Bab 15

Horror & Thriller Completed 790

Munir menarik tangan mawar. Benda yang mengejar mereka tadi seakan-akan seekor lembaga yang menyerupai Jamilah.

"Sanggup Jamilah melakukan perkara ini kepada kita." ujar Mawar teresak-esak.

"Abang juga tidak menyangka." balas Munir.

Lembaga itu kelihatan semakin menghampiri mereka. Mawar semakin teresak-esak. Munir menarik Mawar kedalam dakapannya. Lembaga itu semakin dekat. Semakin dekat.

"Arghhhhhh!!!!"

************

Rania terjaga. Rania semakin jelas dengan mimpi-mimpinya selama ini. Semua mimpi-mimpi itu berkaitan atuk dan neneknya. Telefon Rania berdering.

"Hello, Faroq. Ada apa kau call aku?" soal Rania.

"Datang sini cepat. Danial mengamuk. Aku tak tahu nak buat apa ni." balas Faroq.

Panggilan terputus. Rania bergegas keruang tamu.

***********

Raihana dan Rizal sedang menonton TV.

"Kau ingat tak lagi masa kau jatuh longkang dulu? Kelakar wei." imbas Rizal.

"Tu dululah. Sekarang ni tak jatuh longkang dah. Jatuh hati pula." balas Raihana.

Kelihatan Rania berlari-lari menuruni anak tangga.

"Dah kenapa kau ni, Rania?" soal Raihana.

"Danial... Danial mengamuk!" balas Rania.

Rizal dan Raihana terkejut. Mereka terus bergegas ke rumah Faroq.

*********

Danial kelihatan semakin tenang. Tetapi dia sentisa menyebut nama Mawar. Kedengaran bunyi pintu diketuk. Faroq pergi membuka pintu.

"Mana dia?" soal Rizal.

"Dia ada dekat dalam. Dah cool sikit. Tapi still nampak pelik." ujar Faroq.

Mereka masuk dan terus kearah Danial. Danial mula bersuara.

"Aku cuma mahu meminjam jejaka ini sebentar saja. Tidak ada perkara yang jahat pun. Cuma aku mahu berjumpa dengan Mawar. Atau keturunannya. Itu saja."

Rizal berbisik kepada Raihana. Dia menyuruh Raihana memasang ayat-ayat ruqyah. Danial mula bertindak agresif.

"Aku mahu kau tahu bahawa aku akan membalas dendam. Dendam kesumatku terhadap Mawar. Dendamku tidak akan lupus sehingga keturunannya lupus dari dunia ini!!!"

Danial mula menjerit. Danial cuba untuk menerkam Rania tetapi ditahan oleh Rizal. Faroq dan Rizal memegang Danial.

"Apa kita nak buat ni?" soal Rania.

"Kuatkan volume!" arah Rizal.

Danial semakin tidak keruan. Danial yang tadi agresif semakin lemah. Danial pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience