BAB 1

Mystery & Detective Completed 4732

Aku tersedar dari bangunku. Tapi, mengapa sekelilingku menjadi gelap gelita. Aku mendapati bahawa aku sudah membuka mataku seluas-luasnya. Tetapi ia masih juga gelap. Adakah disebabkan tempatku memang tidak disinari oleh mana-mana cahaya.

Aku cuba mengingati tentang apa yang sudah berlaku sebentar tadi. Ya! Aku telah dipukul oleh seseorang sewaktu aku ingin memasuki ke arah keretaku selepas habis membeli belah. Kepalaku masih lagi terasa sakitnya dan aku mulai berasa sedikit pening.

"Tolong, tolong!!" Aku mula menjerit meminta pertolongan. Hati aku sudah menjadi gusar sekiranya sesuatu terjadi kepadaku. Aku cuba untuk meronta-ronta tetapi malangnya tanganku diikat dari arah belakang. Badanku juga menggeliat di atas sesuatu yang lembut. Mungkin aku sedang berada di atas katil?

"Tolong!..ada sesiapa kat sini ke?" Soalku.

Tiba-tiba aku terdengar pintu dikuak dari arah hujung tetapi mengapa aku tidak boleh melihatnya? Ada bunyi derapan kasut menuju ke arahku dan aku mula mengejungkan diri. Aku merasakan bahawa ada sesuatu yang sedang duduk di sebelahku sehingga posisi katil ini memberat ke sebelah. Aku juga merasakan bahawa ada sesuatu tangan yang kasar sedang mengelus pipiku perlahan. Cepat-cepat aku mengelaknya.

Tetapi pandanganku memang sangat-sangat gelap dan tidak ada sedikit cahaya pun menembusi penglihatanku.

"Honey, dah puas tidur tadi?" Ujar suara garau tersebut persis seorang lelaki. Wait, adakah seorang lelaki yang sedang berada di sebelah aku sekarang?

"Aw..awak siapa? Kenapa sa..saya ada kat sini. Kenapa tempat ni gelap sangat?" Ujarlu perlahan.

"Aku adalah seorang syaitan yang akan sentiasa berdamping dengan engkau." Ujar lelaki yang kedengaran menakutkan itu. Aku tersentak mendengarnya.

"Syai..syaitan? Awak nak apa dari saya? Kenapa awak culik saya?" Ujarku dengan nada yang terketar-ketar.

"Sebab kau adalah nyawaku...nyawa kau l, nyawa aku juga. Jadi kita terdiri daripada jiwa yang sama. Dekat mana ada engkau, di situ ada aku." Ujarnya sambil membisik ke arah telingaku. Aku mula tidak memahami apa yang ditutur olehnya.

"Apa maksud awak saya tak faham?" Soalku.

"Kau akan faham nanti.." Ujarnya.

"Kenapa tempat ni gelap sangat? Apa yang awak nak dari saya?" Ujarku

"Kau dah buta.." Ujarnya. Buta?!! Tak..tak..aku rasa mungkin dia cuba untuk menipuku. Mana mungkin secepat itu aku mengalami buta.

"Aw..awak bohongkan?" Soalku.

"Aku tak tipu kau. Kalau kau tak percaya aku boleh buktikan.." Ujarnya lalu membukakan ikatan pada tanganku. Aku merasakan tanganku sudah bebas seperti sedia kala.

"Aku nak kau jalan kat sekeliling kau dan cari mana cahaya tu." Ujarnya.

Aku mula turun dari katil dan mula berdiri statik. Aku tidak tahu mahu melangkah ke arah mana disebabkan kawasan ini terlalu gelap bagiku. Aku mula berjalan terhuyung-hayang dan mencari objek berdekatan denganku untuk menstabilkan diri. Aku merasakan bahawa aku sudah berjalan jauh tetapi satu cahaya pun tidak aku temui. Aku terlanggar sesuatu objek menyebabkan aku hampir rebah. Belum sempat aku rebah, ada sesuatu tangan yang mekar segera menahanku daripada jatuh.

"Aku sudah cakap tapi kau langsung tak percaya." Ujarnya.

"Aw..awak.." Ujarku dengan menahan air mataku.

"Adakah saya betul-betul buta?" Soalku perlahan.

"Ya.." Jawabnya.

Aku mula menangis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience