Farah..Boleh kamu uruskan bahagian HQ? Maaflah, kalau secara tiba-tiba saja walid minta kamu tukar ke bahagian kerja lain pula. Kita tak ada pekerja di bahagian HQ sekarang..Walid cuma risau jika masalah kewangan tertangguh saja. Kamu sudah lama bekerja dengan walid. Walid hanya berharap kepada kamu saja. Pinta Haji Darus kepada Farah. Sudah seminggu mereka tidak dapat cari penganti pekerja untuk bahagian HQ.
Hanya Munirah saja yg cekap dalam bidang itu. Selepas ketiadaan Munirah, sukar untuk walid mencari penganti sebagusnya. Rajin bekerja dan ringan tulang saja dalam menjalankan tanggungjawabnya. Walid masih tidak boleh terima Munirah terpaksa berhenti kerja tetapi ia faham. Munirah memerlukan waktu rehat yg panjang. Biarlah Munirah mencari ketenangan dulu setelah apa yg telah ia lalui selama ini. Sebagai seorang bapa mentua, Walid sangat sayangkan Munirah. Dia sudah menganggap Munirah seperti anak kandungnya sendiri. Walid berharap sangat Munirah dalam keadaan yg baik dan sihat sahaja di dalam jagaan keluarganya sekarang.
Ermm..Kalau itulah keputusan yg terbaik untuk Pusat Rawatan ini.. Farah terima saja candangan daripada Haji..Untuk bahagian Setiausaha pula nanti..Haji jangan risau yee.. Farah akan carikan pekerja yg boleh take over sekejap jawatan itu. Jawab Farah sangat faham situasi apa yg walid lalui sekarang. Dia sangat hormat Walid sebagai majikannya. Walid sudah banyak menolongnya semasa ia berkhidmat dekat Pusat Rawatan ini lagi. Apa salahnya sekarang ia menolong walid kembali. Bukan senang mahu cari penganti sebagus Munirah dalam melakukan kerja. Kalau ada pun tidak akan sama dengan Munirah. Munirah pembawa aura keceriaan kepada Pusat Rawatan ini. Selepas tiadanya, Pusat Rawatan ini sunyi saja tanpa ada gelak ketawa Munirah lagi. Farah terus teringatkan diri Munirah. Seorang gadis yg sangat tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan yg menimpanya. Pemikiran Farah terus memikirkan kejadian yg menimpa Munirah pada malam tempoh hari itu. Farah sanggup pertahan maruah Munirah bila semua orang pandang hina kepadanya. Kali ini Farah sendiri yg bersuara. Dirinya sudah lama bersabar dengan tuduhan kejam ke atas Munirah.
"Maaflah..kalau saya bersuara. Saya tahu saya tak berhak masuk campur dalam urusan keluarga Haji Darus dan Hajah Fazilah. Saya cuma mahu beritahu perkara sebenar tentang sebaran gambar Munirah dengan Doktor Huzair, adik ipar saya. Sebenarnya, Munirah keluar dengan saya sekali masa itu. Saya ada rapat dengan Munirah. Yee, memang ada Huzair sekali masa itu. Kebetulan saja kami terserempak dengannya di Mall. Saya tak tahu pula ada orang curi ambil gambar secara diam sedangkan kami bertiga dan bukannya Munirah berduaan dengan Huzair saja. Setiap kali Munirah terserempak dengan Huzair, Huzair sendiri memaklumkan kepada saya. Saya bukan nak bela Huzair tapi saya kenal Huzair seperti mana orangnya begitu juga dengan Munirah. Saya kenal dengan diri Munirah. Tidak mungkin dia sanggup buat benda bukan-bukan di belakang En Azhar. Semua ini boleh jatuh fitnah sebab saya ada bukti yg menunjukkan Munirah keluar bersama saya. Beritahu Farah segalanya kepada keluarga walid dan juga keluarga Munirah. Cukuplah dia mendengar tangisan sayu Munirah ini. Farah sudah tidak sanggup lagi nak melihat semua ini di depan matanya. Jika ini adalah dirinya mungkin Farah juga akan jatuh seperti ini. Amri mengusap perlahan belakang isterinya itu. Dia faham apa yg Farah rasakan sekarang. Isterinya ini cuma 'berani kerana benar, takut kerana salah' ".
Puan Ruziah terus memperketatkan pelukan pada tubuh Munirah. Teresak saja tangisannya ini. Walid dan bonda tidak percaya apa yg mereka dengar dari mulut Farah. Jika semua ini benar maka Mira adalah orang yg cuba memutarkan cerita dalam hal ini. Mereka tidak menyangka Mira sanggup berbuat begini kepada Munirah sedangkan Keluarga mereka baik sahaja melayan Mira sudah seperti anak mereka sendiri. Mira yg mendengar semua terus rasa panas hati. Segera dia bangun untuk menyerang Farah pula kali ini.
"Ehh..Kau siapa ehh nak masuk campur dalam rumah tangga orang?? Kau sedar tak kau tu hanya pekerja saja? Wahh..bukan main kau nak bela dia ehh..Jangan nak berlakon sangatlah. Nak menegakkan kebenaran konon padahal nak 'menegakkan benang yg basah' Aku kenal lah dengan Munirah ni.. Di depan saja soal baik..Herghh di belakang bukan pijak gajah pun tak mampus. Sudahlah..aku malas nak dengar drama ini lagi. Apahal ehh semua nak risaukan tentang perempuan gila ini? Apa lebihnya dia dari aku? Ehh..Munirah! kalau kau nak tahu..Kaulah perampas Azhar dari aku. Bukan aku yg rampas Azhar..kau sedar tak Azhar adalah 'Pak Sanggup' semasa berkahwin dengan kau. Hubungan korang tak berkat pun selama ini.. Perempuan tunjuk alim sedangkan sudah biasa berbuat maksiat! Lantang saja suara Mira berkata begitu dekat Munirah di depan semua orang. Puas dia berkata begitu kerana selama ini Mira sudah lama bersabar saja dengannya. Mira tidak akan sesekali beri muka kepada Munirah lagi."
"Amirah Athirah!!! Pang!!! Satu tamparan kuat menghingap di wajah Mira. Mira jatuh terduduk semula di atas sofa. Tangannya memegang pipi yg mudah terasa kebas dan berbahang. Terbutang mata Mira apabila melihat papanya sendiri yg sanggup menampar anaknya. Datin Zubaidah terus menerpa ke arah Mira. Melihat jika anaknya itu terluka selepas di tampar kasar oleh suaminya itu. Kali ini Datuk Rizman sendiri yg bertindak tegas dalam semua ini. Sudah lama ia bersabar dengan sikap Mira. Tingkah laku bodoh Mira ini telah memalukan nama baik keluarganya. Datuk Rizman rasa seolah dirinya tidak pandai mendidik anak saja sedangkan selama ini dia menatang Mira dengan minyak yg penuh. Apa yg Mira mahukan semuanya dia beri. Datuk Rizman tidak menyangka sampai begini sekali Mira sanggup memporak-perendakan rumah tangga orang lain."
"Papa tak ajar kamu jadi biadap Mira. Jaga sikit bahasa kamu itu. Siapa kamu nak menghukum orang? Dah lama buat kerja tuhan? Apa yg kamu katakan itu sudah berbalik ke diri kamu sendiri Mira..Jangan sibuk nak tuduh orang macam-macam kalau diri kamu sendiri tak sempurna!! Sudah lama papa bersabar dengan kamu..Perangai kamu ini sudah melampau kali ini. Kamu perlu diajar Amira. Boleh saja Papa minta Azhar ceraikan kamu. Kamu patut bersyukur Azhar bukan lelaki jenis itu. Hanya tinggal 2 minggu saja perkahwinan kamu akan bertahan. Jangan berangan kamu nak kekal lama dengan Azhar. Azhar lebih layak hidup bahagia dengan Munirah dan bukannya kamu. Kamu jauh lebih simpang jika hendak bandingkan dengannya. Sudah!! Mari kita pulang. Buat malu aku saja ada anak seperti kamu. Maafkan saya Haji Darus..En Shukri..Maafkan atas kekhilafan anak saya dan keluarga kami. Munirah..maafkan Uncle atas apa yg berlaku ini. Azhar tidak bersalah dalam hal ini. Luah Datuk Rizman semuanya terus memegang lengan Mira untuk membawanya pulang. Sejak tadi lagi Datuk Rizman menahan malu dengan perangai Mira seperti ini. Mira hanya mendiamkan diri saja. Datuk Rizman tidak sanggup nak menghancurkan rumah tangga Azhar dan Munirah. Bukan ini dia mahukan demi kebahagian Mira sampaikan sanggup memecahkan kebahagian orang lain. Tergamak papanya buat dirinya seperti ini. Sedangkan Mira sudah bersusah payah rancangkan semua ini. Senang-senang saja Datuk Rizman rosakkan. Semua ini belum berakhir lagi. Mira tidak akan lepaskan Azhar dengan mudahnya."
Farah terus mengusap kasar wajahnya. Sesungguh kejadian itu betul-betul memberi iktibar kepadanya. Bila kita berbuat baik kepada semua orang, bukan balasan yg kita pinta tetapi keikhlas orang itu menolong kita bila kita berada dalam kesusahan. Itulah yg dirasai oleh Farah bila melihat keadaan Munirah. Dirinya tidak pernah lepas daripada terus berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira darjat dan pangkat. Semua sama saja taraf sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini.
.................................................................................
Wehh...Nanti aku rindu kaulah..Cepatnya kau nak sambung belajar lagi..Ermm bosanlah aku lepas ni..Kata Munirah sedihnya apabila Kyra memberitahunya akan kembali ke perantauan tidak lama lagi. kyra hanya cuti sebulan saja. Dalam masa cuti ini juga dia telah menghabiskan banyak masa bersama Munirah. Senang saja Kyra dapat bersama dengan Munirah lagi. Dapat juga dia menghilang kesedihan di hati Munirah walaupun hanya sedikit saja sisa itu akan terhapus. Sebagai seorang sahabat ini semua sudah cukup baginya melihat senyuman kembali terukir di wajah Munirah. Rasa tenang saja melihat senyuman di wajah Munirah ini. Memang benar Munirah sentiasa membawa aura keceriaan dalam hidup seseorang.
Alah kau ni..macamlah aku nak pergi setahun..Haishh. Nanti kita VC lah..Ni zaman moden kot!! Kau tu jaga diri baik-baik..Dah makin 'bertubuh' saja badan tu..jaga pemakanan. Makanlah banyak sikit ehh. Nanti aku belikan hadiah untuk kau. Lupa pula nak bagi hadiah birthday kau haa. Jaga diri tau..Aku tahu kau kuat. Perlukan 'pendengar'?? Aku sentiasa ada. Come!! Ujar kyra lalu memberikan senyuman gembira kepada Munirah. Dia memeluk erat tubuh sahabatnya ini. Munirah seorang yg tabah dan kuat dalam menghadapi ujian hidup seperti ini. Munirah sentiasa berada dalam doanya selalu. Sahabat dunia akhirat.
Mana Munirah?? Tanya walid selepas melabuhkan dirinya di atas sofa. Rasa penat saja baru pulang dari tempat kerja.
Ada saja haa dalam bilik tu..Rasanya dah tidur apa. Munirah baru lepas makan ubat saja. Tadi, Kyra datang ke sini. Dia sudah nak masuk belajar semula. Munirah rasa sedihlah sikit. Lepas ni katanya tak ada tempat nak bermain lagi. Beritahu Puan Ruziah sambil meletakkan segelas air kosong untuk En Shukri di atas meja. Kasihan saja melihat suaminya ini berpenat lelah bekerja tanpa henti untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. Tanpa En Shukri, Puan Ruziah tidak tahulah hendak bergantung kepada sesiapa lagi. Dengan keadaan Munirah sekarang seperti ini. Puan Ruziah tidak mampu menghadap semua ini seorang diri. Dia perlukan kekuatan suaminya untuk menempuh semua ini bersama.
Ermm..Saya ingatkan nak tawarkan sesuatu kepada Munirah. Entahlah kalau dia mahu. Kalau tidak mahu tak apalah..Saya bukan nak paksanya. Lagipun Munirahkan sedang berbadan dua. Saya tak mahu ganggu keadaannya sekarang. Biarlah dia nak buat apa yg dia suka. saya rasa Munirah sudah boleh buat keputusan lebih baik dari kita. Ujar En Shukri lalu meneguk gelas air kosong itu. Dia sudah dapat menerima semua ini dengan hatinya yg terbuka. Baik buruk Munirah tetap anak perempuan tunggalnya. Bapa mana tidak sayangkan anak.
Ermm..betul juga tu bang..Saya setuju..Belum sempat Puan Ruziah habis bercakap ada orang memanggil salam dari arah luar rumah.
"Assalamualaikum.."
Puan Ruziah dan En Shukri amat kenal dengan nadi suara itu segera mereka berdua melihat ke arah luar. Perlahan-lahan Puan Ruziah menguak pintu rumahnya. Tergamam dia melihat apa yg sedang berada di depannya ini. Sepasang anak patung beruang besar yg di pegang oleh seseorang. Begitu juga dengan En shukri. Terkejut melihat apa yg berada di hadapannya ini.
Ehh..Ehh..Arr maaflah Abah..umi..Anak patung ini besar sangat. Sambil tak nampak Abah dan umi di hadapan. Bersuara Azhar masih lagi memeluk erat koko kesayangan Munirah ini bersamanya. Azhar saja singgah ke sini untuk memberi koko kepada Munirah. Sudah alang-alang dia mahu keluar lebih baik dia berikan kepada Munirah saja.
Kamu buat apa di sini Azhar??? Bukankah kamu yg kata dekat Munirah untuk pergi? Sekarang kamu sendiri yg datang mencarinya? Ehh, Kalau susah sangat kamu nak faham lebih baik kamu ceraikan anak aku saja. Dia sudah tidak makan pujuk kamu lagi. Kata En Shukri geram saja melihat susuk tubuh Azhar datang ke sini. Berani saja dia jejak langkah ke sini setelah membuat banyak masalah kepada Munirah. Geram saja En Shukri melihat Azhar di sini.
Abang...sabarlah..ingat Munirah sama..Pujuk Puan Ruziah tidak mahu keruhkan keadaan lagi. Azhar masih lagi menantunya. Puan Ruziah terima saja diri Azhar demi masa depan Munirah. Lagi pun mereka belum bercerai lagi. Sebagai ibu bapa mereka tiada hak untuk halang hubungan mereka berdua.
Maafkan saya Abah..Umi..sebenarnya saya datang ke sini sebab...Beritahu Azhar segalanya kepada mentuanya ini. Akhirnya mereka berdua faham juga dan membenarkan Azhar masuk untuk menghantar barang keperluan Munirah semula. Selebihnya semua masih di rumahnya. Azhar juga memberi kunci rumah kepada Munirah beserta kunci kereta sekali. Jika Munirah mahu menggunanya, bila masa saja dia boleh memakainya. Semua itu adalah miliknya juga. Azhar hanya menyampaikan semua barangan ini kepada Puan Ruziah saja selepas mendapat tahu Munirah sedang beradu di atas. Dia juga tidak mahu mengganggu Munirah lagi buat sementara waktu ini. Biarlah Munirah mencari ketenangan dulu begitu juga dengan dirinya. Sama-sama membawa diri mencari sinar kebahagian semula.
Kamu pergilah hantar sendiri anak patung beruang ini kepada Munirah..jangan risau. Munirah kalau sudah makan ubat dia tidak mudah terjaga. Pesan Puan Ruziah apabila menunjukkan bilik Munirah kepada Azhar. Apa salahnya dia membiarkan Azhar melihat wajah Munirah buat kali terakhir sebelum pergi. Dapat juga Azhar melepaskan rasa rindunya kepada Munirah. Puan Ruziah faham apa yg Azhar rasa sekarang. Bukan mudah mahu membuat satu keputusan.
Azhar hanya mengangguk tanda faham saja. Dia menghela nafas panjang sekali. Berdebar hatinya rasa mahu berjumpa dengan Munirah kembali walaupun hanya dirinya saja yg rasa, itu sudah cukup buat Azhar melepaskan rindu yg tidak kesampaian ini. Selepas pintu bilik Munirah dibuka, Azhar memberikan pandangan redup saja ke arah tubuh kecil Munirah yg sedang tidur berbaring di atas katil. Sudah lama dia rindukan pandangan ini. Perasaan sebak mula terkumpul di benak hatinya. Perlahan-lahan Azhar melangkah kakinya mendekati Munirah. Azhar meletakkan Koko di tepi katil dahulu. Azhar duduk dalam keadaan melutut di tepi katil. Dia menatap lama wajah Munirah. Masih sama seperti biasa cuma sedikit tembam sekarang.
Sayang...Abang datang ni..abang datang tengok Irah. Irah sihat?? Maaflah..abang terpaksa datang dalam keadaan yg macam ini. Abang tidak mahu menganggu Irah lagi. Irah ambil lah masa sebanyak mana yg Irah mahukan. Abang akan tetap menanti Irah. Kita sama-sama tunggu hari nanti yee? Abang cuma mahu beritahu..abang sayangkan Irah sangat-sangat. Tiada orang lain yg boleh gantikan tempat Irah di hati abang. Abang milik Irah selamanya. Cepat sembuh sayang..abang tak sanggup nak lihat Irah sakit lagi. Maaflah abang tak dapat nak jaga Irah sekarang. Alangkah baiknya Irah tinggal dengan abah dan umi dahulu. Mungkin perpisahan seperti ini amat menyakitkan tetapi semua ini demi kebaikan untuk Irah dan juga abang sendiri. Abang pergi dulu sayang..abang nak minta izin dekat Irah..Tolong doakan abang sayang..Semoga abang sentisa beristoqomahkan diri. Menjadi seorang suami yg baik untuk sayang.. Maafkan abang Munirah. Maafkan abang. Bersuara Azhar perlahannya supaya tidak mengganggu tidur Munirah. Azhar mengesat kasar sisa air matanya itu. Di tahan tangisannya di situ. Azhar melepaskan satu kucupan hangat di kepala Munirah. Dia memegang lembut jari Munirah sebelum melepaskan pergi tangan Munirah.
Koko..tolong jaga Munirah untuk aku..Tambah Azhar lagi terus mengukirkan senyuman di bibirnya. Rasa tenang sekejap melihat Munirah di depannya. Berat saja langkah Azhar untuk pergi dari situ. Untuk pandangan terakhir Azhar melangkah pergi juga. Membawa sejuta kerinduaan buat Munirah. Puan Ruziah yg mendengar semua itu turut rasa sebak sekali. Azhar benar-benar tulus mencintai Munirah. Dia sanggup buat apa saja sekarang asalkan Munirah akan rasa bahagia semula. Puan Ruziah terus terfikir sesuatu segera dia memanggil nama Azhar sebelum ia melangkah kaki pergi dari sini.
"Azhar..sebenarnya..Munirah.."
Share this novel