20.

Romance Completed 46617

Melissa memakirkan Viosnya dibahu jalan tepi jambatan.

"Jom." Melissa membantu memapah Aura keluar dari kereta dan menuju kehijung jambatan yang menghadap lautan luas.

"Thanks tau Mel. Kau sentiasa ada dengan aku." Kata Aura apabila dia dan Melissa melabuhkan punggung dihujung jambatan sambil menghayunkan kaki.

"Aku dan kan dah janji bukan apapun yang jadi kita tetap bersama dalam suka mahupun duka." Kata Melissa.

Aura meletakkan kepalanya yang masih pening dibahu Melissa. Melissa mengeluarkan ubat mabuk yang dibelinya dekat kedai seven E tadi.

"Nah minum ni. Mana tahu baik mabuk kau tu." Kata Melissa.

Aura mengambil 2 biji ubat yang dihuurian Melissa lalu menelannya.

"Mel." Panggil Aura.

"Yup?" Tanya Melissa.

"Aku rasa aku nak ambil master." Kata Aura.

"Kau nak tinggalkan aku ke Babe?" Tanya Melissa.

"Aku pergi tak lama. Aku akan selalu contact kau. Kau jangan risau." Kata Aura.

"Kau nak sambung kat mana? Aus?" Tanya Melissa.

"No UMS Kal." Kata Aura.

"Sabah?" Tanya Melissa.

"Bukan Pulau Mutiara." Kata Aura.

"You mean Labuan?" Tanya Melissa lagi.

"Yup." Kata Aura.

"Biar betul." Kata Melissa.

"Hmm aku dapat tawaran kesana sebulan lepas." Kata Aura.

"Bidang apa?" Tanya Melissa.

"Jurutera Oil n Gas." Kata Aura.

"Aku tak kisah. Lagipun aku tahu, Kau nak bawa hati kau ka. Kau dah mula sukakan Uthman kan?" Tanya Melissa.

"Tak yah sebut nama dia." Kata Aura.

"Esok aku nak kau buatkan aku notis 24 hours nak bagi dekat Tuan Calvin." Kata Aura.

Melissa hanya mampu diam. Sedih bila mendengar sahabatnya membawa diri kerana terluka. Namu. siapalah dia nak menidakkan.

Mereka duduk disana hingga jam 4 pagi. Sampailah mereka dironda oleh pegawai polis, Barulah mereka beredar dari sana.

Esoknya

"Why Aura?" Tanya Tuan Calvin.

"Maaf, Saya dah terima tawaran sambung belajar." Kata Aura.

"Berapa tahun?" Tanya Calvin.

"3 years." Jawab Aura.

"Bukan sebab lain?" Tanya Calvin lagi.

"Takde sebab lain." Kata Aura.

"Nampak gaya terpaksalah saya akan turun padang esok bersama team Adam ke Brunei." Kata Calvin

"Maaf sangat sangat Tuan. Saya tak bermaksud nak susahkan Tuan." Kata Aura dengan raut wajah bersalah.

"Takpe. Bila one day awak nak kerja semula disini, Datanglah, Pinti Syarikat saya sentiasa terbuka." Kata Calvin.

"Thanks Tuan." Kata Aura lalu keluar dari ruangan bossnya.

Dia berjalan masuk ke ruangannya dan mula mengemas barangnya yang ada didalam sana.

Adam menolak pintu ruangan melihat Aura sedang memasukkan barangnya kedalam kotak yang diletakkan diatas meja.

"Kau berul nak resign ke Aura?" Tanya Adam.

"Hmm." Balas Aura.

"Tapi kenapa?" Tanya Adam.

"Aku nak beralih angin baru." Kata Aura.

"Kau ada masalah ke?" Tanya Ryqarl pula.

"Takde lah. Aku cuma nak berubah arah." Kata Aura.

Semua staff yang berkerja bersamanya merasa kehilangan seorang sahabat yang baik.

Aura mulai menapak keluar dari pejabatnya. Melissa tiada kerana dia berada di Pangkalan atas melawat tapak projek.

Adam berjalan memegang bahu Aura menyatukan kedua tapak tangannya memohon agar Aura tidak meninggalkan mereka semua.

"Jangan buat aku rasa serba salah Dam. Doakan aku selamat kembali kesini semula." Aura mula merasa Hiba dan menjatuhkan wajahnya didada Adam.

Adam seorang adik yang baik dalam teamnya. Sentiasa ada disaat Aura kesulitan.

"Janji dengan aku, Kau akan pulang semula kesini menemui aku, Ryqal dan Mel." Kata Adam mengusap lembut belakang Aura.

Farel melihat mereka dalam menahan cemburu.

"Aku janji. Aku akan datang semula mencari korang. Korang teman dunia dan akhirat aku." Kata Aura. Airmatanya kembali mengalir dipipi.

Hyqarl menghapus airmata Aura yang mengalir denga jemarinya.

"Kau adik bagi aku, kau kakak bagi Adam dan kau kembar bagi Melissa. Aku harap kau berjaya gapai apa yang kau impikan." kata Hyqarl.

"Thanks." Kata Aura berlalu menmnggalkan mereka masuk kedalam Honda Jazz nya yang mula berjalan meninggalkan mereka dibelakang.

Dia melihat jamnya ditangan.

"Sempat. aku pecut kejap nak ucap selamat tinggal dekat Mel." Kata Aura.

Dia masuk ke Pangkalan tanpa menggunakan Pas seperti pertama kali dia masuk kesana.

"Hello Mel aku kat park ni." Kata Aura.

"Hah ok kejap." Kata Melissa.

Lagu dari Mp3 kereta berputar lagu dari Awie Ratuku.

Dia masuk kedalam status whatsapp dan mula menaip sesuatu.

(KITA BAGAIKAN OMBAK DAN PANTAI,
TIDAKKAN TERPISAH LAGI,
WALAUPUN PASANGNYA
WALAUPUN SURUTNYA LAUT)

Melissa mengetuk Cemin kereta Aura. Aura membuka pintu kereta dan keluar. Berdiri didepan Melissa.

"Kau dah nak gerakke?" Tanya Melissa.

"Hmm aku hanya dapat tiket petang n je." Kata Aura.

"Cepatnya kau nak tinggalkan aku." Kata Melissa yang mula teresak.

"Hey jangan nangis. Kalau kau nangis aku akan nangis juga." Kata Aura.

"Kau nak tinggalkan aku lama kot." Kata Melissa.

"Aku akan balik juga bila hati aku dah terubat." Kata Aura.

"Mengaku juga kau kan. Kau pergi bukan sebab kau nak sambung Master. Tapi kau nak bawa hati kau." Kata Melissa.

"Dah lah. Aku dah lambat ni. Tak pasal pasal aku kena tinggal. Kata Aura.

Aura memeluk erat tubuh Melissa seperti taknak berpisah.

"Jangan jangan lupakan aku tau." tangis Melissa.

"Ermm. Nah nanti ambik kereta aku kat airport." Kata Aura menghulurkan kunci spare pada Melissa.

Dia mula masuk semula kekeretanya apabila melihat Honda Accord milik Uthman menuju kearah mereka.

Aura melambaikan tangannya pada Melissa.

"Jangan lupakan aku babe." Teriak Melissa lalu menyeka airmatanya yang jatuh kepipi.

Mel awak kenapa nangis?" Tanya Zul.

Melissa hanya menggelengkan kepalanya.

"Huh perempuan asyik nak buat drama airmata. Baiknya masuk berlakon lah." Kata Uthman lalu pergi menuju kebangunan tempat pejabatnya.

"Aura nak kemana tu? tanya Zul.

"Aura akan tinggalkan negeri ni." Kata Melissa.

Terhenti Uthman dari langkahnya. lalu menoleh melihat Melissa yang menapak kearah bangunan yang sedang dalam renovate.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience