Bab 52

Romance Series 80702

MELIHATKAN Syed Iqwal yang diam berdiri itu, hatinya risau jika di biarkan lama.....pasti tipis peluang dia untuk memiliki lelaki tersebut.

"Syed Iqwal ? macam mana dengan cadangan i tu ? you setuju tak ?"

"Macam tak logik je. You nak bina perkahwinan palsu ni macam pieces of cake je ? you tak rasa berat ke ? and you tak kisah ke kalau tak ada commitment dari i sebagai suami you nanti ?" Tuan Syed Iqwal berpaling menghadap Puteri Qisya semula.

"I wouldn't mind. Banyak je dark side dalam bisnes orang lain buat macam ni untuk kepentingan sesama company, even lebih teruk pun ada such as kahwin sehari je lepastu cerai. Chill la." Kata Puteri Qisya yang mengibas rambutnya.

Jangan kau fikir semudah tu Syed Iqwal, aku akan buat kau terikat selamanya dalam perkahwinan ni nanti !

"Qisya ?" Panggilan dari Tuan Syed Iqwal itu menyentakkan fikirannya dari terus berdialog sendiri.

"Ha ? sorry, i tak dengar tadi. apa you kata ?."

"Bagi i masa untuk i fikir. I will let you know later."

Beg tangan di atas meja itu di capai lalu dia berdiri dan tersenyum menggoda ke arah Tuan Syed Iqwal.

"Sure. Jangan lama sangat. I banyak kerja. See ya !". matanya di kenyitkan pada lelaki itu lalu dia beredar pergi.

Tap ! setelah pintu di tutup...

Tuan Syed Iqwal menjeling dan melepaskan nafas lega. Keturunan Megat Rusydi ini kesemuanya sangat tidak menyenangkan.
Berani sekali wanita itu melakukan perjanjian yang sebesar ini. Fikirannya melayang mengingatkan kepada sebujur wajah ayu yang berada di villa rose sana. Matanya kembali di pejam.

*****

"BEN ! " langkahnya terhenti bila terdengar namanya di seru dari arah pintu belakang dapur itu.

Kelihatan Cik muda Villa Rose yang berjalan menuju ke arahnya.

"Kenapa Cik Nurjihan panggil ?".

"Saya selalu tengok awak bawa kain serban tu tapi awak asyik pegang je tak pakai pun setiap kali awak nak pergi sembahyang jumaat. untuk apa tu ? saja ke ?."

Kepalanya yang tidak gatal itu di garu. Alamak, ada orang perasan pulak.

"Err saya saja je bawak sebab ingatkan nak pakai serban. Tapi....saya tak pandai lilit. Tiap kali saya cuba nak buat, mesti kalau tak jadi saya akan tanggalkan. kalau tak bawak terus, nanti saya akan teringat-ingat dekat kain serban ni."

Penjelasan Benjamin itu pula yang membuatkan Nurjihan menggaru-garu kepalanya.

"Haish, sini bagi saya serban tu."

"Ehh Cik Nurjihan !".

Benjamin tidak sempat menghalang tangan Nurjihan yang laju merampas kain serban itu dari pegangannya.

Terdiam Benjamin bila Nurjihan kini membalut kopiahnya dengan kain serban tersebut. Malu bukan kepalang bila dia yang lelaki itu tidak pandai melilit serban malahan kaum hawa pula yang pandai buatkan. Dia melihat cara lilitan yang Nurjihan lakukan satu demi satu yang terpantul di cermin 'sliding door' itu.

Ouhh begitu caranya....

"Hah, kan dah siap." Dengan bangga Nurjihan tersenyum melihat hasil kemasan yang di lakukannya itu di atas kepalanya Benjamin.

Sepertinya Benjamin suka bila dia tersenyum dan ralit dengan bermain-main ekor kain serban yang terjuntai di balik telinganya itu.

"Wah, macam ustaz-ustaz la." Kata Benjamin tidak habis-habis dia membelek dirinya di situ.

"Amin..." Nurjihan mengaminkan kata-kata Benjamin. Mana tahu suatu hari nanti lelaki itu bakal berubah menjadi ustaz betul.

"Cik Nurjihan ni semua benda pandai buat. Dah la cantik pulak tu, baik lagi..Untung betul Tuan Syed." Celoteh Benjamin itu mengukir senyuman pada wajah Nurjihan.

Benarlah apa yang di katakan oleh Benjamin. Bukannya apa, kekurangan kemahiran pada dirinya yang banyak sampaikan banyak hal yang di bereskan oleh Nurjihan. Paling malu sekali, tak berani nak lepaskan ikan koi peliharaan Tuan Syed Iqwal ke dalam kolam sewaktu pertama kali membeli ikan-ikan tersebut. Sungguh dia geli dengan binatang hidup. Terlampau dia bersyukur dengan kehadiran Nurjihan di Villa Rose ini. Gadis itu tersangatlah baik.

"Yelah tu kan, pandai sangat bodek tu." Balas Nurjihan.

"Betul Cik Nurjihan. Mana ada saya bodek. Ikhlas.. ikhlas." Beria-ria Benjamin menafikan kata-kata Nurjihan itu.

"Itulah, lain kali pakai songkok je tak susah."

Suara lelaki yang muncul di belakang Nurjihan itu menyentakkan Benjamin dan kembali serius.

"Saya pergi Masjid dulu. Awak siap-siap la balik nanti kita keluar." Pesan Tuan Syed Iqwal kepada Nurjihan.

"Ha ? pergi mana ?". Nurjihan memandang Benjamin sekilas.

Benjamin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu menahu.

"Adalah, jom Ben ! jangan nak ralit sangat."
Kata Tuan Syed Iqwal dan berlalu pergi dengan kemas menggayakan kurta hitam bersama seluar berwarna hitam juga. satu set warna hitam itu menggoda mata Nurjihan saat ini. Kemas dan kacak !

"Ana pergi dulu ya. Ente Hati-hati di rumah. Itu tangan ente kasi jaga. jangan buat kerja berat-berat la. Nanti ana juga yang susah."

Terkocoh-kocoh Benjamin mengikuti langkahnya Tuan Syed Iqwal ke arah garaj letak kereta sambil mengibas-kibas ekor serbannya yang membuatkan Nurjihan tergelak lucu.

Eh eh ... baru pandai pakai serban dah jadi Pak arab ? Benjamin... Benjamin...

****

Heli Lounge bar.

PERMANDANGAN petang hari yang hampir senja saat ini kelihatan tenang dan damai berangin di tiup angin lalu yang di rasakan berada di tempat yang tinggi ini di atas menara KH Bukit Bintang. Bukan sahaja mereka di situ, ada juga kunjungan dari orang ramai namun tidak la begitu sesak, cukuplah selesa buat mereka bersantai di situ.

"Kita nak buat apa dekat atas ni ?". Tanya Nurjihan polos.

Tuan Syed Iqwal tersenyum. Dia memandang Nurjihan sekilas sebelum memandang semula ke arah permandangan yang cantik di hadapan mereka itu.

"Tunggu matahari terbenam."

Ouh...patutlah pun jadi tumpuan. Siapa je tak suka dengan keindahan fenomena sewaktu terjadinya matahari terbenam. Dia mengamati
sebentar wajah seorang suami yang berada di sisinya kini. Wajah itu saat ini begitu tenang, sepertinya dia dan alam yang saling memahami.

"Awak bahagia tak hidup dengan saya ?."

Tersentak Nurjihan bila pertanyaan itu di lontarkan padanya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya nampak bahagia tu. Terima kasih." Nurjihan masih lagi tenung wajah itu.

Terukir senyuman pada wajah lelaki itu. Hatinya berbunga bila akhirnya gadis yang dulunya keras hati kini cair seperti ais krim.

Bahu Nurjihan di rangkul dan di gosok lembut.

"Simpan dulu terima kasih awak. Banyak hal yang belum saya lakukan untuk bahagiakan hidup awak sepenuhnya lagi."

"Apa adanya saya bersyukur Tuan Syed, hidup yang sekarang ni dulu saya tak ingin jalani telah membuktikan saya silap. Saya yang tak bagi ia peluang untuk munculkan kebahagiaan itu kepada diri saya."

"Maafkan saya yang terlalu memaksa awak dulu."
Kata Tuan Syed Iqwal lalu menarik rapat badan dan mencium kepala Nurjihan.

"Tak apa Tuan Syed. Perkara yang lepas tu lepas la. Sekarang ni kita fokus untuk bahagiakan hari-hari kita yang bakal mendatang ni". Senyuman Nurjihan telah menghalau kekusutan yang singgah di fikirannya saat ini.

" Awak boleh janji ke jangan tinggalkan saya walau apa pun terjadi ?"

Nurjihan mendongak, ia kembali menatap wajah tersebut.

"Aik, kenapa nak cakap pasal tinggal-tinggal pulak ni ? Tk suka laa...."

Panjang depaan muncung mulut Nurjihan saat ini.

"Tak adalah saya cakap je. Nakkan kepastian."

Tuan Syed Iqwal menunduk dan menggosok kedua-dua belah pahanya perasaan yang di tahan itu cuba untuk di tahan lagi. Siapa yang suka di tinggalkan dan hidup seorang diri ? Berbelas-belas tahun dia struggle hidup tanpa sesiapa di sisi berbekalkan hubungan jarak jauh dengan Puan Diana. Ini semua gara-gara Megat Rusydi. Semuanya berantakan !

"Awak tahu makna cinta sejati tu apa ?" Dia kembali mendongak memandang wajah comel itu.

"Erm....tahu !". Jawab Nurjihan dengan girang.

"Okay, tell me."

"Cinta sejati tu bila mana waktu masing-masing ada kekuatan untuk pandang ke hadapan walau sesulit mana pun keadaan yang menduga, hati dia ni (jari di tekankan pada dada) selalu ingat pada orang yang di cintai. Tak kira la sejauh mana pun tercampak di pisahkan sebab kekuatan cinta tu yang menjadi tunjang utama."

"Eihhh,eih...pandainya dia.." Kata Tuan Syed Iqwal lalu menggosok kepala Nurjihan dan menyebabkan gadis itu tersenyum bangga.

"Mestilah, Tuan Syed yang ajar."

"Saya ?".

"Yup. Saya ada husband yang sabar menagih cinta dari seorang budak yang keras kepala dan secara tak langsung membuatkan gadis ni (jari dihalakan ke wajahnya) jatuh hati dengan seorang Putera kayangan."

"Putera kayangan ? emm....suits me well."

Tergelak kecil Nurjihan bila melihatkan riaksi bangga Tuan Syed Iqwal itu. Lalu dia memeluk erat lelaki itu. Bahagia rasa saat ini. Moga ia berkekalan lama.

Nurjihan tersedar dari keasyikkan hangatnya pelukan Tuan Syed Iqwal bila terasa bahunya di tepuk. Bulat matanya merenung ke arah si suami.

"Kenapa ?" Tanya Nurjihan tidak puas menikmati hangatnya pelukan Tuan Syed Iqwal.

"Tengok sana " jari di tujukan pada permukaan langit yang ada di hadapan mereka.

"Wah...cantik !!!." Nurjihan tergamam melihat keindahan permandangan matahari yang mula terbenam.

"Ye cantik...awak suka bila saya bawa datang sini ?".

"Mestilah suka, tapikan... saya perasan yang Tuan Syed pandai cari tempat yang cantik-cantik permandangan macam ni. Apa lagi tempat atau benda yang cantik pada Tuan Syed yang saya masih lagi tak tahu ?" Kedua-dua keningnya terangkat cuba ingin mengorek rahsia seorang lelaki.

Mendengarkan pertanyaan itu, redup renungan yang menyapa ke wajah isterinya.

"Awak ! Awaklah yang tercantik yang pernah saya lihat. Dah tak ada lagi yang cantik di mata saya selepas melihat awak, Nurjihan."

