BAB 1

Drama Completed 373

Riuh rendah rumah batu kecil kepunyaan Atuk dan Nenekku itu dengan suara-suara sepupu-sepupuku yang masih kecil itu, menjerit dan bermain kegirangan. Sudah adat, kanak-kanak lah katakan.Mereka juga penyeri keadaan walaupun bising tahap dewa. Mujur juga rumah itu rumah batu, macam mana lah agaknya, kalau rumah itu rumah papan? Seperti lima tahun yang lepas? Pasti, kemeriahan itu bertambah lagi dengan kemeriahan suara-suara papan-papan itu di pijak.

Ditambah dengan suara makcik-makcik dan pakcik-pakcik ku yang sibuk mengemas rumah, serta berborak-borak penuh isi di luar rumah. Memang sengaja atukku meletakkan sofa disitu. Senang katanya kalau nak berborak panjang.

Kalau yang lelaki sibuk berborak,dan ada juga yang sibuk memasang khemah serta memasang pelamin, kaum wanita dan juga makcik-makcikku pula tidak ketinggalan sibuknya di dapur, sama ada memasak untuk makan malam pada malam itu, dan juga membuar persiapan awal untuk majlis pagi esok. Bagi golongan anak dara seperti ku, kami hanya menghabiskan masa dengan menolong ape yang patut, seperti menyiapkan hantaran dan juga sengaja menyibukkan diri di dapur. Dan bagi golongan kanak-kanak seperti adikku, Faizul , hanya satu sahaja yang mereka tahu buat iaitu ‘main’.

Semalam, Mak Long dan keluarganya datang menolong apa yang patut, pagi tadi pula, Sueja dan Teh sekeluarga, mak saudaraku pulak yang menampakkan batang hidung mereka. Dan lewat Asar tadi Ngah dan Chik sekeluarga pula sampai, menambahkan kemeriahan suasana itu. Melihatkan mereka yang keletihan dalam perjalanan jauh tadi, tetapi masih lagi bersemangat untuk meraikan hari bahagia akak ku itu, aku tersenyum. Terima Kasih semua. Aku tahu kalian tidak mahu kami rasa terpinggir kan? Bahkan anak Mak Su dan Pak Yeh, atuk saudaraku yang tinggal bersebelahan juga pulang ke kampung. Ya, matlamat yang sama. memeriahkan hari bahagia kakakku, Chik Long. Terima Kasih Abang Mie, Abang Lie, Kak Na, Kak ya, Abang Die, Abang Aling dan juga keluarga masing-masing. Apa yang mereka buat, amat aku hargai.

Esok, kakak aku akan menukar status solo kepada isteri orang. Malah panggilan "Empat Dara Pingitan" mungkin tidak lagi relevan untuk kami empat orang adik perempuan. Chik Long, Chik Ein, Chik Da dan aku, memang semenjak kecil lagi di panggil "Empat Dara Pingitan". Mungkin selepas ini, hanya tinggal tiga dara pingitan sahaja.Hanya aku dan dua lagi kakak ku.

Aku menyelak sedikit langsir bilik pangantin, hampir kesemua sudah siap, mungkin hanya melakukan persiapan terakhir sahaja lagi. Dalam kegembiraan yang di rasai oleh semua orang, dalam hati aku, terdetik rasa sedih. Bukan aku tidak gembira dengan berita bahagia ini, bukan aku tidak suka, tapi, inilah kali pertama adik beradikku berkahwin, apatah lagi dalam situasi kami sekarang. Aku seakan-akan terasa kehilangan. Tapi, apakan daya, tidak mungkin aku membantah perkahwinan ini berlangsung. Aku gembira dalam sedih, kakak aku akan ada hidup baru dengan suaminya, Abang Khairul. Ye aku tahu, lambat laun, aku juga akan begitu.

"Rita ..." Lamunan ku terhenti. Aku tersenyum ke arah Chik Long, menahan air mata, Perlukah aku bersedih di hari bahagia ini? Sepatutnya aku bergembira.

"Rita , mari tolong Chik Long buat hantaran ni..." Aku tersenyum lantas mengangguk. Aku berjalan perlahan, masuk ke dalam bilik itu. Chik Ein sibuk menyusun cokelat-cokelat kecil itu membantuk hiasan sebuah rumah, aku kira agak menarik. Tidak lama kemudian Chik Da datang membawa buah-buahan yang segar. Mungkin buah-buahan yang aku nampak dalam peti ais tadi. Mujur aku tak makan tadi. Aku tersenyum sendiri.
Aku melihat telatah Chik Long menyusun buah-buahan ke dalam bakul. Chik Da pula aku lihat tergelak-gelak melihat susunan buah-buahan yang disusun oleh Chik Long yang mungkin melucukan, atau mungkin dia menggelakkan Chik Ein yang sedang curi-curi makan cokelat tu? Aku juga ingin bergurau senda begitu namun mungkin mood aku tidak berapa nakal hari ni. Tidak seperti sedia kala. Aku tercuri pandang ke jari Chik Long. Sebentuk cincin emas yang tersarung di tangan kakakku itu mendapat perhatian ku. Bertuahnya sungguh kamu, cincin. Calang-calang orang mendapat perhatian daripada ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience