“Tahu tak kenapa aku tak marah kau kalau kau buat kerja jadi tokan dadah apa semua ?” tanya Fadzil.
“Tak tahu ? Kenapa kau tak marah. Yelah pelik lah benda ni kan salah di sisi undang-undang. Kau macam tenang je bila aku cerita apa yang jadi dekat aku dulu” kata Farhad.
“Sebab aku ni lagi teruk dari kau masa zaman aku lepas habis sekolah dulu. Aku tak boleh nak marah kau sebab aku pun lebih kurang macam kau. Tapi lagi teruk” kata Fadzil.
“So betullah kau join kongsi gelap dulu ?” tanya Farhad. Fadzil mengangguk.
Farhad menelan air liurnya.
“Itu cerita lama Ad. Kalau kau nak tahu sangat aku boleh cerita. Tapi jangan cerita dekat orang lain pulak termasuk lah mama, ayah dengan Ida and seluruh family kita. Sebab ni cerita hitam aku dulu” kata Fadzil.
“Okay aku faham. Cerita lah aku nak dengar jugak” kata Farhad.
“Aku join group tu masa aku habis sekolah dulu. Yelah dulu kan aku dengan geng-geng aku pelajar paling nakal dekat sekolah. Ingatkan lepas sekolah berubah jadi baik tapi sebaliknya pulak. Ada sorang member aku ni family dia memang senang. Duit melimpah je. Tiap kali dia datang sekolah mesti dia naik kereta mahal” kata Fadzil.
“Kalau dia hidup mewah tiap hari, ada la tu something yang tak kena dengan kawan kau kan” kata Farhad.
“Memang pun. Dia cerita dekat aku dengan geng aku. Dia cerita lah yang dia join ahli persatuan nih. Kalau tempat yang bos dia jaga ada masalah, semua ahli akan turun and cari penyebab masalah. Lepastu diorang settle lah masalah diorang” kata Fadzil.
“Kau masuk jadi ahli kongsi gelap ke ?” tanya Farhad.
“Masa dulu kan fikir pasal duit je. Memang aku dengan geng aku masuk lah kongsi gelap. Untuk nak senang dapatkan duit dengan buat kerja macam ni la” kata Fadzil.
“Mama dengan ayah tahu tak ?” tanya Farhad.
“Tak tahu langsung sampai sekarang. Aku kan kalau join kongsi gelap, aku buat-buat biasa je. Kadang-kadang aku selalu hilang tak pernah ada dekat rumah. Bila mama ayah tanya aku selalu hilang pergi mana. Aku jawap jelah aku kerja dekat kilang elektronik” kata Fadzil.
“Wah bijak kau Fadzil. Macam mana la kau nak terangkan kerja elektronik ni hahahah” kata Farhad gelak.
“Alahai diorang tak tanya aku pun. Dia tanya dekat mana gaji berapa macam tu lah. Aku jawap jelah ikut hentam aku je” kata Fadzil sambil tersengih.
“Hehehe abis macam mana kau masuk kongsi gelap ? Ada ke kena potong jari ke tuang minyak dekat tangan kau macam Yakuza ke” kata Farhad.
“Ish takde lah. Kalau contoh la kau nak masuk ahli gengster nih. Kau kena fight dengan orang kanan bos dia” kata Fadzil.
“Okay ni yang aku pelik. Kenapa nak kena belasah orang kanan bos kau pulak ni” kata Farhad.
“Kau nak tahu ? Aku dengan geng aku separuh mati nak kerjakan dia. Mula-mula memang tak sanggup tapi sebab nak masuk kongsi gelap punya pasal, hadap jelah. Dia tuh kuat and bos sengaja nak suruh kitorang fight dengan orang kanan dia. Pakai tangan kosong je” kata Fadzil.
“And then macam mana ? Kau kalah ke tak ?” tanya Farhad.
“Siapa cakap aku tak boleh nak kalahkan dia ? Menang lah. Memang aku dengan geng aku masing-masing dah mandi darah so kitorang terpaksa la serang dia sampai habis. Dia pun tak boleh buat apa-apa sebab masing-masing dah geram sangat. Itu yang kitorang lepaskan geram dekat dia habis-habisan. Mujur takde patah riuk kat dia. Then kitorang dapat la masuk kongsi gelap tuh” terang Fadzil.
“Ouh macam tu rupanya. Ingatkan kau kena potong jari ke apa ke. Kalau kau dah potong jari, aku rasa jari kau takkan tumbuh sampai sekarang” kata Farhad.
“Dia macam nih tau. Bos aku dulu sengaja bagi peraturan macam tu bila nak masuk pertubuhan dia tuh. Bos aku tuh banyak jaga kawasan. Tugas kitorang senang je, jaga kawasan. Jangan bagi sesiapa yang suka hati nak ambil tempat dia. Alamatnya lunyai lah diorang nanti. Tempat-tempat bos aku tuh ada club so aku dengan geng-geng aku selalu lepak situ minum-minum dari zaman kolej lagi” kata Fadzil.
“Fuh macam best hahaha. Dah berapa banyak kau pukul orang setakat nih ? Cerita kau nih macam menarik sangat je aku nak dengar. Hehehe” kata Farhad.
“Nak dengar boleh. Tapi kau jangan memandai nak join pulak lepas nih. Kau pukul orang pun macam tak reti je” kata Fadzil tersengih.
“Eh aku boleh je pukul orang. Tapi sekarang aku dah pancit sikit hehe” kata Farhad.
“Takdelah. Aku tak nak kau terjebak dengan kongsi gelap. Tu je aku mintak” kata Fadzil.
“Ya aku faham. Okay aku nak tanya kau berapa banyak kau dah pukul orang ?” tanya Farhad.
“Banyak sangat lah. Ramai jugak yang nak ambik kawasan bos aku. Bayangkanlah berapa ramai ahli diorang nak ambik kawasan bos aku. Bos aku memang naik angin terus ajak turun padang. Masa tuh geng-geng aku sikit je. Diorang punya lah ramai. Masing-masing dah bawak senjata kan. Dah takde pilihan Ad terpaksa lah belasah diorang. Badan aku nih ada je parut kena libas dengan parang” kata Fadzil.
“Okay aku faham kenapa selama ni kau tidur ke kau lepak saje-saje dekat rumah ke kau tak pernah buka baju. Kau sanggup tukar T shirt kalau kau nak tidur ke apa” kata Farhad.
“Tahu pun. Kadang-kadang Lina selalu tanya aku kenapa badan aku penuh dengan kesan libas. So aku terpaksa la terus terang dekat dia. Kau lebih tahu kan pasal aku. Lina tuh tahu sikit je. Aku tak nak la dia risau kan” kata Fadzil.
“Ada tak dalam satu kali tuh kau kena tangkap dengan polis ke apa ke ?” tanya Farhad.
“Takde kena pun tangkap ke apa ke. Cuma sikit lagi kene tangkap. Masa tu ada kejadian pukul orang dekat KL dulu. Aku hampir kena tangkap. Nasib baik geng-geng aku sempat larikan diri naik motor. Mujur polis tak kejar kitorang” kata Fadzil.
“Hm kalau kau kena tangkap. Mungkin aku dengan Ida takkan jumpa kau. Mama dengan ayah mesti takkan terima kau. Lama ke kau join group tuh ?” tanya Farhad.
Fadzil mengangguk tanda setuju sahaja.
“Lama jugak la. Sampai aku masuk kolej and kat situ lah aku jumpa dengan Lina dulu. Aku couple dengan dia sampai lah aku nak kahwin dengan dia tuh lepas setahun aku kerja. Time sebelum aku kahwin dengan Lina aku cakap dengan bos aku yang aku nak cuci tangan” kata Fadzil.
“Erm Fadzil, kau dapat ke keluar dari geng tuh ? Setahu aku kalau kau dah masuk kongsi gelap, takde dah jalan keluar. Kalau nak keluar jugak kepala kau kena potong tau” kata Farhad.
“Kau ni kalau kepala aku dah potong, kau takde la dapat tengok aku sekarang tengah bawak kereta balik kampung. Hmm kau ni pun” kata Fadzil.
“Yelah orang kata macam tu kan” kata Farhad.
“Kau nak tahu tak ? Bekas bos aku tuh memang baik. Sebenarnya kongsi gelap tu ditubuhkan untuk kita menjaga sesama saudara Melayu. Tapi ramai yang nak ambil tempat orang kan. Kita kena hadap lah diorang tuh. Ramai je yang cuci tangan ada sebab. Bukannya diorang suka-suka je keluar. Semua geng-geng aku termasuk aku dulu memang setia dengan bos aku” kata Fadzil.
“And kau pun keluar dari geng tuh sebab nak dirikan rumah tangga dengan Lina dulu ? Bos kau okay tak ? Ke tak suka ataupun dia halang kau untuk keluar dari geng tuh ?” kata Farhad.
“Bos aku okay je. Mula-mula agak takut kadang-kadang sedih sebab nak tinggalkan diorang kan. Bos aku siap cakap selamat pengantin baru lagi hahahah. Aku hantar kad jemputan kat diorang. Ada je yang datang wedding aku dulu” kata Fadzil.
“Ouhh patutlah masa diorang datang aku macam tak berapa kenal diorang. Dah lah pakai baju melayu hitam semua. Takut aku dengan Ida time tuh” kata Farhad.
“Hahaha laa yeke. Diorang tu lah kawan aku semua sebenarnya” kata Fadzil.
“Alahai. Kau nak tahu tak Ida tuh macam nak lari masuk dalam rumah dengan takut-takut macam tuh. Aku terpaksa la pujuk dia kata takde apa lah. Kawan-kawan kau tuh menakutkan sangat lah” kata Farhad.
“Biasalah style diorang. Nampak lah garang sikit kan hehehe. Ad, kalau satu hari nanti aku ajar kau fight boleh tak. Apa-apa yang berlaku dekat family kita, kita boleh pertahankan” kata Fadzil.
“Boleh je Fadzil. Kita dah patutnya kembali dekat keluarga kita kan. Kita dah terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Tahun ni raya maybe meriah tapi Lina takde kan. Kau tak rindu Lina ke ?” kata Farhad.
“Hm rindu jugak lah dengan Lina. Tapi apa boleh buat dia dah curang dengan aku dulu. Aku redha sebab aku yang tanggung semua ni” kata Fadzil.
Farhad berasa simpati melihat keadaan abangnya itu. Dia berasa serba salah kerana dirinya dipersalahkan sehingga hubungan Fadzil dan Azralina menjadi renggang.
“Hm nanti lah aku cakap dengan dia. Tak sedap hati lak rasanya” kata Farhad dalm hati.
Fadzil berasa pelik kerana Farhaf hanya diam sahaja.
“Kau okay tak Ad ? Senyap je kau” kata Fadzil.
“Eh takde lah. Dah nak sampai terowong rupanya. Laju jugak kau bawak kereta” kata Farhad.
“Yelah betul jugak. Nasib baik kereta tak banyak malam nih. Start esok lah ni kereta nak jammed nanti” kata Fadzil.
“Dah pukul 9 rupanya. Agak-agak bila nak sampai rumah nenek nanti ?” kata Farhad.
“Rasanya dalam pukul 10 lebih macam tu. Lepas Tasik Bukit Merah tu baru masuk exit ke Bagan Serai. Itu yang aku ingat rasanya. Harap-harap la aku ingat” kata Fadzil.
“Iye lah aku pun lupa-lupa ingat lah kan” kata Farhad.
“Sekarang kau faham kan kenapa aku tak marah kau kalau kau jual dadah ke kat orang. Tapi kalau kau tak hisap okay lah. Kau jangan nak try pulak. Sekali kau try kau takkan ada rasa nak berhenti sebab benda ni ketagih tau” kata Fadzil. Farhad mengangguk tanda faham.
“Takperlah Fadzil. Aku dah serik nak buat kerja tuh lagi. Lepas je habis semua nih aku tak nak sangkut lagi dengan benda-benda macam nih. Cukup lah dua kawan aku jadi mangsa sampai diorang meninggal” kata Farhad.
“Kawan kau macam mana ? Ada jumpa diorang ke ?” tanya Fadzil.
“Ada tengah hari tadi. Kawan aku lah yang suruh aku serah diri dekat polis tadi. Aku kena la buat kalau aku tak nak dikehendaki nanti. Aku nak balik kampung rindu dengan family” kata Farhad.
“Kau tak payah la fikir sangat. Kita dah on the way ke rumah nenek kan. Kau lupakan benda-benda tu dulu then lepas raya kau settle la kes ni dulu okay ? Tenang je” kata Fadzil.
“Iye aku janji aku settle kan benda nih dulu” kata Farhad. Fadzil tersenyum sahaja.
“Aku nak tidur kejap lah. Ngantuk pulak. Kau bawak slow sangat sebab tu la aku ngantuk. Hehehe” kata Farhad.
“Amboi kau. Takkanlah aku nak bawak laju dekat bukit bukau ni. Kalau kene tangkap gambar dekat speed trap tu kau bayar ah” kata Fadzil.
“Yelah hmm aku tak suruh pun kau bawak macam Ferrari. Kereta kau laju macam kau bawak lori berat tau” kata Farhad.
“Eh laju apa bendanya. Aku rasa dah 120 aku bawak nih. Kau jangan macam-macam Ad” kata Fadzil.
“Aduh takkanlah kau nak cakap ada hantu pulak kat highway nih” kata Farhad.
“Mana ada hantu bulan puasa Ad aduh. Rasanya berapa banyak barang aku bawak dekat bonet tuh. Dah la nak pakai untuk raya nanti” kata Fadzil.
“Ouh okay lah hehe aku agak-agak je. Tidur dulu lah. Dah nak sampai kejutkan lah aku” kata Farhad sambil memejamkan matanya.
“Kau ni banyak sangat tengok movie hantu la” kata Fadzil lalu meneruskan pemanduannya.
.
Farisha,Adirah dan Alisha sedang berbaring di pangkin rumah Nek Tipah. Faridah mengambil gambar bersama-sama dengan kembarnya itu.
“Upload Instagram lah. Hihihi” kata Faridah sambil membuka Instagram pada telefonnya.
“Eh jangan lupa tag aku dekat post kau. Aku nak repost nanti hehe” kata Alisha.
“Hah sama la dengan aku Ida” kata Adirah.
“Yaa sabar aku tengah upload nih. Okay siap. Aku dah tag korang” kata Faridah.
“Thank you Ida” kata Alisha memeluk Faridah.
“Agaknya susah tak nak buat ketupat lembu tuh eh” kata Adirah.
“Nenek kata susah. Hanya nenek je yang boleh buat ketupat sebesar tu. Kenapa kau bersemangat nak belajar buat ketupat tahun ni Ida ? Mak ngah dengan pak ngah paksa kau ke ?” kata Alisha.
“Bukan diorang paksa aku, aku sendiri yang nak belajar. Korang nak belajar jugak bagus lah tuh. Boleh kita tengok anyaman ketupat siapa paling cantik” kata Faridah.
“Tapi aku pelik dengan kau Ida. Setiap tahun kau tak pernah pun buat ketupat. Aku dengan Isha nak ajar kau buat ketupat kau tak nak. Tiba-tiba je tahun ni kau nak buat ketupat” kata Adirah.
“Takdelah. Aku macam berminat pulak dengan hasil ketupat tuh. Lagipun aku nak buat then aku boleh lah ajar yang lain macam member aku kan kat KL tu” kata Faridah.
“Wah semangat betul kau nih. Baik betul nak tunjuk ajar dengan member kau kan. Kita kena lah belajar betul-betul kalau nak hasilkan karya yang terbaik kan” kata Alisha.
“Betul lah tuh Isha. Kalau aku dapat belajar buat ketupat ni and aku buat untuk raya nanti, mak ngah nak bagi aku duit raya RM 200. Terkejut aku bila aku dengar tadi” kata Faridah.
“200 ringgit ? Banyaknya. Eh kalau kau dapat, share la dengan aku. Lepas raya kita pergi pekan cari barang-barang mekap aku. Macam dah nak habis lah” kata Adirah.
“Eh itupun kalau aku dapat. Kalau tak dapat alamatnya 200 takde la dekat tangan aku kan” Faridah.
“Wah kaya la kau pegang banyak duit nanti. Takper kita sanggup hadapi cabaran nih” kata Alisha.
“Eh jom lah kita masuk dalam. Dah pukul 9.30 nih. Ada drama best pukul 10 nanti” kata Adirah.
“Ouh drama tuh. Aku pun layan jugak drama tuh. Cerita tuh buat aku tension weh. Banyak je konflik laki bini tuh. Jom lah” kata Faridah.
“Ida, aku dengan Irah ingat nak datang bilik kau lepas semua dah tidur nanti. Boleh tak ?” kata Alisha.
“Eh boleh je. Marilah bilik aku. Mana tahu kita boleh berbual lagi ke kan. Tapi kan nenek kata kena tidur awal sebab lepas sahur kita tak boleh tidur tau” kata Faridah.
“Alah Ida. Kita dah berbulan-bulan tak jumpa. Dapat berbual pun dekat call je. Itupun credit topup aku kadang-kadang cepat habis sebab call lama sangat. Kita tidur la dalam pukul 2 ke” kata Adirah.
“Wah Irah bukan main lambat nak tidur. Kang kena marah dengan nenek macam mana” kata Faridah.
“Boleh la Ida. Tau kita tidur lambat malam nih” kata Alisha.
“Yelah lagipun banyak benda yang kita tak tahu apa yang berlaku dekat kau selama kita tak ketemu lagi kan. Kita borak-borak share cerita sama-sama lah. Nak cerita hantu pun boleh” kata Adirah.
“Ya Ida kau tahu banyak benda yang menakutkan kat sini. Serius kau tak boleh tidur punya” kata Alisha.
“Okay Isha, Irah. Kita mulakan projek pukul 11.30 nanti. Tapi jangan la sampai kantoi dengan mak ngah, pak ngah dengan nenek. Tak pasal-pasal kita kena ceramah malam nih” kata Faridah.
“Okay jom naik atas tengok tv. Diorang ada je depan tv tuh” kata Adirah. Mereka bertiga bangun dari pangkin dan masuk ke dalam rumah.
“Mama, mana nenek ? Selalunya semua ada dekat rumah” kata Faridah kepada ibunya yang duduk di atas sofa.
“Eh Ida. Nenek ada dalam bilik. Katanya nak rehat. Yelah esok kan nak ajar korang buat ketupat” kata Puan Yusnita.
“Ouh iyelah. Mama dengan ayah okay tak ? Senyap je” kata Faridah.
“Ayah okay je. Takde apa lah. Nita jom rehat dalam bilik. Make sure korang tidur awal malam nih. Nanti lepas sahur tak boleh tidur pulak” kata Encik Shuhaimi.
“Okay pak ngah. Kita tidur pukul 11 lepas tengok drama lepas nih” kata Adirah.
“Okay korang jangan lambat tidur. Tidur pukul 11 tepat. Bye” kata Puan Yusnita lalu pergi ke bilik tidurnya bersama dengan suaminya.
“Wah, selalunya semua berkumpul depan tv nih. Kali ni kita pulak ya yang tengok tv” kata Alisha.
“Alah mak ngah dengan pak ngah penat kan tadi dalam perjalanan tadi. Nenek pun kena la cukup tidur nanti. Esok kan nak ajar kita buat ketupat” kata Faridah.
“Iya lah betul jugak. Aku nak baring atas sofa luas nih. Korang duduk dekat sofa kecik tuh” kata Adirah lalu dengan pantasnya baring di atas sofa yang luas.
“Ah kau tak aci lah Irah. Aku baru nak baring atas sofa empuk tuh” kata Faridah.
“Alaa boleh la please. Aku nak baring atas sofa saje nak regangkan badan aku” kata Adirah.
Faridah dan Alisha duduk bersama di atas sofa yang kecil.
“Baring baring jugak. Tapi jangan la lupa malam ni. Lepas habis nih terus la masuk bilik Ida senang” kata Alisha.
“Ya aku tak tidur lah. Lagi beberapa minit je drama nak mula” kata Adirah.
“Aku nak pergi dapur ambik air. Korang nak air tak ?” tanya Alisha kepada Faridah dan Adirah.
“Boleh boleh. Tak kisah lah air apa-apa pun” kata Adirah.
“Aku pun. Mana-mana je sesuai. Jangan lupa ambik kacang sekali ke chips ke” kata Faridah.
“Kalau chips tu ada. Kejap aku turun dapur” lata Alisha menuju ke dapur rumahnya.
Faridah tersengih sahaja melihat gelagat Alisha.
Share this novel