Series
5510
KRING! KRING!
Tepat jarum jam menunjukkan pukul 4:00 pagi. Ketika itu juga tidurnya terganggu dengan bunyi alarm.
Bella tarik membungkus didalam selimut. Dia paling pantang lenanya diganggu. Sedar tak sedar, sudah seminggu dia menetap di asrama aspuri sekolah sederhana ini yang berada di hujung kampung.
Tak lama bunyi loceng yang bingit ditutup oleh seseorang. Bella penasaran siapa yang rajin bangun waktu pagi buta begini. Selimut diselak dan dilihat Ayu seperti bersiap untuk bersihkan diri memandangkan tandas berada dihujung dorm.
Perasan sedang diperhati, Ayu tersenyum kepada Bella. "Awak nak pergi surau juga ke?" tanya Ayu.
Bella yang masih dalam mood tidur agak terkebil. "Hah surau?"
"Kalau nak, jom la pergi sekali. Tapi saya nak pergi mandi kejap." ujar Ayu sudah berdiri depan pintu.
"Tunggu jap! Aku pergi juga!" cepat Bella turun dari katil lalu mengambil barangan seperti sabun mandian dan lain-lain.
Dia dan Ayu berjalan beriringan meninggalkan Ifah yang masih nyenyak. Entah apa yang menarik Bella untuk ikut teman barunya pergi surau pagi ini. Apa yang hendak dibuatnya?
_______
Ketika berada di beranda surau, 5:30 am.
"Tazkirah subuh?"
"Haa tazkirah. Awak tak tengok ke jadual?" Ayu menyoal balik.
Bella balas dengan senyum nipis. Dia tak pernah ambil tahu perkara yang baginya tak penting.
Ayu terangguk faham. Senyum manisnya tak lekang dari bibir. Sesuai dengan namanya. Terkadang Bella perasan yang muka Ayu ini mirip dengan seseorang yang pernah dia lihat. Siapa ya? Bella pandang teman barunya semula nak bertanya.
"Kau ada saudara ke-"
Belum sempat soalannya selesai, dipotong apabila iqamah terdengar dari pelajar lelaki.
Selesai iqamah Ayu bertanya semula.
"Awak nak tanya apa tadi?" soal gadis manis bertudung putih ini.
"Tak ada apa. Subuh kan? jom lah masuk dalam." jawap Bella dan selamba memaut lengan Ayu berjalan masuk ke ruangan sembahyang.
______
7:50 am. Matahari mula memunculkan diri namun angin pagi masih terasa. Pelajar-pelajar asrama yang selesai tazkirah mula keluar dari surau yang sederhana besar. Surau terletak tak jauh dari asrama, 3 atau 4 minit dari asrama.
Terlihat sekelompok kawanan pelajar lelaki sedang lepak di beranda surau. Bergelak sakan seperti tiada hari esok.
"Pfftt! Siot oi kau ni." Aniq ketawa berguling-guling tak lupa tangan menampar bahu teman yang menjadi mangsa.
"Adumak, Niq. Gelak-gelak juga, tapi tak payah aa pakej sekali nga penampar. Aku hempuk juga kau ni." rungut Hazim menjauh sedikit dari Aniq. Kalau tidak mau patah tulangnya, dah la dia tak berapa berisi. Modal tinggi dan muka handsome saja.
"Sorry-sorry. Tapi yang penting apa? Yang penting tak kentut masa cikgu rotan kat bontot!" meletus lagi gelak sakan Aniq. Memang hobinya tukang bahan kawan.
Hazim sedang berusaha semaksimal mungkin menahan ketawanya dari meletus keluar. Kalau di combo Aniq dan Hazim memang runtuh surau dengan ketawa mereka sahabat.
Terpandang sekumpulan pelajar junior yang lalu di hadapan mereka, laju Aniq mengorat. Siap kenyit mata, muncung mulut lagi.
"Dik, nak pergi mana dengan baju kurung tu? Nak abang teman ke?" galak Aniq.
Mereka pandang sebal kepada Aniq, ada yang cepat-cepat mahu pergi dari situ. Mereka kelihatan tidak menyukai abang senior satu itu.
"Hish! Aniq tu tak payah layan sangat. Dah jom la masuk kelas." umpat mereka sambil menjeling Aniq yang sedang tersengih seperti kerang busuk.
Hazim tepuk dahi. Apa ke bangan* juga temannya itu. Dah sah sah nak masuk kelas dengan berbaju kurung itu.
Luthfi di sebelah hanya menggeleng kepala dengan tingkah temannya.
Aniq kembali duduk santai disebelah Luthfi.
"Niq,"
"Urm?" sahut Aniq tanpa lihat Luthfi di sebelahnya. Dia bersandar santai, kedua tangan dijadikan bantal kepalanya.
"Kau... okey tak?" soal Luthfi perlahan.
Aniq pandang sekilas masih bingung. "Okey saja. Asal?"
Luthfi geleng. "Tak ada lah." Dia bukan apa, sedikit sebanyak dia mengerti dengan setiap pandangan orang-orang kepada Aniq. Pandangan yang sukar ditafsir, iaitu pandangan yang benci dan hina. Seolah Aniq penjenayah terbesar di sekolah tersebut.
Sedang lelaki itu? Santai saja duk kemam rumput serupa tak ada makanan nak ditelan. Aniq bersiul perlahan sambil melihat langit cerah diatas.
"Weh tu Aniq."
"Mana? Ha eh tak suka aku dia tu. Jom lah."
"Jom."
"Apahal duduk macam tu macam bagus sangat."
"Acah kan."
"Haah."
Luthfi dan Hazim memandang simpati kepada sahabat mereka Aniq kerana jelas lelaki itu sudah terbiasa dengan kata-kata buruk perihalnya. Sudah terbiasa malah boleh dikatankan hanya mereka yang tidak membenci Aniq. Hampir sekolah manusia disekolah itu benci akan Aniq. Aniq buat tak endah saja kadang buat tak dengar padahal jauh dalam hatinya tiada siapa yang tahu.
___________
Share this novel