Nurjihan terpaku. Matanya bergenang terharu. Lelaki ini betul-betul maksudkan apa yang di kata. Cukup dari pandangan dan renungannya saat ini yang membuktikan keikhlasan itu.

senja.....Inilah senjaku.
Senja yang selalu datang tepat di persimpangan waktu antara harapan dan istirehat.

KERETA Mercedes c-class berwarna silver itu di berhentikan di hadapan perumahan flat yang di didiami Hawa. Nurjihan memang berniat untuk bermalam di rumah sahabatnya itu untuk meluangkan masa bersama mereka semua setelah masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian.

Pintu di buka dan tali beg tangannya yang terjuntai jatuh dari bahu itu di betulkan sebelum melangkah keluar dari kereta tersebut.

"Terima kasih Ben hantarkan saya. Nanti kalau saya nak balik saya call awak eh."

Tiada balasan daripada Benjamin yang berada di tempat duduk pemandu. Nurjihan berasa hairan. Dia tidak jadi keluar.

"Err ben ? awak dengar tak saya cakap ni ? ke awak tak sihat ?"

Nurjihan masih ternanti jawapan daripada Benjamin.

"Cik Nurjihan tahu kan keadaan yang macam mana kalau Tuan Syed tahu dengan siapa Cik Nurjihan berkawan sekarang ni ?".

Nurjihan terpempam. Ada bau sinis dan amaran dalam butir pertanyaan Benjamin itu.

"Errr, kenapa tu ? saya berkawan dengan Pia dan Hawa je. Apa yang tak kena ye ?."

Sepasang mata Benjamin menghalang ke luar tingkap dan hinggap ke tingkap rumah yang berada di tingkat 7 itu.

"Saya yakin yang Cik Nurjihan tahu siapa lagi yang saya maksudkan dan yang ada di dalam rumah dekat atas tu selain kawan-kawan Cik Nurjihan yang saya kenal."

Terasa begitu sukar untuk dia menghela nafas saat ini. Adakah Benjamin tahu tentang keberadaan Bellinda di sini ?

Pintu kereta di tutup semula dengan perlahan. Tersandar dia di buatnya.

"Jadi awak tahu ?" Tanya Nurjihan memandang tepat ke arah cermin pandang sisi di hadapannya itu melihat sepasang mata Benjamin yang terpantul di bucu cermin tersebut.

Ada segaris senyuman nipis pada hujung bibirnya Benjamin.

"Untuk terlibat dengan masa lalu Tuan Syed itu sangatlah berisiko Cik Nurjihan. Tolong fikir sebaik-baiknya. Bellinda itu mungkin bakal mendatangkan impak buruk dalam rumah tangga Cik Nurjihan dan Tuan Syed."

Rambut yang ikal mengurai itu di raup ke belakang.

Macam mana Benjamin ni terlalu pantas pengetahuan dia seperti signal 5G ni ?

haishhhhh

"Saya yakin Bellinda tak akan tahu pasal saya dan Tuan Syed selagi tak ada siapa bagitahu. Begitu jugak dengan Tuan Syed. Rahsiakan hal ni.... please ?."

Melihatkan tiada apa-apa respond daripada Benjamin itu. Nurjihan terus keluar. Tidak betah berlama-lama di soal siasat sekarang ini. Tolong la. Dia belum bersedia lagi untuk menjauhkan diri dari Bellinda kerana sudah berasa selesa berhubung rapat dengan wanita tersebut. Ini semua masih boleh di kawal.

Melihatkan kehilangan bayangan Nurjihan yang sudah merombos masuk ke dalam lif yang ada pada perumahan flat tersebut, Benjamin menghela nafas berat. Pangkal tulang hidung di picit. Mendengarkan permintaan dari Nurjihan itu memeningkan kepalanya saat ini.

Buat sementara waktu dia berharap agar Tuan Syed Iqwal tidak menimbulkan persoalan tentang keberadaan Bellinda sekarang ini. Untuk memutar belitkan fakta tentang sesuatu dan bermain kata-kata di hadapan lelaki tersebut, harapan tipis untuk sesiapa saja terlepas dengan aman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience