BAB 10

Romance Completed 18608

“Adib, dinner is ready. Jom makan.” Aku memeluk leher Adib dari belakang. Waktu itu Adib sedang menonton TV di sofa. Santai sahaja dia menonton TV di atas sofa.

“Tak nak makan.” Katanya ringkas. Aku mengangkat kening. Aik, merajuk ke?

“Kenapa pulak?” Aku melepaskan pelukan dan mengambil tempat disisinya.

“Suka hati kitalah.” Panjang sedepa mulutnya dengan wajah yang kelat. Aku tersenyum. Comel pulak dia merajuk macam ni. Macam anak merajuk dengan ibu pula. Sabar sajalah dapat suami yang manja dan cengeng macam dia ni. Hmm.. ni mesti merajuk sebab aku tak nak teman dia makan kat luar malam ni. Mengada-ngada.

“You’re sulking.” Usikku.

“No!”

“Yes you’re.”

“Adib marahkan Wana.” Aku ketawa mendengarkan jawapannya. Alahai… Macam budak-budak. Sebab benda kecik pun nak merajuk.

“Tak, Adib bukan marah tapi Adib merajuk dengan Wana.” Lagi sekali aku mengusiknya.

“Wana!” Adib melenting sebelum mengengsot menjauhi aku.

“Takkan merajuk sebab Wana tak nak teman Adib makan kat luar kot? Kan Wana dah cakap, malam ni Wana nak masak untuk Adib. Adib tu yang degil nak makan kat luar jugak.”

“Whatever.” Adib berpeluk tubuh. Matanya masih tertancap pada TV. Langsung tak mahu menatap mataku.

“Adib, pandang Wana.” Tiada respons. Adib tetap statik dengan keadaannya.

“Adib….” Sengaja aku meleretkan suaraku memanggil namanya. Adib hanya membatu lagi. Matanya masih merenung TV. Kononnya khusyuk sangatlah tengok TV tu.

“Adib, look at me…” Bisikku dengan penuh menggoda. Kelihatan Adib sedikit gelabah. Sempat dia membetulkan duduknya dan langsung tak menoleh. Kononnya, kebal sangatlah tak tergugat dengan suara lunakku. Aku ketawa dalam hati.

“Abang….” Aku mendekati Adib perlahan-lahan dan merapatinya. Adib berpaling sekilas kepadaku sebelum menoleh ke arah TV. Mungkin agak terkejut dengan panggilan Abang dariku yang sememangnya diingikannya selama ini.

“Abang… sampai hati tak nak tengok muka Wana.” Aku menyentuh dadanya perlahan. Kemudian, aku bermain-main dengan kain T-shirt yang tersarung di badannya. Aku menahan ketawa bila dapat merasa degupan jantung Adib yang sudah berdetak dengan laju sekali. Sikit lagi, Adib confirm kalah dengan aku. Yeah, masa untuk serangan yang lebih memikat!

“Abang…” Aku berbisik ditelinganya sebelum menghembuskan nafasku. Tangan sudah mengusap-ngusap pipinya. Menyuruhnya supaya menoleh ke arahku.

Namun, Adib tetap mengeras tanpa mempedulikan aku. Malam ini Adib kelihatan agak kebal ya. Tidak tergugat langsung imannya dengan suara 3 rasa aku ini. Manja, seksi dan lunak.

“Okay, fine.” Aku terus bangun meninggalkannya dan menuju ke dapur. Niatku mahu menyimpan semua makanan yang terhidang itu ke dalam peti. Tak nak makan sudah.

Sambil membebel, aku mengemaskan meja. Namun, sewaktu aku sedang mencuci pinggan, aku tersentak bila merasa ada tangan yang memelukku dari belakang. Terus terlepas pinggang yang dipegang aku itu ke dalam sink. Terkejut.

“Wana…” Adib berbisik di telingaku. Terasa kehangatan nafasnya menyapa pipiku. Dalam hati aku tersenyum sendiri. Kucing jantan yang merajuk tadi sudah datang dengan sendirinya kepadaku.

“Apa???” Sengaja aku buat-buat marah.

“Kenapa dah simpan semua makanan tu? Habis Abang nak makan apa?” Menggoda saja suaranya buat aku berdebar tiba-tiba. Chill, Wana.. Chill.

“Makanlah makanan kat kedai luar sana tu. Tadi nak sangat kan?” Perliku.

“Tak nak.” Balasnya.

“Tak nak sudah. Laparlah sorang-sorang.” Aku memuncung.

“Adib nak makan Wana boleh?” Jawapannya itu buat jantung aku berdetak laju. Ah.. sudah!

“Wana tak ada dalam menu.”

“But tonight you’re the only list in my menu.” Adib mengucup pipiku penuh kasih.

“Dah, dah. Pergilah tengok TV tu. Tadi suka sangat tengok TV kan, hah pergilah. Orang sibuk nak cuci pinggan ni.” Rajukku dengan separuh menghalau. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa jiwa aku bergetar hebat dengan godaan Adib. Itulah, tadi kau yang goda dia dan sekarang ambik kau. Dia pula yang goda kau.

“Tak nak…” Adib mengeratkan pelukannya di pinggangku.

“Hisy, rimaslah.” Aku cuba meleraikan pelukannya namun tanganku yang penuh bersabun itu dicapai Adib lalu dia memcucikan tanganku itu dengan air yang mencurah keluar dari kepala paip. Aku terpinga-pinga.

“Adib, Wana tak habis cuci pinggan lagilah!” Marahku padanya.

“Later.” Ringkas jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience