Seminggu Fea ke kuliah dihantar dan dijemput oleh Taylor. Selama itu jugalah mereka tak ubah seperti teman. Mereka sudah boleh berborak dan bergurau. Sesekali kedua rakan Fea ikut serta. Saat itu juga mereka akan singgah makan di mana-mana gerai sebelum pulang.
Fea berasa senang bila Rey menerima syaratnya asalkan dia pergi dan balik dijemput oleh pembantu peribadinya.
Skuter Fea sudah siap dibaiki. Dalam tempoh itu juga, Fea diterima bekerja disebuah kedai bakery dan pastry. Sebelum diterima bekerja, dia perlu menjalani beberapa ujian.
Fea perlu membuat cupcake dan nyatanya itu adalah memang kepakarannya. Kemudian, dia diminta untuk melepa kek dalam masa yang diberikan. Dia juga berjaya walaupun kerjanya kurang kemas, namun mampu melakukannya. Fea juga harus membuat roti mengikut resepi yang telah diberikan. Namun, markah yang diperolehnya sedikit rendah. Fea tidak cepat putus asa. Dia yakin, saat bekerja disitu nanti, lambat laun dia akan mahir.
Khidmat Taylor sudah tidak diperlukan lagi. Tapi, sesekali dia akan terserempak juga dengan Taylor kerana lelaki itu sering keluar masuk mansion Rey kerana ruang kerja Rey berada di tingkat 2.
***
Sebulan Fea bekerja di kedai Amore Bakery. Namun wangnya masih tidak mencukupi untuk membiayai kos baiki kereta Drake.
"Fea" sapa Rey yang menjengah di muka pintu bilik anak gadisnya.
"Boleh papa masuk?" pintanya.
"Masuklah" Fea bangun dan bersandar pada katil.
"Sehari dua ni, papa tengok Fea tak ceria. Kenapa? Penat ke?" Rey melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan Fea.
Dia faham situasi anaknya itu. Pagi anaknya pergi kuliah sampai petang, kemudian tanpa pulang ke rumah, anaknya itu terus ke kedai bakery untuk bekerja. Dia melihat pun sudah penat, apatah lagi anaknya sendiri yang menanggungnya.
"Tak papa. Fea tak penat kerja dekat situ. Ehemm, pembetulan. Tipulah kalau Fea cakap tak penat. Memang penat, balik kuliah terus kerja." Fea mengeluh.
"Fea seronok kerja disitu. Fea dapat timba banyak pengalaman dan pengetahuan. Fea belajar berdepan dengan orang awam, Fea dapat kawal perasaan takut Fea, Fea rasa selesa. Tapi..."
"Tapi?" Rey menjengah memandang wajah manis Fea.
"Fea belum dapat kumpul duit untuk baiki kereta abang" rengek Fea lantas meraup wajahnya kesal.
Rey terkekeh ketawa.
"Papa!" Fea merajuk dengan tawa Rey. Dia merasakan dirinya diajuk dan tersindir.
"Berapa baki yang belum cukup tu, biar papa tambah" suara Rey tenang.
"Tapi papa, Fea nak banggakan abang, baiki kereta abang Drake dengan hasil titik peluh Fea sendiri." rengek Fea sedih.
"Tapi duit Fea belum cukup" celah Rey.
"Fea tahu.." jawabnya sedih.
Rey menggenggam tangan Fea lembut.
"Kalau Fea tak keberatan, boleh papa bagi cadangan?"
Fea menoleh memandang Rey.
"Apa kata Fea kerja dengan papa. Sambil tu, Fea boleh belajar sikit-sikit pasal company kita." cadang Rey. Dia berharap sangat anak gadisnya itu bersetuju dengan cadangannya.
Fea terdiam.
"Fea kuliah seperti biasa. Habis kuliah, Fea bantu papa di ruangan pejabat di bawah. Tak perlu pergi ke office pun. Papa bayar gaji Fea 3 kali ganda dari gaji yang Fea dapat sekarang ni. Boleh Fea biaya kos baiki kereta Abang Drake tu nanti."
"Boleh ke macam tu? Bakery macam mana?" soal Fea keliru.
"Gaji untuk bulan ni dah dapat kan?"
Fea mengangguk.
"Baiklah, Fea hantar je surat resign. Alasan nak tumpukan pada pelajaran sebab tak lama lagi nak exam. Lagipun, Fea cuma kerja sambilan je disitu, bukan kerja tetap. Jadi semua tu takkan ada masalah."
Apa yang dikatakan Rey ada benarnya.
"Betul papa nak Fea bantu papa?" tanya Fea untuk terakhir kali.
Rey mengangguk.
**
Seperti yang dijanjikan, Fea telah pun menghantar surat perletakkan jawatannya. Dia memberi alasan sama seperti yang Rey cadangkan. Dan dia bersyukur sangat kerana surat perletakkan jawatannya disambut baik oleh majikannya.
Setelah pulang kuliah, Fea tak perlu lagi bergegas ke Bakery. Tak perlu lagi risau kerana lewat masuk kerja. Sekarang dia sudah bekerja dengan Rey. Setelah pulang kuliah, dia boleh mandi segarkan diri dahulu sebelum mambantu Rey di ruangan pejabat.
Disitu juga ada Taylor, selaku pembantu peribadi papanya. Rey menyuruhnya belajar dari Taylor kerana lelaki itu bijak dalam dunia perniagaan walaupun usianya masih muda.
Banyak ilmu yang dia peroleh dari Taylor. Dia juga sudah mahir mengenai selok belok perniagaan hartanah yang diuruskan oleh Rey.
