Chapter 1

Horror & Thriller Completed 4955

OLYN POV

"YAYA!!!!!"

Aku tersedar dari tidurku dengan air mata yang mengalir deras dari mataku. Mataku membulat ketakutan. Setelah dapat kekuatan untuk bergerak , Aku langsung memeluk lututku dan merapatkan diriku ke dinding.

Mimpi tu lagi. Sebelum ni Nad , kemudian Yana , lalu Put , seterusnya Haslin dan Ainaa. Kali ini Yaya pula!? Aku menangis teresak-esak. Apa ni? Entah kenapa sejak aku keluar dari hospital akibat penyakit pitamku ini , aku selalu mengalami mimpi buruk tentang Olala.

Aku melihat jam di dinding , sudah pukul 3:15 pagi. Sama seperti waktu ketika aku terbangun semasa mimpi-mimpi sebelum ini. Aku mengeluh perlahan.

Aku cuba mengingat kembali mimpi tadi. Yaya , si sleeping beauty tergantung di atas pokok dengan keadaan kaki di atas kepala di bawah. Bola matanya diletakkan di bawah kepalanya.

Aku memejam mataku erat. Aku menjerit di dalam hati. Kenapa aku mimpi seperti ini!? Kenapa aku!? Si freak yang sudah cukup loner ni! Air mataku kembali mengalir.

Sepantas kilat , ingatanku kembali ke seorang gadis bermata merah , rambut putih. Jika diingat kembali , gadis misteri ini juga ada muncul di mimpiku yang sebelum-sebelum ini. Dia selalu muncul di balik dinding mahupun pokok. Siapakah dia? Kenapa dia ada dalam mimpi aku?

Tanpa sedar , aku tertidur di penjuru katilku.

*
*
*

Keesokkan harinya...

Aku cuba mengelakkan diri untuk bertembung dengan Olala. Aku membawa diriku ke wakaf. Olala selalu rehat di kantin , jadi tidak mungkin aku akan ke sana. Aku duduk di sebuah wakaf kosong dan mula membuka buku.

Fikiranku kembali melayang. Macam mana kalau mimpi tu betul? Keenam-enam rakanku mati? Apa yang mampu kulakukan tanpa Olala? I'm scared..

"OLYN!" Aku terdengar panggilan Put. Aku mengangkat kepalaku dan melihat Olala berjalan ke arahku dengan wajah yang furious. Aku sigh perlahan. Nampaknya plan aku hanya sia-sia..

"Olyn , kenapa kau jauhkan diri dari kita orang? Kau dah taknak kawan dengan kita orang lagi ke!?" Tanya Yana dengan nada harsh. Aku menelan air liurku. Tak mampu menjawab apa-apa.

"Olyn , jawab please.." Rayu Alyn. Aku mengeluh lagi.

"Olala , I'm sorry.. Aku dah tak boleh hang out or whatsoever dengan korang lagi , aku busy lah. Nak catch up balik bab-bab yang aku dah tertinggal masa aku kat hospital. Korang cari lah pengganti aku dalam group Olala ni.." kataku. Aku memandang tempat lain selain wajah mereka.

Aku mendengar meja dihentak. Aku memandang mereka dengan terkejut. "Kita orang taknak orang lain , Olyn! Kita orang nak kau! Bukan Amira , bukan Izzah ataupun Humaira! Olala takkan sama tanpa kau! Kau lah pelengkap kita orang!" Okay.. Ini kali pertama aku dengar Yaya mengamuk. Aku memasang wajah datarku.

Aku bangun dari dudukku dan menghentak meja juga. "Aku dah tak mampu buat apa lagi , Olala ni menyusahkan aku! Aku bukan orang senang macam korang! Selalu hang out! Beli barang mahal! Makan dekat KFC , MCD atau Pizza hut! Aku ni orang miskin je! From now on! Please , jangan ganggu aku lagi!" Aku mengambil bukuku lalu berjalan ke tempat lain.

*
*
*

Aku duduk di astaka sambil memerhatikan burung-burung berterbangan di padang sekolah. Tanpa kusedar , air mata mengalir dari pelupuk mataku. Aku teresak perlahan.

Aku terkejut apabila tangan seseorang berada di hadapan wajahku. Aku memandang sebelah kiriku , Yasmin.. Apa dia nak?

"Ambil lah.." kata Yasmin. Aku memandang sapu tangan yang berada di tangannya. Aku mengambil sapu tangan itu dengan ragu-ragu.

"Kenapa nangis?" Tanya orang di sebelah kananku pula. Aku memandangnya. Ani?

"Tak ada apa ," kataku tanpa melihatnya.

"kita orang tak paksa kau cerita , tapi kalau kau perlukan someone untuk bercerita , kita orang sanggup dengar.." Yasmin tersenyum. Aku tidak menjawab mahupun tersenyum.

Aku nampak Olala berjalan ke arah kantin. Wajah mereka ketat. Lagi-lagi wajah Nad , Put dan Ainaa. Aku menundukkan kepalaku. Tak sanggup melihat wajah mereka. Yasmin dan Ani memandang Olala dan aku berulang kali.

"Oh.." perkataan itu yang keluar dari mulut Ani. Yasmin mengangguk. Seperti mereka telah mengetahui sesuatu. "By the way , pitam kau dah okay?" tanya Ani.

"Alhamdulillah , okay" Aku kembali melihat burung berterbangan.

Kami duduk di astaka tanpa berkata apa-apa sehingga tamat waktu rehat. Aku bangun diikuti Mereka berdua.

"Korang tak nak masuk kelas ke?" Tanyaku.

"Nak masuk kelaslah ni , sekali jalan je kan?" Kata Yasmin dengan selamba. Ani tersengih.

Aku mengangguk dan berjalan dengannya. Kami berpisah dengan Ani ditangga kerana kelas dia di bangunan lagi satu dan semasa di tangga itu , aku terserempak lagi dengan Olala. Aku mengeluh perlahan dan memberi laluan kepada mereka.

Aku lihat Put menjelingku tajam. Mungkin kerana aku berjalan dengan Yasmin? Who know? Yasmin memegang bahuku. Dia mengangguk kecil. Aku membuang wajahku dan menaiki tangga.

"Aku tak tahu apa masalah korang , aku cuma nak cakap , be strong.." Kata Yasmin sebelum kami berpisah ke kelas masing-masing. Aku mengangguk dan tersenyum kecil.

Aku memicit pelipisku apabila teringat put dan Ainaa sekelas denganku. Macam manalah aku nak elakkan diri dari mereka nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience