Enam Belas

Other Completed 44787

Doktor yang memegang kes Cinta keluar dengan wajah tertekan.

"Dengan keluarga Cinta Jasmin?" Kata Doktor itu.

"Ye saya Kakak Iparnya." Kata Dinda.

"Macam ni Puan, Maaf terlebih dahulu saya nak katakan disini. Saya nak tanya, Adakah ni terjadi akibat kes kekerasan rumah tangga." Tanya Doktor itu.

HyQarl yang mulai takut pergi dari sana.

"Kenapa Doktor?" Tanya Ghaffar.

"Hampir keseluruhan anggota badan mangsa mengalami lebam akibat libasan. Mungkin tali pinggang atau whatever." Kata Doktor itu lagi.

"Ya Allah, Akak." Hilal mula meraung mendengarnya.

"Nasib kamu cepat membawanya kehospital." Kata Doktor itu.

"Cuma.." Doktor itu terhenti berkata.

"Cuma apa?" Tanya Ghaffar.

"Kami terpaksa mengeluarkan separuh rahimnya." Kata Doktor.

"Ya Allah Cinta." Kini Dinda meraung seperti orang gila mendengar rahim adik iparnya akan dibuang.

"Tapi kenapa?" Akhirnya Luthfi bertanya.

"Separuh rahimnya rosak. Akibat hentakan kuat." Kata Doktor itu.

"Maksud doktor?" Tanya Ghaffar pula.

"Macam ni mungkin mangsa dibelasah lebih dari seorang. Ditendang dilibas dan ditumbuk." Kata Doktor itu lagi.

"Kalau tak buang, apa akan jadi Dok?" Tanya Dinda.

"Kami tak syorkan untuk membiarkan rahim itu didalam. Takut ada jangkitan lain dan akan merosakkan dalaman dia." Kata Doktor.

"Biar saya sign." Thariq muncul selepas mendengar berita Cinta hampir mati dibelasah tersebar didalam Pangkalan dan Zaril telah menghubunginya.

"Abang." Hilal meluru kearahnya lalu memeluk erat tubuh Abangnya yang masih mengenakan pakaian uniform.

Jururawat itu menyedahkan borang yang perlu ditanda tangan oleh waris.

"Selamatkan adik saya doktor." Kata Thariq lemah.

"InsyaAllah berdoa banyak-banyak." Kata Doktor itu lalu meninggalkan mereka disana.

Lemah seluruh anggotanya apabila mendengar kejadian yang menimpa adiknya Cinta.

"Kenapa Hilal tak bagitahu Abang. Kenapa Abang mesti dengar dari mulut orang lain." Thariq mula mengalirkan airmata. Terkilan dengan sikap adik dan isterinya.

"Bukan Dinda taknak bagitahu Abang. Tapi Dinda taknak ganggu abang yang dalam kursus terjun payung." Kata Dinda membela diri.

"Abang rela tinggalkan semua tu Sayang, Asal abang dapat lihat Cinta. Abang dah oernah bagitahu Hilal dulu, Jangan rahsiakan apa yang korang tahu. Tapi apa Hilal buat." Kata Thariq mula teresak.

"Hilal tak sanggup. Hilal tak nak jika Abang lihat keadaan akak tadi, Abang tak dapat kawal emosi Abang." Kata Hilal.

Layla dan Fakhrul berlari mendapatkan Luthfi.

"Luth. Macam mana Sarah." Tanya Layla.

"Masih Kat dalam." Kata Luthfi.

"Macam mana darah dia boleh drop Luth?" Tanya Fakhrul.

"Dia sembunyi makan durian. Bila Luth lihat dia dah terbaring tak sedarkan diri.

"Budak ni." Fakhrul tak mampu nak salahkan adik iparnya kerana itu adalah kesalahan Sarah sendiri.

"Pakar kanak-kanak yang merawat Sarah menemui Layla.

"Sebaiknya, Puan cari cara untuk mencari penderma darah bagi Sarah." Kata Doktor itu.

"Mana kita nak cari Abang?" Tanya Layla pada suaminya.

"Apa jenis darah anak tu Doktor?" Tanya Hilal.

"O positif." Kata Doktor itu.

"Baiklah saya sedia mendermakan darah untuk Sarah." Kata Hilal.

Luthfi menoleh melihat Lelaki yang masih memakai pakaian sekolah itu.

"Darah kamu jenis?" Tanya Doktor itu.

"O positif." Balas Thariq pula.

"Baiklah sila ikut kami untuk pemeriksaan lebih lanjut." Kata Doktor itu pada Hilal.

"Abang tak payah. Biar Hilal je. Abang tunggu Akak Love." Kata Hilal.

"Baiklah." Kata Thariq.

Hilal berlalu meninggalkan mereka disana. Dia berdoa dengan apa yang dibuatnya ni akan dapat membantu Sarah.

Mereka semua menanti dan terus menanti.
Thariq bersama Dindaasih setia menanti disana. Manakala Ghaffar telah pulang kerana isteri dan anaknya sendirian dirumah.

Layla Fakhrul dan Luthfi setia menanti anak kecil itu keluar dari Zon kecemasan.

-DIRUMAH KELUARGA HYQARL-

HyQarl masuk dengan wajah yang tak boleh untuk Mariana dan Marlinah baca.

"Kau dah kenapa?" Tanya Mariana.

"Isteri aku dikejarkan kehospital." Kata HyQarl.

"Baguslah tu. Lagi baik mampus terus." Kata Marlinah.

HyQarl mendekati Marlinah lalu menampar wajahnya kerana terlalu kurang ajar.

"Yang kau diakan mati tu isteri aku!" Tengking HyQarl.

"Yang kau nak marah dia ni kenapa?" Tanya Mariana.

HyQarl yang kusut pergi kekaunter Bar yang ada didalam rumah mereka lalu menuang segelas minuman keras.

Dia minum sekali teguk masuk kedalam mulutnya.

"Kau tahu tak siapa yang akan membela dia lepas ni?" Tanya HyQarl mula merasaan pening dikepalanya akibat minuman itu.

"Siapa?" Tanya Mariana.

"Adam Luthfi. Peguam Bela yang tak terkalahkan." Kata HyQarl.

Mariana dan Marlinah menelan ludahnya yang mula bertakung didalam tekak mereka.

"Habis tu?" Tanya Marlinah.

"Entah aku tak tahu." Kata HyQarl.

Mariana mula berfikir strategi agar dia tidak terlibat dalam kes ni.

"Call Syu. Aku nak jumpa dia." Kata HyQarl.

Mariana yang mendengar munghubungi Syuhadah dan menyuruhnya datang kerumah secepat mungkin.

Selang beberapa minit, Syuhadah muncul dimuka pintu.

Dia melihat HyQarl yang sudah mabuk duduk minum didalam Bar rumah.

Dia mendekati HyQarl perlahan. Lalu menyentuh bahu HyQarl.

HyQarl yang dalam keadaan mamai, melihat wajah Syu seperti wajah Cinta isterinya.

"Sayang balik?" Kata HyQarl lalu memeluk tubuh Syuhadah.

"Syu. Bawak HyQarl balik Kondo. Saya taknak ada masalah dengan dia besok pagi." Kata Mariana.

"Ok." Syuhadah memapah HyQarl keluar dari rumah keluarga Mariana dan memasukkannya kedalam kereta miliknya.

"Kita nak kemana ni sayang?" Tanya HyQarl tanpa sedar.

"Kita balik Kondo ye." Kata Syuhadah.

Namun siapa sangka Mariana telah menghubungi Jabatan pencegahan Maksiat dan melaporkan ada kegiatan yang tak senonoh didalam kondo yang diduduki oleh HyQarl.

Sampai sahaja didalam Kondo, Hyqarl tak mampu menahan perasaan yang mulai datang pada dirinya.

Dia mula mengucup kasar bibir Syuhadah. Syuhadah membiarkan dirinya diperlakukan oleh HyQarl.

HyQarl membawanya kesofa didepan ruang tamu dan saat itulah, Ketukan dipintu utama bergema.

Syuhadah yang melihat HyQarl tanpa seurat benang di badannya membuka pintu dan alangkah dia terkejut.

Dia menyangka Isteri HyQarl namun yang datang adalah beberapa orang lelaki.

"Maaf Cik. Kami mendapat aduan dari pihak kawasan ni ada berlakunya maksiat didalam rumah ni." Kata Lelaki itu.

"Tapi." Kata Syuhadah mulai takut.

"Benarkan kami masuk cik." Kata Lelaki itu lagi.

Terlihat HyQarl tanpa pakaian menguatkan bukti tentang laporan yang mereka terima.

Saya harap Cik boleh beri kerjasama. Manakala HyQarl tak sedar dengan apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience