Bab 5

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa berjalan jalan di gerai yang berdekatan dengan pantai.Ada pelbagai jenis barang di sana contohnya baju t shirt,alat kemas dan barang barang yang boleh dijadikan oleh oleh.

Elysa melihat buku buku yang dijual disitu.Comel sangat hiasan buku tu.Itulah kegemaran Elysa.

"Hai!Awak Alysa kan."sapa seseorang tiba tiba. Elysa tersentak.

"Eh!Taklah.Saya Elysa,adik kembar Alysa."balas Elysa.

"Oh!Macam tu."gadis itu kelihatan kecewa.

"Awak ni siapa?"tanya Elysa ingin tahu.

"Saya Mira adik kepada kawan dia."jawab Mira.

"Siapa kawan dia tu?"tanya Elysa lagi.

"Hazirah.Dia kakak saya."balas Mira.

"Oh!"

"Macam mana keadaan Alysa sekarang?"tanya Mira.

"Awak tak tahu pasal Alysa ke?"pertanyaan Elysa dijawab dengan gelengan.

"Dia dah meninggal 6 bulan yang lalu akibat kemalangan jalan raya.Tak kan awak tak tahu?" jelas Elysa.

"Saya memang tak tahu sebab selama ni saya belajar di luar negara.Yang saya tahu si Alysa tu ada masalah."balas Mira membuatkan Elysa tergamam dengan ayat terakhir Mira.

"Masalah?boleh awak ceritakan?"tanya Elysa ingin tahu.Mira menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Tak boleh cakap kat sini.Kita pergi sanalah. Kurang sikit orang."Mira menunjukkan jari telunjuknya ke arah yang kurang orang.

"Okey."

Mereka berada di bawah pohon pokok yang redup.

"Apa maksud awak Alysa ada masalah?"tanya Elysa memulakan pembicaraan.

"Alysa pernah pergi London kan?"tanya Mira pula.

"Ya.Dia cakap dia nak jumpa kawan sebab rindu." jawab Elysa.

"Sebenarnya dia datang nak jumpa saya dan kakak saya.Dia ada beritahu kami dua sesuatu." kata Mira.

"Beritahu apa?"tanya Elysa.

"Sebelum saya beritahu awak,awak ada perasan benda pelik pada Alysa ke?"tanya Mira pula.Elysa berfikir sebentar.

"Oh ye!Baru saya ingat.Setiap malam dia akan mengigau lepastu dia akan cakap 'sebab awak' lepas kami suruh dia tidur,paginya dia akan berada di tempat yang berbeza.Contohnya dia akan berada di lantai ruang tamu sedangkan dia tidur di bilik."jelas Elysa panjang lebar.

"Lepastu awak dan keluarga buat apa?"tanya Mira.

"Kami panggil ustaz lepastu kami buat bacaan yasin beramai ramai.Selepas tu dah tiada lagi kejadian macam tu sampai suatu hari.."Elysa kelihatan berat hati untuk meneruskan ayatnya.

"Sampai suatu hari?"Mira masih ingin tahu.

"Alysa sering termenung lepastu suatu malam dia bertengkar dengan mama dan papa.Dia cakap perempuan tu dah datang.Entah perempuan mana entah?Mama dan papa cakap dia berkhayal. Selepas kejadian pertengkaran tu Alysa keluar dari rumah dan.."Elysa terberhenti sekali lagi.

"Kemalangan?"tanya Mira.Elysa mengangguk.

"Awak tahu tak,dia cakap pasal benda yang sama masa saya dan dia berjumpa."sambung Mira.

"Pasal perempuan tu?"tebak Elysa.Dibalas Mira dengan anggukan.

Mira mula mencerita apa yang telah terjadi semasa di London dulu.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience