BAB 19

Family Completed 6753

BERNANAH hati Halilah melihat Farhana bermain bunga api bersama Azril di
laman rumah. Terus dia menutup tingkap ruang tamu. Emaknya lepas balik
dari terawih tadi terus masuk ke bilik. Letih sangat agaknya.

Rancangan di televisyen ditukar dari satu siaran ke satu
siaran. Namun tiada satu cerita pun yang menarik minatnya. Yang masih
berlegar di ruang mindanya adalah cerita pasangan merpati dua sejoli di
luar rumah yang tengah seronok bermain bunga api. “Tak reti-reti nak
balik rumah ke perempuan tu? Dari pergi bazar ramadan sampailah balik
dari terawih, tak habis-habis melekat kat rumah tu! Tahulah dah nak
kahwin, tapi tak payahlah nak tunjuk sangat gedik tu. Yang kau gedik tu
dekat laki aku tahu tak? Hesy, meluatnya aku!”

Halilah bangun lagi dan mengintai di tingkap yang dia buka
sedikit. Dia nampak Farhana berlari-lari apabila Azril mengejarnya
dengan bunga api di tangan. “Menggeletis /je /lebih!” Halilah menarik
nafas menahan geram. “Masuk bilik lagi bagus!” Tingkap ditutup kembali
kemudian dia melangkah ke bilik.

Siti yang mengintai di balik dinding hanya tersenyum melihat
gelagat anak tunggalnya. Tingkap yang tadi Halilah tutup dibuka dan dia
lihat apa yang Halilah lihat tadi. “Kata dah tawar hati tapi bila tengok
aksi macam tu bukan main marah lagi. Macam ni ke kata nak minta cerai?
Eyla... Eyla... Bila rasa marah naik di carta teratas, macam inilah
jadinya. Hati kata lain, mulut kata lain. Tak pasal-pasal orang tak
bersalah yang terpalit lumpur.” Dia menggeleng kepala.
*****
“MAK nak ke mana bawak pisau bagai ni?” Halilah pelik melihat emaknya
mahu keluar rumah membawa pisau tengah hari itu. Gaya macam nak bergaduh
pun ada.

“Mak nak pergi rumah bakal madu raya kamu, nak tolong
rewang. Esok kan dia nak menikah.”

Tersentap Halillah mendengarnya. Tangannya yang lincah
menukar sarung kusyen terhenti. Maknanya esok dia akan menerima madu.
“Macam sedaplah /pulak /bila sebut madu raya. Ala-ala drama akasia la
/pulak. /Hahaha.”
Bengang Halilah mendengarnya. “Mak ni tak payahlah sibuk nak tolong kat
rumah dia. Rumah kita ni pun belum masak apa lagi.”

“Kita ni kan hidup berjiran, nanti apa /pulak /mak Fann
cakap kalau mak tak tolong? Masa kenduri kamu dulu pun mak dia ada
datang tolong. Pasal rendang semua tu esok pagi pun boleh masak. Nanti
kamu tolonglah rebuskan nasi impit lepas habis kemas rumah ni. Mak pergi
dulu. Jaga rumah tau. Jangan kuat sangat buat kerja, kamu tu mengandung.”

Halilah memandang emaknya sehingga emaknya hilang dari
pandangan mata. Dia tak tahu apa dia rasa sekarang. Nak gembira ke
sedih? Dia dah tak larat nak menangis tapi rasa sedih masih juga
menonyoh tangkai hati yang sudah sedia sakit ini. Nak kemas rumah pun
/moodnya /hilang.

“Eyla, boleh abang masuk?”

Halilah tersentak apabila mendengar suara Azril. Dia
menjeling suaminya yang berdiri di depan tangga rumah. “Nak apa ni?
Sibuk /je /datang!” Dah puas bersuka-ria dengan bakal isteri kat laman
rumah hari tu, baru nak sibuk datang sini cari aku. Halilah sedar sejak
kes dia tak mahu ambil beras yang Azril beli hari tu, suaminya sudah
tidak menjenguknya di sini. Tertunggu-tunggu juga dia tapi apabila
melihat suaminya sibuk dengan buah hati, terus buat dia sakit hati!

“Abang ada benda nak cakap ni.” Azril melabuhkan duduk di
tangga. Kalau isterinya tak bagi masuk, takkan dia nak masuk pula.
“Pasal Fann...”

Mendengar nama Farhana, terus tersuntik rasa amarah. Halilah
bangun. “Tak payah cakap apa-apa, Eyla tak nak dengar! Abang pergi
baliklah, jangan kacau Eyla.” Dia menutup pintu rumah.

“Eyla, dengarlah dulu apa yang abang nak cakap ni...” Azril
mengetuk pintu rumah berkali-kali.

Kalau setakat nak bagitahu aku esok dia nak menikah, baik
tak payah! Aku tak sudi nak dengar! Halilah mengetap gigi. Dia menutup
tingkap juga, takut Azril buat perangai memanjat tingkap.

“Kalau Eyla terus macam ni macam mana abang nak bercakap?
Bukalah pintu ni, Eyla...” Azril ketuk lagi namun Halilah tetap tak mahu
membuka pintu. Dia mengeluh dan duduk di pangkin.

“Macam mana?”

Azril menggeleng memandang Azrif yang duduk di sebelahnya.

“Sabarlah... cuba lagi esok. Esok kan dah raya.” Azrif
menepuk bahu si abang kembar. Dia bersimpati dengan masalah Azril. Tapi
dia tak tahu macam mana mahu menolong, sebab ibu mereka tak bagi dia
masuk campur. “Dahlah, tak nak monyok-monyok... esok kan hari bahagia
buat keluarga kita. Aku tak sukalah kau tak ceria macam ni, ngah.”

“Aku okey, kau jangan risau. Jomlah kita sambung bakar
lemang.” Azril berlalu meninggalkan Azrif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience