“Ok, itu maksudnya kau pun suka akulah?"
“Hurm..." sejurus itu bibir mungil Hanis meletuskan tawa. Tidak sangka pula Ken mengiyakan juga apa yang dia guraukan tadi itu. Terasa macam dalam cerita novel pula, padahalnya tidak.
Air matanya yang mengalir akibat gelak terlampau dia kesat. Kenapa dari tadi dia asyik kaitkan dengan kisah novel sahaja? Haha pengaruh mungkin. Ken tersentak.
Baru dia tersedar akan keterlanjurannya itu tadi. Wajah yang putih itu mula berubah menjadi merah seketika. Malu pula apabila memikirkannya kembali. Wajah yang menunduk dari tadi dinaikkan ke atas lalu matanya tepat memandang wajah bersih Hanis itu.
“Kenapa gelak?"
“Tak ada apa- apalah. Abaikan je... Hehe... Bye.. Aku tidur dulu" ucap Hanis lalu posisi badan di ubah. Sejurus itu dia sudah masuk ke dalam alam mimpi. Senang betul Hanis hendak tidur.
“Aku serius"
“Huh? Apa kau cakap tadi?" soal Hanis dengan mamai. Baru sahaja tadi dia mahu terlena tetapi terganggu dek suara garau itu.
“Aku buat kerja dulu"
“Ok.." Hanis sambung tidur semula. Wajah Hanis Ken pandang dari jauh. Keluhan kasar terlepas di bibirnya itu.
“Kenapa kau susah sangat nak faham perasaan aku, Hanis ?" ucap dia perlahan lalu dia menyambung semula kerja yang tertangguh olehnya itu tadi.
BEBERAPA jam kemudian, dia merenggangkan tubuhnya yang kepenatan itu. Pergh... Banyak gila kerja. Ni sampai ke cucu cicit takkan habis, omel Ken sendirian.
Jam tangan yang di kerling olehnya menunjukkan sudah pukul 2 petang. Itu maknanya dia sudah terlewat untuk makan tengahari dan solat zuhur.Langkah di atur menuju ke tempat Hanis tidur.
Kelihatannya wajah polos situ tidur dengan lena sekali. Agaknya apalah yang dimimpikan oleh Hanis. Tangan yang hendak di bawa untuk mengejut gadis itu terhenti saat bibir mungil itu menyeru nama kedua ibu bapanya.
“Mak... Ayah.." Hanis rindu mak ayah dia ke? Soalnya dalam hati. Belum sempat dia ingin kejutkan Hanis buat kesekian kalinya lagi, Hanis sudah terbangun.
“Maaf Ken, mesti susahkan nak kejutkan aku?" ujar Hanis sambil itu dia memisat- misat matanya itu. Mulut yang menguap segera dia tutup.
“Kau mimpi apa tadi?"
“Entah, aku tak ingat. Kenapa?" soal Hanis dengan pelik. Posisi badan yang tidur tadi dia sudah ubah kepada duduk. Nanti kalau dia terus baring ada yang kena cepuk. Buat macam bilik sendiri pula.
“Nothing, jom makan. Lepas tu kita pergi solat" ajak Ken lalu dia bangun dan pergi beredar dari situ. Hanis tersenyum.
“Ken"
“Hurm.."
“Mana bodyguard kau?"
“Aku pecat dia"
“Hah? Dia baru kerja kut... Kejam gila kau!" Ken yang mendengarnya sudah menjadi geram. Rahangnya bergerak antara satu sama lain. Lantas kaki berhenti bergerak.
“Kenapa kau nak sibuk sangat pasal dia hah?" soal Ken apabila tubuhnya sudah berpusing menghadap wajah Hanis. Hanis sudah tergelak.
“Ala... Aku saja je... Relakslahh..."
Share this novel