Chapter 10

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.10 EH!?

Ani POV

Geram pula aku bila Olyn panggil aku 'mommy' tadi. Tapi disebabkan dia tengah kepenatan , aku maafkan juga. Yasmin masih tertawa walaupun sudah lebih sepuluh minit. Aku menembaknya dengan death glareku.

"Dahlah Yas! Olyn dah lena dah pun. Kau still ketawa lagi" Aku meninggikan suaraku. Namun tidak didengari skuad lain kerana keadaan didalam bas ini sangat bising.

"Five minute more ," Katanya. Dia sambung ketawa.

"Ohhh , kalau kau tak berhenti ketawa , aku pindah tempat duduk dan aku akan abaikan kau sepanjang percutian ni" Yasmin membulatkan matanya.

"Okay okay , chill bruh" Yasmin membetulkan duduknya. Aku hanya mempout. "Kau pelik tak.."

Aku mengerutkan dahiku. "Pelik apa?" Tanyaku.

"Put dengan Olyn ," Aku tertarik apabila mendengar dua nama itu meluncur keluar dari mulut Yasmin. "Semalam , kau nampak Put balas senyum aku kan?" Aku mengangguk. "..and Olyn nampak macam err.. stres gila"

"Aha.." Aku mengangguk lagi.

"Kau tak pelik ke tengok dorang? Sepatutnya , yang balas senyuman aku tu Olyn , bukan Put." Aku mencari kelibat Put. Dia sedang tidur dengan kepala bersandar di tingkap di bahagian belakang bas.

"Wait , Put dah berubah jadi Put yang lama semula ke?" tanyaku. Yasmin mengangkat bahunya. "Pelik.." Gumamku.

*
*
*

Olyn POV

Aku tersedar apabila bas yang kami naiki sudah tidak bergerak lagi. Aku mengeliat di tempat dudukku.

Aku lihat rakan-rakanku turun dari bas , jadi aku juga turun. "Tak cakap pun nak singgah RnR?" Aku menguap kecil.

"Ani yang suruh singgah. Ramai yang tak sarapan tadi pagi ," Kata Yana. Aku melihat jamku. Sudah pukul 12.30 tengah hari. "Olyn , tolong kejutkan Put. Kita orang kejut dia taknak bangun" Aku mengangguk kepalaku.

Bila diingat kembali , memang tadi Ani ada kata dia nak kejut aku bila dah sampai RnR. Oh yalah! dia ada sebut RnR! Haih.. Aku menepuk dahiku. Makin lama makin pelupa pula aku ni. Bahaya betul.

Aku naik bas kembali. Driver kami tiada ditempatnya. Mungkin sedang makan. Aku melihat Yasmin , Ani dan Aleeya masih berada didalam bas.

"Korang taknak pergi makan ke?" Mereka bertiga mengalihkan pandangan mereka ke arahku.

"Eh , Olyn? aku ingat kau still tidur" Kata Ani.

"Aku dah bangun dari tadi. Korang buat apa dekat sini? Kenapa tak turun lagi?" Tanyaku. Pelik melihat mereka yang sedang berkerumun di tempat Put.

Mereka bertiga tersengih. "Tengok ni.." Aku mendekati Put. Put sedang tidur dengan ibu jari di dalam mulutnya. Aku tergelak perlahan. Beberapa ketika , tawaku pecah menjadi kuat. Yasmin , Ani dan Aleeya turut tertawa bersamaku.

Aku smirk kecil. Aku mengambil telefon bimbitku. "Apa kau nak buat ni Olyn?" tanya Yasmin. Aku menyuruhnya senyap.

"Bagus , Olyn.." Ani terkikih.

Aku mengambil satu gambar Put berseorangan. "Okay , kita selfie ramai-ramai pulak ," kataku. Aleeya dan Ani berdiri di belakang tempat duduk Put. Yasmin pula duduk disebelah Put. Aku berdiri di sebelah tempat duduk Yasmin.

"Say three...."

"Three" Kami berempat menukar-nukar gaya.

"Why three?" tanya Aleeya. Aku mengangkat bahuku. Setelah mengambil banyak gambar. Aku meminta izin kepada mereka untuk mengejut Put.

"Tak apalah , Olyn. Biar aku yang kejutkan Put , ya?" Kata Yasmin. Aku memandangnya dengan pelik.

"Tak apalah. Aku boleh kejut dia" Kataku.

"Apa kata , biar Aleeya yang kejut dia" Kata Aleeya pula. Aku dan Yasmin memandangnya secara serentak.

"Aku boleh kejut dia ," Perkataan itu keluar dari mulut aku dan Yasmin. Kami bertiga saling berpandangan.

Walaupun kami memasang senyuman , namun aku dapat rasakan ketegangan disekitar kami.

"Ah , sudah.. Biar aku yang kejut dia" Kata Ani. Caranya seperti takut akan berlaku tikam-tikaman dan tarik-tarikan tudung antara kami bertiga (Whatta? xD). Aku menarik diri daripada pertandingan jelingan tajam ini lantas turun dari bas.

Bukan kerana marah , tapi kerana perut aku sudah berkeroncong kelaparan. Aku menuju ke arah skuad KRS yang sedang makan di sebuah meja panjang.

"Put mana?" Tanya Yaya.

"Ani tengah kejut ," Kataku. "Aku pergi order makanan kejap. Lapar duh" Aku tersengih. Aku berjalan ke kaunter untuk memesan makananku.

"Kak Olyn! Nak ikut!!" Ain mengejarku. "Saya pun belum order makanan lagi , kak.." Dia tersengih menunjukkan barisan gigi putihnya.

"Eh? Ain turun saing dorang kan? Kenapa tak order dulu?" Tanyaku.

"Tadi saya tak lapar. Tapi bila Kak Olyn datang , tiba-tiba rasa lapar pulak" Nadiha terkikih. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

Kami memesan makanan kami pada seorang wanita pertengahan baya. Dia nampak betul-betul seperti ibuku , tapi yang ni chubby versionlah. Setelah memesan , kami kembali ke meja. Aku mengambil tempat kosong di sebelah Adilla.

"Aleeya mana , kak?" Tanya Adilla.

Aku memandangnya. "Dekat dalam bas dengan Ani dan Yasmin" kataku. Adilla menganggukkan kepalanya.

Beberapa ketika kemudian , makananku dan Ain sampai. Aku membaca doa makan lalu menyuap makanan itu ke dalam mulutku.

"Kau order apa , Olyn? Nampak sedap" tanya Engku.

"Mee Claypot" Jawabku ringkas.

"Apa kelepot?" Tanya Faezah. Squad KRS tertawa besar.

"Bukan ke-le-pot , tapi claypot. Mee Claypot. Mee yang dimasak dalam claypot ni" Aku menahan tawaku.

"Oh , sorry lah , aku ni orang jawo , semua aku dengar jadi jawo" Faezah tersengih.

"Macam-macam lah" Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali dengan perlahan.

"Olyn , aaaa" Nad mengangakan mulutnya. Aku memutarkan mataku playful dan mengikut arahannya. Aku menyuapkan Nad meeku. "Sedapnya! Rugi kita tak order mee claypot ni tadi , Yana!"

"Kau lah , aku ajak order makanan yang kita belum pernah try lagi kau taknak. Nak jugak makan nasi ayam penyet" Yana hanya memberi flatstarenya. Nad mempout.

Aku lihat Put berjalan ke arah kami. Dia mendahului Ani , Yasmin dan Aleeya. Put duduk di sebelahku.

"Ssup ma fren!" Dia mengangkat-angkat keningnya.

"Eww , drool" Aku menunjuk pipi Put dengan jijik.

"Haa!? Mana!?" Put meraba wajahnya dengan panic.

"Just kidding" Aku menyuap mee ke dalam mulutku dengan selamba. Aku yakin Put sedang memberikan death glarenya kepadaku sekarang. Tawa skuad pecah lagi. Mereka suka melihat aku insult Put. Seperti sebelum-sebelum ini.. Haih..

Put tersengih melihat makanan.

"Sebelum kau cekut mana-mana makanan , aku nasihatkan kau pergi basuh ibu jari kau dulu. Aku nampak apa yang kau buat dengan ibu jari kau dalam bas tadi.." bisikku di telinga Put.

Matanya membulat. Dia cepat-cepat bangun dan menuju ke arah singki.

Haha , funny..

*
*

Normal POV

Perjalanan diteruskan semula setelah satu jam diperhentian. Olyn tersengih-sengih di tempat duduknya. Dia bermain telefon bimbitnya tanpa menghiraukan orang lain.

Apa hal dengan Olyn tu? Fikir Put. Dia mengangkat kening kanannya. Put merasakan getaran pada telefon bimbitnya.

2 messages from Platun KRS 2015

Put membuka message itu dengan curious. Dia wonder , siapakah yang menghantar message tersebut.

"EH!?"

Matanya terbeliak apabila melihat gambar dia sedang tidur dengan ibu jari di dalam mulut. Satu bas riuh dengan gelak tawa. Dia melihat nama penghantar message itu.

"OLYN!!!!!!"

"Imma sorry , bruh!!"

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience