Al-kisah di hari minggu seminggu yang lepas. Aku ingatkan keyboard laptop aku ni dah rosak rupa-rupanya aku just kena guna setting je nak betulkan mangkuk hayun ni.
Hantu betul! Sia-sia saja duit aku 20 ringgit beli keyboard USB ni dekat Shopee wei! Apa nak buat keyboard banyak-banyak ni? Rasa nak hantuk kepala kat dinding, tapi macam tak sampai hati sebab kepala sendiri!
Oklah, pagi ni aku dengar lagu Arjuna yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz. Lagu ini selalu buatkan aku terbuai-buai dan mulalah berangan kembali. Teringat pula kisah aku yang hampir berkahwin tahun lepas dengan abang kawan aku sendiri. Tapi sayangnya kecundangan di tengah jalan. Tak adalah tengah jalan pun kalau dah hampir nak bertunangkan? Ke dah tengah? Eh! Entahlah labu.
“Mak dah setuju nak masuk minang Mea. Mea macam mana? Dah bagitahu abah ke fasal abang?” tengah makan KFC tu aku boleh tersedak mendengarkan ayat-ayat yang dituturkan oleh Aiman.
“Eh, bila abang bincang dengan mak? Mea tak tahu pun. Abang tak bagitahu Mea pun.” Terkejut punya fasal terus terbantut aku nak mengunyah ayam hot & spicy favourite aku tu.
Aku mula memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Aiman. Dia kelihatan tenang dan masih boleh melantak ayam goreng kegemarannya dengan berselera sekali. Sedangkan aku sudah mula putus selera kalau bercakap soal kahwin.
Bukan aku tak seronok tapi aku rasa macam cepat sangatlah pula. Macam baru sangat aku berkawan baik dengan Aiman. 3 bulan bagi aku itu sekejap! Belum cukup untuk aku mengenali dirinya. Bukan tak boleh nak menerima kelemahan dia, tapi aku sendiri rasa aku yang tak bersedia untuk kearah itu.
“Mea tak happy ke?” mungkin disebabkan reaksi aku membuatkan dia bertanya macam tu tapi macam aku cakaplah. Bukan tak happy cuma benda ni macam cepat sangat. Tak sempat nak bernafas orang cakap. Gitu!
“Happy je! So, mak kata apa? Aimi tak komen apa-apa ke? Dia setuju ke abang nak kahwin dengan Mea?” Aku masih tak rasa yang Aimi akan setuju dengan keputusan Aiman.
Aimi merupakan kawan aku sejak dari sekolah rendah sampailah menengah. Lepas SPM kami membawa haluan masing-masing. Aku ke UiTM dan dia pula ke maktab perguruan. Sejak tahun 2016, hubungan kami menjadi semakin jauh dan renggang.
Jika diikutkan penggiraan aku, 9 tahun usia kami berkawan akhirnya hilang macam tu saja disebabkan ego. Well, bila kau agungkan ego kau, secara automatiknya setiap kenangan manis kau dengan dia akan hilang macam tu saja. Ego win!
“Mea dah bagitahu abah fasal kita nak tunang. Abah setuju je. Nanti bila pihak abang dah confirmkan tarikh tu bagitahulah. Senang Mea dengan family nak uruskan majlis pertunangan kita.” Kata aku kepada Aiman dua tiga hari lalu selepas perjumpaan kami di KFC hari tu.
“Ye ke? Alhamdullilah. Nanti abang sembang dengan mak dan pak ngah. Sebab nanti pak ngah yang jadi wakil keluarga abang bercakap dengan pihak perempuan.” Aku hanya mendengar suara Aiman sekali lalu sambil otak masih memikirankan tentang Aimi.
Betul ke Aimi boleh terima aku jadi kakak ipar dia? Jadi sebahagian daripada keluarga dia?
Hati aku masih ragu-ragu.
Dua tiga hari berlalu seperti biasa. Tiada tanda-tanda ribut taufan akan terjadi dalam hidup aku.
Tinggal seminggu lagi majlis pertunangan aku akan berlangsung dan aku sendiri macam tak sangka benda macam ini akan berlaku dalam hidup aku sendiri. Aku rasa korang yang tengah baca kisah ni mesti boleh agak dah kan.
Yes! Majlis pertunangan aku dibatalkan macam tu saja!
“Mea, family abang macam ada masalahlah.” Panggilan daripada Aiman berjaya meragut ketenangan aku petang tu.
“Masalah apa abang? Fasal Mea ke? Mak tak setuju ke?” Bertubi-tubi soalan aku ajukan kepada Aiman dengan harapan Aiman akan menidakkan semua soalan tu.
Tapi ternyata halangan terbesar aku adalah Aimi. Sama seperti tempoh hari di saat hati aku meragui kebaikkan Aimi dengan menolong Aiman mengenai hal pertunangan aku dengan dia.
“Aimi nilah tiba-tiba angin apa tak tau duk cerita dekat mak dengan kakak fasal Mea. Abang cakap dah yang hal Aimi dengan Mea tak ada kena mengena dengan hubungan kita. Boleh tak Mea cakap dengan Aimi, selesaikan masalah yang berlaku antara korang berdua?” Terasa sesak di dada aku.
Aku hanya diam tanpa menjawab soalan dari Aiman.
“Macam nilah abang, kalau abang rasa Mea ni worth untuk abang fight. Abang cubalah berbincang dengan family abang. Tapi kalau mak abang tetap tak setuju. Ikut jelah cakap mak. Sebab family comes first. Apa yang jadi dekat kita, family kita saja yang akan terima kita. Mea tak nak sebab Mea, abang bergaduh dengan adik-beradik abang. Apa yang jadi antara Mea dengan Aimi biarlah Aimi yang tentukan. Mea dah minta maaf untuk semua salah Mea kat dia. Selebihnya, hanya dia saja yang boleh tentukan. Memaafkan atau tak, Mea terima saja.” Kata aku pada Aiman.
Terasa lama perbualan kami petang itu dan aku mengharapkan Aiman mampu selesaikan masalah ini dengan baik. Dalam erti kata lain aku mengharapkan Aiman akan pertahankan aku.
“Kalau betul dia sayangkan kau, dia akan pertahankan kau depan family dia. Melainkan dia jenis ikut cakap family, memang tak boleh buat apalah. Bersabar jelah Mea. Tu je yang aku mampu nasihatkan kau sekarang ni,” kata-kata Meera masih terngiang-ngiang sewaktu aku berjumpa dengannya selepas aku bercakapdengan Aiman petang itu.
Esoknya aku menerima text WhatsApp daripada Aiman.
Aiman: Abang minta maaf Mea. Mak tak setuju kalau kita kahwin.
Semalaman aku memikirkan apa keputusannya dan pagi tu, hanya melalui WhatsApp majlis pertunangan aku dibatalkan macam tu saja. Cuba korang bayangkan bertapa hancurnya hati aku.
Sedih wei, bila kau dah beria nak kahwin and then tak jadi!
Aku kecewa dengan Aiman.
Aku terduduk. Rasa dunia ni kelam.
Kosong.
Dalam kepala aku masih sempat berfikir. Apa aku nak bagitahu abah dengan family yang lain.
Ya Allah, saat itu aku mengharapkan mak masih ada. Masih ada dengan aku supaya aku boleh meraung dan menangis dibahunya. Tapi kenyataannya aku sendiri. Sekeliling aku seakan terdiam cuba memahami apa yang aku rasa.
Tanpa sedar, air mata yang aku cuba tahan tadi mengalir dengan kerelaan diri aku sendiri dan aku mengumpul sisa-sisa kekuatan yang aku simpan sejak tadi untuk membalas text Aiman.
“Mungkin bukan jodoh kita. Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku balas pada Aiman.
Satu ayat yang hanya untuk memujuk diri sendiri.
Dengan linangan air mata yang masih degil untuk berhenti aku terus call Meera. Mengharapkan seseorang dapat mententeramkan hati. Kunci kereta aku capai dan terus aku memandu kereta Wira aku kerumahnya. Sampainya di muka depan pintu rumah Meera, terus saja aku terduduk dan menangis. Meera sempat memaut tubuhku sebelum aku jatuh terduduk.
“Sabar. Sabar. Allah lebih tahu segalanya.” Hanya kata-kata itu yang aku mampu dengar dari mulut Meera.
Segala-galanya berakhir begitu saja.
Punah.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel
walaupun tajuk Jebat Iskandar kisah cinta mea dan Ainan lebih menarik. kenapa Aimivyak setuju dan kenapa Aiman tak fight for Mea, adakah kerana Aiman ada perempuan lain?