`Kau buat apa kat sini? Dengan sapa? 'soal Hafi.`Aku datang sorang. Saja nak lepak. Tut..tut..terlanggar pulak kau kat sini. Kau lak watpe kat sini?' soalku pulak. `Lepak jugak'. Balasnya. Aku hanya mengangguk. `Aku blah lu'. Ujarku. `Aku nak join boleh ke? 'soal Hafi. Aku kembali memandangnya. `Asal lak tak boleh? Ikut suka kaulah. Kalau kau nak join aku, kau gi lah beli makanan ke minuman ke dulu'. Balasku. Aku sudah duduk. Manakala Hafi pergi membeli apa pun aku tidak pasti. Aku leka main handset aku hingga aku tidak sedar bila Hafi sudah berada di hadapanku. `Cepatnya kau beli'.ujarku. Aku lihat dia membeli air tembikai sahaja. Hafi hanya tersengih. `Kau buat apa? Leka sangat dengan handset tu. Sampai aku datang pun tak sedar'. Ujar Hafi. Kini aku pulak yang tersengih. `Qilla'. Panggil Hafi. Aku memandangnya. `Aku tanya sikit leh? 'pintanya. `Tanyalah'. Balasku. `Asal selama ni kau macam tak suka kawan ngan aku dan Khairul yerk? Teruk sangat ke perangai kami?'soalnya. Aku yang ketika itu sedang Minum sedikit tersedak. Aku memandangnya. `Erm.. Aku pun tak tau lah Fi.. Aku macam takleh tengok muka korang. Bila aku tengok korang je, aku rasa nak maki'. Jawabku jujur. `Sekarang? 'soalnya lagi. `Kau nak aku halau kau ke? Hahahaha takdelah. Sekarang ni aku cuba nak berbaik dengan korang berdua'. Balasku lagi. Hafi tersenyum. `Kau memang suka air tembikai ke? 'soalku pulak. Hafi hanya mengangguk. `Dah siap ke assignment yang cikgu bagi?' soal Hafi pula. `Sikit lagi. Susah sangat pun. Kalau boleh, aku tak nak buat'. Jawabku. Hafi tergelak kecil mendengar jawapanku. Aku hanya tersengih. `Kau? 'soalku. `Belum'. Jawab Hafi perlahan. `Kau biar betui? Cikgu nak besok kan? Kau tak buat apa-apa lagi ke? 'soalku lagi. Hafi hanya tersengih. Aku menggelengkan kepala. Pemalas! Ngumpat aku dalam hati. Aku melihat jam di tanganku. 6:30! Aku memandang Hafi. `Fi.. Aku balik dululah. Dah 6:30 ni.. Besok kita jumpa lagi'. Ujarku. `Bye'. Jawab Hafi. Aku senyum memandangnya sebelum aku berada dari situ. Hafi mengeluh lepas melihat Qilla hilang dari pandangan mata. Hafi menghabiskan minumannya sebelum dia turut beredar. Aku membuka pintu. Mencari kelibat Hana. Aku lihat dia berada di meja belajar. Aku terus masuk. `Awal kau balik'.Perli Hana. Aku tersengih. `Aku terserempak dengan Hafi tadi'. Balasku. `Banyak lagi ke assignment kau?'soalku. `Sikit lagi'. Balasnya. Aku kembali duduk di atas katil. `Malam ni kau nak makan apa? 'soal Hana. `Entah. Kau? Aku ikut kau jelah makan apa'.jawabku.`Aku makan nasi Ayam le.. Apa lagi.. Hehhe'. Jawab Hana. `Boleh jugak'. Jawabku. `Nanti kita gi beli'sambungku. Hana mengangguk tanda setuju. `Kau dah siap ke? 'soal Hana sambil menunjukkan assignmentnya kepadaku. `Sikit lagi. Malam nanti baru aku sambung' . Jawabku. Hana mengangguk. Usai solat maghrib, kami pun keluar. Nasib kedai makanan tidak jauh dari universiti ni! Kami duduk di tempat kosong sementara menunggu makanan siap. Setelah mengambil makanan yang sudah siap, kami bergerak untuk pulang. Pertengahan jalan, Hana tertiba menarik tanganku. Aku memandangnya yang sedang menggigil. `Asal? 'soalku. `Tu' Jawab Hana sambil muncungkan bibirnya. Aku melihat. Adam dan Nizam! Aku memandangnya semula. `Dah. Kau jangan risau. Aku ada. Kita jalan cepat sikit. Kalau mereka perasan kita nanti, kita terus lari je'. Balasku. Aku mengenggam erat tangan Hana lalu kami berjalan seperti biasa tetapi lebih cepat. Apabila sudah masuk universiti kami, kami berasa lega. Kami pantas menuju ke bilik kami . Hana duduk di atas katil manakala aku mengunci pintu. Aku terus menuju ke arah Hana. `Hana'panggilku. Hana mengangkatkan mukanya namun seketika cuma. `Hana.. Dahlah.. Kau tak yah fikir sangat. Selagi ada aku, mereka takkan berani kacau kau'. Ujarku. Sekadar mahu memujuk. `Itu kalau kau ada dengan aku. Kalau time kau takde dengan aku and then mereka muncul. Macam mana? 'soalnya. Aku terdiam. Aku memaut bahu Hana. `Dahlah.. Aku takkan jauh dari kau. Percayalah.. Tapi kalau kau nak lagi selesa, kau kenalah cepat-cepat cari bf'. Ujarku. Sempat lagi aku bergurau. Hana yang mendengar pantas mencubit lenganku. Terjerit aku dibuatnya. `Cakap lagi. Jangan salahkan aku. Kau yang cari pasal dulu'. Balas Hana. `Betullah apa yang aku cakap Hana. Lagipun aku rasa mesti kau ada suka kat seseorang kan? 'dugaku. `Siapa'? Soal Hana. `Khairul?' balasku. Aku tersenyum bila melihat Hana terdiam. Sah! Kawannya ini suka pada Khairul! `Hana. Aku tau kau betul-betul suka kat Khairul. So, kenapa kau tak berterus terang je? 'soalku. Walaupun aku sudah tahu apa jawapannya. Hana terlalu merendah diri sangat! `Kau pun tahu apa jawapannya Qilla'. Balas Hana perlahan. `Tapi kau tak tahu lagi apa perasaan Khairul kat kau kan? Kenapa kau tak try dulu? 'soalku. Sebenarnya aku masih memujuknya. `Gila kau! Takkan aku yang kena mulakan dulu! Malulah aku!' Jawab Hana. `So, kalau Khairul yang ajak, kau akan terima? 'dugaku lagi. Aku tersenyum apabila melihat Hana mengangguk tersangat perlahan. Dia tahu yang Hana tak mahu dia perasan. Namun dia lebih cekap. `Dahlah, jom kita makan. Lepas tu solat isyak Dan terus tidur'. Ajakku. Hana hanya menurut. Aku akan bantu kau Hana. Dari pandangan Khairul lagi, aku dah tau Yang dia sukakan kau. Aku akan buat apa yang patut. Janjiku dalam hati. Usai makan dan solat isyak kami terus tidur. Aku sempat membaca wassap daripada Khairul. Khairul beritahu yang dia ingin berjumpa dengan aku esok. Aku pun ingin jumpa dengan kau Khairul. Aku macam dapat menganggak apa yang ingin diberitahu oleh Khairul. Aku memandang Hana yang sedang lena sebelum aku sendiri lena.
Share this novel