Bab 1
Kupu-kupu yang berterbangan bebas itu, pada asalnya hanya seekor ulat yang hodoh, menggelikan. Tiada apa yang istimewa, tidak dipandang atau dipuja. Alih-alih ketika ia bangkit dari kepompong, maka ia dipuji sebagai unggas yang aneh tetapi indah. Sesiapa pun yang melihat tidak akan menangkapnya, kerana ia hanya kelihatan cantik ketika ia berterbangan. Bebas.
Ia sekadar perumpamaan, mengenai Kupu-kupu malam yang merujuk kepada wanita-wanita menjaja diri ketika di waktu malam hari. Mungkin kupu-kupu itu sebenarnya tertarik kepada cahaya? Sekilas... Sama seperti kehidupan para wanita-wanita ini. Sering diumpamakan seperti Kupu-kupu malam, iaitu wanita-wanita yang hidup tanpa sempadan di dunia malam. Dunia yang penuh dengan keseronokan, keji dan tidak bermoral.
Persetankan pandangan itu, pada mereka tidak mati dek cemuhan. Tetapi mereka mahu hidup untuk dipuji. Mewah dan memiliki segala-galanya. Wang... Sering dikaitkan dengan materialistik. Siapa sahaja tidak mencintai wang. Jika lelaki sering diuji dengan pangkat, harta dan wanita. Makanya, wang adalah satu-satunya ujian kepada wanita untuk melakukan apa sahaja deminya. Menggunakan kelemahan lelaki untuk mendapatkan wang adalah jalan yang paling pintas...
Kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita memasuki basement kondominium mewah yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Kenderaan itu berhenti di dalam petak khas untuknya di basement tersebut, kemudian wanita itu melangkah keluar dari kereta jenis Proton Persona itu dan menguncinya. Sekilas dia memandang kereta di sebelah iaitu sebuah kereta sport mewah keluaran terbaru yang juga miliknya.
Yarra Aisya sempat menyentuh badan kenderaan mewah itu sebelum melangkah ke arah lif. Dia hanya memakai seluar slack hitam dan kemeja polos yang di 'tuck in'. Dia dilihat sama seperti kebanyakan wanita bekerjaya yang lain. Pekerjaannya hanya bergaji sederhana tetapi dia bijak menyembunyikan segala kemewahan yang dimiliki.
Pintu kondominium mewah itu dibuka dengan kod nombor keselamatan. Yarra melangkah masuk dengan mood yang begitu baik kerana hari itu adalah petang jumaat. Ini bermakna dia akan cuti selama dua hari.
Bunyi air yang jatuh ke lantai kedengaran tenang di deria telinganya. Dia memejam mata dan membiarkan air panas mengalir ke tubuh dan wap terhasil menjadikan suasana begitu nyaman. Sejenak dia merasai ketenangan. Wanita itu menutup pili apabila selesai, tuala di ampaian ditarik dan membaluti tubuh langsingnya.
Yarra memilih pakaian di dalam wardrobe yang mempunyai begitu banyak pilihan. Sekilas tampak seperti wardrobe di belakang stage Paris Fashion Week! Dress paras paha tanpa lengan berwarna hitam menjadi pilihannya. Dipadankan dengan stiletto berwarna merah jenama Gucci kesayangannya, ia kelihatan cukup elegan apabila dipakai oleh Yarra. Wanita tinggi lampai, memiliki tubuh yang sempurna dan kejelitaan yang semula jadi. Tiada seorang lelaki pun yang melihatnya, tidak bergetar jiwa.
Lipstick merah menghiasi bibir dengan solekan mata yang menawan. Penampilannya kelihatan sangat sempurna pada malam itu. Dia mengambil beg tangan edisi terhad di atas meja lalu melangkah keluar dengan bergaya. Malam sabtu selalunya bukan masa untuk tidur!
“Good bye, Leo. See you in the morning.” sapa Yarra kepada seekor kucing kesayangannya di dalam sangkar.
“Meow!” balas Leo sehingga bibir merah delima itu menguntum senyum seksi bersama lambaian yang cukup gemalai. Kunci BMW sport berada di dalam genggaman dan inilah masanya untuk keluar dari kehidupan siangnya yang suram.
Minda sedarnya masih berfungsi dengan baik ketika dia hampir mabuk pada malam itu. Dia bukanlah pandai minum tetapi tidak mahu diperlekehkan hanya kerana mengatakan tidak! Alih-alih badannya terhuyung-hayang ketika cuba menari mengikut rentak muzik pop di club terkenal itu.
Kelab Malam Stardust pastinya pilihan bagi manusia-manusia berduit yang mahu berhibur. Tempat itu hanya menyediakan arak yang mahal, koktail yang terbaik, DJ yang terkenal yang menjanjikan kehidupan malam kelas A di bandaraya itu. Pastinya pelanggannya juga bukan sebarangan.
Jika mahu mencari lelaki-lelaki berpoket tebal, dengan kereta sport mereka diparkir tanpa risaukan saman DBKL, mampu melemparkan wang ke arah penari-penari tiang tanpa bimbang rugi, di sinilah mereka berkumpul!
Tetapi, fokus Yarra pada malam itu bukannya mahu mencari lelaki! Dia mahu berhibur bersama teman-temannya yang otak gila tanpa memikirkan siapa mangsa seterusnya. Setia? Persetankan ayat itu! Masih ada lagikah perempuan atau lelaki setia di zaman sadis ini? Jangan jadi bodoh! Hidup hanya sekali, jangan bazirkan dengan hidup bersama lelaki durjana. Mereka itu hanya layak dihimpit dan dirompak lalu ditinggalkan.
Begitulah bagaimana wanita bernama Yarra meneruskan hidup. Kadang-kadang dia tidak meminta, tetapi lelaki dengan rela mahu melabur kepadanya. Walaupun hanya sekadar menjadi peneman. Dia sering dihubungi untuk servis yang pelbagai, tetapi dia hanya menerima tawaran yang lumayan!
“Telefon kau berbunyi macam nak runtuh. Pick up the phone, bitch!!” jerit Norris ke telinga Yarra yang tidak peduli dengan panggilan itu. Dia sedang gembira mengikut rentak muzik kegemarannya. Sebenarnya, dia mahu melepaskan tekanan. Sesuatu yang membeku di dada.
“No, Norris... Malam ni bukan untuk terima panggilan! I want to be free tonight.” balas Yarra dengan kuat.
“You have gone mad! Kevin's on the phone! Kalau kau tolak panggilan ni, kau akan menyesal. Kau lupa siapa yang bayar 5 bulan sewa kondo kau?!” Norris terus menarik tangan temannya yang gila itu. Iya, mereka memang gila! Gila wang, gila kemewahan! Cinta? Jangan disebut. Jijik!
Semakin mereka mengenali ramai lelaki, semakin mereka takut untuk jatuh cinta! Boleh dikatakan, mereka kenali hampir separuh lelaki kaya di ibu kota ini! Semuanya berhidung belang! Wanita pada mata mereka tidak lebih dari penghibur, manakala isteri di rumah menjadi boneka yang layak dikasihani. Lelaki bujang? Ahh... Jika mahu melabur pun kedekut, itu belum lagi fikiran yang tidak matang, gelojoh. Namun, masih ada yang berpontensi walaupun sedikit membosankan.
“Jawab panggilan ni, Yarra. Kau lupa beg tangan LV keluaran terbaru hanya ada 100 unit?! Jangan gila kalau Scha pakai di majlis kahwin Tania bulan depan!” jerit Norris lagi lalu meletakkan telefon di tapak tangan Yarra.
“Bangla kerja kontrak pun ada off day tau. Tak boleh ke aku off malam ni?” rungut Yarra bersama cebikan besar di bibirnya.
Norris mengacah untuk memukul kepala Yarra sehingga wanita itu terpaksa mengambil telefon pintar itu dengan pantas. Norris kemudian tersengih sumbang. Yarra akhirnya mengalah. Dia melihat skrin dan mendapati hampir 10 panggilan dari lelaki bernama Kevin. Satu keluhan terbit di bibirnya.
“10 kali je? Huh... Kalau 50 kali baru aku jawab!” ujar Yarra, bola matanya terus bergerak ke atas.
“Eiii, perempuan ni! Kevin kan? Call him back gila!!” Norris terus menolak Yarra ke sebuah bilik kalis bunyi yang tersedia khas di kelab itu. Tempat dimana pelanggan boleh membuat panggilan atau berehat.
Yarra cuba mencari nafas dan mengawal kepalanya yang berat. Dia cuba menghubungi lelaki itu semula. Hanya dua kali 'bib' panggilan itu terus disambut. Pantas!
“Yarra! Thanks for calling me back.” Jelas suara Kevin kedengaran sangat gembira.
“Hmm... What's up, Kev? You tahu kan malam sabtu I busy.” keluh Yarra. Tangan kirinya memeluk tubuh sendiri. Dia bangun dan bergerak sedikit dari Norris yang sejak tadi cuba pasang telinga.
“I'm sorry... Tapi, I nak jumpa you. I'll pick you. Please...”
“Kevin...” Yarra duduk di sofa panjang bertentangan dengan Norris sambil menyilangkan kakinya. Kening Norris terangkat seperti ingin menyoalnya apa yang Kevin mahukan. Yarra merentangkan jari telunjuk di bibirnya sambil memandang Norris.
“You tahu kan masa I berharga?” sambung Yarra. Menyampaikan maksud yang mendalam. Sempat dia menjeling sahabatnya di hadapan.
Norris tersengih mendengar kata-kata Yarra.
“Yes, I know. No worries, I tak akan bazirkan masa you. It'll worth.” ujar Kevin yang bersungguh di hujung talian.
Yarra mengetap bibir. “Stardust...”
“Okay! I'll be there, give me 20 minutes.” kata Kevin dengan teruja, berjaya untuk memujuk wanita pujaannya itu. Nada lelaki itu sangat jelas walaupun Yarra tidak dapat melihat air muka Kevin.
Yarra memutuskan panggilan dan dia duduk termenung di situ. Ini bukan pertama kali apabila seorang lelaki tidak mampu move on dengannya. Walaupun dia cuba sehabis professional, perkara seperti ini tetap berlaku.
Kevin pernah membeli kereta BMW sport kepadanya hanya kerana dia menemani lelaki itu ketika majlis reunion di United Kingdom. Katanya dia tidak mahu ke sana seorang diri kerana hampir semua rakan-rakannya membawa pasangan. Jadi dia mencari wanita peneman seperti Yarra Aisya ataupun juga digelar ‘call girl’. Sadis... Tapi, itulah kehidupan rahsianya yang selama ini ditutup rapi.
“Good, Yarra. Kevin tak pernah mengecewakan. Trust me...”
Norris menghidupkan pemetik api dan menyalakan rokok di jarinya. Dia tetap kelihatan bergaya walaupun dengan cara seperti itu. Bekerja di bidang profesional tidak menjanjikan kehidupan yang dapat memuaskan seseorang. Sama seperti Norris, wanita itu adalah seorang eksekutif bank dan bertugas di bahagian penyiasatan di Headquarters.
Mungkin, kerana dia sangat berminat dengan wang, membuatkan dia turut menjalani kehidupan seperti Yarra. Malah, Yarra juga mempunyai kerjaya sendiri, dan kehidupan malam mereka adalah satu rahsia di mana orang-orang sekeliling mereka tidak mengetahuinya.
Matlamat mereka sama, menyukai kemewahan tetapi bukan sebuah hubungan yang penuh dengan komitmen. Berkeluarga? Ia kedengaran sangat kuno di telinga mereka. Mereka mahu berterbangan bebas seperti kupu-kupu. Oh ya... Mereka juga sesuai digelar Kupu-kupu malam. Sangat tertarik pada cahaya yang bergemerlapan.
“Kenapa kau nampak stress? Dah lama aku tak nampak kau merokok.” tanya Yarra apabila melihat Norris menyedut dalam-dalam rokok di jarinya.
“Ada masalah besar di office. Seminggu aku tak balik rumah. Makan tidur di office... Baru semalam kes selesai...” jawab Norris. Ada keluhan di hujung bicaranya.
“Kau tak nak tukar bahagian yang relaks sikit? HR ke?”
“Aku dah terlatih di bahagian penyiasatan dan penguatkuasaan selama 6 tahun. Kau rasa diorang akan tukar aku?” kata Norris dengan selamba sambil mengetuk rokoknya di ashtray untuk membuang abu yang terbakar. Ini adalah caranya menghilangkan tekanan.
“Kau juga nampak semacam je malam ni. Tiba-tiba tak ada mood kenapa?” soal Norris.
Yarra terdiam beberapa detik sehingga Norris hampir putus asa untuk mendengar jawapannya.
“Dia dah bertunang...”
“Siapa?” Norris terus membawa badannya ke hadapan dengan matanya yang tidak berkedip.
“Ehsan...”
“Vet tu? Doktor kucing kau?!”
Yarra mengangguk.
“Come on! Aku ingat Tan Sri mana ajak kau kahwin. Kenapa kau nak kisah pasal doktor kucing tu?!”
“I don't know. I'm just not happy...” luah Yarra.
“Jom pergi cuci otak kau sebelum Kevin datang. Doktor kucing? Come on, Yarra!” Norris terus menarik tangan Yarra sehingga wanita itu turut terkocoh-kocoh meluaskan langkah keluar dari bilik itu.
******
Kereta mewah jenis Mercedez itu meluncur laju di atas jalan raya. Yarra menyandar badannya sambil memandang ke hadapan. Kevin di sebelah langsung terdiam dan hanya fokus pada pemanduan.
“Sorry sebab ganggu malam minggu you...” Akhirnya lelaki itu bersuara.
Yarra tidak memberi sebarang reaksi. Dia sebenarnya jarang berurusan dengan lelaki yang sama untuk mengelakkan hubungan yang terlalu 'close'. Tetapi, mungkin kerana mereka pernah menghabiskan masa selama seminggu di UK, membuatkan hubungan mereka agak terikat.
“Frankly speaking... I tak boleh lupakan you, Yarra. I'm trying... But I can't.” luah Kevin. Ketika itu pemanduannya semakin perlahan.
“Kevin..It's just a business. Not a real relationship. I've told you before we made the arrangement. I'm sorry if my words hurt you. But it's the truth. You tell me what can I do to make it right?” luah Yarra.
Kevin memberi signal untuk bergerak ke kiri dan kenderaan itu berhenti di bahu jalan.
Suasana menjadi sepi beberapa detik sehingga Kevin mencapai tangan Yarra dan digenggam lembut. Wanita itu tidak terkejut dan hanya melihat tangan mereka yang bertaut.
“I akan pindah ke Jepun. Company hantar I ke sana... I mean my dad” Kevin berjeda. Dia cuba melihat riak wajah wanita jelita itu yang tidak banyak berubah.
“I harap sangat kalau you boleh ikut I...” luah Kevin dengan sepenuh hatinya. Matanya benar-benar melukis sebuah harapan.
Yarra Aisya dilihat sangat berbeza dari mana-mana wanita yang pernah dikenalinya. Walaupun dia tahu siapa wanita itu, sedikit pun tidak menghalang untuknya jatuh cinta.
“You...” Yarra cuba bersuara. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan lelaki yang mengajaknya untuk berhubungan serius. Semuanya lebih mudah, kecuali lelaki ini.
“I can't leave everything behind... This is my life...” ucap Yarra dengan yakin.
“I akan bagi you kehidupan yang you impikan. I akan pastikan you dapat bahagian dalam harta I. I just want to live with you...” ujar Kevin.
“That's not the life I want...” Yarra menggeleng perlahan. Dia mengambil sebelah lagi tangan lelaki itu dan menyentuhnya dengan lembut.
“Listen... You're the lovely man I have ever met. But I'm not the right one... You deserve better, Kevin.”
Kevin menunduk dan Yarra yakin lelaki itu sedang menyembunyikan kekecewaannya.
“I faham... Ini mesti tentang agama kan? Di luar negara itu tidak menjadi isu. Kita boleh ada pilihan, sama ada tidak berkahwin dan tinggal bersama atau berkahwin berlainan agama. It's not a big deal.” kata Kevin terus memujuk.
Yarra tersengih sederhana. “I boleh jual maruah I... Tapi, I tak akan sesekali jual agama I. I'm sorry Kevin.” Yarra menyentuh pipi Kevin dengan lembut. Matanya memandang tepat ke mata Kevin yang bergenang. Pipi itu diusap dengan perlahan dan penuh kelembutan.
“Ini bukan masalah agama je. Tapi, memang prinsip I... I tak mahu sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Kalau I nak berhenti pun... I just quit. Bukan dengan sebuah perkahwinan or settle down.” sambung Yarra lalu tersenyum sederhana. Walaupun dia menyatakan kebenaran yang menyakitkan, dia mahu ia disampaikan dengan baik supaya dia tidak kelihatan kejam.
Selang beberapa detik Kevin kembali mengangkat mukanya. Dia tersenyum hambar dan menarik nafasnya dalam. Mungkin... Tiada lagi harapan untuknya. Kelembutan wanita itu sememangnya satu kelebihan yang luar biasa.
“Thanks... You dah buat hidup I gembira sejak 5 bulan ni. Betullah... Ramai lelaki di KL ni cakap, you can touch a man's soul. But at same time you can break every man's heart.”
“I akan anggap itu pujian...”
Yarra menguntum senyum sehingga hati Kevin kembali parah. Senyuman itulah yang menghukum setiap lelaki yang hadir dalam hidup wanita itu. Dia juga salah satu 'mangsanya'.
“You just a miracle, Yarra. Bertuahnya lelaki mana yang dapat you, dan dapat buat you ubah fikiran.” sambung Kevin.
Ketika itu juga senyuman Yarra Aisya kembali mengendur. Dia melarikan matanya dari Kevin.
“Yarra... I'll give you something. Sebagai tanda penghargaan I kepada you...” ujar Kevin, dia kembali tersenyum walaupun perit.
Yarra kembali menatap Kevin. “What? Kevin, you don't have to. You dah bagi I kereta...”
“You tak boleh menolak. I tahu pemberian I tak seberapa.” ucap Kevin.
Tanpa sempat Yarra bersuara lelaki itu terus memberi ciuman di bibirnya. Lembut dan hangat. Yarra tidak menolak kerana dia sedar lelaki ini telah pun cukup terluka dengannya. Ciuman Kevin semakin dalam sehingga tangan lelaki itu melekat di lehernya. Yarra semakin lemas tetapi dia tetap menikmatinya. Itu memang kelebihan Kevin! Seharusnya tiada wanita yang teguh ketika berada dalam dakapan lelaki itu. Tetapi, lelaki ini masih tidak mampu mematahkan prinsip yang sudah lama dipasaknya.
*******
Hi semua! Jumpa lagi kita di novel ke 8 PJ di NovelPlus. OMG! haha. Okay, novel Cinta Si Kupu-kupu ni, kemungkinan akan slow update or fast update kalau PJ free. so, korang boleh tunggu notification dari NP je, caranya kena follow acc NP Puteri Jacaranda atau follow ig/fb Puteri Jacaranda sebab PJ selalunya akan info kalau update new chapter. Enjoy reading ya korang. cerita ni ringan dan santai je. harap korang suka. TAPI, ya ada tapi. kalau ada unsur² negatif dalam novel ini, semua sekadar hiburan dan PJ akan bagi pengajaran seperti biasa.. just enjoy okay. Tq sooo much.
Share this novel
da complete ke novel ni..lama tunggu
Harusnya rama-rama bukan kupu-kupu
hayy