BAB 34: Banana Boat

Drama Series 28608

KAKI mereka dibawa melangkah masuk pintu automatik itu. Kebanyakkan mereka melangkah masuk dengan senyuman manis terukir di bibir mereka seperti Shahir mungkin mengenangkan honeymoon yang bakal dilalui agaknya. Namun di dalam kalangan mereka juga ada yang bermasam muka seperti Nairah. Ada juga yang keliru. Sekejap gembira, sekejap tidak, seperti Fatin. Keliru dengan sikap rakannya itu.

" NAH fail yang kau mintak.." kata Nairah. Tegas.

Fatin menoleh sambil mengambil fail yang berwarna hitam itu daripada tangan Nairah. Keningnya berkerut sendiri apabila matanya melihat wajah Nairah yang ketat.

" Kau ni kenapa? Monyok je aku tengok.. Biasanya pagi-pagi macam ni kau senyum lebar sampai ke telinga." kata Fatin saja menyakat.

Senyuman kelat mula terukir di bibir Nairah.

" Takdelah. Aku rasa macam tak berapa sihatlah pagi ni sebab tulah masam je." kata Nairah yang diakhiri dengan senyuman kecil yang semakin menghilang.

" Ala.. Aku baru nak ajak kau lunch." rengek Fatin sambil mencebik.

Kaki Nairah terhenti daripada memulakan langkah. Badannya dipusingkan menghadap Fatin yang sedang tersenyum sendiri. Nairah mengukirkan senyuman sinis di bibirnya.

" Takpelah. Kau lunch lah dengan orang lain. Kau lunch dengan Shahir ke.. Ha! Tak pun kau lunch lah dengan Idlan. Dia pun sentiasa menunggu pelawaan kau kan?" kata Nairah sebelum matanya menjeling tajam Fatin.

Senyuman manis Fatin tadi kini semakin pudar dari wajahnya. Kata-kata Nairah tadi terasa seakan-akan sengaja dilemparkan kepadanya.

" K-kenapa pulak aku nak lunch dengan Idlan?" tanya Fatin.

Soalan itu sengaja ditanya. Fatin mahu tahu tujuan Nairah berkata sebegitu rupa kepadanya tadi. Adakah kerana jelous? Atau dia sekadar bergurau?

Nairah berjalan ke arah Fatin. Kini, hanya meja yang menjadi penghalang antara mereka berdua. Tangannya diletakkan ke atas meja. Wajahnya tidak berkerut mahupun gembira. Hanya reaksi kosong dengan seribu makna. Matanya merenung tajam wajah Fatin.

" Apa kata kau sendiri bagitahu aku.. Kenapa kau kene lunch dengan Idlan?" kata Nairah sebelum melangkah pergi.

Fatin tercengang sendiri. Sah jelous! Nairah seperti sudah bertukar menjadi seorang pembunuh bersiri. Seram sejuk Fatin dibuatnya.

FATIN berharap percutian ini akan memperbaiki hubungan dia dengan Nairah. Juga hubungan Nairah dengan Idlan. Dia ingin menjauhkan diri daripada Idlan. Sejauh yang boleh.. Kalau boleh sejauh 20 km pun jadilah supaya Nairah tidak lagi berburuk sangka dengannya.

" Puan.. Ini kadnya."

Kata-kata penyambut tetamu itu menyentak lamunan Fatin. Fatin tersenyum sambil tangannya mengambil kad-kad tersebut. Kakinya berjalan ke arah mereka yang sedang berkumpul di susunan kerusi itu.

" Ok semua. Dengar sini. Untuk pekerja perempuan ada satu kad dan untuk pekerja lelaki ada satu kad. Tapi dalam bilik tu bersambung dua bilik tau. Maknanya ada dua dalam satulah. Nah!" terang Fatin sebelum memberikan kad-kad tersebut kepada Nairah dan Idlan.

" Sekarang pukul 3.00. Korang semua pergi bilik masing-masing dulu. Kemas apa yang patut. Rehat-rehat kejap. Lepastu pukul 4.00 baru berkumpul kat sini. Kita mandi pantai!" terang Fatin dengan riak teruja.

Kebanyakkan mereka pun berasa teruja untuk bermandi-manda di pantai. Maklumlah sudah lama mereka tidak bergembira tanpa perlu memikirkan tentang kerja. Sekali-sekala begini..apa salahnya?

FATIN dan Shahir akhirnya tiba di sebuah bilik. Tiada siapa bersama mereka kerana bilik ini khas untuk mereka berdua sahaja. Maklumlah suami isteri mestilah nak privacy.. Tangan Fatin ligat mengimbas kad tersebut di skrin imbas di bawah tombol pintu itu. Lampu bertukar hijau. Tangannya Fatin beralih pula ke tombol lalu memutarkannya. Pintu dibuka luas.

Fatin melangkah masuk. Shahir mengekorinya daripada belakang dengan beg-beg baju di tangannya. Langkahnya semakin laju sebelum beg-beg baju itu dilepaskan di sebelah katil. Nafas berat dihembus. Lega. Fatin tersenyum sinis. Siapa suruh berlagak sangat nak angkat semua? Padan muka!

Perkara pertama yang dilakukan Fatin di dalam bilik itu ialah membuka pintu untuk ke beranda. Sebaik sahaja pintu dibuka, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah Fatin. Kakinya melangkah perlahan ke arah pagar beranda. Tangannya direhatkan di tebing pagar yang berwarna hitam itu. Mata Fatin tertutup rapat sambil nafas dalam dihembus kuat oleh Fatin.

Tenang..

Hotel ini tidak asing bagi Fatin. Sudah menjadi adat untuk Fatin dan Papanya mengadakan percutian di sini. Hotel Arjuna. Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta di sini. Hotel ini merupakan hotel kesukaan Mamanya yang dibina oleh Papanya sebelum mereka bernikah. Namun jika diperhatikan daripada beranda. Pantai yang dihiasi pasir lembut seakan melambai-lambai ke arah mereka. Ombak yang berlumba-lumba menghempaskan dirinya ke gigi pantai. Menghasilkan alunan yang seakan muzik yang menenangkan seluruh jiwa dan raga. Tidak hairanlah jika hotel ini sering menjadi pilihan pertama di hati Mama.

Fatin tersenyum sendiri.

" Ha! Buat apa tu?!"

Sergahan Shahir seperti merentap Fatin kembali ke alam realiti. Mata Fatin membulat sebelum matanya hinggap ke wajah menyengih Shahir yang tiba-tiba ada di sebelahnya. Secara automatik tangannya melayang ke bahu Shahir.

" Aduh! Sakitlah.." rengek Shahir. Kesakitan.

" Padan dengan muka awak. Siapa suruh terkejutkan orang?!" kata Fatin sebelum jelingan tajam dilemparkan kepada Shahir.

Shahir memuncung. Tangannya mengusap-usap perlahan bahunya. Walau sakitnya tidak terasa namun Shahir sengaja membesarkan perkara ini. Saja nak bermanja-manja dengan isteri..

" Nak gurau pun tak boleh.." rajuk Shahir.

Fatin mengecilkan matanya. Giginya diketap kuat.

" Tak boleh!" kata Fatin dengan kening yang berkerut.

Mata Shahir membulat.

" Uisy.. Garangnya. Cubalah manja sikit. Boleh kita sweet-sweet honeymoon malam ni." kata Shahir sambil mengangkat-angkat keningnya.

Fatin tercengang.

" Ehh. Dah tak payah nak mengarut kat sini eh. Jangan nak fikir benda yang bukan-bukan." kata Fatin sambil berkerut.

Muncung Shahir semakin memanjang. Dah boleh jadi pembaris rasanya?

" Kenapa tak boleh? Saya kan suami awak?"

Kata-kata Shahir seperti menekan butang 'Stop' pada otak Fatin untuk berhenti berfikir. Fatin terus mengalihkan pandangannya. Matanya terkelip-kelip sendiri.

" Saya nak tanya awak ni. Kenapa awak selalu mengelak dengan saya eh? Awak takut dengan saya ke?" tanya Shahir sambil memandang telus wajah Fatin.

Fatin mengembalikan pandangannya ke wajah Shahir yang sedari tadi berkerut-kerut menunggu jawapan. Wajah Shahir dinilai.. Tak! Dia tidak bersedia lagi.

" Saya penatlah. Saya nak tidur sekejap lah. Nanti awak tolong kejut saya eh?" kata Fatin sebelum melangkah pergi.

Shahir ditinggalkan dengan tanda tanya tidak berjawab. Shahir mengeluh sendiri. Kalau boleh dia hendak tahu jawapannya hari ini juga. Namun dia tidak menyalahkan Fatin. Mungkin Fatin tidak bersedia lagi untuk memberitahu tentang kebenarannya.

Fatin sudah mengiring di atas katil. Namun matanya tidak terpejam. Dia buntu. Shahir sudah mula bertanya. Dia bukan tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetapi setelah apa yang berlaku. Dia tiada bersedia dan dia pasti Shahir juga masih tidak bersedia lagi untuk mengetahui kebenarannya.

Fatin mengeluh sendiri.

"JOM! TERJUN!!" kata Amri, salah seorang pekerja di bawah syarikat Fatin itu.

Dengan satu laungan itu segerombolan lelaki berlari selaju mungkin sebelum meredah ombak untuk membasahkan diri. Fatin hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Ada juga pekerja-pekerja perempuan yang sudah terjun ke dalam laut. Namun Fatin memilih untuk duduk seketika di pantai. Menikmati pasir halus berwarna putih kekuningan itu. Namun apa yang membuatkan hatinya tidak tenang ialah Nairah yang sedang duduk di sebelahnya sekarang. Terasa seperti ada jembalang di sebelahnya sekarang. Seram!

Nairah hanya memerhatikan pekerja-pekerja itu yang bermacam gelagatnya. Kadang-kadang membuatkan Nairah ketawa sendiri. Sesekali ada juga dia membawa matanya ke jiran sebelahnya itu. Jika mereka tidak bergaduh sekarang mungkin mereka sudah ada di dalam air. Bergelak ketawa sehingga tiada suara. Nairah sebenarnya tidak menyalahkan Fatin 100% dalam hal ini. Orang yang sepatutnya disalahkan ialah Idlan. Siapa suruh menggatal tak bertempat?

Fatin penat. Penat dengan semua ini. Mereka bukan lagi budak-budak, mahu main merajuk-merajuk ni. Mereka sudah dewasa jadi biar mereka selesaikan perkara ini seperti orang dewasa.

" Nairah. Aku.."

" Korang!!"

Pekikan Shahir yang sedang berlari ke arah mereka memancung habis kata-kata Fatin. Kini, kedua-dua pasang mata itu tertumpu kepada Shahir yang sudah berada di hadapan mereka.

" Diorang ajak naik banana boat." kata Shahir sambil ibu jarinya menghala ke arah mereka yang sedang bermandi-manda itu.

Fatin berfikir sebentar. Ada baiknya jika mereka menaiki banana boat itu. Manatahu hubungan antara dia dan Nairah akan semakin pulih. Fatin tersenyum lebar sambil memandang wajah Shahir.

" Jom." kata Fatin

Tangannya dengan tiba-tiba menarik tangan Nairah sekali apabila kakinya berdiri tegak. Nairah tersentak. Apakah ini? Dia merenung tangannya sehinggalah ia dilepaskan oleh Fatin. Fatin dan Shahir berjalan santai ke khemah banana boat di hujung pantai itu namun apa yang pelik ialah Nairah secara automatik berjalan sekali dengan mereka. Mungkin keterujaan Shahir dan Fatin sudah tersalur ke dirinya. Nairah tersenyum sendiri.

" OK! Bentukkan empat kumpulan!" pekik Fatin kepada pekerja-pekerjanya.

Mereka menurut kata-kata Fatin dengan baik sekali. Selepas pembahagian kumpulan dilakukan, mereka semua bergilir-bergilir menaiki banana boat itu kerana yang membawa banana boat itu hanya ada dua bot.

Fatin, Nairah dan Shahir termasuk di dalam kumpulan pertama yang akan menaikinya. Kaki mereka menjejak masuk ke dalam laut yang berombak kuat itu. Satu persatu daripada mereka naik ke atas banana bot itu. Tidak seperti Fatin. Ombak yang kuat menyukarkan lagi dia untuk naik ke atas. Terhuyung-hayang dibuatnya.

Shahir hanya memerhatikan gerak-geri Fatin. Dia mahu Fatin naik dahulu sebelumnya. Namun kalau begini sampai tahun depan pun belum tentu dapat bergerak banana bot ini. Tak boleh jadi ni!

" Awak ni lambat sangatlah." kata Shahir.

Sebaik sahaja Fatin menoleh ke arah Shahir, tangan Shahir yang gagah mengangkatnya naik ke atas banana bot itu. Mata Fatin membulat. Mukanya merona merah. Boleh pula Shahir buat adegan sweet sini. Di hadapan pekerjanya! Fatin terus kaku tidak bergerak.

Tidak sampai satu minit selepas itu Shahir berjaya naik dan duduk di belakang Fatin. Dia tersenyum nakal. Fatin terasa bahang di belakangnya. Hendak sahaja dia terjun dari banana bot ini. Tenggelam tak timbul-timbul di dalam laut ini. Shahir mendekatkan bibirnya betul-betul di sebelah telinga Fatin.

" Pegang kuat-kuat." bisik Shahir.

Bisikan Shahir itu lebih dari cukup untuk membuatkan jantung Fatin berdegup laju. Sejurus selepas itu bot itu pun bergerak laju meninggalkan pantai.

Mula-mula bot itu hanya santai. Fatin hanya duduk sambil menikmati pandangan indah. Namun banana bot bukan tempat untuk menikmati pemandangan. Pemandu bot itu menaikkan gear apabila tiba di tengah laut. Fatin terkejut. Tiba-tiba, ombak besar datang menyapa mereka lalu melanggar keras banana bot itu. Pautan tangan Fatin terlepas sebelum badan Fatin menggelungsur ke belakang. Badannya terhentak ke badan Shahir. Tangan Shahir menghalang Fatin daripada terjatuh ke laut dalam itu. Mata Fatin yang tertutup rapat dibuka perlahan. Kelihatan Shahir merenungnya redup.

" Kan saya dah kata. Pegang kuat-kuat?" kata Shahir sambil matanya tidak beralih dari mata Fatin.

Fatin kaku. Macam mana dia nak gerak pun dia tidak tahu sekarang. Jantungnya terlalu laju berdegup sehingga nafasnya juga tidak menentu. Tiba-tiba bot itu berlanggar dengan satu lagi ombak. Badan Fatin terenjut kuat menyebabkan dia tersedar. Terus dia beralih ke hadapan. Kali ini tangannya menggenggam erat pemegang banana bot itu. Pastikan tidak terlepas lagi. Takut nanti terlepas dia tidak hanyut di laut itu tetapi hanyut dalam lautan cinta Shahir nanti. Fatin menghembus nafas dalam.

"JATUH! JATUH! JATUH!" pekik mereka yang berada di belakang.

Mata Fatin membulat. Jatuh? Di dalam laut ini?

" Ehhh. Jangan!" pekik Fatin.

Namun jika hendak dibandingkan suaranya dengan beberapa orang lain itu. Memang tiada siapa akan mendengarnya.

Pemandu bot itu tersenyum sinis. Matanya melilau untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjatuhkan mereka. Kemudian bot semakin laju, laju dan laju. Kemudian dia membelok tajam.

Mereka tercampak daripada banana bot itu. Semuanya bersorak kuat. Fatin dihempas kuat ombak sebaik sahaja dia cuba untuk bernafas namun akhirnya dapat juga dia mencuri masa untuk menstabilkan dirinya. Fatin mengeluh sendiri. Matanya melihat sekeliling. Jauh juga mereka dari pantai. Tiba-tiba anak matanya menangkap seseorang tergapai-gapai di dalam air. Fatin melihat dengan lebih tajam. Mata Fatin membulat.

" Nairah!!" pekik Fatin sambil jarinya menunjukkan ke arah Nairah.

Shahir yang mendengar pekikan itu terus menerjah laju ke arah Nairah. Dia menarik Nairah selaju mungkin ke atas pantai. Nairah yang separuh nyawa tergapai-gapai tadi menghembus nafas besar sambil terbaring penat di atas pasir pantai itu.

" Huh! Nasib baik tak lemas!" kata Nairah sambil memandang Shahir yang sedang tercungap-cungap juga.

" Nairah!!" pekik Fatin daripada jauh.

Shahir memandang Fatin yang sedang laju menuju ke sini. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Idea!

" Weyh. Cepat buat-buat lemas!" arah Shahir kepada Nairah.

Tanpa bertanya dengan lebih lanjut Nairah hanya turuti permintaan Shahir itu. Matanya dipejam rapat.

Kaki Fatin berlari pantas untuk mendapatkan Nairah sejak kakinya menjejak ke pasir pantai itu. Kelihatan Nairah masih terbaring longlai. Tolonglah! Jangan! Jerit hati Fatin. Akhirnya kakinya terhenti betul-betul di sebelah Nairah. Kelihatan matanya terpejam rapat. Pandangannya beralih pula ke wajah Shahir.

" Nairah kenapa?" tanya Fatin.

Shahir memandang wajah Fatin sebelum menggelengkan kepalanya.

Air mata mula bergenang. Fatin terlutut. Lututnya terasa longlai. Dia tidak sanggup. Tidak sanggup untuk kehilangan dia. Nairah. Sahabatnya daripada bangku sekolah lagi. Tidak. Ini tidak mungkin!

" Nairah. A-aku nak minta maaf kat kau. Aku hanya buat salah kat kau. Aku minta maaf sebab dah sakitkan hati kau. Nairah. Bangunlah.." kata Fatin sambil menunduk.

Tidak sangka semuanya berakhir sebegini rupa. Selepas ini, siapa lagi tempatnya untuk mengadu? Siapa lagi tempatnya untuk bergantung harap? Siapa?

" Aku maafkan kau. Aku tahu kau tak salah. Idlan tu yang salah sebab menggatal dengan kau." kata Nairah selamba.

Fatin tersentak. Air mata yang jatuh sewaktu dia menunduk tadi dilap laju. Mulutnya menganga. Dengan pantas tangannya memeluk erat Nairah. Dia mahu peluk Nairah sekuat yang boleh. Dia tidak mahu kehilangannya lagi. Tidak mahu!

Fatin melepaskan pelukannya. Matanya dikecilkan. Muncungnya ditarik sedepa.

" Jahatlah kau ni!!!! " pekik Fatin sebelum memukul perlahan bahu Nairah.

Nairah dan yang lain tergelak. Adegan air mata Fatin dan Nairah menjadi tumpuan ramai sekarang. Namun yang terkejar-kejar ke sini. Idlan lega melihat Nairah tergelak ketawa di situ. Berita tentang Nairah lemas betul-betul mencemaskan hatinya. Dia menghembus nafas lega sebelum mengangkat kaki pergi dari situ.

" Alah.. Saja nak gurau dengan kau. Lagipun ini semua idea suami tercinta kau nilah." kata Nairah.

Mereka semua ketawa sambil Fatin memandang tajam ‘suami tercintanya' itu. Hendak sahaja dia sepak Shahir ke bulan. Sabar sahajalah..

" Aku pun nak mintak maaf kat kau. Yalah aku tak percaya kat kau. Aku tahu kau takkan buat macam tu." kata Nairah sambil memandang telus wajah Fatin.

Fatin tersenyum manis.

" Dah. Jomlah! Malam ni kita ada BBQ!!" kata Fatin.

Mereka semua bersorak keriangan sambil berarak ke hotel semula. Semuanya sudah selesai bagi Fatin. Dia dan Nairah tidak lagi bergaduh. Terima kasih banana bot.

IDLAN berkerut sendiri. Kini hanya tinggal dia seorang nelayan perasaan ditemani matahari terbenam di pantai ini.

Dia keliru. Sebentar tadi dia betul-betul berasa cemas apabila dia mendengar cerita yang Nairah lemas. Dia betul-betul takut untuk kehilangan Nairah. Keningnya semakin berkerut.

Pandangannya dibawa menghadap matahari terbenam. Cahaya seakan oren kekuningan menyinari mukanya. Burung-burung gagak berbunyi sambil bergerak untuk pulang ke rumah.

Adakah dia memang sudah dilamun cinta?

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience