BAB 9 : MAN

Humor Series 106134

“MAN, lepas ni kau free tak?” langkahku terhenti sebab Mr. Millionaire yang berjalan di hadapan aku memberhentikan langkahnya secara mengejut. Mungkin nak mendengar balasan seterusnya daripada salah seorang staf syarikat tu. Entah apa yang merasuk dia hari ni sampai dia nak melawat setiap jabatan satu persatu. Nak jugak aku temankan. Boleh aje dia lawat dan sapa setiap staf tanpa aku. Tetapi, dalam diam, sejujurnya, bila dia buat macam ni, aku rasa aku adalah sebahagian daripada syarikat gergasi tu. Aku rasa aku salah seorang orang terpenting. Tak pernah rasa begini kat syarikat sendiri. Sadis.

“Eh, siapa kata aku free? Aku nak kejar beli tiket klien ke Europe November ni. Tiket ke Vietnam dan Jepun untuk bulan Disember pun aku belum survey lagi. Harga pulak makin naik. Mati aku kalau bos tahu aku belum beli. Tak pasal-pasal gaji aku pulak yang kena potong,” aku rasa Aiman Zuhdi dan Iskandar Idris merangkap bahagian pemasaran tak perasan lagi bahawa Mr. Millionaire dan aku dengar apa yang diorang sedang bincangkan.

“Alamak, siapa yang aku nak minta tolong ni, hah?”

“Kau dah kenapa?” Man pandang Iskandar dengan wajah yang penuh pertanyaan. Risau sahaja wajah Iskandar. Raut wajahnya memaparkan yang dia ada seribu satu masalah. Aku yang tengok dari luar pintu ni pun turut sama nak tahu apa masalah yang menimpa dia.

“Mak aku masuk hospital, adik aku baru aje call aku masa makan tadi. Aku nak berkejar ke hospital tengok keadaan mak aku. Kalau apa-apa terjadi dan aku tak sempat nak tengok dia untuk kali terakhir, menyesal aku seumur hidup. Tapi aku kena hantar flyers yang banyak ni. Tapi hati aku nak jumpa mak aku...”

“Sorry, Is. Aku kalau boleh memang nak tolong kau tapi kerja aku pun banyak lagi nak kena settle. Aku rasa baik kau pergi ajelah jumpa mak kau. Flyers tu boleh aje buat nanti. Mak kau satu aje kat dunia ni. Flyers tu sentiasa ada tak kira mana banyak mana pun kau masukkan dalam mailbox orang,” Man menepuk-nepuk bahu Iskandar, cuba menenangkan hati rakan sekerjanya yang berkecamuk.

“Aku pun rasa macam tu jugak. Keluarga lebih penting. Pergilah. Flyers ni aku sendiri yang akan hantar kat setiap mailbox dengan Arisa hari ni,” tiba-tiba Amril masuk dan menepuk sama bahu Is. Terkejut beruk dua pemuda itu yang sedari tadi tidak menyedari kehadiran Amril. Satu aje kemusykilan aku. Aku salah dengar ke? Dia ada ke sebut nama ke tadi? Err, boleh ke aku tarik diri? Aku macam malas...

“Eh, bos!” dua pemuda itu teriak hampir serentak. Amril sengih.

“Bos curi dengar ke?” soal Is dengan muka yang masih terkejut.

“Curi dengar perkara yang bagus takpe, kan?”

“Betul ke aku boleh ke hospital sekarang ni, bos?”

“Betullah. Pergilah, mak dan keluarga kau lebih perlukan kau. Kalau mak kau tak sihat lagi esok, informkan aje kat ketua bahagian. Bagitahu aku dah benarkan.”

“Betul ke, bos?” aku pun macam tak percaya aje Amril bagi cuti begitu mudah kat staf. Tapi betullah kata dia, keluarga lebih penting. Keluarga sepatutnya berada pada prioriti utama. Semua orang sepatutnya buat macam tu.

“Blahlah cepat sebelum aku tukar fikiran,” terus aje Is berlari keluar pintu sebelum mukanya disembulkan kembali di muka pintu.

“Thank you, boss! Terbaik, boss!” Is melambai dan menghilang. Amril hanya membalas lambaian itu dengan mengangkat tangannya.

“Dan kau, aku dengar-dengar belum beli tiket untuk klien bulan depan, ye tak?” perhatian Amril dialihkan pula pada Man yang menyengih.

“Hehe, bos. Nak belilah ni,” cepat sahaja Man membuka browser dan laman AirAsia.

“Kenapa lambat beli? Internet lambat macam siput babi ke?” huish, soalan dia selamba aje tapi menyengat. Dah nampak laju aje Man buka laman web AirAsia tu, dia boleh tanya macam tu lagi. Gila psiko Mr. Millionaire ni.

“Tak, bos. Aku yang selalu lambat. Sorry, bos. Takkan berlaku lagi.”

“Hmm, okey. Bolehlah dimaafkan sebab kau sendiri yang mengaku salah kau. Tapi lain kali, kalau aku dengar lagi macam ni, siap kau. Bukan gaji kau aje yang kena potong, bonus tahunan kau sekali mungkin takde.”

“Hehe. Okey, boss. Takkan berlaku lagi. Betul punya,” Amril angguk-angguk.

“Good. Kalau tak, kau tukar aje kerja dengan Is. Kerja dalam bilik beraircond mungkin buatkan kau dah makin malas, kan? Nak kena bagi motivasi sikit kat kau ni. Berjalan-jalan tengok alam sekitar sambil hantar flyers kat rumah orang mungkin boleh tingkatkan motivasi kau.” Man sengih panjang aje aku tengok. Nasib dialah hari ni. Tak pasal-pasal kena sindir halus.

“Eh, tak bos. Aku sukakan kerja aku kat sini.”

“Jadi buatlah betul-betul,” ujar Amril sambil mengurut-urut bahu Man. Man mengecilkan dirinya macam semut aje aku tengok.

“Yes, boss,” makin besar sengihan dia aku tengok.

“Arisa, jom. Banyak delivery kita kena buat hari ni,” ajak Mr. Millionaire meninggalkan Man yang masih sengih panjang.

“Jangan buka Fac aje, Man!” teriak Mr. Millionaire yang dah semakin jauh. Aku ikut aje langkah kaki dia.

“Yes, boss!” kuat betul teriakan Man.

KAMI sampai di sebuah apartmen, Amril terus masuk ke dalam parkir dan berhentikan kereta. Tanpa berkata satu patah perkataan pun, dia terus keluar dari kereta dengan aku membontoti sahaja. Bersama-sama membuka pintu belakang kereta, kiri dan kanan, kami memenuhkan beg dan tangan dengan flyers. Lepas tu, seiringan berjalan ke peti mailbox di kaki tangga. Selesai memenuhkan mailbox tersebut, kami berjalan balik semula ke kereta. Dia menghidupkan semula kereta dan kami menuju ke apartmen lain, kondominium, rumah-rumah teres dan juga banglo. Ia berlaku berulang-ulang kali hingga flyers tu tinggal dalam seratus keping kalau tak silap aku. Tu pun dah kira banyak lagi bagi aku.

Penat tak terkata. Baru aku tahu apa maknanya penat berniaga. Penatnya tu hanya orang berniaga sahaja yang tahu. Aku fikir aku tak dapat lagi nak gerakkan badan. Nak tidur atas katil empuk hingga malam. Tanpa gangguan.

“Penat?” soal Amril yang sedang memandu, mengerling sekilas ke arah aku sebelum mengembalikan semula tumpuannya kepada jalan raya. Mungkin dia nampak aku dah betul-betul takde tenaga. Kalau nak dikaitkan dengan telefon, bateri dah kong! Aku cepat betulkan duduk aku. Macam tak sopan rasanya bila aku menyandar macam tak ingat dunia. Mesti dia lebih penat dari aku. Yelah, kerja dia dua kali ganda banyak dari aku sebab dia memandu, aku tak.

“Eh, taklah,” aku sengih. Dan juga berbohong.

Dia sengih juga. “Aku tahu kau penat. Nampak kat muka kau tu.”

“Ehe, ye ke?” aku sengih seraya menyambung. “Ye, penat sangat. Tak sangka kau masih sanggup buat benda macam ni sedangkan kau tu CEO.”

“Apa boleh buat? Ni salah satu strategi marketing aku. Kadang-kadang aku enjoy jugak buat benda macam ni, mengingatkan aku kat diri aku yang dulu, yang asyik terkejar ke sana ke mari untuk buatkan marketing meletup, salah satunya macam apa yang kita buat tadi. Banding kerja yang duduk kat ofis, aku lebih enjoy kerja yang buatkan aku bergerak sebenarnya. Aku boleh jumpa ramai orang dan rasa hebat bila kemahiran sosial bertambah and getting better,” dia senyum.

“Tapi...” aku tak pasti samada aku patut bagitahu dia benda ni atau tak.

“Tapi apa?” dia kerling kat aku sekali lagi. Aku ragu-ragu nak bagitahu dia hingga membuatkan dia menyoal aku untuk kali yang kedua. “Tapi apa, Arisa?”

“Err, aku rasa kau ni introvert,” jawabku perlahan. Dia gelak.

“Takut pulak aku dengan kau ni, Arisa. Kau betul-betul researcher, kaji pasal trait dan personaliti aku,” balasnya. Aku jongket bahu dan dia menambah. “Betullah, aku ni dulu memang introvert sikit. Tapi bila dah betul-betul nekad nak buat dan berjaya dalam bidang ni, aku usaha untuk jadi extrovert. Dengan bisnes dan kejayaan demi kejayaan yang aku peroleh, rasa keyakinan diri bertambah, barulah benda tu buatkan aku lebih mudah dan senang nak approach orang. Lagi-lagi, bila orang dah percaya kat aku. Tapi, introvert tu aku fikir aku tak boleh buang. Aku still enjoy being introvert. Tu memang diri aku yang sebenar, seorang yang perlukan masa untuk diri sendiri cause I realise, I’ll cave in, back to my normal self once I lock the door at night. And that’s why maybe, aku enjoy berseorangan.”

“Aku minta maaf,” balasku bila dia dah habis jelaskan segalanya.

“Kenapa pulak nak minta maaf?”

“Dah terang lagi bersuluh yang aku ni ganggu masa kau enjoy your time being alone, being introvert?” dia gelak. Macamlah yang aku ni cakap ni lucu.

“Hmm, okey. Maaf diterima,” balasnya dengan sengihan. “Kenapa eh?” dia sambung lagi sebelum menggerakkan tengkuknya ke kiri dan kanan. Tulang tengkuknya berbunyi, berlaga antara satu sama lain. Aku pulak yang takut. Bunyi kedengaran macam tengkuknya dah patah. Lepas tu, dia memukul permukaan jam Rolexnya perlahan. Lepas tu, dia kerling ke jam dashboard keretanya pulak.

“Kenapa?” soalku.

“Jam aku tak gerak-gerak. Hmm, dah habis bateri rupanya...” dia keluh. Aku diam sahaja, tak bagi respon apa-apa. Sejak dah mempunyai telefon, bagiku, jam tangan dah tak penting. Aku lebih suka tengok jam kat telefon dari memakai jam tangan itu sendiri. Kalau dilihat pada lengan dan tanganku ini, takde satu barang kemas atau jam pun sebab benda tu semua mengganggu bila aku sedang membuat kerja. Pandailah tersangkut kat sana sini. Kalau dah tersangkut tu pulak, susah nak uraikan. Selalu terjadi bila aku menyisir rambut dan jugak cuci kain. Tersangkut pada rambut atau pada benang kain. Tak suka betul. Pastu rasa pelik aje bila menulis. Aku pakai benda tu kat lengan kanan dan dengan tangan tu jugak aku gunakan untuk menulis. Pelik benar rasanya bila rasa ada jam tangan atau barang kemas tersarung. Tak selesa. Tangan tu rasa macam tak cecah permukaan tempat menulis. Mungkin aku seorang aje kot yang berperasaan macam tu. “Kita singgh kedai jam dululah. Aku nak beli jam baru.”

“Okey,” jawabku sepatah.

“Kau ni penat sangat ke?”

“Ehe, taklah,” aku berbohong sekali lagi. Penat sangat kot. Lapar pun iya jugak.

“So, kenapa jawab sepatah-sepatah aje?”

“Tak pun.”

“See?”

“Takdelah...” aku sengih. Ye kot penat sangat. Rasa macam nak tidur lelapkan mata kejap. Dan kalau dah penat tu, memang beginilah diriku. Jawab sepatah-sepatah. Dah macam bertukar personaliti pulak kami berdua ni. Dia dah jadi extrovert, aku pulak yang jadi introvert. Mungkin dah malas layan aku yang cakap sepatah-sepatah, dia hidupkan radio.

Wo ai ni, I love you, aku cinta padamu

Tiga kata paling bermakna, tapi jarangnya didengar...

Erk, lagu tu pulak? Tiba-tiba rasa kekok dengar lagu tu bersama dia dalam kereta yang sama. Tak jadi aku nak tidur. Mungkin dia pun punya perasaan yang sama, cepat-cepat dia tukarkan ke siaran radio lain.

Aku sayang padamu, aku rindu dirimu

Selalu bersamaku, aku sayang padamu...

Erk, keadaan bertambah kekok. Dah kenapa semua lagu cinta pulak sekarang ni? Jarinya cepat menekan mencari siaran radio lain pulak.

Cintaku jika kau lihat tingginya awan, takkan tercakar tinggi cintaku

Hanya hatiku tahu apa mahuku, kan dunia ku pastinya milikmu

Hingga ke akhir hayatku...

Lepas tu, dia terus matikan sahaja radio tu. Aku pun lebih suka dia buat begitu. Nanti tak pasal-pasal banyaklah pulak lagu cinta yang keluar. Semualah lagu cinta kat dunia ni dimainkan pada masa yang tak sesuai. Kekok. Kami hanya berdiam diri sepanjang perjalanan tu, melayan perasaan masing-masing dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah kedai jam. Dari luaran sahaja aku boleh agak bahawa kedai jam tu gah, mewah dan mahal. Aku ikut dia keluar bila dia keluar.

“Morning, Mr. Amril,” sapa seorang lelaki Cina dalam lingkungan umur empat puluhan. Dari sapaan tu aku kira Mr. Millioniare ni adalah seorang pelanggan tetap kat sini.

“Morning, Mr. Chong,” balas Amril, mereka bersalaman.

“And who is she?” soal lelaki Cina tersebut sambil senyum lebar kat aku. “You never brought one,” dia menyambung.

“Err, she’s my current secretary,” Amril memperkenalkan aku tetapi nampak ragu-ragu. Entahlah kenapa. Aku okey aje kot. Memang aku ni setiausaha dia, nak ragu-ragu perkenalkan kenapa?

Kami berbalas senyuman sebelum Amril mengambil tempat duduk di sebuah kerusi bulat di hadapan kaunter kaca yang menenmpatkan beribu jam tangan mewah. Rolex, Black Caviar, Louis Moinet, Ulysse Nardin, Patek Phillipe, Vacheron Constantine, Chopard, Montblanc dan entah apa-apa jenama lagi yang aku tak pernah dengar, semuanya ada kat situ. Cakap aje, mesti Mr Chong akan dapatkan. Aku duduk bersebelahan Amril yang sedang berkomunikasi dengan Mr. Chong. Aku melilaukan mata melihat sekeliling. Ada beberapa jam dinding bergantungan di dinding. Terdapat beberapa jarum jam yang bergerak dan ada jugak yang tak. Ia berhenti pada nombor 10: 10. Aku perasan semua jam yang tak gerak berhenti pada nombor tersebut.

“Nak tau ke kenapa semua jam tu disetkan pada 10: 10?” soalan Amril menghilangkan lamunan aku. Aku tengok sekeliling. Mr. Chong dah takde. Hanya seorang sahaja pekerja yang tinggal dalam kedai tersebut tapi dia pun jauh dari kami. Aku geleng dan pandang semula kat Amril. “Sebelum ni pengeluar jam tangan setkan pada 5: 20 tapi sekarang kat 10: 10. Tu salah satu strategi marketing,” sambungnya lagi. Bila dia cakap macam tu, barulah aku perasan. Aku bagaikan terbayang jarum jam tu pada 5: 20 di setiap jam dinding itu.

“Hmm, I see. 10: 10 tu maksudnya smiley, betul tak?”

“Ha’ah. Tak sangka you are a genius.” Dia senyum. “And 5: 20 tu nampak macam frown,” dia tambah lagi. “Smiley tu akan trigger happiness kat pelanggan dan secara automatiknya pelanggan rasa nak beli. Sekarang, cuba tengok logo dan jenama jam tangan tu kat mana?” Amril tunjuk pulak logo tersebut menggunakan jari telunjuknya.

“Kat tengah.”

“Kat tengah, betul-betul di bawah nombor dua belas,” dia menambah penerangan aku. “Bila setkan jam pada 10: 10, semuanya nampak symmetrical dan lebih ketara. Logo, jenama, date dan ciri-ciri menarik lain nampak tak bertindih antara satu sama lain. Ada jugak kata orang, 10: 10 tu maksudnya V, which brings another meaning, Victory,” aku pandang aje dia yang memberi penerangan kat aku. Mata dia bulat membesar dan nampak keghairahan dia terserlah. Dia betul-betul seorang entrepreneuer yang hebat, bisikku dalam hati. Dalam diam, aku kagum lagi dengan dia. Aku tak tahu bila aku takkan kagum dengan dia. Dia sentiasa mengejutkan aku dengan benda-benda baru yang aku tak tahu.

“Kau memang suka pakai jam ke?” aku soal dia akhirnya.

“Kalau nak kata suka, tu macam nak berlagak aje. Perkataan terbaik bukan suka. Perkataan terbaik ialah, keperluan. Benda ni adalah satu keperluan untuk aku. Aku tak boleh hidup tanpa jam.”

“Tapi boleh aje tengok kat telefon, kan?”

Dia pusing atas kerusi bulat itu menghadap aku. “Hmm, cuba bayangkan situasi ni. Kau adalah investor dan aku adalah orang yang perlukan investment dari kau. Kita dalam satu perbincangan yang sangat kritikal dan penting. Tapi oleh kerana aku takde jam, aku kerling sekilas ke phone aku, hanya untuk aware tentang waktu. Kau sebagai investor, apa kau akan rasa?”

“Err, aku tak tahu sebab aku tak pernah lagi jadi investor?”

“Hei, Arisa. That common sense, lah...”

“Okey, mungkin aku rasa kau agak rude dan tak pentingkan perbincangan yang sedang berlaku sebab ternyata phone tu lebih penting dari aku atau investment yang kau perlukan.”

Dia terus tunjuk aku menggunakan jari telunjuknya. “Yes!” teriaknya kuat. “That’s the point. That’s why we need a watch.” Aku tak tahu macam mana nak hurai senyumannya bila aku jawab macam tu. Ia nampak berpuashati sangat. Kalau boleh ditambah sangat itu, aku akan tambah sangat itu sebanyak seribu, beribu kali. Ia turut terpancar pada bola matanya, bersinar-sinar!

“Here it is, Mr. Amril,” Mr. Chong datang semula dengan dua beg palstik berwarna putih. Amril terus mengeluarkan kad dari dalam dompetnya, Prada. Dompet pertama yang aku nampak sewaktu kami berdua berada dalam bilik pejabatnya minggu lalu. Dia terus mengeluarkan kad. Aku tak pasti samada ia kad debit atau kredit. Tak kisahlah, dia banyak duit. Swipe macam mana sekalipun, esok-esok bertambah lagi. Selepas itu, mereka bersalaman dan kami keluar dari kedai tersebut.

“Nah,” dia berikan sebuah beg tu kat aku. Aku terpinga-pinga. Dia senyum aje pandang aku. “Kali ni aku belanja kau. Kau dah belanja aku aiskrim, Hundred Plus dan ayam goreng Suharti, kan? So, this time round, biar aku belanja kau pulak.”

“Eh, takpe. Aku okey kot. Aku belanja bukannya nak mintak kau balas pun,” aku cakap jujur. Memang betullah. Aku belanja bukannya nak mintak dia balas balik walaupun aku cakap nak claim kat company. Agak menakutkan jugak bila dia belanja aku. Ada maksud apa-apa ke? Sekali belanja mahal terus pulak tu. Aku pulak yang naik takut.

“No, Arisa. Aku dah belikan untuk kau. Nak tak nak, kau kena ambil jugak. Lagipun, kau dah susah payah ikut aku hantarkan flyers ke setiap mailbox orang hari ni. Ni sebagai penghargaan aku kat kau.”

“Eh, takpe. Aku okey. No, no, no...” aku tolak serius. Bukannya apa. Aku jenis tak pakai jam. Jam tu aku nak buat apa pulak?

“Arisa...” panggilnya keras. “Aku kira sampai tiga aje,” macam cikgu kat sekolah rendah aku pulak main kira-kira. Akhirnya, aku ambil jugak.

“Thank you.”

“Welcome,” balasnya seraya memakai jam tangannya. Jam tangan dia bukan Rolex lagi. Dah tukar jenama dah, Patek Phillipe. Itu yang aku nampak kat tengah, betul-betul bawah nombor dua belas, jenama jam tangan tu. “Buka dan tengoklah,” ushanya.

“Err, aku sebenarnya jenis tak pakai jam,” kan dah tak berguna jam tangan yang kau berikan ni, bisikku dalam hati.

“Kau ni bukan jenis sukan. Bukan jugak jenis pakai jam. Kau jenis apa sebenarnya?” dia menyoal apabila kereta dah keluar dari parkir. Tergelak aku dengan soalan dia. Bila dia cakap macam tu, barulah aku perasan aku ni jenis apa aku sendiri tak tahu. Entahlah aku ni. Takde minat yang spesifik.

“Entah,” aku gelak lagi.

“Kau tak pakai jewelleries jugak ke?” malunya aku bila dia tanya macam tu. Cepat-cepat aku tarik lengan baju kurung aku. Dia perasan ke yang lengan, tangan dan jemari aku ni takde satu barang kemas pun? “Biasanya perempuan suka benda-benda macam ni...” tambahnya lagi.

“Kiranya aku bukan perempuanlah tak suka benda-benda begitu.”

“Kenapa tak pakai?”

“Err...” aku nak jawab apa? “Aku tak suka sebenarnya. Pakai jam atau gelang, mesti tersangkut. Pakai cincin, aku tak biasa, tak selesa.”

“Kalau kahwin nanti takkan tak nak pakai cincin?” entahlah kenapa kami bincangkan topik ni.

“Aku akan usaha untuk selesakan diri.”

“Kau ni pelik dan rare, tau tak?”

“Entah,” jawabku sepatah.

“Ke, kau sengaja je tunjuk baik depan aku?”

“Hmph! Boleh blah!” Ketawanya meledak dengar aku cakap macam tu.

“Kat mana rumah kau? Aku hantarkan terus.”

“Eh, tak payah. Kereta aku ada kat ofis lagi. Turunkan aje aku depan ofis,” kenapalah dia baik sangat kat aku hari ni? Rasa tetiba aje.

“Aku insist. Tunjukkan jalan. Kalau tak, aku bawa aje kau ke rumah aku.”

Haish! Dia ni dah kenapa menyusahkan diri nak hantar aku? Terpaksalah aku jadi waze dia saat tu. Dia hantar aku betul-betul depan rumah.

“Thank you.”

“You’re welcome. Assalamualaikum, Arisa.”

“Ye, waalaikumsalam, Mr. Millionaire...” aku tutup pintu kereta dan dia pijak accelerator semula. Aku masuk dalam rumah. Yana belum balik. Esok, aku kira nak menumpang dengan Yana ajelah. Aku terus masuk ke dalam bilik dan teringin pulak membuka hadiah penghargaan dari Mr. Millionaire tu. Perlahan-lahan aku buka.

Ia bukan jam.

Ia adalah rantai emas putih yang bertulis nama aku dalam tulisan berangkai.

Gila Mr. Millionaire ni! Dah kenapa bagi aku rantai pulak? Emas putih pulak tu. Memang tak boleh refund balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience