Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 13

Humor Completed 61915

Teguh holding

"Shida cuba awak hubungi pejabat Farid kalau dia dah masuk ke belum?,"
Arah Dato sri Hassan kamarudin pada setiausahanya

"Baik Dato,"

Fuad sobri, Fazilah dengan Fadil Fitri duduk di sofa hanya memerhati Dato sri Hassan kamarudin sedang mengosok-gosok dahi

"Susah ayah nak pecaya, kalau semua tu perbuatan anak angkat Said, macam tak masuk akal lah pulak, padahal diorang baru je kenal,"

Fuad sobri dengan Fadil Fitri diam-diam sependapat dengan ayahnya namun tidak pada Fazilah sejak masuk ke pejabat wajahnya merah padam menahan marah

"Lebih baik kita tanya dulu Yah, jangan terus menuduh, Along bukan apa Along cuma risaukan pakcik said je,"

"Alah.. kalau dah ada bukti nak tanya apa lagi, dalam berita tu dah tertulis, yang call pegawai agama islam anak angkat pakcik Said sendiri bukannya Farid,"

"Angah cubalah fikir, anak angkat pakcik Said tu baru je kerja kat sini, lagi pun Along susahlah nak pecaya kalau Fazura pun pernah kena perangkap dengan Farid,"

"Ah. ah, macam tak masuk akal, apa yang dia dapat buat semua tu, tak akan dia tak terfikir kalau perbuatan dia tu akan memalukan diri sendiri, memalukan pakcik Said, hiss susahlah Alang nak pecaya,"

"Habis tu, Along dengan Alang fikir semua tu perbuatan Farid,"

"Dah.. dah, lebih baik kita tunggu je Farid,"
Celah Dato Sri Hassan kamarudin cuba menenangkan anak-anaknya

"Tuk.. Tuk.. Tuk..,"

Kedengaran bunyi ketukan dari luar pintu pejabat, Dato Sri Hassan kamarudin bersama anak-anaknya terus memandang ke arah pintu

"Masuk,"

Shida, setiausaha Dato Sri Hassan kamarudin membuka pintu,

"Dato, Cik Awaisha ada dekat luar, nak berjumpa dengan Dato,"

Dato sri Hassan kamarudin agak terkejut, begitu juga dengan Fuad Sobri, Fadil Fitri, lain pula dengan Fazilah, dia terus bangun dengan wajah berang

"Ha! tengok..,"

"Angah, jangan emosi sangat, elok kita tanya dulu baik-baik, jangan nak marah-marah, duduk,"
Tegur Dato Sri Hassan kamarudin pada anak keduanya

Fazilah berdegus, tidak berpuas hati, dia terus duduk, menyandar sambil memeluk tubuh

"Shida, suruh dia masuk,"

"Baik Dato,"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh perlahan,

Awaisha Laila masuk ke dalam pejabat wajahnya tanpa make up terlihat pucat, bila melihat Dato Sri Hassan kamarudin bersama abang-abang dan kakak Farid Husin ada di dalam pejabat, dia datang berjumpa dengan Dato sri Hassan kamarudin bukan untuk mengadu, tetapi untuk mengaku kerana ugutan Farid Husin

"Assalamualaikum Dato, Encik Fuad, Encik Fadil, Puan Fazilah

"Waalaikummusalam,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin, hanya suara dia saja yang Kedengaran menjawab, anak-anaknya lain hanya diam

Awaisha Laila diam kedua tangannya meramas-ramas jubahnya, tubuhnya mengigil-gigil kerana terlalu takut

"Kenapa senyap?,"
keras suara Fazilah

Awaisha Laila tersentak sehingga terangkat bahunya bila di tegur Fazilah dengan suara yang keras, Awaisha Laila menarik nafas, apa lagi pilihan yang dia ada, sejak di lobi tadi dia sudah di pandang hina, ini kan pula berhadapan dengan ahli keluarga Farid Husin

"Ma.. maafkan saya Dato, tentang saya dengan Encik Farid, se.. semua tu ad.. adalah salah saya, sa.. saya yang.. yang pe perangkap Farid,"

"Kurang ajar betul!,"

Fazilah serta merta bangun, dia mengankat tangan ingin menampar muka Awaisha Laila, Fuad Sobri pantas bangun cuba menghalang namun terlewat

"Pang!,"

Hanyunan kuat tepat mengenai pipi kanan Awaisha Laila, belum cukup dengan satu tamparan Fazilah menarik-narik tudungnya pula

"Lebih baik kau tanggal je tudung kau nie jalang, tak payah kau nak berpura-pura alim lah,"

"Hey Angah, sudahlah,"

Faid Sobri cuba menghalang Fazilah dari terus menarik tudung Awaisha Laila begitu juga dengan Fadil Fitri, Awaisha Laila tidak mampu berbuat apa-apa hanya membiarkan sahaja tudungnya di rentap

"Cukup Angah!,"
Pekik Dato Sri Hassan kamarudin, marah sungguh bila melihat tindakan Fazilah bukan kerana dia menyokong Awaisha Laila tetapi itu adalah satu kesalahan memaksa seorang muslimah membuka tudungnya

Fazilah mencebik sambil menolak kepala Awaisha Laila, Dato sri Hassan kamarudin tergeleng-geleng, pening sungguh kepalanya,

Awaisha Laila cuba bertahan sambil mempebetulkan tudungnya, dia memandang setiap wajah yang ada di ruang pejabat,

"Fa.. farid kena be.. bertanggungjawab a.. atas a.. apa yang dia dah bu.. buat pada saya Da.. Dato, Fa.. farid ke.. kena kah..kahwini sa..saya,"
Tergagap-gagap Awaisha Laila bercakap kerana dia sedar setiap patah perkataan yang muntah dari mulutnya akan menaikan lagi kemarahan Fazilah

Dan benarlah dugaan Awaisha Laila belum pun sempat dia menarik nafas, Fazilah terus menampar pipinya tetapi bukannya sekali, Fazilah seperti hilang akal menampar mukanya, Awaisha Laila ingin meraung tetapi untuk apa, jika dia menangis sekali pun apa yang akan berubah, dia sudah terjerat dengan dendam Farid Husin dari dulu lagi lelaki itu memang ingin melihat dia sengsara

"Apa nie Angah?,"

Farid Husin meluru ke arah Fazilah, selepas masuk ke dalam pejabat ayahnya

"Tak usah halang Angah,"
Fazilah menepis tangan Farid Husin
"Farid tahu tak, perempuan jalang nie, suruh Farid kahwin dengan dia?,"

Farid Husin melepaskan nafas panjang dia menjeling pada Awaisha Laila sudah terduduk di lantai, hatinya senang tetapi itu tidak cukup

"Habis tu nak buat macam mana, benda dah belaku, nak tak nak Farid kenalah bertanggungjawab,"

"Woi Farid, kau sedar tak apa kau dah buat, kau baru je kahwin dengan Fazura, ada hati kau nak madukan dia, kau tak kesihan ke pada dia ha,"

"Angah.., Farid manalah tahu kalau perempuan nie ada niat nak perangkap Farid, lagi pun Farid dengan dia dah terlanjur, so apa lagi Farid boleh buat, farid risau kalau dia mengandung,"

Dato Sri Hassan kamarudin, Fuad sobri, Fadil Fitri mengeleng kepala

"Kau nie Farid memang dasar laki tak guna, kalau kau fikir kau ada bini, kau tak akan buat benda tu, baik kau cakap je kau memang ada hati dengan dia,"

"Apalah Angah nie, Farid bukannya malaikat, bukannya orang alim, farid nie cuma manusia biasa je,"

"Ah sudahlah Farid, Angah nie perempuan, seorang isteri, Angah tahu macam mana perasaan seorang isteri kalau suami dia kahwin lain, Angah tahu macam mana perasaan Fazura nanti, mentang-mentanglah Fazura tu dulu cleaner, tiada pelajaran tapi kau kena ingat, dia ada perasaan, siang malam dia masak untuk kau, untuk ahli keluarga kita, dia tak pernah merungut, tapi apa kau dah buat pada dia,"

Jantung Farid Husin berdetak laju, kata-kata Fazilah membuatkannya cemas tapi dia yakin jika Fazura akan mempecayainya

"Habis tu, Angah nak suruh Farid biarkan je?,"

"Suka hati kaulah Farid, Hey perempuan jalang!,"

Fazilah menolak kepala Awaisha Laila

"Kalau kau nak sangat kahwin dengan Farid, aku tak akan halang, tapi aku bagi kau amaran, tiada siapa dalam keluarga aku akan terima jalang macam kau, kau ingat tu,"

Selepas memberi amaran kepada Awaisha Laila, Fazilah terus mengayunkan langkah keluar dari pejabat ayahnya malah sempat menutup pintu dengan kuat

Farid Husin mengukir senyuman nipis, inilah yang dia mahukan, seluruh ahli keluarganya akan membenci Awaisha Laila, walaupun dia mendera atau menyeksa Awaisha Laila, ahli keluarganya tetap akan menyebelahinya

"Farid.. Farid,"

Dato Sri Hassan kamarudin mengeleng, Fuad sobri, Fadil Fitri hanya diam, serba salah mahu masuk campur masalah adik mereka, dalam masa yang sama secara tiba-tiba shida setiausaha Dato sri Hassan kamarudin membuka pintu pejabat

"Dato, Encik Said di masukkan ke hospital, dia kena serangan jantung,"

"Apa?,"

Dato Sri Hassan kamarudin serta-merta bangun dari sofa, begitu terkejut dengan berita itu, begitu juga dengan Awaisha Laila, dia bergegas bangun, kedua kaki di ayun ke arah pintu namun tangannya di pegang Farid Husin

"Kau nak pergi mana?,"

"Tolong lepaskan saya Encik Farid, saya nak pergi tengok Pakcik Said,"
Jawab Awaisha Laila sambil meronta-ronta supaya Farid Husin melepaskan tangannya

"kau bodoh ke apa ha, dah tentu pakcik said tu kena serangan jantung di sebabkan kau, ada hati kau nak gie tengok dia,"
Diam-diam Farid Husin mengukir senyuman sinis, dengan kerutan wajah menjengkelkan

Awaisha Laila mengerut keningnya saat memandang Farid Husin, geram betul hatinya bila melihat riak wajah dengan senyuman sinis Farid Husin

"Dato!, Semua tu...?,"

"Pang!,"

belum pun sempat Awaisha Laila menghabiskan kata-kata, pipi kanannya di tampar Farid Husin dengan kuat, telinganya berdesing sayup-sayup mendengar suara-suara berbicara di sekelilingnya sebelum pandangannya menjadi gelap

**

Institut Jantung Negara

Seluruh ahli keluarga Dato Sri Hassan kamarudin berserta kenalan, adik-beradik dan ahli keluarga Said bohkari sabar menunggu di hospital,

Selepas menjalani pembedahan selama enam jam di sebabkan penyumbatan saluran jantung, keadaan Said Bohkari kembali stabil, namun doktor telah mengesahkan ada gangguan pada saraf otak Said bohkari yang menyebabkan Said bohkari akan berada dalam keadaan koma

Datin Sri Sahara pelan-pelan membuka mata, wajahnya lesu tidak bermaya, selepas Fazilah memberitahu tentang Farid Husin kena tangkap basah dengan anak angkat Said bohkari, dia terus pingsan,

"Mak.?,"

Datin Sri Sahara menoleh, Farah sedang duduk di sisi katil

"Macam mana keadaan Said?,"

Farah menarik nafas
"Alhamdulilah pakcik said selamat menjalani pembedahan, tapi masalahnya sekarang pakcik Said koma sebab ada gangguan pada saraf otak,"

Datin Sri Sahara menarik nafas lega sambil memejamkan mata, hatinya berdoa semoga Said bohkari cepat sembuh

"Berapa lama mak pingsan Farah?,"

"Lapan jam mak,"

Datin Sri Sahara membuka matanya, wajahnya cemas
"Macam mana dengan Fazura?,"

Farah seperti ingin menangis, dia tahu ibunya telalu bimbangkan adik iparnya

"Fazura masih tak tahu lagi mak sebab ayah larang kami semua beritahu dia,"

"Ya Allah, kenapalah Farid buat macam tu, dia tak kesihan ke pada Fazura,"

Farah berdiri sambil kedua tangan meramas-ramas, ada sesuatu yang ingin dia beritahu pada ibunya tetapi dia takut jika ibunya pingsan

"Kenapa Farah?,"
Tanya Datin Sri Sahara, hairan melihat riak wajah anak keempatnya

Belum pun sempat Farah ingin memberitahu pada ibunya, pintu bilik di tolak Dato sri Hassan kamarudin

"Ya Allah, sara,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin sambil mengayun langkah ke arah katil, pada masa yang sama, Fuad sobri, Irene, Fadil Fitri, Anita, Fazilah bersama suaminya masuk ke dalam bilik wad

"Mana Farid bang?,"
Tanya Datin Sri Sahara sambil memerhati ke arah pintu

Dato Sri Hassan kamarudin serba salah mahu menjawab

"Farid temankan anak pakcik said kat rumah,"
Jawab Fuad sobri

"Rumah siapa?,"

"Rumah anak angkat pakcik said lah mak, tak akan rumah Farid,"
Jawab Fazilah

Kecewa sungguh Datin Sri Sahara, dia menangis sambil menumbuk-numbuk dadanya namum tangannya di pegang Dato Sri Hassan kamarudin

"Sampai hati Farid buat macam tu, dia tak kesihan ke pada Fazura,"

"Sabar awak,"

"Macam mana saya nak sabar Bang, apa perasaan Fazura nanti kalau dia tahu suaminya dia curang, saya takut kalau fazura minta cerai,"

"Ya abang tahu, abang pun risau,"

"Farid nak kahwin dengan perempuan tu mak,"
Celah Fazilah sambil memeluk tubuh

"Kau nie Fazilah,"
Marah Dato Sri Hassan kamarudin dengan sikap Fazilah, langsung tak ambil peduli perasaan Datin Sri Sahara

Datin Sri Sahara tergesa-gesa bangun dari katilnya

"Awak nak pergi mana nie sara?,"

"Saya nak pergi jumpa Fazura,"

"Nanti, nanti jelah, awak rehatlah dulu,"

"Jangan halang saya Bang, saya tak sanggup nak tengok Fazura sedih, saya nak pergi temankan dia,"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh berat sebelum menganggukkan kepalanya

"Yelah, jom kita pergi,"

**

Ampang Jaya

Fazura melihat jam di dinding,

"Dah pukul enam,"
Bisik hati Fazura, bibirnya tersenyum riang,

Lauk pauk di susun kemas di atas meja, sekejap lagi suaminya akan pulang, selepas mengemas dapur, dia bergegas ke ruang tamu,

Fazura duduk di atas Sofa, bola matanya melirik-lirik ke arah tingkap rumah, selepas kes dia tertidur ketika menunggu suaminya, Farid Husin tidak membenarkan dia menunggu di luar lagi,

Setelah hampir satu jam, dengan hati semakin gelisah, Fazura melihat beberapa buah kereta berhenti di hadapan luar pagar rumahnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience