Kebetulan

Poetry Completed 1045

Waktu kau datang
Pernah kau fikir apa hatimu mahu
"Rindu tak. Arini rindu tak. Esok rindu tak"
"Aku rindu kau. Kau sayang aku tak"
Mahu cinta atau mahu bersuka
Atau kau datang umpama aku tempat kau singgah
Kau datang tanpa masa, tapi kau pergi tepat pada masa

Waktu kau pergi
Ada kau fikir apa yang kau tertinggal
Tertinggal aku atau kata-kata palsu
"Takdapat bayangkan kalau aku hilang kau"
"Tak tau macam mana aku nak hidup kalau kau takde dalam hidup aku"
Bila kata-kata boleh tembus semua imaginasi
Bila kau boleh pergin ikut suka kau

Cinta itu mudah
Andai kau biar nafsu yang berkeliaran
Tapi akan kau rasa sukar
Kalau kau datang bersama Iman

"Rasa sayang ini tak seperti yang lain"
"Rasa rindu ini seperti hari-hari"
Tapi bila kau dah dapat cinta, sayang rindu bertukar debu
Kau pandang aku pun dah jemu

Kalau betul ini kebetulan, aku tak akan ubah
Tapi kalau kau datang dengan sengaja
Aku nak sangat ada peluang ubah kebetulan ini
Sebab aku boleh tinggalkan kau
Tapi tak hati aku
Aku boleh lupakan hasrat aku kat kau
Tapi tak perasaan aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience