HUD 3

Drama Series 7888

BAB 3

Aliya cepat cepat masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Dia seolah olah tidak percaya Raid curang dengan tunangnya sendiri.

Berani kau Raid. Kalau Damia tahu ni, mati kau dikerjakannya. Aliya dari tadi tidak berhenti membebel.

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo sederhana Damia, Aliya segera menganggalkan kasut dibuka dan masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam.

Kebetulan Damia sedang berada di ruang rehat. Terkejut beruk Damia melihat Aliya yang terkocoh kocoh masuk macam perompak.

“Kau ni dah kenapa. Macam kena kejar hantu je aku tengok” soal Damia.

Turun naik dada Aliya. Nafas ditarik panjang.

“Nah kau tengok sendiri” Aliya memberikan telefonnya kepada Damia.

Semuanya gambar Raid bersama seorang perempuan entah siapa pun dia sendiri tidak kenal.

Damia menekup mukanya menggunkan dua tangan. Sungguh dia tidak percaya apa yang dia lihat ketika itu.

“Apa semua ni Liya!” tanya Damia.

“Damia. Sabar. Tadi aku...” Liya rasa serba salah pula hendak beritahu hal sebenar.

“Liya. Kau kawan aku. Aku minta tolong sangat dari kau. Tolonglah jangan nak kerohkan lagi keadaan aku dengan Raid sekarang ni. Aku malas lah nak cakap tentang ni” rayu Damia. Dia tidak dapat mengawal emosi sebak.

“Damia... apa nak jadi dengan Raid sekarang ni. Dia tak sedar ke yang kau ni tunang dia. Lagi berapa bulan je korang nak kahwin. Kau gaduh dengan dia lagi ke Damia?” tanya Liya lembut. Dia memapah Damia duduk ke kerusi.

Sekarang ni dia perlukan jawapan dari mulut Damia sendiri. Benarkah mereka berdua ada masalah? Tak serik serik betul Si Raid ni kan.

“Ye, memang aku dengan dia sekarang tengah ada problem. Aku tak tahu lah macam mana kehidupan aku lepas kahwin dengan dia nanti. Belum kahwin lagi dah buat hal, kalau dah kahwin nanti? Silap hari bulan bawa perempuan masuk rumah”

Tak berlapik langsung percakapan Damia. Straight to the point terus.

“Habistu sekarang ni dah settle belum? Kau ni pun satu Damia, ego. Ego tu jangan tinggi sangat Damia” Liya menusuk dada Damia dengan jarinya.

Damia menekur lantai. Ada benar juga kata Aliya. Kenapa ego kau tinggi sangat Damia!

---

Amri menunggu Izzat di hadapan klinik. Dia tidak sabar memberitahu kepada Izzat yang sudah pun mendapat kerja sebagai seorang doktor.

Izzat menolak pintu kaca klinik. Dia sudah lama nampak Amri menunggunya tadi.

“Ada apa nak jumpa aku ni?” tanya Izzat.

"Kau baca sendiri apa yang aku dapat ni” Amri menghulurkan sekeping surat tersebut.

Tanpa melengahkah lagi, dia terus membuka surat tersebut. Izzat terdiam seketika melihat isi kandungan surat itu.

"Amri... betul ke ni” tanya Izzat bagi mendapatkan kepastian.

“Ye Zat, aku sendiri pun macam tak percaya”

“Tahniah Amri. Aku bangga jadi kawan kau. Memang rezeki kau pun dapat kerja ni” Izzat memeluk tubuh Amri.

"Semua ni hasil usaha aku. Terima kasih juga dekat kau yang selalu bagi aku semangat”

Pelukan dileraikan. Amri tersenyum melihat Izzat. Surat tadi disimpan semula dengan rapi.

“Disebabkan kau dah dapat kerja, harini aku belanja kau makan. Apa macam, nak ke tak?” siku Amri ditolak perlahan oleh Izzat.

“Mestilah boleh”

“Ok jom” ajak Izzat.

"Eh jap. Kau boleh je ke keluar waktu begini?” tanya Amri selamba.

“Boleh je lah. Lagipun memang waktu rehat aku. Nanti aku pesan je lah dekat Shira suruh jaga klinik”

“Ouh yeke. Mana lah aku tahu”

“Ha sudah. Jom pergi” Izzat malas membuang masa di hadapan klinik itu lagi. Mereka berdua pergi ke tempat makan seperti YABG dijanjikan old Izzat.

Dari dalam, Shira hanya memerhatikan perbualan mereka berdua. Apa yang seronok sangat si Amri dengan Izzat tu? Aku mesti kena tahu ni.

---

Hafiz masih lagi dalam keadaan mabuk. Dia berjalan kaki pulang ke rumah. Semasa di atas jalan raya, dirinya terhuyung hayang. Mujur dia tidak dilanggar oleh sesiapa.

Bella yang baru pulang dari kedai membeli sayur nampak adik lelakinya itu.

“Ya Allah Hafiz!!!” jerit Bella. Basikal yang dibonceng Bella dicampakkan ke tepi jalan. Habis bertaburan semua sayur sayur ke atas tanah.

Bella terus menarik Hafiz ke bahu jalan. Nasib baik adiknya itu tidak dilanggar oleh lori pasir.

“Kau gila ke!” herdik Bella. Dia memandang wajah Hafiz.

“Kau pergi selamatkan aku kenapa! Patutnya biar je aku mati!” jerkah Hafiz.

Bella terpaksa menutup kedua dua belah telinganya. Jeritan Hafiz sangat kuat. Kau jerit kuat kuat ni boleh pecah gegendang telinga aku tahu tak! Marah Bella dalam hati.

“Kau ni tak keisankan mak dengan ayah ke Hafiz. Berubah lah Hafiz. Berubah. Penat nak ayah didik kita semua tahu tak? Tolonglah. Berubah demi masa depan kau sendiri. Kau tengok abang tu, dia dah berjaya. Kau taknak ke hidup berjaya macam dia Hafiz?” Bella berleter.

Arghhh!! Kat tepi jalan ni pun nak membebel ke Bella! Hafiz menutup telinganya. Sahaja dia memekakkan apa yang Bella kata tadi. Dia bangun semula dan mula merangkak rangkak pulang ke rumah.

Gila punya adik. Nasihat kakak taknak dengar. Biar dia. Bella berasa geram. Diangkat semula basikalnya yang dicampakkan ke tepi tadi. Sayur yang bertaburan itu pun dia mengutip semula.

Tunggu lah dia balik nanti. Ayah mesti mengamuk punya. Bisik Bella.

---

Aliya membawa Damia keluar ke kedai makan. Selesai pembayaran, mereka berdua hendak pulang.

Entah mana silapnya, Damia terlanggar bahu seseorang. Dia mengangkat kepalanya.

“Kau ni buta ke?” soal Damia.

“Cik yang langgar saya, lepastu cik nak kata saya ni buta?” jawab lelaki tersebut.

Damia berasa sangat geram. Rasa nak cekik cekik je mamat ni. Dahlah poyo. Buat salah taknak mengaku.

“Mia. Sudah lah. Minta maaf je balik. Memang kau yang salah pun” Aliya menegur dengan baik.

“Tak nak aku minta maaf dengan mamat poyo ni. Tak hingin!”

Damia menarik Aliya beredar dari situ. Malas mahu bertekak.

“Wei, sombong betul perempuan tu” tegur Izzat.

“Entahlah. Aku rasa dia yang langgar aku. Lepastu nak suruh aku pula yang minta maaf. Macam negara kita ni takde undang undang” balas Amri. Dia masih tidak berpuas hati dengan perangai Mia tadi.

Ego sangat. Berlagak lebih. Sebab itulah jadi macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience