Bab 8

Romance Completed 13383

Bab 8

Pada hujung minggu itu,mereka sekeluarga menolong Lim dan Aliana mengangkat barang untuk kerumah baru mereka. Hanya pakaian saja yang perlu dibawa.Segala perabot telah pun disediakan oleh Lim.Setelah selesai semuanya,Lim membawa mereka pergi kesebuah restoran makanan barat sebagai tanda terima kasih.

Sudah seminggu mereka berpindah kerumah baru. Aliana berasa sunyi kerana selama mereka tinggal disini, Lim sentiasa pulang lewat. Lim banyak menghabiskan waktu malamnya bersama kekasih hatinya Susanti. Kini Aliana menjadi penghuni yang setia dirumah menunggu suami tercinta pulang. Manakala Lim pula menjadi seperti orang bujang kembali.Dia sentiasa pulang pada lewat malam.

Aliana tidak boleh melarang atau menegur perangai Lim kerana segala tanggungjawabnya tetap dilakukan dan tidak diabaikan. Setiap kali selesai solat,dia tidak pernah melupakan untuk berdoa semoga suaminya akan berubah perangai.Hanya hari minggu sahaja diperuntukkan untuk diri dan keluarganya.

Hari itu ketika dia sedang membaca novel yang baru dibeli, tiba-tiba terdengar ketukkan dipintu. “Aik,takkan sudah balik kot.Selalunya bila keluar tak pernah balik awal”.Gerutu Aliana seorang diri didalam hati.Bila sahaja pintu dibuka,dia terkejut kerana melihat ibu dan bapa mertuanya berdiri diluar.Dia tidak menyangka yang mereka akan datang juga.Dia mempersilakan mereka masuk lalu dia beredar ke dapur untuk membuat minuman.Ketika didapur,dia sempat lagi menelefon Lim tetapi tidak diangkatnya

“Telefon sapa Liana?Dari tadi mama tengok kau kelam-kabut aje. Ada yang tak kena ke atau kau tak suka mama dan papa datang sini?”

“Eh,tak ada la mama. Saya suka mama dan papa datang sini. Kenapa cakap macam tu.Kecik hati saya.”Aliana berpura-pura merajuk. Pn Chuah tersenyum memandang menantu kesayangannya lalu memeluk dan mencium pipi Aliana. Aliana merasa terkedu dengan tindakan ibu mentuanya. Dia pun membalas pelukkan dan mencium pipi tua ibu mentuanya itu.

“Mana Lim?Dari tadi mama sampai tak nampak batang hidung pun?”

Aliana sudah menjangka yang mama akan bertanya mengenai Lim.Adakah dia perlu berterus terang atau sebaliknya?Dia tidak tahu jawapan apa yang perlu diberi pada mamanya.Akhirnya dia terpaksa jua berbohong untuk melindungi Lim.

“Dia keluar sekejap mama.Dia cakap nak pergi pejabat sekejap kerana ada kerja yang perlu dibereskan.”Aliana tidak sanggup memandang wajah mentuanya. Setelah selesai,dia mengajak mentuanya keruang tamu.

“Minum le mama, papa. Kenapa tak beritahu nak datang.Kalau tak boleh Liana masak.Boleh kita makan sama-sama’’.

” Tak perlu nak susah payah Liana. Mama dan papa pun singgah sekejap sahaja. Selepas ni kami nak ke Kuantan sekejap.Papa ada urusan kerja disana.Eh,mana Lim?Dari tadi papa tak nampak?” Aliana tersenyum memandang mentuanya dan belum sempat dia hendak memberitahu,mamanya terlebih dahulu. Aliana mencuba lagi sekali untuk menghubungi suaminya tetapi malang sekali taliannya ditutup.Dia menggelengkan kepala.

“Biarlah dia Liana.Mungkin banyak sangat kerja kot.”

Sedang mereka rancak berbual,terdengar orang memberi salam diluar rumah dan tiba-tiba kelihatan Lim terjengul kepala kedalam.

“Bila mama dan papa datang? Kenapa tak cakap nak datang.Kalau tak lim tak keluar hari ni.” Lim bersalam dengan mama dan papanya.

“Dah sejam papa dan mama sampai. Kau ni,bila mama suruh kau berkerja dengan papa kau tak mahu.Tengok hari cuti begini pun kena pergi pejabat juga.Kalau korang tinggal dengan mama,tak le Liana tinggal sorang diri.” Pn Chuah tidak sabar-sabar dan terus membebel pada anak menantunya.Aliana memandang ke lantai dan dia tidak sanggup hendak memandang wajah suaminya.Dia tahu tentu suaminya menyangka yang dia ada merungut pada mamanya.Lim yang mengerling kearah isterinya tidak berkata apa-apa.

“Mama dan papa nak ke Kuantan sekejap lagi.Kami kesana cuma seminggu sahaja. Ada korang nak pesan apa-apa tak?Pn Chuah memandang anak menantunya bergilir-gilir.

“Tak ada mama.Cuma kami harap mama dan papa selamat pergi dan selamat pulang.Itu saja permintaan kami.Papa pula hati-hati drive.”

“Ok le mama dan papa pergi dulu.Korang pun jaga diri elok-elok.”. Mereka bersalam dan menghantar sampai kedepan pintu pagar.Mereka melambai sehingga tidak kelihatan kereta ibubapanya.

“Apa yang Liana beritahu pada mama?Kenapa tak call abang beritahu yang mama datang?” Lim yang tidak sabar lagi terus menarik Liana mendekati dirinya. Aliana yang berasa sakit dipenggelang tangan yang dicekam oleh Lim, mengerut dahi menahan kesakitan.

“Abang, lepas le tangan.Sakit le.Liana tak mengadu apa-apa pun.Liana dah cuba call abang tapi tak ada jawapan.” Lim melepaskan tangan Aliana.Liana menggosokkan tangannya yang berasa sakit. Tanpa membuang masa,Lim terus masuk kebilik untuk menenangkan fikiran.Fikirannya bercelaru setelah dua peristiwa yang berlaku hari ini menyakitkan hatinya. Dia cuba untuk menghubungi Susanti.Hatinya bertambah marah apabila panggilannya tidak dijawab. Dia melemparkan telefon diatas katil. Sementara Aliana yang berada diruang tamu menangis mengenangkan sikap suaminya yang berubah menjadi panas baran sejak akhir-akhir ini.

Bunyi ketukkan dipintu pejabatnya,menyedarkannya dari lamunan lalu dia menyuruh masuk.Kelihatan pegawai kanannya merangkap kawan seuniversiti iaitu Faizal masuk dan terus duduk dihadapannya.

“Lim, aku ada perkara yang beritahu pada kau ni tapi janji kau takkan marahkan aku.Aku tak berniat nak menjaga tepi kain kau tapi disebabkan kau kawan aku dan aku kenal kau dari universiti,aku tak sanggup melihat kau ditipu hidup-hidup……..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience