"Maaf Ad. Saya tak boleh kasi jawapan sekarang. Beri saya masa. Perkahwinan bukan permainan."
Terdengar suara Ad mengeluh dihujung talian.
"Saya akan tunggu awak. Saya cuma harap awak akan beri jawapan ya. Saya tunggu. Bye awak. Assalamualaikum."
Talian di putuskan. Aku tahu Ad kecewa. Sudah hampir seminggu, tapi aku tidak memberi jawapan kepada pinangan keluarga Ad.
Mana mungkin aku mahu menerima Ad begitu sahaja. Sedangkan hati ini pada lelaki lain. Lelaki yang tidak pernah perasan dengan kewujudanku. Tidak perasan dengan perasaanku padanya.
=====
"Kau dah kasi jawapan ke weh??"
Sekali lagi Amira bertanya kepadaku. Hampir setiap hari dia mengajukan soalan yang sama kepadaku.
Aku menggeleng. Malas mahu menjawab soalan Amira.
"Weh Ain, tak elok la buat orang tertunggu-tunggu. Buat apa kau tunggu kat orang yang tak pernah perasan dengan perhatian yang kau bagi selama ni. Baik kau pilih lelaki yang serius dengan kau macam Ad tu."
Farina pula menambah. Farina kalau bercakap memang macam ahli falsafah. Mengata aku lebih. Dia tu pun sama membuat Fahri tertunggu-tunggu untuk bertunang.
Aku menghembuskan nafas kasar. Bukannya Farina dan Amira tidak tahu aku suka pada lelaki lain. Tapi mereka tetap juga memaksa aku untuk menerima Ad.
"Hati aku, perasaan aku, sayang aku, cinta aku bukan untuk Ad. Semua tu aku simpan untuk Am seorang je. Salah ke."
"Aku rasa baik kau pergi clearkan perasaan kau tu. Terus terang dengan Am, terima atau tak belakang cerita sebab sekarang ni kalau Am tak terima kau kau masih ada Ad."
"Aku setuju dengan Mira. Daripada kau orang berdua dok main tarik tali je, baik salah seorang luahkan dulu."
Kata-kata Amira dan Farina membuatkanku semakin bingung. Ya, memang aku takut. Takut perasaan ku ditolak. Aku lebih rela disamping Am dengan memendam rasa. Aku takut jika aku meluahkan perasaanku padanya dia akan menjauhkan diri dariku.
"Aku akan terima Ad kalau Am tolak aku."
=====
Sudah 10 minit aku sampai di taman permainan ini. Sengaja aku datang awal untuk mencari kekuatan. Hari ini aku mahu semuanya terjawab.
Tidak ramai kanak-kanak di taman ketika itu. Mungkin kerana waktu pagi begini masing-masing masih berada di rumah. Hanya ada beberapa orang dewasa berjoging di sekeliling taman.
Dari jauh aku sudah melihat kelibat Am. Dia melambai-lambai ke arahku. Senyuman terukir di wajahnya.
Sebuah beg plastik sederhana besar diberikan kepadaku. Sepasang baju berwarna krim berada di dalam beg plastik itu.
"Ini je kau nak kasi. Baik hantar je kat rumah aku."
"Akak aku suruh aku kasi kau cepat-cepat dia kata kalau tak muat bagitau dia cepat. Nanti boleh tukar."
Tidak pasal-pasal aku dan Am terpaksa menjadi pengapit ketika persandingan kakak Am. Macam tidak ada orang lain. Alasannya kerana aku dan Am sesuai bersama. Semenjak itu aku sering berjumpa dengan Am untuk membantu membuat persiapan.
Tiap kali berjumpa dengan Am aku mahu memberanikan diri untuk meluahkan perasaanku. Tapi selalunya berakhir begitu sahaja. Tetapi harini aku tekad. Aku mesti memberanikan diri.
"Err Am, aku nak cakap something boleh tak?"
Am hanya mengangguk. Tangannya sibuk memasukkan kimbab yang aku bawa ke dalam mulut.
Aku memusingkan tubuhku membelakangi Am. Tidak mahu aku melihat wajahnya. Malu.
"Ada orang datang meminang aku. Tapi aku tak kasi jawapan lagi."
Aku mendengar Am menutup bekas makanan.
"Siapa yang meminang kau? Kenapa kau tak kasi jawapan lagi?"
Aku menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan. Jika Amira dan Farina ada di sini sudah lama aku memeluk mereka untuk mendapatkan kekuatan.
"Siapa orangnya tu kau tak perlu tahu. Tapi sebab kenapa aku tak kasi jawapannya lagi kau perlu tau. Errr aku belum kasi jawapan sebab hati aku masih tertanya-tanya. Selama tujuh tahun ni, perasaan aku, hati aku, rasa sayang aku cuma untuk seorang lelaki. Aku nak sangat tahu sama ada lelaki itu ada perasaan yang sama atau tak."
Am berhenti makan.
"Tak mungkin la lelaki tu tak terima kau. Kalau laki tu tak terima kau memang dia gila. Hahaha. Siapa lelaki tu?"
Aku menarik nafas lagi. Aku dapat merasakan Am memberikan sepenuh perhatian kepadaku.
"Err. Kau."
Jika ada bantal di hadapanku ini sudah lama aku menekup mukaku ini ke bantal kerana terlalu malu.
Am terdiam. Aku dapat merasakan dia bangun dan duduk di sebelahku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hatiku kala ini.
"Ain aku tak nafikan kau kawan yang baik. Kadang-kadang aku buat salah pun kau simpan je dalam hati. Tapi maafkan aku. Aku tak ada perasaan yang sama untuk kau. Aku......"
Air mataku menitik mendengar pengakuan Am. Aku merasa sungguh malu dan terluka.
"Stop. Cerita sini habis sini."
Belum sempat Am menghabiskan kata-katanya aku terus bangun dan menuju ke kereta. Aku menangis sepuas-puasnya. Kini semuanya sudah jelas. Ternyata aku cuma bermain dengan perasaanku sendiri.
Share this novel