Genap sebulan dia bekerja, dia sudah mampu membayar kos baiki kereta Drake dan itu mampu membuat Drake sedikit kagum walaupun mereka masih belum berbaik.
Beberapa bulan Fea membantu Rey di pejabat sebelum dia terpaksa menarik diri buat seketika kerana harus menumpukan pengajiannya. Dia perlu dapatkan keputusan yang cemerlang untuk pergi ke tahap yang lebih baik iaitu peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Hubungannya dengan Taylor juga semakin rapat. Sesekali Della dan Fiona juga dijemput datang ke mansion ketika mereka membuat acara makan-makan.
Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Fea, Fiona dan Della terpaksa berpisah. Fea menyambung pengajiannya di Paris dalam jurusan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa. Della pula menyambung pengajiannya di University di London manakala Fiona pula menyambung pengajiannya di kampung halamannya sendiri, Ireland.
Walaupun ketiga mereka terpisah, namun mereka tetap Skype jika berkelapangan. Jadi, hubungan mereka tidak langsung terasa renggang dan berjauhan. Masing-masing mahu capai cita-cita dan impian. Jadi, mereka harus berkorban untuk seketika.
***
"Kami takkan jual hotel ni! Berapa kali harus kami katakan, yang kami takkan jual harta turun temurun keluarga kami" bantah Eldon keras.
"Tuan Eldon, sampai bila Tuan mahu pertahankan hotel yang sudah usang ni? Jual saja pada kami dan biar kami bangunkan kawasan ni. Kami akan beli dengan harga dua kali ganda dari harga tanah semasa." pujuk Drake.
Bamm!!! Eldon menumbuk meja kuat.
"Keluar!" radangnya.
"Atuk" seorang lelaki datang menghampiri Eldon saat suara lelaki tua itu lantang memarahi dua orang pekerja hartanah yang mahu membeli tapak hotel mereka dan mahu merobohkannya.
"Masih tak faham bahasa lagi ke, keluar sekarang sebelum saya panggil polis" ugut lelaki itu keras.
Drake dan pembantunya Hardin meluru keluar dari hotel berkenaan.
"Tak guna! Kita dihalau bagai sampah! Aku janji, aku akan datang lagi. Dan saat itu aku akan pastikan, tapak dan hotel ni jadi milik kita" suara Drake yakin.
Ed memandang keluar. Dia sekadar mahu pastikan kedua pekerja hartanah itu sudah pulang.
"Sudah berapa kali Ed cakap pada atuk, jangan dilayan mereka semua. Masuk kali ni, sudah tiga kali mereka datang minta atuk jual tanah ni pada mereka. Atuk jangan risau, selagi Ed ada, Ed akan pertahankan hotel kita ni. Ed akan cari duit dan upah orang baiki hotel kita supaya nampak lebih menarik"
Eldon rasa bersemangat bila mendengar janji cucunya itu. Dia yakin, cucunya itu pasti berjaya tunaikan hasratnya.
"Apa yang kecoh-kecoh tu? Aku dengar suara atuk El sampai luar tau. Nasib baik tak ada pelanggan yang datang" seorang wanita muncul dari arah pintu masuk utama hotel.
"Fi, awal kau datang. Tak ada kuliah ke hari ni?" tanya Ed yang baru keluar dari bilik persendirian dimana Atuk Eldon sedang berehat.
"Kelas habis awal hari ni. Dekan ada urusan mendadak. Aku tak tahu nak buat apa, aku teringatkan kau, jadi aku datang la sini" suaranya lagi. Wanita itu duduk di kaunter lobby. Dia mengeluarkan laptopnya lalu memghubungi seseorang.
Ed sudah lali dengan karenah sepupunya ini. Fi sering menghubungi teman rapatnya melalui Skype.
"Hai Fi" sapa dua rakan dari sebelah sana.
"Fea, Del, korang apa khabar? Lama aku tak dengar berita korang berdua, rindunya" Fiona meluahkan isi hatinya. Sudah hampir 3 tahun mereka tidak berjumpa secara bersemuka. Dia rindukan masa mereka di zaman kuliah dulu.
"Aku pun rindu dekat korang berdua." suara Fea dengan nada sebak.
Ed yang berada tidak jauh, curi-curi mendengar dan mengintai perbualan tiga sahabat itu.
Dari tempatnya duduk, dia dapat lihat wajah kedua sahabat sepupunya.
Fiona sering ke sini dan selalu menghubungi dua rakannya melalui Skype sehinggakan dia juga mengenali mereka berdua secara senyap.
Suasana seketika jadi suram.
"Taylor bagaimana sekarang? Masih bekerja sebagai pembantu peribadi papa kau ke?" soal Della cuba menukar topik perbualan.
"Ya, masih sama seperti dulu. Tapi korang jangan pandang rendah pada dia. Dia bukan calang-calang pembantu tau. Dia antara pekerja kesayangan papa aku. Kerja dia lebih bagus dari abang aku." cerita Fea mengenai perkembangan Taylor yang pernah menjadi pemandunya dalam tempoh seminggu dulu.
"Wah.. kau biar betul Fea, sampai macam tu sekali?" Fiona seolah tidak percaya.
"Menurut apa yang papa aku cerita, macam itulah. Baguslah kalau papa aku ada pekerja yang boleh dipercayai. Bukan macam abang aku tu" Fea masih kesal dengan sikap Drake terhadapnya. Langsung tidak pernah berubah. Dia masih dianggap orang asing di dalam keluarga Reynard.
Bersambung...
Adakah Drake akan menerima Fea sebagai adiknya? Bagaimana cara Fea mahu dekat dengan Drake sedangkan apa saja yang dilakukan serba tidak kena dimata abangnya.
Share this novel