BAB 8

Other Completed 24384

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”.

Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Bergurau, gelak-gelak dan yang paling tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh.

Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan.

Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

Benda yang paling biasa di abad ini ialah Whatsapp group. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak.

Bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung. Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya.

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience