Rezeki

Drama Series 421991

"Kenapa makin kurang lemak je ni?", soal Arif sewaktu kami berpelukan sambil menonton wayang. Kami duduk di barisan paling belakang dan sengaja aku pilih beanie plex kali ini. Tangannya meraba sisi badanku sambil mencubit cubit kawasan perut dan pinggang, kemudian beralih pada lengan.

"Ye ke?"

"Dah kurang lemak ni yang", tambahnya. Arif memang gemar memicit micit dan mencubit lemak tambahanku. Kadangkala selamba je dia gigit gigit jika aku tengah sedap tidur.

"Tak lalu makan. Rindu abang", bisikku mengucup bibirnya. Kesah apa... gelap kan?

"Rindu sangat ke ni? Sorry la, kali ni kena extend lebih seminggu. Nina Elske gatal gatal kulit lepas scene masuk dalam paya", terang Arif selepas bibir kami terpisah.

Aku memeluk Arif erat, "Takpe. Yang penting abang ada sekarang ni. Nina tu menggatal tak dengan abang?". Aku tau reputasi Nina, bintang terkenal yang naik namanya secepat roket, cantik putih merah orangnya tapi caranya salah. Malah boleh akan menjatuhkannya satu hari nanti.

Arif tersenyum penuh makna walaupun gelap panggung, aku nampak kerana ada biasan cahaya. Sah! Nina Elske cari pasal dengan aku. Susah betul kalau bekerja dengan perempuan yang nampak mahal tapi sebenarnya murah.

Aku melepaskan pelukan, menolak tangan Arif yang merangkulku dan duduk memandang layar panggung. Sakit hati dengan senyuman Arif.

"Abang kan ikut cakap sayang. Jangan tidur sorang sorang , nanti pontianak yang namanya Nina datang. Abang takut la. Dari awal lagi, abang dah minta Zal jadi roomate", bisik Arif di telinga. Aku tersenyum, thanks Zal - I owe you. Memang Zal yang jadi spy aku kali ini. Dia tak tahu hubungan peribadi antara aku dan Arif.

"Pernah juga dia ketuk pintu kami tapi abang buat buat tak dengar, terus tarik selimut. Bila dia nampak Zal yang buka pintu terus dia balik bilik", tambah Arif merangkul aku kembali. Tangannya tanpa lengah menyusup masuk ke dalam bajuku.

"Gatal dia tu. Semua pengarah dia nak rasa. Murah sangat", gumam aku kemarahan. Aku pun membalas perbuatan Arif di tubuhnya.

"Sayang, marah kat Nina cukup la. Jangan la adik abang jadi mangsa", bisik Arif menahan tanganku yang beraksi di luar seluarnya. Ramasan pada payudaraku pun turut terhenti.

"Sorry abang. Tak sengaja". Aku berhenti dari terus menguli dan melentukkan kepala di bahunya. Mata kami terpaku di skrin namun aktiviti tangan terus aktif.

Tadi sebelum ke panggung wayang, aku menjemput Arif di lapangan terbang. Dia baru tiba dari Makasar. Aku tau dia penat tapi aku tak peduli, dia pernah berjanji anything for you baby. Filem yang kami sedang tonton ini akan ditukar dengan filem lain. Dan waktu tayangan pun dah semakin berkurang, semuanya gara gara nak juga Arif di sisi. Nak menonton seorang, tak best.

"Jom kita balik.." bisik Arif sambil mencium kepalaku berkali kali.

"Nanti la, ada lagi setengah jam. Nak tau ending", pintaku walhal dah tau pengakhirannya cuma nak merasai sendiri keterujaan. Mana sama cerita dari bebenang dengan tonton sendiri. Aku beralih posisi dan berpeluk tubuh kononnya untuk mendapatkan konsentrasi.

"Jom la sayang", bisik Arif mula mencium pipiku kemudian turun ke leher. Buah dada aku dicekup dari luar, dah takde menyelinap dalam baju.

"Sabar la. Takkan lari gunung dikejar", balasku berbisik menolak tangannya.

"Masalahnya sekarang bukan kejar gunung. Dah tak tahan, siapa suruh usap usap dari masuk cinema tadi lepas tu tinggal", ujar Arif merajuk. Aku ketawa kecil.

"Jom sayang,  I want you to love me now. But not here", katanya bila aku tersenyum nakal.

*****

"Sayang tak payah masuk opis hari ni ye...", rayu Arif bila aku keluar dari toilet, berkemban dengan kepala berbungkus tuala. Aku merenung dia, tahu dah dia belum puas bermanja.

Tuala di kepala aku longgarkan dan aku guna untuk mengesat rambut perlahan lahan. Tuala terikat di tubuh turut sama melonggar dan melorot jatuh. Aku mengenyitkan mata pada Arif dan melangkah ke almari. Pantas Arif bangun dari baring dan menarik tanganku.

"Kan dah ada Naimah dengan Man sekarang. Biarlah diorang buat kerja. Kita monitor dari rumah", ujar Arif menarik aku ke atas katil dan mula menggomol. Hahhh.. ikan dah terpedaya dengan umpan.

"Rindu sangat ke ni?", soalku seolah aku tak la sangat sangap macam Arif. Kalaulah Arif tau yang sebenar, mati aku dikerjakannya.

"Mesti la. Lebih tiga puluh hari abang simpan air tau", ujarnya menghentikan penjelajahan sebelum meneruskannya semula manakala aku menghantar mesej pada Naimah akan ketidakhadiran aku ke pejabat dan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan kemudian bersama melayari bahtera.

"Let me cook today", kata Arif menepuk punggungku ketika aku menonggeng mengambil pak choy dari dalam peti sejuk. Pedih kulit pungggung aku. Sengaja la Arif tu, dia yang tak bagi aku pakai seluar cukup hanya t-shirt jika di rumah dia. Tapi tidak di rumah sewaku, ada Aedy.

"Sakit la bang", rungutku menggosok tempat yang ditepuk tadi, mendekati Arif yang sedang mencari sesuatu dari dalam kabinet.

"Memang la sakit, dah kurang lemak. Nasib baik, yang ni masih sama", balas Arif sebelah tangan meramas buah dadaku sementara sebelah lagi mengambil bungkusan bihun.

"Hei... sempat lagi tu", jeritku sambil menepis dan berlari ke ruang tamu, menarik langsir serta membuka tingkap memberi udara luar masuk.

"Good wife. Dengar cakap suami. Only white shirt. Ikut hati tak nak bagi pakai apa apa. Tapi karang ada pula paparazzi dapat gambar bogel isteri abang", kata Arif dari dapur. Ala.. bukan jauh pun ruang tamu dan dapur. Aku dengar satu persatu tiap katanya.

"Sshhhh... cepat masak. Dah lapar ni", balasku kegeraman dengan perangai gatal Arif yang datang sesekali dan badannya yang hanya ditutupi boxer ketat. Mengundang betul.

Aku duduk di kerusi tinggi melihat Arif bergerak pantas menyiapkan bihun goreng cara kampung. Cara mak mak kami masak, sama saja dah satu susur galur. Aku menahan  lapar, bau tumisan menambat selera lalu aku kenyangkan dengan menjamu mata melihat Arif. Itu kan satu pahala. Belum lagi pahala nak sentuh sentuh selepas makan nanti, tak pun suap suap bihun goreng.

Telefon aku berdering di tingkat atas. Pasti mak atau hal yang penting kerana aku dah beritahu Naimah yang aku tak mahu terima apa apa panggilan dari pejabat. Dia dah bekerja hampir enam bulan dengan kami, dia dah masak dengan cara aku dan Arif. Man baru habis tempoh percubaan. Tapi mungkin juga ejen insurans atau scammer.

Aku menjawab panggilan telefon sambil menuruni tangga. Arif memandang aku dan memberi isyarat muka bertanya siapa. Aku letakkan jari di bibir. Aku terus ke ruang tamu, meja kerja Arif lalu mencatatkan maklumat yang aku dapat di kertas Stick On Note.

Arif memeluk aku dari belakang sebaik aku memutuskan panggilan. "Siapa sayang?"

"Tv station", jawabku ringkas, melepaskan pelukannya dan berpusing ke belakang. Aku masih dalam keadaan terkejut sebenarnya.

"Tv station? Why?", soal Arif dengan penuh tanda tanya. Tak pernah aku  berurusan sendiri dengan mana mana stesen tv selama ni. Semuanya Arif yang lakukan. Dia pengurus, dialah pengarah dan dia juga mencari projek untuk menjana pendapatan syarikat.

"Hari tu saya ada cuba nasib untuk jadi pembaca berita. Hari ni diorang call kata dapat", kataku perlahan masih tak percaya dengan berita yang baru aku terima. Ramai calon calon lebih bagus dariku ketika itu. Lebih langsing dan bergaya tak payah cerita la.

"Congrats sayang. We should celebrate it. Dengan Joy n Aedy. Bila start?", ujar Arif gembira. Dia yang terlebih lebih dari aku. Dipeluknya aku sambil melompat lompat macam anak kecil dapat aiskrim... ha, macam aku dulu dulu la.

"Esok diorang suruh datang. Ada fews thing to do before on air, in one month time. Ada classes katanya", nyataku berdebar. Mana taknya dah la aku ni masih terkejut, Arif ajak melompat pula.

"Glamour la wife abang lepas ni. Jangan lupakan suamimu ini ye sayang", usik Arif mencium pipiku. Masam mencuka wajahku bila Arif berkata demikian.

"Apa la bang ni. Saya baca berita je la, mana glamour pun", bidasku. Mengarut je laki aku ni tau. Arif ketawa gembira. Aku mula mengetap bibir memikirkan sesuatu yang nakal.

"And.. mana boleh lupa Tuan Arif Fahmi yang menyayangi Nura Lisa dari kecil. Tuan Arif Fahmi yang pandai memikat Nura Lisa sampai Nura Lisa tak lena tidur malam jika tak dapat bau badan Tuan Arif Fahmi", bisikku menolak Arif Fahmi perlahan lahan ke dinding sambil mengucup bibirnya rakus. Kedua pergelangan tangannya aku pegang dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menolak turun satu satunya pakaian yang tersarung di tubuh Arif. Bihun, kejap lagi aku makan kau ye. Sekarang aku nak makan Arif Fahmi dulu.

Aku menyiapkan hidangan selepas membersihkan diri. Arif masih lagi di atas, katanya ada sesuatu yang dibeli untuk aku di lapangan terbang. Bihun goreng telah siap diletakkan dalam pinggan lebar, cili potong bersama kicap dalam mangkuk kecil dan telur mata goyang di dalam piring. Air lemon madu sejuk turut dihidangkan bersama.

"Bang... lambat lagi ke? Lapar ni", jeritku dari dapur. Suka hati je menjerit padahal jika cakap macam biasa pun, Arif boleh dengar.

"Kejap", balas Arif menuruni tangga. Aku yang sudah duduk terus menuang air dan menyenduk bihun ke dalam pinggannya.

"Mintak jari", pinta Arif dan aku hulurkan tangan kiri.

"Kanan la sayang". Lalu kuganti dengan tangan kanan.

Cincin emas putih yang diberi selepas sebulan kami bernikah ditanggalkan dan disarungkan cincin bertatahkan berlian. Aku terkesima.

"Untuk apa?"

"Lebih sesuai untuk memberitahu orang di luar sana bahawa Nura Lisa sudah dimiliki". Aku tak tahu samada perlu ketawa atau menangis. Cincin berlian tak pernah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti akan tersarung di jariku.

"Yang ini, sayang pakai untuk pergi stesen tv esok ye". Sekotak pewangi berasaskan mawar diberikan padaku. Aku tau harganya sebab aku pernah guna telefon Arif untuk melayari laman membeli belah secara online ketika menunggu Arif bermesyuarat. Mesti dia tengok history layaran aku.

"Abang... tak perlulah". Seronok bila dapat hadiah tapi malu tetap ada, walaupun suami yang beri.

"Ni tanggungjawab abang sayang. Abang suka tengok sayang cantik dan wangi. Rasa tak puas memandang", pujinya membuatkan hatiku berbunga bunga.

"Tapi macam mana dengan kerja saya kat syarikat abang?".

Ahhh.. Arif ni suka sangat buat aku tak keruan.

Share this novel

Nurul Abdullah
2019-11-30 23:07:41 

tgk tajuk ingatkan rezeki dpt anak

UdangGalah
2019-11-30 22:56:06 

Wah.. di alam lain dah ni.. Menandakan konflik lain pulak nak masuk. Biasa pembaca² berita ni naik dari bawah jugak kan, jadi pembaca berita terkini 2-3 minit dulu, jadi tukang wawancara dulu, baca berita pagi atau tgh hari atau tgh malam yg kurang penonton dulu. pastu baru la berita jam 8. tapi kalau astro awani n bernama tv, lagi banyak time² beritanya.

Hani
2019-11-30 22:26:27 

much loveeeee.. ❤


NovelPlus Premium

The best ads free experience