yang kita dah survey sesuai untuk buat filem ni.”

Sekali lagi kru terangguk-angguk mendengar penerangan dari Encik Khushairy.

“I pun amat berbangga bila crew stuntman from Encik Daim club terlibat untuk produce this movie.”
Sekali lagi Encik Khushairy menjulur tangannya kebahagian belakang antara semua kru-kru yang duduk dihadapanya.

Serta-merta jantung Eva mati, telinganya tak silap dengar bila Encik Khushairy menyebut perkataan DAIM!
Perlahan wajah dan badanya menoleh ke belakang.
Air liur ditelan pekat bila wajah suaminya dipandang sedang tersenyum kepada kru yang lain.

“Sorry for you all berdua, yang baru je balik honeymoon. Then terus come back untuk berkerja. But is okay kan, atlist you all masih boleh bersama setiap masa.”

Ewah-ewah… buat lawak sempoi ke Encik Khushairy?
Eva dah tegang wajah walau hadirin lain dah barai gelakkan mereka berdua.
Nak pandang semula Daim kat belakang pun tak jadi, mata terus tertumpu kedepan.

“Sweet nya… ni mesti kes tak boleh jauh kan sebab tu dua-dua nak shooting sama-sama.”

Kali ni sikit je wajah Eva ditoleh kepada Zanita. Gegendang telinga dah menangkap gelak tawa di hujung ayat wanita itu.
Jari-jemari Eva dibawah meja diletup-letup, bahagian dalam pipinya digigit kuat.
Bengang dengan suasana sekarang ni!
Sebulan yang lepas, Eva terima tawaran untuk berlakon dalam filem ni semata-mata ingin lari jauh sedikit dari semua yang berlakun pada dirinya.
Kerana apabila pengambaran file ini bermula, dia dan kru yang lain mungkin akan mengambil masa yang lama untuk berada di pendalaman bagi menyiapkan projek ini.

Hasrat hati nak jauh dari Daim, tanpa sedar lelaki itu terlibat sekali. Dan sah-sah mereka berdua akan sentiasa bersama lebih-lebih lagi ramai yang tak tahu perkahwinan Eva dan Daim hanya sekadar satu lakonan.
Sebal!

Encik Khusairy terus berbicara, memberi penerangan tentang projek filem kali ni.
Namun fikiran Eva sedikit hilang, hatinya masih tertanya-tanya kenapa Daim mesti ikut serta dalam projek ni. Atau lelaki tu sengaja nak kena kan dia.

Kontrak dah ditandatangan, takkan Eva nak tarik diri. Bukan tak mampu nak bayar denda kalau dia tarik diri. Tapi takut perkara ni akan jadi buah mulut sekaligus menjadi isu kepada dirinya. Cukup sekali Eva dikecam apabila gambar dia dan Daim di bilik hotel tersebar luas.

Hampir dua jam perbincangan dijalankan, artis dan kru masing-masing keluar dari bilik tersebut ketika semua kata sepakat telah dipersetujui.

Eva berjalan mendapatkan Zizie yang setia menunggu di luar bilik.

Apabila mata Zizie menangkap tubuh artisnya, terus badan dibangunkan dari sofa.

Saat menghampiri Zizie, pantas lengan Eva menarik wanita itu supaya jauh dari keramain.

Terkoncoh-koncoh kaki Zizie melangkah mengekor gerak pantas Eva hingga berhenti disatu sudut bangunan.

Mata Eva menoleh kiri dan kanan sebelum memandang tepat kearah Zizie.
“Zizie, kau tahu ke Daim terlibat dalam projek ni?”

Zizie kendur bahu, nafas dikeluh kuat.
“Yes i tahu…”
Bibir dicebik seakan punggung ayam. Hati dah merona marah bila dia dapat tahu Daim ikut serta dalam filem kali ni!

Pak!
Eva menampar tepi bahu Zizie sehingga mahluk dua alam itu menjerit kecil.
“Kau tahu, tapi kau tak inform kat aku?”

Kening Zizie bertaut rapat, wajah disenget memandang Eva.
“Seriously you tak tahu ke Eva? I thought you suppose to be lebih tahu dari i?”

Tajam pandangan Eva pada pengurus peribadinya.
“Kau pun tahu hubungan aku dengan Daim kan Zizie?”

“Yaaa… padan muka you, siapa suruh you gatal setuju nak kahwin dengan dia.”

Pakk!
Sekali lagi Eva menampar tepi bahu Zizie, kali ni lebih kuat sehingga terbit suara jantan dari pondan tu.
“Kau cakap slow sikit boleh tak Zizie! Kalau orang lain dengar macamana?”

Zizie melepas rengus sebelum belakang bahunya digosok kuat.
“Sepatutnya contract stuntman diberi kepada Zack’s club, but in the end penerbit mintak tukar kepada Daim.”

What? Zack?
Ooo.. lagi lah Eva taknak kalau Zack dan anak buah dia terlibat. Bukan dia tak tahu Zack tu gatal miang, anak buahnya pun satu kepala je perangai!
“Kau rasa kenapa Encik Khusairy nak tukar?”

Mata Zizie melangkau anak mata Eva, kedua tangan disilang kedada dan kaki kanan dikeluarkan sedikit lagak model pentas.
“Hello dear… you think what for hah? Of cause lah untuk publicities. This film going to be the top ranking sebab Husband and wife yang tengah hot viral sekarang ni, together bekerjasama.”

Aissh! Eva ni bodoh ke apa hah?
Kalau Zizie bukan makan gaji dari perempuan ni, dah diganyang-ganyang muka si Eva ni!
Sejak wanita tu kahwin, hati Zizie terus membara kesumat! Sehingga sekarang dia masih berdendam dengan Daim.
Daim dah hancurkan harapan dia untuk melihat Eva berkahwin dengan Lukas.

Eva gigit bibir.
Kenyataan Zizie tak ditolak, mungkin apa yang Zizie kata kan tu adalah betul.
Dunia seni takkan naik tanpa publisiti tak kira lah ianya publisiti murahan atau publisiti mahalan.

“Dah lah tu, you tak payah fikir lagi, ni filem je. Tak lama pun nak produce. Sekejap je you berkerjasama dengan Husband you tu. Next shooting I akan pastikan Daim tak terlibat lagi dengan mana-mana job you.”
Zizie pandang raut Eva.
Bibir dijuih keluar tanpa wanita itu sedar. Menyampah! Nak sangat kan kahwin dengan Daim. Sekarang kau yang merana Eva! Rasa kan lah!

Melihat Eva yang terus diam, tangan Zizie memaut lengan wanita itu dan sisi badannya disendeng-sendeng ke tubuh Eva.
“Eva schedule you free petang ni, I dah arrange date you dengan Lukas.”

“What?!”
Laju Eva berpaling kepada Zizie, matanya yang agak kecil disepetkan.
“Nak buat apa aku jumpa dia?”

Zizie paham reaksi wajah Eva. Dah alang-alang perempuan tu tak suka kat Daim, apa salahnya dia jernihkan hubungan Eva dan Lukas. Lagipun dia ada rancangan lain untuk satukan mereka berdua ni kembali.
”Alaa.. you jumpa la dia sekejap.”

Eva menarik lengannya dari gengaman Zizie sebelum melangkah menjauhi bapok tersebut.
“No Zizie, aku baru je kahwin. Kalau public tahu macamana?”

Sekali lagi Zizie merapat, kali ni kepala besarnya di jatuhkan keatas bahu wanita itu. Gedik!
“Eva.. I serabut tau sejak you block nombor Lukas. Everyday he call I mintak nak bercakap dengan you. Apa salahnya you jumpa dia, discuss elok-elok. You putuskan hubungan dengan Lukas tergesa-gesa lepas tu kahwin dengan Daim. You tak terfikir ke Lukas akan merana? Dia pun ada perasaan Eva.”

Sekali lagi Eva pandang kiri kanan, takut ada telinga kuali yang mendengar perbualan mereka.
“Kau dah lupa ke apa yang dia buat pada aku Zizie? Sampai sekarang aku trauma tau?”

Zizie cebik bibik, kepala diangkat dan tubuh tegak berdiri kembali.
“Lukas mengaku silap dia kan Eva, his drunk, tak boleh nak fikir panjang. And you know why Lukas drink alcohol that night?”

Eva diam, bola mata Zizie yang disaluti contact lenses warna emerald ditatap.

“His jealous with you Eva.. masa dinner tu, mata you tak lepas pandang Daim. Kalau I lelaki pun, I’m going to be jelousy you know!”

Eva tarik kening.
Errrkk.. bukan kau memang azalinya adalah LELAKI ke Zizie?
“No Zizie, kalau reporter tahu I jumpa dia, habis lah i.”

Zizie geleng kepala, sekali lagi lengan Eva dicapai.
“I dah arrange tempat yang tak mungkin reporter akan nampak. Please Eva… bagi peluang kat Lukas, dengar apa yang dia nak terangkan pada you, after that you decide sendiri samaada you masih nak percaya Lukas atau tak.”

Sekali lagi Eva diam.

Zizie lepas keluh sebelum menyambung ayatnya.
“Eva… Lukas lelaki yang baik, mungkin malam tu silap dia, dan dia dah mengaku. Just give him a chance my dear…”

Panjang Eva tarik nafas sebelum menghembus singkat.
Walau teragak-agak, tapi dia tetap menurut kata Zizie.

Ye. Eva juga salah, putuskan hubungan dengan Lukas secara tiba-tiba. Dan 3 bulan selepas tu terus berkahwin dengan lelaki lain.
Hati mana yang tak sakit mentelah Eva pun sedar, Lukas amat menyintainya.

Apabila Eva setuju untuk berjumpa Lukas, senyum Zizie makin lebar. Fikirannya dah beralun pada babak yang akan terjadi pada perjumpaan wanita itu kelak.
Eva… kau silap bermain dengan api….

“So.. pukul berapa kau arrange date aku ngan Lukas?”

Zizie matikan angannya, wajah Eva dipandang dendam.. namun bibirnya masih mengukir senyum.
“You dah free sekarang kan? So I boleh contact Lukas untuk jumpa you.”

Eva angguk kepala. Kaki melangkah keluar dari sudut bangunan menuju ke lobi.
Diikuti dengan Zizie dari belakang.
“Kau ikut sekali aku jumpa Lukas nanti.”

Zizie teguk liur.
“Eh! Takkan I nak ganggu perbincangan you dengan Lukas.”

Eva henti langkah, tubuh dipaling menghadap PA nya.
“Kalau I berdua dengan Lukas, nanti gossip akan timbul.”

Langkah Zizie merapati, kedua bahu Eva digengam sebelum tubuhnya ditunduk sedikit menyamai ketinggian wanita itu.
“Eva.. kan I dah kata, I already arrange kan tempat yang tak mungkin reporter akan tahu, I akan hantar you, then I tunggu dalam kereta. Anything suspicious, I akan contact you. Okay my dear?”

Eva angguk kepala. Kepercayaan diletakan sepenuhnya pada Zizie.
Dan ketika pondan itu melarikan gengaman dibahunya, mata Eva terpandang dua manusia melintas dihadapan mereka.

Si perempuan dengan baju sendat dari dada ke pinggang dan skirt pendek sedikit melepasi tengah peha sedang berjalan mesra dengan lelaki yang beberapa kali mengetar naluri wanita Eva.
Siapa lagi kalau bukan Daim!
Dan yang perempuan tu pulak adalah Bella. Executive syarikat modeling terkenal negara.

Kedua penumbuk Eva disisi badan, dikepal kuat. Bibir bawah digigit.

Zizie yang sedar perubahan reaksi pada wajah Eva, berpaling badan dan turut memandang ke hadapan.
Makin membara hatinya saat melihat senyuman Daim dan Bella. Dasar jantan Miang!
“See! Daim boleh jumpa Bella at open space lagi, why you takut sangat nak jumpa Lukas? Ni dunia artis, you nak jumpa siapa pun, takde larangan Eva.”

Takde larangan, mangkuk kau Zizie!
Memang Eva bergelumang dengan kerjaya dan dunia artis, tapi dia bukan wanita yang mudah ditarik kehulu ke hilir oleh lelaki lain, dan dia pun tak suka tengok lelaki seperti Daim yang baru nak kenal dunia seni tapi mengheret perempuan sana-sini.

Arrghh! Kau dah melampau Daim Akli!
Hidung Eva dikembang kempis mencari nafas yang makin tak teratur.

Pasangan Daim dan Bella terus ditatap tajam sehingga lelaki itu menoleh kearahnya.
Saat mata mereka bertembung, Eva menghadiahkan jelingan tajam kepada Daim sebelum menapak laju meninggalkan lobi.
Hatinya sakit!

Sekali lagi Zizie terkoncoh-koncoh mengikut gerak langkah Eva. Jiwanya bersorak girang! Rancangannya pasti akan menjadi!
Tunggu kau Eva….

*******

Daim henti langkah saat matanya terpandang Eva yang sedang berdiri bersama Zizie di hadapan kaunter lobi.
Ketika mata mereka bertembung, Eva terus buka langkah sebelum sempat dia menghampiri wanita itu.

Bella disebelah turut kaku apabila Daim menghentikan langkanya.
Kepala ditoleh-toleh mencari pandangan lelaki itu sehingga matanya menangkap belakang Eva yang berjalan laju diikuti oleh Zizie.
Terus bibirnya ukir senyum.
“You angau dengan wife sendiri ke Im?”

Daim paling wajah, senyuman Bella dipandang.
“Siapa tak angau dengan bini sendiri.”

“Auuuww suwit nya.. first time I dengar ayat geli dari you, Im”

Rahang kekar Daim terangkat sedikit saat bibitnya tersenyum.

“Punya sayang lah you dengan Eva, sampai sanggup you over take Zack untuk sign contract dengan new movie wife you tu, budget taknak jauh lah tu.”

Sekali lagi Daim ukir bibir diwajahnya.
Ye dia memang taknak jauh dengan Eva, lebih-lebih lagi bila tahu wanita tu akan membuat pengambaran di pendalaman, dan mengambil masa yang lama kat sana.

Mulanya dia sendiri pun tak terfikir untuk berlawan dengan kelab lagak ngeri milik Zack yang turut tercalon untuk permilihan filem tersebut.

Dua hari selepas berlangsung perkahwinan dia dan Eva, Encik Kushairy menelefonya dan menyatakan kelabnya terpilih dalam proses pencalonan.
Apa lagi, keesokan harinya terus Daim mengumpulkan ahli kelab lagak ngerinya untuk menjalani latihan bagi mengikuti pengambaran yang bakal dijalankan seminggu dari sekarang.

“Kita duduk kat cafe la Im.. time macam ni tak ramai sangat orang, selesa sikit nak bercakap.”

Angan Daim mati, sekali lagi wajah Bella dilirik sebelum kepala diangguk faham.

Sekata langkah Bella dan Daim menuju kafe di seberang jalan bangunan tersebut. Setelah pasti tempat untuk duduk, mereka berdua menghenyakkan punggung menanti menu yang sudah di pesan.

Bella mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan berwarna gold nya. Jemari dileret pantas ke skrin sebelum menghulur telefon tersebut pada Daim.

“Shit! Are you sure Bella?!”
Daim tak menyambut huluran Bella, hanya matanya sahaja memandangn skrin. Malas menghadap lama wajah yang terpampang di skrin telefon milik Bella. Sebal!

“Not yet Im.. tapi reporter tu cerita nombor yang naik kat telefon dia memang nombor lelaki ni. Dia call dan bagi tahu yang you dan Eva ada dalam bilik hotel tu. Bukan sorang reporter dia call, tapi ramai jugak lah. But this reporter ada save nombor lelaki tu, sebab tu dia tahu siapa.”

Terangguk-angguk kepala Daim mendengar penjelasan dari Bella.

Seusai habis perbincangannya dengar project filem baru sebentar tadi. Daim berselisih dengan Bella sewaktu wanita itu turut datang ke bangunan tersebut kerana berjumpa dengan pelanggan.

Seperti biasa, Bella takkan lepaskan Daim jika mereka berdua bertemu.
Daim dah faham benar dengan sikap Bella, dia cuba mengelak tapi cepat Bella memberitahu yang dia sudah mendapat bukti bagi kejadian di hotel beberapa bulan yang lepas.
Apa lagi, terus lah Daim setuju untuk ke kafe bersama Bella vogue tu.

“So, you nak buat apa sekarang? You nak ambik tindakan ke?”

Jemari Daim mengengam dagunya yang tegap terbentuk, jambang nipis disentuh perlahan.
“I masih perlu bukti lagi Bella. Kalau kita meluru je ambik tindakan, memang jantan tu akan twist cerita.”

Kali ni Bella pula mengangguk laju kepalanya.

“You kenal reporter yang bagi gambar tu?”

Sekali lagi Bella angguk kepala, dah macam burung belatuk dah!

“You boleh arrange kan untuk I jumpa dia?”

“Boleh. I call dia sekarang”
Pantas jari Bella meleret sekali lagi di skrin telefon sebelum meletakannya ketepi telinga.

Daim hanya memerhati tindakan wanita dihadapanya.
Hati tak sabar untuk menunggu keputusan.
Gosipnya dengan Eva beberapa bulan dulu memang tak hangat lagi diperkatakan namun Daim tetap ingin mencari, angkara siapakah yang cuba memburukan namanya dan Eva.

“You free ke? Boleh I jumpa you”

Diam.

“Boleh I nak jumpa you petang ni. Is it okay?”

Diam.

“Oh you busy ye..”
Bola mata Bella diangkat melirik kepada wajah Daim.

Daim tak berapa pasti bicara wanita dihadapanya, namun dia dapat mengangak wartawan tersebut tak boleh berjumpa denganya hari ini.

“You ada kat mana sekarang? If you busy, I boleh datang jumpa you, because I have important thing nak discuss dengan you.”

Diam.

“Oh.. tengah kejar news ke? News apa?”

Diam lagi.. namun kali ni muka Bella berkerut seribu, sekali lagi bola matanya menikam pada wajah Daim.

Melihat reaksi Bella, kening Daim turut bercantum, seolah-olah ada perkara penting yang sedang dibualkan oleh Bella dan wartawan dihujung talian telefon wanita itu.

“You biar betul? Mana you dapat news ni?”

Diam..

“So kat mana diorang nak berjumpa?”

Diam..

“Oh! Okay thanks a lot, kalau you ada masa, call i. We discuss about that day.”

Daim pandang kepala Bella yang terangguk-angguk sebelum wanita itu mematikan panggilan telefonya.

Seraya meletakan telefon kembali didalam tas tangan, pantas wajah Bella mendongak dan memandang tajam kearah Daim.
“Im! Reporter tengah kejar Eva sekarang ni?”

“Hah?!”
Badan Daim yang bersandar tadi, terus ditegakan. Bola mata melawan pandangan Bella.

“Ada yang sebarkan gossip, Eva akan berjumpa dengan scandal lama dia di Oribe Japan Restaurant sekejap lagi. I think she want to see Lukas Abraham.”

Daim raup berat wajahnya.
Beraninya Eva ni! Baru 2 minggu perkahwinan mereka, perempuan tu dah buat hal!
“Macam mana reporter boleh tahu?”

Bella angkat bahu.

Pantas Daim diri kan tubuhnya.
“Sorry Bella, nanti kita jumpa lagi ye.”

Bella faham, kepala diangguk laju.
Mata menatap belakang Daim yang melangkah panjang meninggalkan kafe.
Go Im.. save your wife…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience