BAB 1

Romance Completed 104502

Bilik tidur yang gelap tanpa sebarang cahaya dipandang kosong.Rantai tangan yang terukir dengan ukiran A&H dipandang sayu.Air jernih kembali mengalir di tubir matanya.

"Min...Min....Mak Pah masuk,ya?"

Ketukan di pintu bilik hanya dibiar tanpa balasan.Matanya masih tidak berkalih dari memandang rantai tangan di atas tapak tangannya.

Setelah beberapa kali panggilan Mak Pah tidak dijawab,akhirnya Mak Pah memberanikan diri masuk ke dalam bilik.Bilik yang gelap dan dingin itu dipandang dengan perasaan yang sayu.Sudah hampir dua tahun keadaan bilik itu seperti itu.Hilang sudah keceriaan di rumah banglo dua tingkat milik Encik Halim dan Puan Zaidah.Perginya lelaki yang bernama Arif Aidan umpama hilangnya anak perempuan mereka,Yasmin Hana.

Kini Yasmin Hana tidak lagi seperti dulu.Gadis yang periang dan ceria sudah berubah menjadi gadis yang pendiam.Rutin hariannya hanya memerap diri di dalam bilik.Makan,pakai, mandi turut diuruskan Puan Zaidah dan dibantu oleh Mak Pah,pembantu rumah mereka.Jasadnya sahaja yang berada di situ,tapi jiwa dan hatinya sudah lama mati.Tiada sebarang bicara mahupun gelak ketawa kedengaran dari bibir Yasmin Hana.Sehingga ke hari ini,Encik Halim dan Puan Zaidah sudah mati akal untuk menyembuhkan masalah anak bongsunya ini.Pelbagai cara sudah dibuat.Kata-kata semangat dan nasihat tidak pernah lekang dari mulut mereka.Namun,keadaan Yasmin Hana tetap sama.

"Min,kita mandi.Lepas mandi Mak Pah suapkan makan.Hari ni Mak pah masakkan lauk kesukaan Min.Mama dan papa keluar sekejap beli barang dapur.Min bolehkan tolong Mak Pah.Kesian Mak Pah.Mak Pah tak boleh nak angkat Min.Mak Pah boleh pimpin Min.Tapi Min kena cuba bangun sendiri.Boleh?"

Dalam hati Mak Pah tak pernah putus berdoa supaya Yasmin Hana kembali bersemangat seperti dahulu.Dengan berhati-hati Mak Pah cuba menarik bahu Yasmin Hana supaya tubuhnya bangun dari perbaringan.Yasmin Hana menguatkan diri untuk bangun.Walaupun jiwanya kosong namun setiap kata-kata orang di sekelilingnya dapat didengari dengan jelas.Mak Pah tersenyum senang kerana Yasmin Hana tidak pernah bertindak kasar atau bertindak agresif walaupun keadaan dia sebegitu.

Usai menyiapkan Yasmin Hana,kini Mak Pah menyuap makanan ke mulut Yasmin Hana.Setelah dua tiga suapan Yasmin Hana menolak untuk disuap lagi.Begitulah keadaan Yasmin Hana.Kini tubuhnya sudah kurus.Wajahnya juga semakin cengkung.Penat Mak Pah memujuk untuk makan,namun hanya gelengan kepala yang diterima.Mak Pah hanya menurut.Baju-baju kotor dibawa keluar.Cadar tilam sudah pun ditukar.Pintu bilik ditutup semula.Tinggallah Yasmin Hana kembali kesorangan melayani perasaannya sendiri.

"Mak Pah,Min dah makan?"

"Dah,Encik.Tapi macam tula.Sesuap dua je.Lepas tu dia tak nak makan.Tapi cadar saya dah tukar.Bilik pun saya dah kemas.Mak Pah masuk dapur dulu,nak kemas barang dapur."

Encik Halim dan Puan Zaidah hanya menganggukkan kepala.Mereka saling berpandangan sebelum bibir mereka melepaskan keluhan kecil.

"Assalamualaikum...."

Kedengaran satu suara memberi salam.

"Waalaikumsalam....."

Puan Zaidah menjengah ke ruang tamu.Kelihatan Yusra dan suaminya masuk dari muka pintu.

"Angah,Airil.Kamu bermalam di sini ke?"

"Ya,mama.Airil cuti.Tu yang kami ingat nak bermalam rumah mama.Ma,Min macam mana?"

Airil dah Yusra menyalami tangan Puan Zaidah.

"Macam mana lagi.Macam tulah,ngah.Tak ada perubahan.Penat dah mama dan papa nasihat dia.Tapi tetap macam tu.Ni along tak ada dekat sini,bertambah sunyi mama dan papa.Min tu langsung dah tak bercakap."

Yusra hanya tersenyum tawar mendengar luahan mamanya.

"Abang,Hani naik bilik Min sekejap.Abang pergilah berbual dengan papa."

"Yalah.Hati-hati.Jangan renyah sangat.Ingat pesanan doktor."

Yusra hanya menganggukkan kepala.Kini dia sudah pun berbadan dua.Lagi dua bulan Insya Allah dia akan bersalin.Dengan langkah berhati-hati Yusra menaiki tangga dan menuju ke bilik Yasmin Hana.

Tiba di hadapan pintu bilik Yasmin Hana,pintu bilik itu diketuk sambil memanggil nama adiknya.Namun tiada sebarang sahutan.Tombol pintu dipulas.Suhu dingin menampar ke wajahnya.Kakinya di atur masuk ke dalam bilik.Langsir bilik dibiarkan sahaja tertutup kerana tidak mahu Yasmin Hana terasa terganggu.Pernah dulu dia cuba menyelak langsir supaya cahaya masuk ke dalam bilik Yasmin Hana.Tetapi tiba-tiba Yasmin Hana memberontak.Sejak itu tiada siapa yang berani berbuat demikian.

"Min... Min macam mana sihat?"

Namun tiada sebarang balasan daripada Yasmin Hana.Yasmin Hana termenung melihat rantai tangan yang setia menemaninya.

"Min sayang.... Angah rindu adik angah yang dulu.Angah rindu gelak tawa adik angah ni.Min belajarlah melepaskan.Tak salah kita menyayangi seseorang itu.Tapi bila tiba masanya kita perlu lepaskan dia pergi.Biar Arif tenang di sana.Jangan siksa dia.Arif mesti sedih kalau nampak Min macam ni.Biarkan dia jadi kenangan."

Yasmin Hana tetap diam tanpa suara.Rambut Yasmin Hana dibelai penuh kasih sayang.Terlalu dalam rasa kasih dan sayang Yasmin Hana pada Arif Aidan.Yusra mengeluh kecil.Dia sering tertanya-tanya sampai bilakah adiknya akan kekal sebegini rupa.Doanya tidak pernah putus supaya adiknya kembali seperti dahulu.

Ada juga saudara-mara yang mencadangkan supaya Yasmin Hana di bawa ke hospital sakit jiwa.Tapi keluarga Yasmin Hana membangkang.Yasmin Hana tidak gila.Doktor juga sudah mengesahkannya.Cuma dia terlalu kecewa yang membuatkan dia seperti putus harapan.Yasmin Hana juga tidak pernah membuat sebarang cubaan membunuh diri.Yasmin Hana hanya suka menyendiri dan suka melayani perasaannya sendiri.Nasib Yasmin Hana baik kerana mempunyai ahli keluarga yang penyayang dan sentiasa menjadi penyokongnya.

"Tak apalah.Lain kali kita berbual lagi.Dua tiga hari ni angah dan abang Airil ada je dekat sini.Kami tidur sini.Nanti angah teman Min lagi,ya.Angah keluar dulu.Angah sayang Min."

Yusra sudah berura-ura untuk bangun.Dia berharap agar Yasmin Hana menghalang dia dari keluar dari bilik itu.Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu.Namun tiada sebarang suara memanggilnya untuk menghalangnya pergi.Yusra beriak kecewa.Wajahnya dipalingkan ke belakang semula.Wajah sugul adiknya ditatap dalam kesamaran.Akhirnya dengan perasaan kecewa Yusra melangkah keluar dari bilik itu.Pintu bilik ditutup kembali.Dia kembali turun ke tingkat bawah.Susuk tubuh suaminya dicari.

"Angah,sini minum.Mak Pah ada buat pisang goreng."

Yusra hanya menurut.Kerusi di sebelah suaminya ditarik.Punggungnya dilabuhkan di situ.

"Mama,papa.Kita bawa adik jumpa ustaz.Risau angah.Kita ikhtiar.Minta ustaz atau ustazah nasihatkan dia.Mana tahu adik sihat macam dulu."

Encik Halim menghela nafas panjang.

"Angah,bukan papa dan mama tak bawa.Kami dah bawa.Tapi macam tulah dia.Bila ustaz atau ustazah cuba berinteraksi dengan dia,dia senyap je.Sampai papa dan mama tak tahulah dia dengar atau tidak apa yang ustaz dan ustazah tu cakap.Sampai diorang cakap semuanya bergantung pada diri dia sendiri.Yasmin tu tak sakit.Dia terlalu sedih.Papa nak marah pun sampai dah tak ada rasa nak marah.Marah ke tengking ke sama juga.Dia macam tak ada perasaan.Kita doa jelah supaya Allah bukakan pintu hati dia untuk reda dan menerima suratan yang dah tertulis untuk dia."

Yusra dan Airil hanya menganggukkan kepala.

"Mama,bila along balik sini?Kata setahun je projek dekat sana."

"Ntahlah.Kamu tanyalah papa.Mama rindu dengan Aish tu.Dahlah raya pun tak balik.Kalau ada along sekurang-kurangnya Min dia dengar sikit cakap along.Diakan rapat dengan along."

"Along tak ada video call Min?"

"Ada,tapi Min macam tulah.Tak ada respon.Lagi pun cakap dalam telefon dengan face to face mana sama,ngah."

"Betul juga."

"Rasanya dua minggu lagi along baliklah tu.Projek dekat sana dah settle.Tapi along cakap dia balik ada bawa kawan.Kebetulan diorang bekerjasama dekat sana.So nanti balik diorang balik sekali.Dia minta izin supaya kawan dia stay dengan kita buat sementara."

"Kawan dia dekat Malaysia ni tinggal dekat mana?"

"Ooh,tak salah papa dekat sini dia tak ada tempat tinggal tetap.Dia selalu menyewa je.Sebab balik Malaysia kadang-kadang je.Kampung dia dekat Johor.Tapi kali ni dia balik terus sebab syarikat dia dah transfer dia balik Malaysia."

Puan Zaidah,Yusra dan Airil hanya mengangguk.

"Riuh semulalah rumah ni.Dengar kata kak long pregnant lagikan."

"Aah.Tak silap mama baru lima bulan."

"Alhamdulillah... bertambah cucu mama dan papa."

"Dah makanlah.Kejap lagi angah teman mama bagi Min makan.Kalau tak disuap memang tak makanlah adik kamu tu."

"Yalah mama."

Share this novel

nrqshh
2023-10-21 07:39:03 

besttttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience