Bab 2

Romance Completed 13383

Bab 2

Keesokkannya Aliana mengajak Lim untuk bertemu dan membincangkan masalah mereka.Mereka berjanji akan bertemu di tempat biasa .Ketika Lim tiba, kelihatan Aliana sudah pun menunggunya.Didalam hatinya dia berasa takut akan keputusan yang akan keluar dari mulut Aliana.Dia berdoa semoga Aliana menerima lamarannya.Dia tidak terus merapati Aliana sebaliknya dia terus memerhatikan tingkah laku Aliana yang sedang asyik memerhati ikan-ikan yang sedang berenang didalam tasik. Sedang asyik memerhati ikan didalam tasik,dia tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan oleh orang lain.Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang yang memerhatikannya ditambah pula dia tercium bauan yang wangi yang datang dari haruman perfium Lim.Dia sudah dapat mengagak siapa yang sedang memerhatikannya dari belakang.

‘’Kalau dah sampai kenapa berdiri saja ?Kenapa tak duduk terus disini ? Oh…..curi –curi perhati Liana ye…. ‘’Lim terkejut apabila Aliana dapat menghidu perbuatannya.Dia berasa malu dengan kelakuannya tetapi dia berpura-pura tiada apa yang berlaku lalu dia pun duduk di sebelah Aliana.

‘’Liana apa khabar hari ni?Lamakan kita tak jumpa?Emm……… dah lama ke sampai.Sorry le terlambat tadi.Tadi masa Lim nak datang sini ada pula urusan yang perlu diselesai dulu.”Lim cuba berlagak seperti biasa tetapi dia tidak dapat menutup debaran yang melanda dirinya.

“Eh,tak lama.Liana pun baru sampai dalam 10 minit tadi.Lim apa khabar?Liana sehat seperti yang Lim lihat Sekarang.”Lim cuma menganggukkan kepala.Dia tidak sanggup melihat wajah Aliana.Walaupun Aliana nampak tenang tapi dia tahu Aliana menderita dengan permintaan gilanya itu tapi dia tidak ada pilihan lain.Dia terpaksa lakukannya juga kerana dia terlalu cintakan Susanti.Sebelum berjumpa dengan Susanti, dia begitu rapat dengan Aliana dan hampir-hampir jatuh cinta dan dia tidak tahu apa perasaan Aliana terhadapnya.Selama ini dia tidak pernah melihat Aliana keluar dengan lelaki lain kecuali dirinya.Adakah Aliana mencintainya?Ah biarlah lagipun akukan ajak dia kahwin tapi itu hanya lakonan saja agar hubungan aku dengan Susanti tidak dapat dihidu oleh family.Gerutunya didalam hati.

“Kenapa senyap saja ni.Liana emm….. macam mana dengan lamaran Lim?Liana terima atau tolak?”Llim seperti tidak sabar-sabar hendak mengetahui keputusan yang dibuat oleh Aliana. Aliana pula seperti hendak menguji Lim.Dia membiarkan soalan Lim itu berlalu begitu saja sebaliknya dia mendongak kepala dan memandang sekejap kehadapan dan sekejap memandang Lim.Kelakuannya itu mendatangkan resah amat sangat dihati Lim. Lim seperti tidak senang dan dia takut andai Aliana menolak.Jika ini berlaku impiannya untuk berkahwin dengan Susanti pasti hancur berkecai. Timbul perasaan kasian dalam hati Aliana apabila melihat telatah Lim yang tidak sabar mendengar keputusan yang telah dibuatnya.

“Begini Lim.Perkahwinan ni bukan perkara yang boleh dibuat main.Kalau Lim hendak berkahwin dengan Liana,sanggup ke Lim convert agama?dan lagi satu Lim dah fakir masak-masak ke?” Lim menarik nafas dalam-dalam sebelum dia menjawab.

“Pasal tu,Liana jangan bimbang.Lim dah fikir masak-masak dan Lim hanya tunggu keputusan dari Liana saja.Andai Liana sudah setuju,Lim nak ajak Liana temankan Lim ke pejabat agama islam untuk daftar sebagai saudara baru dan akan mengikuti kelas-kelas agama.Bagaimana Liana?dah setuju ke?Liana jangan bimbang.Masa depan Liana akan terjamin dan Lim tak akan mensia-siakan hidup Liana walaupun Lim sudah berkahwin dengan Susanti.”Lim memandang tepat kearah anak mata Aliana sambil memegang tangannya.Aliana tidak sanggup membalas renungan Lim.Dia segera memandang ke arah lain dan menarik tangannya dari gengaman Lim.

“Baiklah.Liana terima lamaran Lim tapi dengan satu syarat.Lim tak boleh persiakan hidup Liana.Walau apa pun terjadi,awak tak boleh tinggalkan Liana. Selepas kita berkahwin,hidup Liana hanya untuk Lim saja.Tolong jangan sakitkan hati Liana. Lim mesti berjanji dengan Liana yang Lim tak akan memungkiri janji.Boleh tak?” Walaupun amat berat untuk Aliana nyatakan tapi dia terpaksa jua untuk berterus terang.Jika tidak dia juga yang akan susah dan merana kemudian hari.Apabila mendengar persetujuan dari Aliana,Lim berasa amat gembira dan merasa seperti satu bebanan yang ditanggung selama ini terlepas dari bahunya.Dia berjanji akan menjaga Aliana dengan baik dan tidak akan mempersiakan pengorbanan yang dilakukan oleh Aliana demi kebahgiaannya.

“Ok.satu perkara dah selesai.Bila Liana hendak bawa Lim berjumpa dengan keluarga Liana?Setahu Lim,bagi orang-orang melayu,bila mahu kahwin akan bawa bakal pasangannya berjumpa keluarga mereka.Jadi Liana nak bawa?Lim dah tak sabar ni?.”

“Em…….. kalau tak ada aral melintang,kita jumpa mak bapa Liana minggu depan.Malam ni Liana akan berbincang dengan mereka.Bila mereka dah bersetuju baru Liana akan membawa Lim.Bagaimana dengan keluarga Lim?Mereka sudah tahu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience