BAB 3

Romance Completed 2053

“Taklah. Aku kebas dekat notice board tadi.” Selamba sahaja dia membalas pertanyaan ku.

“Seriuslah weh. Aku tanya betul-betul ini.” Mahu saja aku membaling bekas pensel ke mukanya. Orang tanya betul-betul, dia pula main-main.

“Sudah terang, lagi bersuluh. Boleh lagi kau tanya?” Jiji mula menyakat.

“Lantak kaulah.” Aku mula membetulkan kedudukanku. Kerja masih belum siap, sudah mahu membuka kelab bual. Macam perempuan pula rasanya.

“Oh ye. Apa hal dekat padang tadi?” Jiji menukar topik. Kali ini, matanya merenung dalam mata aku.

Aku cuba mengelak pandangan matanya. “Hal apa pula kau ni?” Aku mula menyimpan segala kerjaku.

“Bro, aku kenal kau bukan sehari dua tau. Aku tahu perangai kau macam mana. There’s something in your mind that you couldn’t even express it in word. That you couldn’t tell me. Or share with anyone, right?” Jiji memasang jerangkap samar.

Aku mulai gelisah. Otak ligat mencari trick untuk mengelak. “Pasal masquerade night nanti, kau dah plan ke nak pakai baju mana?”

“Masquerade? Maksud kau, majlis bertopeng bersempena dengan kemenangan pasukan ragbi kolej kita ke?”

“Yeah. That one. Macam mana?”

“Entahlah, Fir. Pakailah baju mana yang ada. Eh, kau ni macam orang perempuan pula tau. Siap tanya nak pakai baju mana.”

“Aku saja nak tanya pun tak boleh ke?!”

Aku bingkas bangun dan meninggalkan Jiji sendirian di meja belajar. Aku bukannya nak sangat tanya dia tapi...aku nak elakkan diri ini daripada berfikir tentang si dia. Si dia yang mungkin sudah berjaya menempatkan diri di hati ini.

Aduh, parah sudah keadaan kau, Wan Firhan. Stop thinking about her or you are the one will suffer later.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience